12

Opposite Attracts

Victoria berdiri lama di hadapan pintu bilik ByungHee.Hatinya berkira-kira untuk sama ada untuk mengetuk pintu bilik lelaki itu atau pun tidak.Victoria menghela nafas panjang.Dia mengangkat tangannya,berkira-kira mahu mengetuk pintu bilik lelaki itu.Namun sekali lagi dia menangguhkan niatnya itu untuk seketika.Entah mengapa Victoria berasa bersalah terhadap ByungHee sebaik sahaja lelaki itu mengetahui mengenai khabar anginnya bersama Lee Joon itu.Mungkin juga kerana lelaki itu langsung tidak bercakap dan mengusiknya sepanjang perjalanan pulang mereka dari Coffee Princes itu.

Victoria memandang ke arah pintu bilik lelaki itu sekali lagi sebelum dia mengangkat tangannya,bersedia untuk mengetuk pintu itu.Namun perbuatannya itu terhenti apabila tiba-tiba sahaja pintu bilik itu ditarik dari dalam.Muka Victoria berubah merah apabila melihat ByungHee yang tidak berbaju dan hanya berseluar track suit hitam itu.ByungHee yang sedang mengelap rambut hitamnya yang basah  dengan tuala itu turut tergamam apabila melihat Victoria yang sedang berdiri di hadapan biliknya itu.Victoria segera memusingkan tubuhnya daripada ByungHee,malu untuk melihat ByungHee yang hanya berseluar panjang itu.Jantungnya berdegup pantas.

"Vic..Victoria...apa awak buat dekat sini?" Soal ByungHee,hairan.

"Huh?Em..Saya..saya..saja lalu depan bilik awak.Hahaha..."Kata Victoria,pura-pura ketawa.ByungHee kemudiannya memeluk tubuhnya sendiri sambil bersandar pada pintu biliknya.Bibirnya menguntum senyuman sinis.

"Tak sangka ya awak ni naughty.Tepat-tepat saya habis saja mandi,awak terus datang bilik saya.Awak patut beritahu saya awal-awal,bolehlah saya bersedia dengan lebih baik lagi,"kata ByungHee.Mata Victoria terbeliak luas apabila mendengar kata-kata ByungHee itu.Pantas sahaja dia memusingkan tubuhnya menghadap ByungHee.Namun,sebaik sahaja dia melihat tubuh ByungHee yang tidak berbaju itu,Victoria segera menutup kedua-dua matanya dengan tangan.

"Yah Jung ByungHee!Boleh tak awak pergi pakai baju awak?Tak malu betullah awak ni!" Kata Victoria.ByungHee ketawa.

"Eh awak tak suka ke?Ke...awak nak saya pakai tuala je?"ByungHee semakin galak mengusik.Victoria yang sudah tidak tahan diusik itu,segera mengambil tuala yang tergantung pada bahu ByungHee itu sebelum dia memukul lengan lelaki itu dengan tuala.ByungHee mengaduh kesakitan sambil menggosok-gosok lengannya yang kesakitan itu.

"Padan muka."Kata Victoria , tersenyum puas.

"Ish...boleh lebam badan saya macam ni tau tak,"kata ByungHee.Victoria tersenyum lebar.

"Awak juga yang cari pasal kan,"kata Victoria pula.

"Em..so...kenapa awak datang bilik saya ni?" Soal ByungHee,masih lagi menggosok-gosok lengannya itu.

"Oh...em...sebenarnya..."Sekali lagi mata Victoria tertumpu ke arah badan ByungHee yang sasa itu.Victoria berdehem beberapa kali sebelum dia menguntum senyuman paksa kepada lelaki itu.

"Jung Byung Hee ssi...boleh awak pergi pakai baju dulu?" Soal Victoria.ByungHee memandang tubuhnya yang tidak berbaju itu sebelum dia memandang ke arah Victoria semula.

"Apa salahnya kalau pakai macam ni je?Saya memang tidur tak pakai baju.Buat apa saya nak pakai baju pula malam ni?"Soal ByungHee pula.

"Okey,fine.Saya tak nak cakap dengan awak lagi,"kata Victoria,sebelum dia berpaling daripada ByungHee.Namun langkahnya terhenti apabila lengannya dipegang erat oleh ByungHee.

"Arasso...saya pergi pakai baju sekarang,"kata ByungHee,sebelum dia menarik lengan Victoria secara perlahan-lahan.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni?" Soal Victoria,pelik.

"Masuk bilik sayalah.Kata nak cakap dengan saya,"kata ByungHee.

"Awak pergilah pakai baju dulu,"kata Victoria.

"Ala...pakai baju je pun..bukannya nak buka seluar.Ke awak nak saya tukar seluar sekali?" Sekali lagi ByungHee mengusik Victoria.

"Yah Jung ByungHee!!!"

 

 

Victoria tergamam apabila melihat bilik tidur ByungHee yang kelihatan kemas itu.Semua barang peribadinya disusun rapi.Mata Victoria kemudiannya tertumpu ke arah sebuah bingkai gambar yang berada di atas meja itu.Perlahan-lahan,Victoria mengambil bingkai gambar itu sebelum dia melihat gambar yang kini berada dalam pegangannya itu.Bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat gambarnya bersama Gom ketika kecil yang masih disimpan oleh ByungHee itu.ByungHee yang sedang duduk di atas katil itu sekadar memandang ke arahnya sambil tersenyum.

"Saya tertanya-tanya..." Kata Victoria.ByungHee sekadar mendengar.

"Mana pergi semua lemak awak sampai awak boleh jadi kurus macam ni?" Sambung Victoria.Kali ini dia menoleh ke arah ByungHee sambil tersenyum.

"Saya kacak kan bila saya jadi kurus macam ni?" Soal ByungHee.Victoria meletakkan semula gambar itu di atas meja sambil mencebik.

"Tak habis habis perasan kacak.Penat saya dengar,"kata Victoria.ByungHee tertawa kecil.

"Saya jadi macam ni..."Kata ByungHee.Victoria memandang ke arahnya.

"...sebab saya rindukan awak,Vic,"kata ByungHee.Victoria terpana untuk seketika.Dia segera memalingkan tubuhnya daripada ByungHee.Dia berpura-pura melihat ke arah barang-barang ByungHee yang tersusun kemas di atas meja itu.

"Saya ada benda sikit nak cakap dengan awak,"kata Victoria.ByungHee sekadar mendengar.

"Pasal...pasal saya dengan Lee Joon."

Senyuman ByungHee mengendur apabila mendengar nama Lee Joon yang terpacul pada bibir Victoria itu.

"Kenapa dengan Lee Joon?" Soal ByungHee,acuh tidak acuh.

"Sebenarnya...tujuan saya datang ke sini...sebab saya nak lari dari dia.Waktu tu,saya berasa terlalu marah sampai saya tak boleh nak berfikir dengan rasional.Dan disebabkan tindakan terburu-buru saya tu...macam-macam berita tak betul keluar.Walaupun ada sebahagian daripadanya betul...tapi saya tetap tak nak semua orang tahu mengenai situasi sebenar yang berlaku dalam hubungan saya dengan Lee Joon,"kata Victoria.

"Habis tu,kenapa awak beritahu saya semua ni?"Soal ByungHee.

"Em..."Kelihatan Victoria ragu-ragu untuk menjawab pertanyaan ByungHee itu.

"Tak tahu.Saya cuma terasa nak beritahu awak.Tu saja,"kata Victoria.

"Oh...kenapa ya?" Soal ByungHee.Senyuman nakal terukir pada bibirnya.

"Saya...saya saja nak beritahu awak.Sebab saya tak nak awak salah sangka dengan saya,"kata Victoria.

"Saya tak pernah salah sangka dengan awak pun.Lagipun saya memang tahu yang awak dengan Lee Joon tu bertunang.Jadi...buat apa saya nak salah sangka dengan awak pula?" Soal ByungHee lagi.Mulut Victoria bagaikan terkunci rapat.Lidahnya kelu untuk berkata-kata.Alamak...apa aku nak jawab ni...

"Ooo...awak sukakan saya ya?" Soal ByungHee,sekaligus mengusik.Mata Victoria terbuka luas apabila mendengar kata-kata ByungHee itu.

"Mana ada.Tak ada maknanya saya nak suka dekat awak,"kata Victoria,menafikan kata-kata ByungHee itu.

"Saya memang tak pernah salah sangka dengan awak,Victoria.Saya cuma cemburu dengan Lee Joon,"kata ByungHee,perlahan.Victoria menoleh ke arahnya.

"Saya cemburukan dia sebab dia dapat memiliki awak,"kata ByungHee lagi.Perlahan-lahan,ByungHee menarik lengan Victoria sehingga membuatkan wanita itu terduduk di atas katil empuknya itu.Mata mereka bertentangan antara satu sama lain.Victoria dapat merasakan degupan jantungnya yang berdegup kencang itu.

"Saya sangat cemburu bila saya dapat tahu mengenai berita pertunangan awak dengan Lee Joon.Waktu tu...saya sangkakan yang awak betul-betul dah lupakan Gom awak.Waktu tu juga saya sangkakan yang saya mungkin dah tak dapat jumpa dengan Song Qian saya lagi."Kata ByungHee.

"Jadi sebab tu awak rahsiakannya daripada saya selama seminggu saya tinggal di sini dulu?" Soal Victoria.ByungHee tidak menjawab sebaliknya mengangguk perlahan.Victoria tersenyum sebelum dia menolak lembut kepala ByungHee.

"Pabo...mana mungkin saya dapat lupakan Gom saya yang bulat macam belon dulu tu.Lagipun tengoklah Gom saya sekarang ni.Dah tak bulat macam belon dah.Sekarang ni Gom saya pun dah ada kelompok peminatnya sendiri.Orang terkenallah katakan,"kata Victoria,sambil tersenyum.ByungHee turut tersenyum.

"Kenapa awak cakap macam tu?Cemburu ye?" Usik ByungHee pula.Victoria tidak segera menjawab sebaliknya hanya tersenyum ke arah lelaki itu.ByungHee kemudiannya mencapai tangan Victoria sebelum digenggamnya erat.

"Walaupun saya ni ada ramai peminat seperti yang awak katakan...hakikatnya...saya hanyalah peminat setia kepada Victoria Song Qian,budak kecil yang tak pandai bercakap hangul dulu,"kata ByungHee,penuh makna.Victoria melarikan pandangannya daripada ByungHee sebelum lelaki itu memegang dagunya lalu diangkat sedikit kepala Victoria,bagi membolehkan mata mereka berpandangan antara satu sama lain.Perlahan-lahan,ByungHee mendekatkan wajahnya kepada Victoria.

Namun,niatnya tertangguh seketika apabila telefon bimbit ByungHee berdering.ByungHee menjauhkan kembali wajahnya daripada Victoria.Manakala Victoria pula melepaskan nafas lega.ByungHee kemudiannya menoleh ke arah Victoria sebaik sahaja dia menamatkan panggilan telefonnya itu.

"Em...malam dah lewat ni.Saya masuk bilik dululah.Maaf sebab ganggu,"kata Victoria sebelum dia bangun dari katil ByungHee itu.ByungHee sekadar mengangguk sambil tersenyum nipis.Dia kemudiannya memandang ke arah Victoria sehinggalah kelibat wanita itu hilang dari pandangan matanya.ByungHee baring di atas katilnya.Lengan kanannya diletakkan di atas dahi sambil memandang ke arah siling.

"Perasaan saya terhadap awak sedikit pun tak pernah berubah,Victoria,"katanya,perlahan.

 

"Walaupun saya ni ada ramai peminat seperti yang awak katakan...hakikatnya...saya hanyalah peminat setia kepada Victoria Song Qian,budak kecil yang tak pandai bercakap hangul dulu."

 

Victoria meletakkan tangannya pada dadanya yang terasa sesak itu.Kata-kata ByungHee itu masih lagi bermain dalam fikirannya.Adakah ByungHee baru sahaja meluahkan perasaan sebenarnya kepada aku ?

 

Victoria segera memejamkan matanya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya,sebelum dia membaringkan dirinya di atak katil.Dia menutup wajahnya dengan bantal.Perasaan malu kembali mengusai dirinya ketika itu.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ