42

Opposite Attracts

Tiga minggu kemudian...

 

 

Victoria memerhatikan penampilannya yang anggun itu di hadapan cermin,setelah siap didandan oleh juruhias peribadinya itu.Dia baru sahaja menyelesaikan penggambarannya beberapa minit yang lalu.Dan kini dia sedang bersiap sedia untuk bertemu dengan Lee Joon yang mungkin sudah pun menunggunya di luar.Mereka perlu menyiapkan persiapan perkahwinan mereka secepat yang mungkin sebelum majlis bersejarah antara kedua-dua pihak itu berlangsung pada hujung bulan tersebut.Dia terus memerhatikan wajahnya yang kelihatan tidak bermaya walaupun sudah disolek dengan solekan nipis itu.Matanya kelihatan kuyu,seolah-olah tidak mendapat rehat yang mencukupi.Sejak Sun Young berhenti untuk menjadi pengurus peribadinya itu,Victoria sendiri yang menguruskan urusan kerjanya.Mujurlah keluarganya sudah banyak membantu dalam menguruskan urusan majlis perkahwinannya itu.

Victoria kemudiannya mengambil penutup tin yang berada di atas meja soleknya itu.Matanya langsung tidak lepas dari memandang ke arah penutup tin yang merupakan ‘cincin’ pemberian ByungHee sewaktu melamarnya di Changwon dahulu.Dia amat merindui lelaki Changwon itu.Dia amat merindui akan usikan nakal...belaian manja...dan ungkapan cinta daripada lelaki bernama Jung ByungHee itu.

 

“Oppa sanggup tunggu Victoria sampai bila-bila pun?”

“Oppa sanggup...asalkan kita dapat bersama sampai bila-bila.”

 

 

“Kenapa tak masuk tidur lagi?”

“Vic tunggu oppa balik..”

“Berapa kali oppa cakap...tak payah tunggu oppa balik?Tak faham bahasa ke?!”

“Rimaslah!”

 

 

“Oppa...siapa perempuan dalam gambar ni?”

“Dia tunang oppa.Kami baru sahaja bertunang sebulan yang lepas.”

 

“Tapi oppa dah janji kan yang oppa akan tunggu Vic sampai bila-bila?”

“Aku dah bosan.”

“Kita dah tak perlu berjumpa lagi selepas ni.”

 

 

Victoria memegang erat penutup tin itu sambil cuba menahan air matanya daripada mengalir.Hatinya sebak apabila mengenangkan kembali semua kenangannya bersama lelaki bernama Jung ByungHee.Walaupun lelaki itu telah melukai hatinya,namun dia tetap sukar untuk melupakan ByungHee.

 

“Saya yakin...oppa ada alasan dia sendiri kenapa dia buat semua ni.Saya kenal dia.Saya sendiri yang nampak penantian dia terhadap unni selama ini.”

 

Kata-kata Sun Young kembali menerjah dalam fikirannya.Bukannya dia tidak percaya dengan kata-kata daripada sepupu ByungHee itu.Malah dia sudah cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada lelaki itu namun lelaki itu seolah-olah enggan untuk berbuat demikian.Victoria memandang semula ke arah cermin.Kelihatan Lee Joon sedang bersandar pada dinding di belakangnya itu.Victoria mengukir senyuman nipis ke arah lelaki itu.Perlahan-lahan,Lee Joon berjalan mendekati ke arah Victoria sebelum dia memeluk tubuh wanita itu dari belakang.Dia kemudiannya meletakkan dagunya pada bahu wanita itu.Victoria sekadar membiarkan lengan Lee Joon yang sedang merangkul pinggangnya itu.

“You’re so beautiful,”puji Lee Joon sambil tersenyum.Victoria turut membalas senyumannya tanpa membalas kata-kata lelaki itu.Mata mereka bertentangan antara satu sama lain melalui cermin meja solek itu.

“Gomawo.”Ucap Lee Joon,perlahan.

“Wae?” Soal Victoria,hairan dengan ungkapan terima kasih daripada Lee Joon itu.

“For everything,”balas Lee Joon,sambil mengeratkan lagi pelukannya terhadap Victoria itu.Victoria kemudiannya meletakkan tangannya pada lengan Lee Joon yang sedang merangkul pinggangnya itu.

“Thanks to you too,”ucap Victoria.Lee Joon memandang ke arahnya.

“Wae?”Kali ini giliran Lee Joon pula untuk bertanya.Victoria tersenyum.

“For everything,”balas Victoria.Senyuman Lee Joon kian lebar.Dia terus menatap wajah Victoria pada cermin meja solek itu.

“You betul-betul pasti dengan keputusan you ni?” Soal Lee Joon,inginkan kepastian.Victoria diam untuk seketika sebelum dia mengangguk.

“Masih belum terlambat untuk you ubah keputusan you sekarang ni,”kata Lee Joon.Victoria tersenyum hambar sambil menggeleng.

“Ani.I takkan sesekali ubah keputusan I.I yakin dengan keputusan I,”kata Victoria.

“Jinja?”Soal Lee Joon,sukar baginya untuk percaya akan keputusan yang dibuat oleh Victoria itu.Victoria kemudiannya melepaskan pelukan lelaki itu sebelum dia memusingkan tubuhnya menghadap lelaki itu.

“You tak percayakan I?” Soal Victoria.

“Bukan I tak percaya.I Cuma...tak nak you menyesal dengan keputusan yang you dah buat ni,”kata Lee Joon.Victoria sekadar tersenyum.

“Kalau macam tu,you tak bolehlah buat I menyesal dengan keputusan I ni,”balas Victoria.Lee Joon kemudiannya mencapai tangan Victoria sebelum digenggamnya erat.

“I takkan sesekali buat you menyesal,Vic.I berjanji yang I akan cuba menjadi lelaki yang terbaik dan layak untuk you.I tahu I tak sempurna...tapi I harap you sudi untuk beri I peluang untuk berubah.I bukan buat semua tu semata-mata untuk dapatkan perhatian you,tapi I buat semua tu...sebab I cintakan you.Kali ni,I betul-betul sayangkan you,Vic,”kata Lee Joon,bersungguh-sungguh.Victoria sekadar membisu.Lee Joon pula terus memandang ke arahnya.

“Lee Joon...I...”

Victoria berasa serba salah untuk berterus-terang mengenai perasaannya terhadap lelaki yang sedang berada di hadapannya itu.Lee Joon sekadar tersenyum.

“It’s okay.I tak nak paksa you.I boleh tunggu,”kata Lee Joon,cuba untuk tidak membuatkan wanita itu serba salah terhadapnya.

“Miane,”ucap Victoria.Lee Joon sekadar menggeleng.

“I dah cukup happy pun bila you bersetuju untuk berkahwin dengan I walaupun perasaan you terhadap I tak sama seperti perasaan I terhadap you,”kata Lee Joon.Victoria tersenyum nipis ke arahnya.

“Em,jom kita pergi?Kita dah lewat sikit dah ni,”kata Lee Joon.Victoria sekadar angguk.

 

 

Lee Joon menemani Victoria yang sedang membelek-belek buku koleksi gaun perkahwinan yang terdapat di dalam butik bertaraf lima bintang itu.

“Semua nampak cantik,”kata Lee Joon sambil tersenyum.Victoria turut tersenyum.Senyuman yang sengaja dibuat-buat,sekadar menyembunyikan hatinya yang lara itu.

“Kalau tak ada yang you suka,kita boleh buat tempahan sendiri ikut kesukaan you,”kata Lee Joon.

“It’s okay.Koleksi yang sedia ada ni pun dah cukup.I bukannya cerewet sangat pun,”balas Victoria.

“Sekali-sekala cerewet untuk hari bersejarah sendiri apa salahnya kan?”Balas Lee Joon pula.Victoria tertawa kecil sambil menyiku perlahan lengan Lee Joon itu.Lee Joon turut ketawa.Perbualan mereka terganggu untuk seketika apabila kedengaran telefon bimbit Lee Joon berbunyi.

“I keluar sekejap angkat call,okey?”Soal Lee Joon.Victoria sekadar angguk,masih lagi menumpukan perhatiannya terhadap gaun-gaun pengantin yang terdapat di dalam buku itu.

 

“Okey...I tunggu you kat dalam butik ni.”

Kedengaran suara seorang wanita yang baru sahaja muncul di dalam butik itu.Victoria pula langsung tidak mengendahkan kehadiran wanita itu.

“Selamat datang,Cik.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Soal salah seorang daripada pekerja di butik itu.

“Oh,saya datang sini sebab nak tengok gaun tempahan saya,”kata wanita itu.

“Oh kalau macam tu,cik boleh tunggu di sini dulu ya,”kata pekerja itu.

“Okey,kamsahamida,”ucap wanita itu sebelum dia mengambil tempat di hadapan Victoria.Victoria pula masih lagi selesa membelek-belek buku koleksi gaun pengantin butik itu.Wanita itu kemudiannya memandang ke arah Victoria.

“Em...kalau tak silap I...you ni...Victoria kan?”

Victoria mendongak sebaik sahaja mendengar namanya disebut oleh wanita itu.Kelihatan senyuman wanita itu kian lebar.

“Wow!Jadi betullah yang you ni Victoria!”Kata wanita itu,teruja.Victoria turut tersenyum ke arahnya sambil mengangguk.

“Annyeonghaseyo,”ucap Victoria,ramah.

“OMG...rasa macam tak percaya saja yang I boleh jumpa Victoria dekat sini,”kata wanita itu lagi.Victoria masih lagi tersenyum.Entah mengapa wajah wanita itu kelihatan seperti pernah ditemuinya sebelum ini.

 

 

“Dia tunang oppa.Kami baru sahaja bertunang sebulan yang lepas.”

 

 

Mata Victoria terbuka luas.Dia memandang ke arah wanita yang berambut blonde itu,sebelum dia menoleh ke arah sekeliling.Mungkinkah ByungHee turut berada di situ?

“My name is Sandara,”kata wanita itu sambil menghulurkan tangannya kepada Victoria.Victoria memandang ke arahnya.Perlahan-lahan,dia membalas huluran tangan Sandara itu.

“Victoria.”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KaRain #1
Chapter 46: Please have this fic translated in english. I love the tomato couple.
Love_GO87
#2
Chapter 46: bestnya, saya sayang akak...sehappy2 endingnya >< *terlalu gembira*
Love_GO87
#3
Chapter 41: sedihnya, kesiannya byunghee oppa T__________T
Love_GO87
#4
Chapter 21: nanti byunghee oppa sedih and kesunyian pulak..takpe oppa, saya masih ada di sini untuk oppa ><
Love_GO87
#5
Chapter 20: alahai makin comel pulak byunghee oppa ni ><
vicqian #6
Chapter 17: Pasangkan Sun Young dgn Mir saja biar tidak kesepian. Sun Young memang gadis yg baik, tidak mementingkan diri sendiri. Update soon •⌣•
Love_GO87
#7
Chapter 13: sukanya...yun dah nak bagitau rahsia samcheon dia...tp byunghee lagi cepat, keke
adoi comel la pulak
vicqian #8
Chapter 10: Thank u for the fast update •⌣• Sedih juga melihat kondisi ibu G.O tapi mereka seharusnya dapat bahagia •⌣•
Love_GO87
#9
Chapter 10: aduhai comelnya tapi sedihlah tengok ibu G.O macam tu
vicqian #10
Chapter 9: Romantis nya •⌣• Tomato couple sangat cocok juga •⌣• Update soon ☺ĸåφ ˆ⌣ˆ