013 *

You're My Enemy [EDITED]

Soyou X Junggigo - Some


 

Seminggu telah pun berlalu. Dalam seminggu tu Inna dah tak kacau Taesil lagi dah. Malah batang hidung dia pun Taesil tak nampak. Hubungan dia dengan Luhan pula makin rapat. Oho! Bahagia sungguh! Semua orang pelik melihat hampir setiap hari Luhan akan rehat bersama dengan Taesil dan Youri dan bukannya dengan Exo dan Inna. Taesil pun tertanya-tanya mengapa? Youri lagilah. Pelik sungguh. Tetapi Luhan macam tak mahu menjawab kalau Taesil bertanya. Luhan mesti akan kata...

"Awak ni macam tak suka je saya makan dengan awak dan Youri. Macam menghalau je" Luhan membuat muka sedih. Laju je Taesil menggeleng kepala. Uish! Siapa yang tak suka crush makan bersama? Bahagia tahu tak?! Hari-hari. *Sila letak muka gatal di situ*

"Tak. Tak. Saya suka... Saya suka lah kalau awak makan dengan kita orang. Cuma... Saya nak tau je. Kenapa? Awak ada masalah ke? Yelah, hari tu awak cakap awak bergaduh dengan kawan awak. Siapa? Masih tak selesai lagi?" Youri menggeleng kepala mendengar Taesil bercakap. Banyak pula soalan kau ni, Taesil.

"Tak adalah. Kita orang ok je... Awak tak perlulah risau." Luhan tersenyum kecil melihat Taesil yang kalut.

"M-mestilah risau. Kan saya dah cakap yang awak tu kawan saya. Mestilah saya risau" Taesil tergagap. Agak-agak dia nampak tak perasaan aku ni? Youri melihat dua orang kawan dia yang sibuk berborak. Terasa macam orang tengah pula. Ha.Ha.

Luahkan jelah perasaan kau tu, Taesil oi~ fikir Youri.

Hubungan Taesil dengan Sehun pula hanya sekadar hubungan antara guru dan pelajar je. Kadang-kadang Sehun akan suruh Taesil minta maaf dekat Inna tapi Taesil tetap menjadi Taesil. She will say... NO! Of course. Kadang-kadang Sehun akan menceritakan tentang persahabatan dia dengan Exo dan Inna. Itu pun waktu Taesil kena jawab soalan yang Sehun sediakan dan Sehun pula akan berbaring di atas katil Taesil. Kadang-kadang Sehun akan tertidur di situ, tak pun dia akan termenung memandang sama ada dinding atau siling bilik Taesil. Budak ni dah kenapalah agaknya. Taesil pula macam tak kisah.

Hari sabtu pun Sehun akan mengajar Taesil, bermula pada pukul 12 tengahari sehingga 5 petang. Terkejut Taesil apabila buka-buka pintu sahaja nampak Sehun di depan mata memakai baju biasa. Dah lah waktu itu stail rambut Taesil macam budak-budak. Rambutnya diikat dua bahagian tepi. Taesil boleh mengagak yang Sehun juga terkejut melihat dirinya ketika itu. Suka hatilah nak pakai stail macam mana pun!

Taesil rasa berdebar-debar apabila Sehun berada dekat dengannya sewaktu Sehun mengajarnya. Yelah, selalunya dia nampak Sehun dengan uniform sekolah je. Tetapi dia tak sangka Sehun nampak kacak kalau pakai t-shirt dan seluar biasa. Cool sangat-sangat! Macam boyfriend punya style! Ish! Merepek apa kau ni? 

Pada hari ahad pula, Sehun akan bagi kertas yang mengandungi sepuluh atau lebih untuk setiap mata pelajaran. Huh! Penat betul nak perah otak menjawab kesemua soalan itu. Semua mata pelajaran tau? Semua!

Hari Isnin pun tiba. Sekolah lagi... Taesil bersiap-siap untuk pergi ke sekolah macam selalu. Sejak dua menjak ni senang je Taesil boleh memahami apa yang cikgu pelajarannya mengajar. Mesti berkat pengajaran yang 'cikgu peribadi' dia bagi. Haha! Laju je lelaki itu mengajar. Terkejar-kejar, Taesil. Taesil melalui pintu pagar sekolah tetapi berhenti apabila Luhan memanggil namanya sambil tersenyum.

"Annyeong" lambai Luhan sambil tersenyum lebar dan mendekati Taesil. Taesil lagilah, lagi melebar senyumannya. Taesil rasa berdebar-debar melihat Luhan.

"Annyeong, Luhan" Taesil membalas lambaian lambat-lambat dekat Luhan. Apabila Luhan betul-betul berada di depannya, dia terpaksa mendongak untuk melihat wajah Luhan. Tinggi betul dia ni. Kenapalah aku ni pendek sangat.

"Jom masuk kelas sama-sama" Taesil terpana. Cerahnya! Kenapa senyuman dia bercahaya sangat pagi ni!

"Taesil? Taesil" Luhan lambai di hadapan muka Taesil dan menyebabkan Taesil tersedar dari lamunannya.

"Apa? Awak cakap apa tadi?" tanya Taesil gugup. Dalam hati rasa macam nak tampar je diri sendiri sebab tenung muka Luhan lama-lama sangat. Sebab muka dia handsome sangat! Cair saya! Mesti Luhan perasan. Harap-harap tak.

"Saya kata... jom masuk kel-" kata-kata Luhan terberhenti sebab diganggu oleh seseorang. Ish! Kenapa dia selalu je muncul bila aku nak bersama dengan Luhan?! Kacau line lah! Hancur mood bahagia aku!

"Oppa~ Jom masuk kelas sama-sama" Inna mendekati Taesil dan Luhan dengan suaranya yang sengaja dikuatkan untuk mengundang orang lain pandang. Di belakang Inna ada Sehun. Heol, mesti dia orang datang bersama-sama lagi. Eh? Ada orang lagi lah! Banyaknya...

1.2.3.4.5.6.7.8.9.10 dan 11 termasuk Sehun. Kawan Sehun dengan Luhan kot... Ops... Terlupa, Inna juga. Ugh!

"Yo, Luhan!" salah seorang dari sepuluh orang yang berada di belakang Sehun menyapa Luhan. Tangan kiri Luhan dimasukkan ke dalam poket seluarnya manakala tangan kanannya melambai dekat 10 orang itu dengan senyuman yang lebar dan tak mengendahkan Inna yang berada di depannya. Taesil sudah beralih tempat (Inna yang tolak) apabila Inna datang dan berdiri di sebelah kiri Luhan. 

Semuanya tinggi-tinggi belaka! Adakah aku seorang yang paling pendek di sini?

Aku rasa macam ada orang pandang aku lah. Taesil memandang Inna. Inna memberi pandangan maut dekat Taesil. 

Eh? Kenapa aku dijeling pulak?! Sekarang baru aku nampak muka budak ni. Taesil mengalihkan pandangannya dan memandang 11 orang kawan Luhan yang datang bersama Sehun (dan Inna). Sibuk je minah tu.

"Kawan awak ke Luhan?" Taesil terpaksa berjengket untuk berbisik di telinga Luhan. Well, dia tak nak orang lain tau yang dia tanya soalan ni pada Luhan sebab mungkin dia orang akan anggap Taesil ni ketinggalan zaman sedangkan ramai orang tau dan kenal semua ahli-ahli Exo. Dia memang tak kenal langsung muka-muka baru itu. Baru nak letak dalam kamus otaknya. Luhan tersenyum dan mengangguk.

"Mereka kawan saya. Awak tahukan kumpulan Exo? Tu lah dia orang. Saya pun sebahagian dari exo juga" kata Luhan. Taesil hanya mengangguk. 

Oh, ni lah exo yang Youri cakap tu. Dia tak beritahu pun semuanya tinggi-tinggi belaka!! Dia tak bagitau juga yang ada 12 orang kesemuanya!! Dah lah aku tu yang paling pendek antara semua yang ada dekat sini! Inna tu pun tinggilah! Omo! Tingginya. Sakit tengkuk aku nak mendongak memandang mereka semua.

"Wah, Luhan~ Tak sangka aku. Dah ada girlfriend dah rupanya kau ni~" siapa nama budak yang bercakap tu? Muka dia macam perempuan. Bukan Luhan muka dia pun macam perempuan ke? Chit! Diam! Jangan panggil crush aku macam tu!

"Aku rasa apa yang Baekhyun cakap tu betul lah. Dah lah mereka berdua nampak sesuai" kata yang berdiri di sebelah kanan lelaki yang bernama Baekhyun tu. Eh? Dia orang cakap pasal aku dengan Luhan ke? Sesuai bersama? Muka Taesil jadi merah. Auee! Janganlah puji melebih! Malu saya!

Luhan tidak berkata apa-apa tetapi hanya tersenyum. Senyuman dia macam mengiakan kata-kata mereka je. Aish.

 

Minx - Why Did You Come To My Home

 

Aku rasa macam ada aura gelap memandang aku je. Dekat mana pula? Taesil memandang Inna lagi.

Apahal dengan budak ni? Pandang aku macam nak makan aku je. Dia marah ke? Bukan ke dia sukakan Sehun? Yelah, dia siap bagi amaran supaya jauhi Sehun 'dia' lagi.

"Woah! Luhan dah ada girlfriend!" kata lelaki yang berdiri di sebelah kiri Baekhyun. Kejap, apa nama dia?

Aku tak tau nama dia orang. Apa nama dia orang?! Aku hanya tau budak lelaki yang bernama Baekhyun je. Kenapa dia orang pandang aku macam tu? Ah, malunya! Rasa macam nak gali kubur sendiri. Taesil mendekatkan diri ke Luhan dan memegang hujung kot uniform Luhan dan tunduk. Dia tak endahkan pandangan berapi yang Inna berikan. Intimidated aku tengok budak-budak lelaki itu. Di mana Youri bila aku perlukannya.

Luhan pandang Taesil yang kelihatan tak selesa itu.

"Yah, kau orang tak nampak ke dia tak selesa tu. Aish, tak boleh ke kau orang tak kacau orang lain sehari pun. Tak boleh ke?" Baekhyun dan dua orang yang memberi komen tadi tersengih pada lelaki yang memarahi mereka tadi.

"Apa-apa pun dia mesti tak kenal kita lagi, kan. Saya Kim Joon Myun tapi orang lain panggil saya suho yang ni..." Suho menyambung lagi dan menunjuk dekat orang yang ada di sebelahnya.

"Kim Jong Dae, Chen!" Chen mengangkat tangannya dengan gembira. Ni lah yang komen pasal aku dengan Luhan tu.

"Byun Baek Hyun!" Baekhyun turut serta mengangkat tangan. Agak-agak betul ke aku nampak sesuai dengan Luhan?

"Park Chan Yeol!" Ramai pelajar (terutamanya perempuan) berkumpul di sekeliling exo. Kalau betul, sila sokong kami berdua, ya?

"Wu Yi Fan, Kris" Ada yang merenung Taesil kerana Taesil rapat sangat dengan Luhan.

"Huang Zi Tao" Taesil melihat semua yang memperkenalkan diri satu-satu.

"Zhang Yi Xing, Lay" Bertuahnya Inna dapat berkawan dengan pelajar yang kacak macam dia orang.

"Kim Min Seok, Xiumin" Taesil mencemuh perlahan apabila dia teringat sesuatu.

"Do Kyung Soo, D.O" adakah mereka juga tau diri sebenar Inna? Luhan tau ke? Kalau Sehun memang tak lah. Lelaki itu tak akan nampak.

"Kim Jong In, Kai imnida" 

"Yang ni, Oh Se Hun" Suho memperkenalkan Sehun sebab Sehun hanya diam je tapi tak perlu perkenalkan pun tak pe, setiap hari muka dia je yang aku nampak dekat rumah nanti. Taesil mengangguk mendengar mereka semua perkenalkan diri.

"Oppa, jom masuk kelas sama-sama" kata Inna yang tiba-tiba memegang tangan kanan Luhan. Luhan tak endahkan Inna dan tangan kirinya dikeluarkan dari poket seluarnya lalu memegang tangan kanan Taesil. Taesil kaget.

"Jom masuk kelas, Taesil. Awak dah kenal dengan kawan-kawan saya, kan?" Luhan memandang Taesil. Taesil angguk perlahan.

"Oppa" Taesil memandang Inna. Luhan memandang Sehun dan menepis tangan Inna masih bertentang mata dengan Sehun.

"Sorry, kelas kita tak sama" kata Luhan. Inna pula sudah menunduk jadi Taesil tak nampak wajah Inna sebab rambut depannya menutup mukanya apabila dia menunduk tadi.

Entah kenapa, secara tiba-tiba Sehun merentap koler uniform Luhan. Taesil terkejut. Kenapa keadaan jadi tegang semacam je? Ahli exo yang lain pun nampak terkejut.

"Minta maaf " Mata Sehun tajam memandang Luhan. Eh? Luhan kena minta maaf? Pada siapa? Inna? Adakah sebab tadi? tapi kenapa ianya sampai perlu Luhan minta maaf pula? Tak logik rasanya. Lain lah kalau Sehun ini terlebih protective dengan Inna. Inna pula sudah memandang tempat lain tetapi Taesil dapat menangkap sedikit senyuman dia. Inna apa yang kau dah buat?

Ugh!


Oh TiDaK!!! Apa yang Inna dah buat?!! Kenapa Luhan kena minta maaf dekat Inna??/

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting