25

Opposite Attracts

SeungHo merawat luka pada jari ByungHee sambil diperhatikan oleh ByungHee.SeungHo memandang ke arah ByungHee.

"Kau betul-betul okey ke ByungHee?Aku tengok sejak belakangan ni...kau nampak lain,"soal SeungHo.ByungHee lebih selesa mendiamkan diri.Dia sendiri tidak pasti dengan perubahan yang berlaku dalam dirinya itu.

"Kau ada sembunyikan sesuatu daripada aku ke,ByungHee?" Soal SeungHo lagi.ByungHee pantas menggelengkan kepalanya.

"Aniyo.Aku okey je.Em...mungkin...aku tak cukup tidur kot.Kepala aku macam pening sikit,"kata ByungHee.SeungHo terus memerhatikan ByungHee.Dia berasa begitu hairan melihat ByungHee yang tidak memandang tepat ke arahnya sewaktu lelaki itu bercakap dengannya.Dia yakin ByungHee ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.

"Kau ada masalah dengan Victoria ke?" Soal SeungHo.

"Eh,tak adalah.Kami okey saja.Aku betul-betul okey,SeungHo.Kau tak perlu risau apa-apa,"kata ByungHee sambil melepaskan tangannya daripada genggaman SeungHo.ByungHee cuba memandang ke arah SeungHo yang sedang duduk berhadapan dengannya itu.Entah mengapa dia tidak dapat melihat wajah SeungHo dengan jelas seperti sebelum ini.Dia cuba mengerdipkan matanya berkali-kali sambil mengerutkan dahinya.Dia kemudiannya menundukkan wajahnya daripada SeungHo sambil menggosok-gosok matanya.SeungHo yang melihat kelakuan ByungHee itu berasa semakin bimbang.Dia memegang bahu ByungHee dengan erat.

"Yah...Jung ByungHee.Kenapa dengan mata kau?Kau betul-betul okey ke ni?" Soal SeungHo.ByungHee melepaskan tangan SeungHo yang memegang bahunya itu.

"Aku...aku okey..."ByungHee cuba bangun dari tempat duduknya itu.Dia cuba menggagahkan diri untuk berjalan dengan pandangannya yang semakin kabur itu.ByungHee menggelengkan kepalanya berkali-kali.Sesekali pandangannya yang kabur itu akan menjadi jelas semula.

"Kenapa dengan aku ni?" Soalnya sendiri.SeungHo kemudiannya segera bangun dari tempat duduknya sebelum dia mencapai lengan ByungHee.

"Aku bawa kau ke klinik sekarang.Jom,"kata SeungHo.Sekali lagi ByungHee melepaskan tangan SeungHo.

"Aku okey.Kau...kau tak payah nak risau apa-apa,okey?" Ternyata ByungHee seorang yang keras kepala.SeungHo melepaskan keluhan berat.Dia terpaksa membiarkan ByungHee yang berjalan dengan langkah yang perlahan keluar dari situ.

 

"Hyung!"

ByungHee menoleh ke arah Cheondung yang sedang berjalan menghampirinya itu.Perlahan-lahan,dia menguntum senyuman kepada lelaki itu.

"Ada apa?" Soal ByungHee,sambil mengemas kerusi dan meja sebaik sahaja kedai mereka tamat beroperasi pada hari itu.

"Gwenchana?Hyung buat kami risau tau tadi,"kata Cheondung.Mir turut berjalan menghampiri mereka berdua.SeungHo pula terus menyambung kerjanya sambil mendengar perbualan rakan-rakannya itu.

"Hyung okey.Tak payah risaulah.Tadi...ah...Hyung cuma pening kepala.Sekarang dah okey,"kata ByungHee,cuba mencari alasan.

"Hyung ni...kalau dah tahu tak sihat,lain kali janganlah datang kerja.Kalau Hae Min Noona dengan Hye Yoon Noona tahu Hyung cedera macam ni,apa kami nak jawab?" Soal Cheondung,tidak puas hati.

"Aish kalau kamu berdua tak beritahu mereka,mereka pun takkan tahu kan?Relaks la,"balas ByungHee,selamba.

"Tak adalah.Hyung kan adik kesayangan mereka.Kalau apa-apa terjadi dekat Hyung,kami yang kena cekik dengan mereka dulu,"sampuk Mir pula.Cheondung angguk,mengiyakan kata-kata Mir itu.ByungHee ketawa sebaik sahaja Mir menghabiskan kata-katanya itu.SeungHo pula sekadar tersenyum.Dia menoleh ke arah ByungHee.Dia yakin ByungHee sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya.ByungHee kelihatan berbeza sekali sejak kepulangan mereka daripada majlis pertunangan Dara baru-baru ini.

 

ByungHee membuka pintu keretanya,berura-ura mahu beredar dari Coffee Prince sebaik sahaja kerjanya di situ selesai.Namun perbuatannya dihalang apabila SeungHo memegang lengannya.

"SeungHo yah?" ByungHee terkejut dengan tindakan lelaki itu.

"Biar aku drive kan kau balik,"kata SeungHo,sambil menarik ByungHee menuju ke arah tempat duduk penumpang.Tubuh ByungHee itu ditolaknya ke dalam tanpa mempedulikan ByungHee yang cuba melawan perbuatannya itu.

"Yah,Yang SeungHo.Aku boleh drive sendirilah,"kata ByungHee.SeungHo menoleh ke arahnya.

"Aku takkan benarkan kau balik seorang diri dalam keadaan kau macam ni.Kalau tiba-tiba kau pening kepala lagi macam mana?" Balas SeungHo.ByungHee tidak menjawab.Dia memalingkan wajahnya daripada SeungHo.SeungHo pula terus memandu kereta milik ByungHee itu,meninggalkan kawasan perkarangan Coffee Princes.Mereka langsung tidak berbual sepanjang perjalanan mereka menuju ke rumah nenek ByungHee itu.

"Miane." Kata SeungHo.ByungHee pula masih memalingkan wajahnya daripada SeungHo.SeungHo menoleh ke arahnya.

"Aku cuma risaukan kau,ByungHee.Kau dah cukup buat aku risau siang tadi.Dan aku tak nak kalau sesuatu terjadi dekat kau pula malam ni,"kata SeungHo.ByungHee masih lagi membisu.

"ByungHee yah...kita bukannya baru kenal.Aku dah kenal kau lama dah.Aku tahu yang kau ada sembunyikan sesuatu daripada aku.Kau nampak lain sejak belakangan ni.Kau betul-betul okey ke?"Soal SeungHo,bimbang.ByungHee menundukkan wajahnya.Dia sendiri tidak pasti apa yang sedang berlaku terhadapnya itu.

"Aku okey.Kau saja yang risau lebih-lebih,"kata ByungHee sambil tersenyum nipis.

"Jinja?"Soal SeungHo,inginkan kepastian.ByungHee angguk sambil tersenyum.SeungHo menyambung pemanduannya semula.Apa yang pasti,dia tidak begitu mempercayai kata-kata ByungHee itu sepenuhnya.

 

"ByungHee yah!!!"

ByungHee terkejut apabila tubuhnya dipeluk oleh seorang wanita sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.SeungHo yang berdiri di belakangnya itu turut terkejut.Habislah...bisik hati SeungHo.Wanita itu kemudiannya melepaskan pelukannya sambil memandang ke arah ByungHee.

"Noo...Noona?Em...apa Noona buat dekat sini?" Soal ByungHee,terkejut dengan kehadiran Hye Yoon di situ.Hye Yoon tersenyum lebar ke arahnya sambil menggosok-gosok rambut ByungHee yang hitam keperangan itu.

"Aigoo...dah besar rupanya adik kesayangan Noona ni.Makin kacak lagi,"kata Hye Yoon,teruja apabila dapat berjumpa semula dengan adik lelakinya itu.

"Noona...Noona bukan patutnya ada dekat US ke sekarang?Apa Noona buat dekat sini?" Soal ByungHee,hairan.

"Yah!Noona nak balik sini pun tak boleh ke?Suka hatilah kalau Noona nak datang sini buat apa,"kata Hye Yoon.ByungHee sekadar tersenyum sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Appa...sihat?" Soal ByungHee,teragak-agak.

"Sihat.Appa cakap...dia...minta maaf sebab tak dapat nak jumpa dengan ByungHee,omma dengan Hae Min unni dekat sini.Dia sibuk sikit dengan kerja dekat sana,"kata Hye Yoon.ByungHee sekadar angguk.Hye Yoon kemudiannya memandang ke arah SeungHo yang berdiri di belakang ByungHee itu.

"SeungHo?Awak SeungHo kan?"Soal Hye Yoon.SeungHo angguk sambil tersenyum.

"Yah...nasib baik Noona ingat lagi bibir tu,"kata Hye Yoon seraya bergurau.SeungHo tertawa kecil mendengar gurauan Hye Yoon itu.Pandangan Hye Yoon kemudiannya teralih ke arah jari ByungHee yang berbalut itu.Pantas sahaja dia menarik tangan ByungHee untuk melihat sendiri jari yang sedang berbalut itu.

"Yah,Jung ByungHee.Kenapa ni?" Soal Hye Yoon.

"Em...luka sikit saja Noona.Tak payah risaulah,"kata ByungHee sambil menarik semula tangannya daripada Hye Yoon.Hye Yoon menoleh ke arah SeungHo.

"SeungHo!"

SeungHo menoleh ke arah Hye Yoon.

"Kenapa dengan ByungHee?Macam mana dia boleh luka macam ni?" Soal Hye Yoon.ByungHee melepaskan keluhan berat.Ternyata Hye Yoon masih suka mengongkong kehidupan peribadinya.Hatta luka yang kecil pun diperbesar-besarkan.

"Em...dia..."

"Jari ByungHee terkena pisau.Tak ada apalah Noona.Noona ni...ByungHee bukannya budak kecil lagi,okey,"balas ByungHee,memotong kata-kata SeungHo.Hye Yoon kemudiannya menolak lembut kepala ByungHee.

"Tulah.Noona dah pesan banyak kali kan.Kalau nak buat kerja tu jangan berangan.Tengok apa dah jadi,"kata Hye Yoon.

"Noona...luka sikit saja.Bukannya apa sangat pun,"balas ByungHee.SeungHo cuba menahan dirinya daripada ketawa apabila melihat ragam dua beradik itu.Ternyata ByungHee begitu amat disayangi oleh kakaknya itu.Bayangkan sekiranya Hae Min turut berada di situ.Mungkin ByungHee terpaksa mendengar leteran daripada kedua-dua kakaknya sehingga esok pagi.

 

 

"Unni!"

Sun Young melangkah masuk ke dalam rumah Victoria.

"Mana unni ni?Orang call bukannya nak angkat,"ngomelnya sambil meletakkan begnya di atas sofa sebelum dia berjalan menuju ke arah bilik tidur Victoria.Sebaik sahaja Sun Young membuka pintu bilik wanita itu,Sun Young terkejut melihat Victoria yang sedang terbaring lemah di atas katil itu.

"Unni!"

Sun Young memanggil namanya sambil menggerak-gerakkan tubuh wanita itu.Tubuh Victoria terasa panas sekali.

"Unni...sejak bila unni demam ni?Kenapa tak beritahu Sun Young?" Soal Sun Young,bimbang.Wajah Victoria yang pucat itu diperhatikannya.Sun Young kemudiannya menyentuh lengan Victoria,dengan niat untuk mengejutkan wanita itu dari lena.

"Ouch..."

Sun Young terkejut apabila Victoria mengaduh kesakitan apabila lengannya disentuh.Cepat-cepat Sun Young menyelak lengan baju Victoria sebelum dia menjumpai lebam biru yang besar berbekas pada lengan wanita itu.

"Unni...macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Sun Young,bimbang.Dia memeriksa lengan Victoria yang satu lagi.Ternyata kedua-dua lengan Victoria mempunyai kesan lebam yang sama.

"Unni!Siapa yang buat semua ni?Huh?" Soal Sun Young,bimbang.Victoria pula tidak menjawab.Dia masih lagi tidak berdaya untuk bangun dari katil itu.

"Sun Young ah..." 

Sun Young menoleh ke arah Victoria sebaik saja terdengar namanya disebut oleh wanita itu.

"Ne,unni.Unni nak Sun Young buat apa?Hm?" Soal Sun Young.

"Op...oppa..." Sebut Victoria,lemah.

"Oppa?ByungHee oppa?" Soal Sun Young lagi.Victoria mengangguk perlahan.

"Unni...kita pergi klinik dulu jom?Unni tak sihat ni,"kata Sun Young.Victoria menggeleng lemah sambil menangis.

"Oppa..."Katanya lagi.

"Unni...unni tak sihat sekarang ni.Sun Young mesti bawa unni ke hospital sekarang juga.Nanti keadaan unni makin teruk kalau dibiarkan macam ni,"kata Sun Young.Victoria terus menangis.

"Unni...okey okey...Sun Young akan bawa unni pergi jumpa dengan oppa...Tapi unni mesti pergi ke hospital dulu,okey?" Soal Sun Young.Sekali lagi,Victoria menggeleng.Sun Young melepaskan keluhan berat.

"Okey.Sun Young akan duduk sini jaga Unni.Kalau unni dah sihat nanti,baru Sun Young bawa unni jumpa dengan ByungHee oppa,okey?" Pujuk Sun Young sambil mengusap lembut rambut Victoria itu.Victoria tidak menjawab sebaliknya dia terus menangis.Sungguh dia amat memerlukan ByungHee ketika itu.

 

 

"Oh jadi nilah teman wanita ByungHee ya?" Soal Hye Yoon sambil melihat gambar ByungHee dan Victoria di dalam skrin telefon bimbit lelaki itu.ByungHee yang baru melangkah keluar dari bilik air itu terkejut apabila melihat kakaknya yang sedang seronok menyelongkar fail-fail peribadi di dalam telefon bimbitnya itu.ByungHee segera mengambil semula telefon bimbitnya daripada wanita itu,Hye Yoon pula tersenyum nakal ke arahnya.

"Noona!Suka hati saja nak tengok barang ByungHee tanpa izin ByungHee kan?" Marah ByungHee.

"Ala...baru dapat tengok satu saja pun.Em...cantik juga dia tu.Siapa nama dia?" Soal Hye Yoon,mengusik.ByungHee beredehem beberapa kali sebelum dia berpaling daripada kakaknya itu.

"Noona tak payah nak sibuklah.ByungHee nak tidur dah ni.Esok-esok sajalah ByungHee cerita,"kata ByungHee,malas untuk melayan kerenah kakaknya itu.

"Jinja?Okey.Noona boleh tunggu.Esok ByungHee mesti cerita dekat Noona tau,"kata Hye Yoon sebelum dia mencium lembut pipi ByungHee itu.ByungHee menggosok-gosok pipinya yang dicium oleh Hye Yoon itu.

"Noona!"

Hye Yoon sekadar ketawa sebelum dia beredar meninggalkan ByungHee di situ.ByungHee kemudiannya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.Dia kemudiannya melihat ke arah gambarnya bersama Victoria di dalam telefon bimbitnya itu.Jarinya yang masih berbalut itu mengusap lembut gambar Victoria pada skrin telefon bimbitnya itu.

"Bogoshippo..."Bisiknya perlahan.Ternyata dia amat merindui wanita itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ