08

Opposite Attracts

"Betul ke yang Victoria nak balik ke Seoul hari ni?Tak nak duduk sini dengan nenek lagi?" Soal Puan Park sambil memegang kedua-dua tangan Victoria. Hatinya berat untuk melepaskan wanita itu pergi walaupun baru seminggu wanita muda itu tinggal bersama-sama keluarganya.Victoria mengangguk perlahan sambil diperhatikan oleh Sun Young yang sedang berdiri di belakangnya itu.Puan Park kemudiannya memandang ke arah cucu perempuannya itu.

"Sun Young ah...tak boleh ke kalau Victoria nak duduk sini lama-lama?" Soal Puan Park. Sun Young menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Dia sendiri buntu untuk menjawab pertanyaan neneknya itu. Jauh di sudut hatinya juga,dia ingin Victoria untuk tinggal dengan lebih lama di situ. Victoria kelihatan lebih gembira apabila dapat meluangkan masa bersama-sama keluarganya.Namun,Sun Young sendiri sudah letih untuk menjawab pelbagai jenis soalan yang dilontarkan oleh pihak agensinya itu.Ternyata pihak media tidak jemu untuk mencari di mana Victoria berada ketika ini.Keadaan menjadi semakin buruk apabila pihak media turut mencari Lee Joon untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Victoria.

"Saya bukan tak nak Victoria unni untuk tinggal dengan kita lama-lama,nek.Cuma..." Sun Young melepaskan keluhan berat.Sun Young menoleh ke arah Victoria yang membisu sejak dari awal itu.

"Unni...unni betul-betul nak balik ke Seoul ke hari ni?"Soal Sun Young,inginkan kepastian.Victoria tidak segera menjawab pertanyaan Sun Young itu.

 

"Mesti ke awak balik ke Seoul esok?"

 

Entah mengapa,suara ByungHee terngiang-ngiang dalam fikirannya.

 

"Saya cuma harap yang awak boleh tinggal di sini dengan lebih lama,Victoria."

 

Victoria memejamkan matanya,cuba menghilangkan suara ByungHee yang semakin kerap bermain dalam fikirannya itu.Perlahan-lahan,dia membuka kembali matanya.

"Unni,gwenchanayo?" Soal Sun Young,sedikit bimbang.Victoria menggeleng sambil tersenyum hambar.

"Unni okey." Jawab Victoria,pendek.Victoria kemudiannya menoleh ke arah Puan Park sebelum dia mencapai tangan wanita itu lalu digenggamnya erat.

"Victoria bukannya tak nak duduk sini lama-lama dengan nenek.Victoria suka sangat duduk dekat sini.Kalau boleh,Victoria nak duduk sini dengan nenek sampai bila-bila.Cuma...sekarang ni,keadaan tak mengizinkan Victoria untuk tinggal di sini lama-lama.Ada perkara yang perlu Victoria selesaikan di Seoul.Victoria janji...bila semua kerja Victoria dekat Seoul dah habis,Victoria datang sini jumpa dengan nenek lagi,okey?" Kata Victoria. Perlahan-lahan,Puan Park angguk.Mahu tidak mahu,dia terpaksa melepaskan Victoria pergi.Kata-kata Victoria itu ada benarnya.

"Baiklah kalau macam tu.Tapi nenek cuma nak Victoria tahu yang...pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk Victoria.Victoria boleh datang sini bila-bila masa saja yang Victoria nak,okey?"Kata Puan Park sambil mengusap lembut pipi Victoria.Victoria tersenyum sambil angguk.Dia cuba menahan air matanya daripada mengalir.Ternyata kebaikan Puan Park telah menyentuh hatinya.

"Arasso.Victoria janji yang Victoria akan selalu datang sini tengok nenek,"balas Victoria.Puan Park angguk sambil tersenyum.

"Oh ya,nek.Mana ByungHee oppa?Dia tak nak jumpa dengan unni ke?" Soal Sun Young.Victoria yang seolah-olah baru sedar mengenai ketiadaan ByungHee di situ turut mencari-cari kelibat lelaki itu.

"Awal-awal pagi lagi dia dah keluar.Katanya hari ni dia ada banyak kerja nak buat dekat Coffee Princes dia tu,"kata Puan Park.Victoria sekadar membisu.

 

 

"Mana G.O oppa? Hari ni dia tak kerja lagi ke?" Soal salah seorang pelanggan di situ kepada Cheondung yang sedang mengambil pesanan mereka itu.

"Oh...G.O hyung ada kerja lain yang nak dibuat hari ni.Sebab tu dia tak ada,"kata Cheondung sambil tersenyum.

"Dia tak sakit apa-apa kan?" Soal wanita itu lagi.

"Eh tak adalah.G.O Hyung sihat.Cuma dia sibuk sikit saja,"kata Cheondung , sabar melayani kerenah pelanggannya yang turut merupakan salah seorang daripada peminat ByungHee di Coffee Princes itu.

 

"Kenapa tu,Cheondung?" Soal SeungHo yang sedang mengelap gelas dengan tuala kecil berwarna putih itu.Cheondung yang baru sahaja kembali dari melayani kerenah pelanggan-pelanggannya itu sekadar tersenyum.Dia kemudiannya menghulurkan kertas pesanan itu kepada Mir.Mir segera mengambilnya tanpa banyak soal.

"Apa lagi Hyung...mereka tu cari G.O Hyungla,"kata Cheondung sambil berdiri di hadapan SeungHo,melihat kerja yang sedang dilakukan oleh SeungHo itu.SeungHo sekadar tersenyum apabila mendengar jawapan Cheondung itu.

"G.O Hyung tu kenapa? Dari pagi tadi dia langsung tak turun bawah buat kerja.Kita pula yang kena layan peminat-peminat dia ni.Aduh,"rungut Cheondung sambil menggosok-gosok rambutnya yang berwarna perang itu.

"Tu lah,Hyung.Hyung tak faham perasaan orang yang tengah angau bercinta ni.G.O Hyung tu tengah patah hati.Kekasih hati nak balik ke Seoul dah hari ni,"sampuk Mir yang sedang sibuk menyiapkan hidangan yang dipesan oleh pelanggan itu.Dahi Cheondung berkerut sebaik sahaja mendengar kata-kata Mir itu.

"Huh? Sejak bila pula G.O Hyung tu bercinta? Siapa pula kekasih hati dia?" Ternyata Cheondung tidak memahami situasi yang sedang berlaku itu.Mir kemudiannya meletakkan hidangan itu di atas meja.

"Victoria Noona,"kata Mir,separuh berbisik.Mata Cheondung terbuka luas sebaik sahaja mendengar nama Victoria disebut oleh Mir.

"Jin...jinjayo?" Soal Cheondung,tidak percaya.

"Tapi sejak bila? Bukan ke Victoria noona tu dah bertunang?" Soal Cheondung lagi.SeungHo kemudiannya mengetuk kepala Cheondung dan Mir.Kedua-dua lelaki itu menggosok-gosok kepala mereka yang kesakitan itu.

"Apa ni,SeungHo Hyung?"Mir mengaduh kesakitan.

"Jangan nak bergosip dekat sini ekh?Customer dah tunggu tu.Pergi buat kerja cepat,"kata SeungHo,memberi arahan.Mir mencebik.

"Cheondung Hyung punya pasal lah ni,"kata Mir,tidak puas hati.

"Huh?Kita pula yang disalahkannya,"balas Cheondung.

"Aish...tak pasal-pasal kena ketuk dengan Hyung,"ngomel Cheondung sambil membawa hidangan itu kepada pelanggannya.SeungHo sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.Sebaik sahaja kerjanya selesai,SeungHo segera menuju ke bumbung bangunan Coffee Prince itu.

"Yah...sampai bila kau nak baring dekat sini.Peminat setia kau sibuk cari kau kat bawah tu,"kata SeungHo sambil berjalan menuju ke arah ByungHee yang sedang berbaring di atas bangku di bawah lindungan pokok itu.Pembinaan taman di atas bumbung bangunan Coffee Princes itu merupakan idea ByungHee.Ternyata lelaki itu amat gemarkan ketenangan.SeungHo kemudiannya melabuhkan punggung di atas bangku berhadapan dengan ByungHee yang sedang selesa berbaring itu.

"Kalau kau duduk sini sampai malam pun,dia tetap akan balik ke Seoul juga.Tak guna kalau kau nak merajuk macam ni lama-lama pun,ByungHee,"kata SeungHo.ByungHee yang berbaring sambil menutup matanya dengan lengan kanannya itu sekadar membisu.SeungHo tersenyum.

"Lagipun dia cuma balik ke Seoul.Bukannya pergi ke negara lain,"kata SeungHo lagi.ByungHee pula terus membisu.

"Kau memang sukakan dia ekh,ByungHee?" Soal SeungHo lagi.ByungHee masih kaku di situ.

"Kalau kau betul-betul sukakan dia,kenapa kau tak cakap saja?Kau ingat dia boleh tahu ke perasaan sebenar kau kalau kau terus diam...baring macam ni?"Soal SeungHo lagi.

"Walaupun hakikatnya Victoria tu dah bertunang kan...tapi...at least kau kena cubalah.Manalah tahu yang selama ni dia tak pernah pun sayangkan tunang dia,"kata SeungHo sebelum dia ketawa kecil di hujung kata-katanya itu.

"Aku bukan nak kau jadi perampas cuma...aku tak sukalah tengok kau lembik macam ni.Sakit mata aku.Dahlah,bangun!" Kata SeungHo sambil menepuk-nepuk bahu ByungHee yang masih lagi berbaring di atas bangku itu.

 

 

"Ya cik.Selamat datang ke Coffee Princes...ada apa yang saya boleh ban...Noona?" Mir terkejut apabila melihat Victoria yang sedang berdiri di hadapan kaunter itu. Victoria meletakkan jari telunjuk pada bibirnya,memberi isyarat kepada Mir untuk mengawal suaranya.Bimbang sekiranya kehadirannya di situ dapat dihidu oleh orang lain di situ.Mir yang baru menyedari keterlanjurannya itu segera menutup mulutnya.

"Noona...apa Noona buat dekat sini?Noona bukannya balik ke Seoul ke?" Soal Mir,masih tidak percaya dengan kehadiran Victoria di situ.

"ByungHee mana?" Soal Victoria.

 

"Yah,Jung ByungHee!Come on lah,bro...bangunlah.Semangatlah sikit.Jangan mengalah macam ni.Kalau kau betul sukakan dia,pergi kejar dia...cakap yang kau sukakan dia.Habis cerita,"kata SeungHo,masih berusaha untuk memujuk ByungHee bangun dari bangku itu.Namun ByungHee tetap berdegil.

"Aish,jinja..."SeungHo mengalihkan pandangannya daripada ByungHee.Dia kemudiannya terkejut apabila melihat Victoria yang sedang berdiri di pintu itu.Perlahan-lahan,dia menguntum senyuman nakal.

"Lantak kaulah,ByungHee.Daripada aku layan angau kau ni,baik aku turun bawah,layan customer lagi bagus.Ada juga untungnya,"kata SeungHo,sebelum dia beredar dari situ.SeungHo kemudiannya tersenyum ke arah Victoria sebelum dia beredar meninggalkan pasangan itu di situ.Victoria memandang ke arah ByungHee yang sedang baring di atas bangku itu.Perlahan-lahan,dia berjalan menuju ke arah lelaki itu tanpa lelaki itu sedari.Victoria kemudiannya duduk di atas bangku berhadapan dengan ByungHee.Dia memerhatikan ByungHee yang sedang baring itu.Perlahan-lahan,dia menguntum senyuman nipis,geli hati melihat kelakuan ByungHee yang seakan kanak-kanak itu.Betul kata Puan Park - ByungHee memang kuat merajuk!

"ByungHee ssi..."Panggil Victoria.Namun ByungHee masih tidak memberi respon.

"ByungHee yah!" Kali ini,Victoria meninggikan sedikit suaranya.Mendengar sahaja suara Victoria , ByungHee segera bangun dari pembaringannya sebelum dia memandang ke arah Victoria.Matanya terbuka luas.Tidak percaya apabila melihat Victoria yang sedang berada di hadapannya itu.

"Vic...Victoria???"

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ