007 *

You're My Enemy [EDITED]

Edited: chap 8 + 9


2eyes - Don't Mess With Me

 


 

Seperti biasa, Taesil bangun pagi dan bersiap-siap untuk pergi ke sekolah. Taesil membuka lokernya yang berada di luar kelas (bukan dalam kelas) untuk mengambil buku yang dia tertinggal. Apabila dia menutup pintu loker, dia tengok ada seseorang sedang tersenyum sinis di sebelah kanannya. Di kepalanya berbalut dengan kain berwarna putih menandakan yang ada luka di kepala.

Augh! Pagi-pagi lagi dah buat mood dia kusut

"Huh!" Taesil mendengus kasar. Macam boleh-boleh tau je apa yang akan terjadi selepas ini. Rasa jelik pulak melihat muka musuh dia pada pagi-pagi ni. Hilang terus mood happy dia tadi.

Siapa lagi kalau bukan Yoo In Na. Kes semalam telah membuatkan senarai musuhnya bertambah satu. Bagus Taesil. Memang bagus. Taesil nak berlalu pergi tetapi Inna dengan cepat mencapai lengan Taesil dan menolak Taesil, kasar ke lokernya semula. Taesil mengaduh kesakitan. Kuatnya cengkaman budak ni. Makan besi ke apa? Inna masih tak lepaskan cengkamannya pada lengan kiri Taesil malah dia makin kuatkan cengkamannya. Wah.. dia ni robot ke manusia?

"Kau nak pergi mana? Kita masih belum selesai lagi" kata Inna sambil merenung Taesil tajam. Ketinggian Inna tinggi sikit dari Taesil. Taesil 163cm rasanya Inna mungkin 166-167cm je. Ini yang payah kalau jadi pendek dari musuh ni. Susah nak lawan ketinggian.

"Kau nak apa lagi? Dah miskin sangat ke? Apa? Nak minta duit dengan aku?" Taesil membalas renungan Inna. Ingat aku takut ke? Inna menekan lagi cengkamannya.

"Kau dengar sini, eh. Aku tak miskin pun lah. Aku ada banyak duit. Apa yang aku mintak mesti aku dapat. Walau dengan apa cara sekali pun. Tak macam kau, miskin dan hodoh pulak tu. Huh! Ada hati nak mendekati hak milik orang lain" Taesil malas nak menjawab.

Bila masa pulak aku mendekati hak milik orang lain? Dan, aku tak miskin pun lah. Walaupun tak kaya macam jutawan Korea tu tapi kira baguslah yang aku boleh hidup dengan cara yang baik. Tak macam orang kaya macam kau. Guna duit sewenang-wenangnya. Gila! Taesil fikir nak je dia balas guna ayat tu tapi lebih baik dia diam je. Terlalulah malas untuk membalas.

Aish.. bila lah dia nak lepaskan pegangan dia ni. 

"Aku nak berterima kasih dekat kau sebab buat kepala aku macam ni. Heh. Sebabkan kau lah hubungan aku dengan Sehun yang mula menjauh, makin rapat semula" Inna menunjukkan kepalanya yang berbalut sambil tersenyum sinis. Kawasan loker itu kosong je. Hanya ada Taesil dengan Inna sahaja. Kenapalah waktu-waktu macam ni tak ada saksi?

Berterima kasih? Dia ni dah gila kah?

"Tak payahlah kau nak berterima kasih sangat dengan benda yang aku tak pernah buat. Dah berambus" Taesil menarik lengan kirinya sekuat hati dari cengkaman Inna.

Belum sempat Taesil nak beredar, Inna menarik rambut Taesil yang tidak berikat tu lalu Taesil mengaduh kesakitan. What the f-! Buku yang dia pegang terlepas dari pegangan. Taesil terjatuh ke lantai.

"Aku bagi warning dekat kau. Jauhi Sehun aku. Jangan pernah-pernah kau nak rapat dengan dia" Taesil rasa hatinya bergelodak dengan api kemarahan.

Kenapalah bila terserempak dengan dua musuh dia ni mesti suhu badan dia akan menaik? Taesil memegang kepalanya yang berdenyut-denyut. Sakitlah sebab perempuan gila itu pergi tarik rambut kesayangan dia itu. Dia fikir rambutnya itu lembut selembut macam baju? Inna pusing untuk pergi tetapi Taesil dengan amarahnya yang membuak-buak itu, menyandung kaki Inna dan menyebabkan Inna jatuh ke lantai. Taesil mula bangun. 

"Kau ingat aku kisah dengan warning kau tu? Tak! Langsung tak! So get away from me dan jangan sesekali kau mengganggu hidup aku lagi! Don't mess with me! Aku boleh je hancurkan hidup kau kalau kau mengganggu hidup aku lagi. Kau faham tak?!!" Inna terkejut melihat Taesil yang mengamuk tu.

Baru kau nak sedar yang aku ni lebih menakutkan daripada apa yang kau pernah nampak? Aku tak lemah macam tu lah. Kau ingat aku takut dengan warning kau tu? Huh

"Apa benda yang terjadi ni?" suara seseorang menyapa telinga Taesil. Pandangan Taesil yang melihat Inna yang terduduk di atas lantai terus memandang hadapan. Sesusuk tubuh yang sangat dia kenali. Aish!

Aku rasa aku dapat mengagak apa yang akan terjadi lepas ni. Melihat dua orang ni membuatkan amarah yang dia rasa ini makin bertambah. Mata Taesil merenung mata orang yang mendekati dia dan Inna. Taesil meniup rambut depannya. Fuhhh!

Masalah betul lah!

 

Ailee - Don't Touch Me

(Lirik lagu ni memang ada sedikit bersesuaian dengan situasi Taesil sekarang ni)


"Apa benda yang terjadi ni?" Taesil memandang orang yang mendekati dia dan Inna.

"Oppa, tolong Inna. Dia... Dia tolak Inna sebab nak balas dendam dekat Inna pasal semalam. Semalam... Inna pun salah juga sebab terbaling bola tu kena kepala dia dulu tapi tak sangka pulak dia nak balas balik dekat Inna. Inna baru je minta maaf dekat dia tadi tapi..." Sehun mengeluh dan membantu Inna untuk bangun. Sehun memandang kepala Inna yang berbalut sebab 'luka' yang Taesil 'buat'.

"Inna ok?" tanya Sehun lembut. Taesil mendengus kasar mendengar Sehun berkata sebegitu. Jelik mendengar suara risau Sehun. Inna mengangguk.

"Inna ok. Nasib baik oppa datang kalau tak..."

Taesil tak endahkan 'pasangan kekasih' yang ada di hadapannya. Dia pusing belakang dan tunduk untuk mengutip buku-buku dia yang terjatuh tadi. Susah payah dia buat semua itu. Kalau tak disebabkan perempuan itu, dia dah selamat masuk kelas sekarang ini. Sehun berhenti mengusap kepala Inna apabila terlihat Taesil yang dah siap memeluk buku-bukunya dan ingin beredar.

"Kau nak pergi mana tu?" Taesil berhenti bergerak dan melihat belakangnya melalui bahu kanannya.

"Aku malas nak mendekati dengan orang yang... uh... macam kau orang ni" Taesil pusing depan semula dan nak pergi tetapi dia terasa ada seseorang memegang lengan kanannya. 

"Apa lagi yang kau nak, Ha?!!" jerit Taesil dan memusingkan badannya dengan perasaan marah yang membuak-buak memandang Sehun yang sedang memegang lengannya.

"Kau lupa nak minta maaf dekat Inna lah! Aku nak kau minta maaf dekat Inna tentang hal semalam dan tadi. Sekarang!" Taesil memandang Inna yang tersenyum kemenangan di belakang Sehun.

Perempuan talam dua muka yang-!

Taesil memberi pandangan maut pada Inna. Inna yang ternampak pandangan maut Taesil, terus hilang senyumannya lalu dia bersembunyi di belakang Sehun. Membuat seperti dia intimidate dengan Taesil. Macam dia pula mangsa. Sehun yang perasan pandangan Taesil dan pegangan Inna yang berada di bajunya belakang memikirkan sebaliknya.

"Pandang aku Choi Tae Sil, bukannya Inna. Kau sempat lagi mengugut Inna dengan pandangan kau tu depan aku? Heol, ni baru first time aku jumpa perempuan macam kau-" apabila mendengar Sehun bercakap Taesil terus mengalihkan pandangannya dari Inna ke Sehun yang berada di hadapannya lalu memotong percakapan Sehun. Dia tak nak benda ni dipanjangkan lagi. Kelas dah bermula dah pun. Ah!! Sabar Taesil... Sikit je lagi...

"Kau dengar sini, Oh Se Hun. Aku tak nak ambil tau dengan apa yang kau percaya tapi sekali ni je aku cakap, percayalah, apa yang kau percaya tu tak betul... Aku.. ugh!" Sehun ingin membuka mulut untuk menjawab tapi Taesil mengalahkan Sehun dari menjawab dan menyambung percakapannya.

"Aku harap ni kali terakhir aku jumpa kau orang, sebab aku malas nak melayan orang yang bo... uh... macam kau orang ni..." Lagi sekali Sehun nak menjawab tapi sorry lah Taesil takkan benarkannya sehingga dia habis cakap.

"... Dan akhir sekali. Aku Choi Tae Sil takkan minta maaf dengan Yoo In Na walaupun budak belakang kau tu, entah apalah masalah dia? Mungkin desperate sangat nak aku minta maaf atau melutut depan dia ke apa. Just dream on but sorry I'm not gonna do that. Never..." Taesil pandang Inna tetapi Inna memandang tempat lain. Tahu takut. Bangang. Taesil memandang Sehun semula sambil tersenyum paksa. Dia cuba kawal perasan marah dia.

"Well, it's 'nice' to me you two. Tak ada apa-apa lagi dah kan? Ok, bye. Semoga kau orang berdua bahagia bersama..." Taesil menunduk sedikit pada Sehun dan berpusing. Tak mungkin dia akan menunduk pada perempuan itu.

"...ataupun tak. Dengan perempuan talam dua muka tu. Huh" Taesil berkata perlahan. Malas nak melayan orang yang ada di belakang dia tu, Taesil menjauhi tempat tadi. Dia tengok jam. Dia dah lewat 10 minit. Taesil mengeluh. Masanya dah dibazirkan dengan budak mentah itu. Tak apalah asalkan dia takkan berjumpa dengan dua musuh utama dia lagi.

Taesil membuka pintu belakang perlahan-lahan. Dia masuk dengan senyap-senyap. Cikgu yang menulis di papan hitam tidak perasan akan Taesil jadi Taesil terus duduk di tempatnya dengan cepat. Youri ingin bertanya tetapi Taesil terus memotongnya. 

"Nanti aku cerita" kata Taesil perlahan. Sekarang dia ingin lupakan perkara tadi dan mengawal perasaan dia yang masih bergelodak dengan api kemarahan dan mula belajar macam biasa.


Wah! Jutaan terima kasih kepada yang meng-subcribe, meng-upvote dan comment dekat cerita ni ^o^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting