035 *

You're My Enemy [EDITED]

Luhan masuk ke dalam bilik yang khas untuk EXO tetapi tiada Sehun. Bukannya special sangat. Mereka jumpa bilik yang tak diguna pakai ini, lalu mereka chop tempat itu untuk menjadi tempat lepak dan tempat rehat mereka. Sinilah tempat mereka selalu pergi masa rehat. Apabila Luhan menutup pintu semua memandang Luhan. Ada yang duduk di atas meja, sofa, bersandar ke dinding. Mana-mana pun boleh.

"Akhirnya, orang terakhir dah sampai" kata Kai yang sedang duduk di atas meja.

"Lambatlah kau Luhan, kitaorang tak sabar-sabar nak tau apa yang Xiumin hyung nak bagitau" kata Tao.

"Aku dah sampai jadi apa cerita Xiumin?" soal Luhan dan mendekati mereka semua. Xiumin yang memegang kamera Lay tersenyum. Sinis. Senyuman dia sangat lain dari yang lain.

"Ni" sepatah sahaja yang Xiumin sebut lalu memainkan video yang dirakam oleh Taesil.

"Euww" Tao menutup matanya. Ada yang tengok sekejap sahaja kerana tak mampu nak teruskan pemerhatian mereka.

"Tu... Inna, bukan? Macam mana video ni ada dalam kamera aku?" tanya Lay.

"A'ah. Aku jumpa video ni dalam laptop Taesil jadi aku copy ke kamera Lay" terang Xiumin.

"Kalau macam tu kita kena tunjuk video Inna curang ni dekat Sehun" kata D.O. Luhan diam.

"Tapi kenapa? Apa motif dia?" tanya Luhan pelik. Memang dari dulu lagi Inna macam ni. Tapi kenapa dia masih mahukan Sehun? Kenapa Inna curang dengan Sehun kalau dari mula-mula lagi dia cuba berebut Sehun?

"Aku rasa aku tau.. kenapa" kata Suho dan semua memandang ke arahnya.

"Sebenarnya... dah lama aku siasat latar belakang Inna. Dia bukannya kaya seperti yang kita sangkakan. aku selalu rasa pelik sebab kita tak pernah nampak omma dengan appa dia. Dia cakap dia duduk seorang diri, kan? Tapi bila aku cuba siasat tentang latar belakang dia... aku dapat tau Omma Inna ada dekat Busan, bekerja sebagai mak cik cleaner dekat hospital. Appa Inna ada banyak hutang yang tak dibayar" jelas Suho.

"Inna tipu tentang latar belakang dia?" Tao rasa tak percaya. Jadi, mereka ditipu dari awal-awal lagi? Cerita tentang keluarganya berada di luar negara itu palsu?

Kris mengambil kamera Lay dan melihat video-video lain yang berada di dalam itu.

"Kita kena panggil Sehun datang sini untuk tengok video ni" Chen.

"Tetapi kita kena bersihkan nama Taesil juga. Sekarang ni ramai yang salah sangka tentang Taesil sebab kes pergaduhan itu" Kai.

"Lay, apa ni?" kata Kris dan tunjukkan satu video lain. Semua fokus melihat video itu.

"Oh! Aku baru teringat. Aku lupa yang aku ada video ni. Aku ingat nak beritahu kau orang tapi aku dah lupa. Hehe. Sorry"

"Aigoo~ Uri Lay" kata Suho. Tao menutup mata apabila melihat Inna menendang Taesil.

"Aku pun terlupa yang kau berada di bangunan yang sama. Benda ni yang kau cari, bukan? Kau tertinggal kamera ni, bukan?" tanya Xiumin dan Lay angguk sambil menggosok belakang lehernya.

"Waktu tu..." Lay pun mula bercerita.

 

Lay pergi ke bangunan yang sudah tidak berpenghuni itu bersama dengan beg gitar yang tergalas di bahunya. Dia ingat nak rakam satu video dimana dia menyanyi sebuah lagu yang direkanya bersama dengan mainan gitar yang dia petik. Mula-mula Lay masuk ke kelas 7. Di dalam itu hanya ada satu meja jadi Lay letak kamera itu di dalam laci bawah meja untuk dia rakam kerana di bawah meja itu lah sudut yang sesuai.

Lay set kameranya untuk mula merakam selepas 10 minit, dan ketika itu Lay melihat sekeliling. Kerusi tidak ada untuk dia duduk jadi dia pun keluar dari kelas bersama gitarnya dan turun ke tingkat pertama untuk mula mencari kerusi di setiap kelas yang tidak berkunci. Kelas 7 di tingkat 3.

Lay masuk dalam semua kelas dan akhirnya terjumpa sebuah kerusi lalu dia angkat kerusi itu dengan susah payah kerana beg gitar masih di tergalas di bahunya pergi ke tangga. Peluhnya menurun ke leher. Dia rasa penat dengan beg gitar yang berada di bahu dan kerusi di tangan membuatkan dia bertambah penat. Lay tiba-tiba teringat sesuatu.

"Kelas tadi dekat mana?" tanya Lay pada dirinya sendiri.

"Tingkat 2? A'ah, tingkat 2" Lay angguk dan pergi ke tingkat 2. Dia masuk ke dalam salah satu kelas yang ada di situ iaitu di bawah kelas 7 dan meletakkan kerusi itu di atas lantai lalu mengelap peluh di dahinya. Lay meletakkan beg gitar itu diatas kerusi yang dibawanya lalu duduk di atas lantai untuk mengambil nafas. Lay baring dan akhirnya...

Oleh sebab kepenatan... Dia terlelap... Dia terjaga apabila terasa gegaran di poket seluar sekolahnya. Lay keluarkan telefon bimbit di poket seluarnya dengan mata tertutup dan mengangkat panggilan.

"Hello" jawab Lay masih mamai.

"Lay, kau dekat mana?" mata Lay terbuka kecil apabila mendengar suara Xiumin. Lay melihat skrin telefon. Memang Xiumin. Kenapa agaknya Xiumin telefon?

"Dekat bangunan yang kosong tu. Kenapa?" tanya Lay pelik. Dia menguap.

"Kitaorang dalam perjalanan. Kita ada masalah. Nanti tunggu dekat tangga tingkat 3 bangunan tu"

"Hmm" Lay bangun apabila panggilan sudah diletak. Lay memakai beg gitar itu semula dan melihat sekeliling.

"Aik, mana kamera, aku? Mana meja tu?" 

"Alah, takkan dah hilang kot" Lay cuba mencari di poket seluar atau poket blazer uniform sekolah.

"Ke aku salah kelas? Mungkin salah kelas. Nanti aku minta bantuan diaorang cari kamera tu lah" Lay keluar dari kelas itu.

"Xiumin kata tingkat 3. Aku berada di tingkat 2... jadi maknanya.. aku kena naik atas"

Lay menunggu yang lain tiba di tangga. Apabila semua berada di hadapan kelas 7, Lay melihat sekeliling.

"Macam kenal je bahagian ni" Semua sudah masuk dalam kelas 7 hanya Lay je yang berpusing-pusing di luar untuk melihat sekeliling. Apabila dia melihat dalam kelas 7 dia tak pandang langsung drama yang berlangsung di dalam tetapi matanya terus menangkap meja yang berada di belakang kelas itu.

Oh? Rasanya tu lah meja yang aku letak kamera tu tadi'. Lay berjalan ke pintu belakang dan membaca tulisan di pintu kelas itu.

7? Ah~ Baru ingat. Ni lah kelas yang aku masuk tadi. Lay masuk ke dalam kelas itu semula apabila ramai pelajar lain mula berkumpul di hadapan pintu depan kelas itu. Lay ternampak Sehun mengangkat Inna dan berasa pelik lalu mendekati Kris yang berdiri di hadapan meja itu.

Kenapa dengan Inna tu? Aku ada tertinggal apa-apa ke? Lay terdengar apa yang Taesil jerit dan membuat muka pelik yang comel.

"Aku ada tertinggal apa-apa ke?" Lay membetulkan posisi beg gitarnya.

"Aku pun tak tau apa-apa yang terjadi tapi nampak macam serius je" jawab Kris dan melihat Inna yang berada di dalam dukungan Sehun. Lay melihat Taesil yang pengsan dan Luhan mengangkat Taesil keluar dari kelas selepas Sehun keluar. Kris mendekati Suho dan D.O. Lay terdengar apa yang Kris kata.

"Yang tu baru pengsan betul-betul" Lay memerhatikan Luhan yang mengangkat Taesil keluar dari kelas.

"Banyak betul darah" hampir kesemua sudah keluar dari kelas jadi Lay pun mendekati meja tadi dan keluarkan kamera dari laci bawah meja. Lay menekan butang save jadi video pun di save. Lay gembira dia jumpa kamera dia semula.

 

"Dan lepas tu Xiumin pun panggil aku jadi aku pun keluar lepas sudah simpan kamera dalam poket blazer" terang Lay.

"Aduh~ Lay hyung memang macam tu. Asyik terlupa je" Baekhyun.

"Kita boleh gunakan video ni sebagai bukti juga" kata Kris.

"Tapi... macam mana nak sebarkan video ni tanpa orang tengok video ni? Kita cuma nak kan apa yang Inna cakap dalam ni je" soal Chen pula.

Tiba-tiba ada bunyi Ding Dong Deng menandakan ada maklumat yang akan diberitahu melalui radio sekolah. Ting! Jawapan Chen pun sudah terjawab. Baekhyun tersengih-sengih macam kerang wangi.

"Kau orang fikir tak apa yang aku fikirkan? Hehe" kata Baekhyun dan semua angguk kecuali Lay yang lambat tangkap.

"Apa?" tanya Lay. Semua memandang Lay. Xiumin yang berada di sebelah kiri Lay menepuk bahu Lay perlahan beberapa kali.

Jadi itulah yang menyebabkan Baekhyun jadi jurucakap di radio sekolah dan memainkan video yang dirakam secara tak sengaja di kamera Lay. Inna sudah pucat. Manakala Sehun mendengar dengan teliti apa yang dirakamkan.

 

"Itu lah yang terjadi sebenarnya. Kalau masih ada yang tak percaya lagi... entahlah... aku pun tak tau nak buat apa. Sekarang ni Inna bukan lagi kawan kami. Hehe. Jadi Sehun! Putuskan hubungan tak bermakna kau dengan dia!" jerit Baekhyun membuatkan semua orang menyeringai. Sakit telinga mendengar jeritan Baekhyun yang satu sekolah boleh tahu itu. 

"Maaf. Itu sahaja dari kami. Oh Sehun, sila jumpa kami di pejabat. Sekarang!!" jerit Chanyeol.

Ramai pelajar menyeringai lagi. Selepas itu kedengaran bunyi pergelutan. Baekhyun cuba lepaskan diri dari tangan Chanyeol yang menutup mulutnya. Mikrofon masih di on kan lagi

"Bukan pejabat lah tapi tempat perjumpaan kita" jerit Baekhyun.

"Yah! Tak perlulah jerit! Aku gurau jelah!" jerit Chanyeol pula ingin mengatasi jeritan Baekhyun.

Mulalah pergaduhan jeritan antara Baekhyun dan Chanyeol. Semua menutup telinga apabila satu sekolah dengar jeritan Baekhyun dan Chanyeol di speaker sekolah. Chen terjah masuk ke dalam bilik yang Baekhyun dan Chanyeol berada dan terus memegang mikrofon.

"Maaf kerana telah mengganggu masa anda. Songsaenim, kami minta maaf. Oh Sehun, kau fikir-fikir lah" lalu Chen pun off kan mikrofon.

"Yah! kau orang hanya mendatangkan masalah jelah! Dah lah nak buat benda kita perlukan bla bla bla bla...!" jeritan Chen mengalahkan jeritan Baekhyun dan Chanyeol.

Di kelas 7 - A ramai pelajar berbisik-bisik memandang Inna yang menunduk dengan pandangan jijik. Sehun bangun dan keluar dari kelas tanpa memandang orang lain. Wajahnya sangat ketat. Inna terus kejar Sehun.

"Oppa. Sehun oppa, semua tu tak betul. S-saya... saya tak pernah cakap macam tu pun. Mungkin rakaman tu... rakaman tu... edit?" Edit? Sehun berhenti berjalan tidak memandang Inna di belakangnya.

"Saya rasa.. bodoh sangat sebab percayakan awak buta-buta.. sedangkan kawan-kawan saya sudah berusaha beritahu saya macam-macam.. tapi saya terlalu buta nak nampak sebab saya percayakan awak! Saya tak tahu nak rasa apa sekarang ini. Saya rasa.. saya tak nak tengok.." Sehun menutup mulutnya rapat-rapat seperti tidak mampu nak menyambung.

Walaupun dia sudah tahu kebenarannya, dia pernah menyayangi perempuan itu. Dia meneruskan perjalanannya dan tak endahkan Inna yang berlari-lari mengejarnya.

"Sehun! Awak sayangkan saya, bukan?!" jerit Inna. Sehun berhenti berjalan dan menoleh belakang.

"Dulu, ya... Kau boleh gunakan perasaan aku ni.. tapi sekarang.." Sehun menggeleng-geleng dengan muka kesal.

"Aku tak tahu nak cakap apa lagi dah. Mulai hari ni, saat ni, kita putus. Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Jadi jangan kacau Taesil atau kawan-kawan aku lagi" sambung Sehun dengan suara yang keras lalu menoleh hadapan semula dan sambung jalan menjauhi tempat itu. Inna menggigit bibirnya. Matanya berair.

Pelajar kelas lain hanya melihat Inna sambil mencebik. Selepas sudah tahu kebenarannya.. Mereka mula berubah alih.

 

Tapi lain pula pada pihak Taesil...

Taesil mendengar rakaman itu dengan rasa berdebar-debar.. Dia dapat rasakan sesuatu apabila mendengar suara-suara di dalam video itu.

 

"Memang aku bagi warning dekat kau pasal Sehun. Itu sebab kau cuba rampas Sehun aku!" 

"Sejak bila Sehun itu hak milik kau? Dia hak milik diri dia sendiri, ok?!" 

"Sehun milik aku seorang! Aku tau yang dia suka aku. Dah lama aku dah aku tau jadi aku gunakan perasaan dia tu. Dulu, dia sendiri janji yang dia akan lindungi aku. Jadi tak salah kan kalau aku cakap aku perlukan perlindungannya? Kalau orang lain tak percayakan aku sekurang-kurangnya masih ada Sehun untuk percayai aku" 

"Kau gunakan perasaan Sehun!" terdengar bunyi tamparan yang kuat. Tak tahu siapa menampar siapa.

Taesil menutup telinga sambil menunduk. Badan dia mengeletar. Kepalanya sakit dan dia mula rasa pening.

"Kau telah buat hubungan persahabatan dia orang hancur! Kau tau tak!" terdengar Inna ketawa kuat.

"Memang itu yang aku nak" 

"Itulah balasan dia, sebab tolak aku malam tu. Luhan memang tak tampar aku pun. Aku ajak Luhan untuk berjumpa supaya kitaorang dapat bersama balik. Kalau kitaorang bersama semula mesti Luhan akan mempercayai aku semula tapi malangnya dia tak nak. Dia marahkan aku sebab aku curang dekat dia dulu. Tetapi sebenarnya aku curang pun sebab Luhan dulu membosankan jadi aku cari lelaki lain yang lebih baik untuk dipermainkan tapi tak sangka dia dapat tau. Aish, kisah lama yang menyakitkan hati betul. Kalau dia tak nampak aku masa itu mesti sampai sekarang aku dengan dia masih bersama"

"Jadi oleh sebab dia tak terima aku semula, aku rasa nak balas balik. Mungkin dengan... menghancurkan persahabatan dia orang? Kau tau kan yang dia orang tu rapat. Macam belangkas. Dan yang paling seronoknya... aku tak sangka dia orang bodoh sebegini" 

Kemudian terdengar banyak bunyi. Bunyi pergelutan, tamparan, bunyi erangan kesakitan, bunyi orang jatuh.

"Aku ingat dulu kau memang betul-betul sukakan Luhan sebab tu kau couple dengan dia tapi kau tak pernah sukakan dia pun! Kau hanya mencari kepercayaan dia orang untuk kegunaan kau sendiri!"

Terdengar bunyi tamparan lagi.  

Taesil geleng-geleng kepala menahan kesakitan sambil menuntup matanya. Kepalanya berdenyut kuat. Youri tidak sedar akan keadaan Taesil kerana dia fokus mendengar rakaman itu. Semua orang fokus. Taesil hanya menunduk memandang mejanya dengan mata yang dia menahan kesakitan.

"Aku tak sangka kau pun bodoh macam dia orang juga. Siapa sangka dulu dia orang semua sukakan aku dan berebutkan aku?! Tapi akhirnya aku pilih Luhan sebab dia baik sangat pada aku" 

"Berani kau menghina aku dengan dia orang! Kenapa kau nak ganggu persahabatan dia orang jugak?!"

Kemudian ada bunyi tamparan lagi dan senyap.

"Suka hati aku lah." kata Inna dengan nada yang ditekan. "Kau sama je macam Kris dengan Xiumin, suka je nak menghancurkan rancangan aku. Tapi bila difikir-fikirkan balik, kes kau ni lain sikit sebab bila kau nak hancurkan rancangan aku, waktu tu jugaklah kau bantu aku. Unik kan? Malah kau makin buatkan Sehun bertambah percayakan aku"

"Aku benci kau! Aku benci kau! Macam mana kau boleh dapatkan kepercayaan Luhan macam tu je?! Malah Sehun pun! Dia hampir menanyakan perkara sebenar semalam tetapi nasib baik aku ada otak yang pandai, aku mengelak dari soalan dia! Aku teramatlah bencikan kau! Benci sangat-sangat! Kalau aku tak dapat kepercayaan Sehun dengan kawan-kawan dia mesti rancangan yang aku bina 15 tahun ni akan hancur begitu je tapi aku takkan benarkan semua itu terjadi"

Terdengar bunyi Taesil mengaduh kesakitan lagi.

"Aku takkan benarkan! Tak kiralah Luhan, Kris, Xiumin mahupun kau, sentuh rancangan aku!"

 

Taesil menggeleng-geleng kepala sambil memukul-mukul luka di dahinya. Dia rasa sakit jadi dia buat macam tu sebab dia ingat rasa sakitnya akan hilang tapi makin bertambah rasa sakitnya. Kepalanya kembali berdenyut teruk. Rasa macam nak pecah kepala ketika itu.

Taesil mendapat satu bayangan ketika mendengar video pergaduhan itu. Dia dapat ingat macam mana pergaduhan itu walaupun dia hanya mendengar suara video itu sahaja. Dia teringat hentakan dikepalanya disebabkan tendangan Inna. Sebenarnya hentakan itu terkena bucu tingkap sebab itu jadi luka. Taesil ingat dia memegang cecair darah di mukanya dengan tangan yang bergetar-getar.

Taesil ingat dia menampar pipi Inna banyak kali disebabkan amarahnya. Kepalanya berdenyut apabila badannya seperti ingat rasa sakit yang dia lalui sewaktu pergaduhan itu. Taesil memukul dahinya dengan kuat. Air matanya mengalir dengan laju. Jeritan kecilnya tidak didengari kerana suara dari speaker itu menenggelamkan suaranya.

Youri menjeling ke arah Taesil kerana dia nampak pergerakan dari hujung matanya dan terkejut kerana Taesil memukul luka di dahinya. Dia melihat balutan di kepala Taesil menjadi merah. Semua pelajar di dalam kelas itu hanya memandang ke hadapan, melihat speaker yang ada di depan kelas.

"Yah! Taesil!" Youri cuba menarik tangan Taesil yang asyik memukul luka di dahinya. Taesil terjatuh dari kerusi. Di terjerit kecil dan memukul kepalanya lagi. Beanie yang berada di kepalanya hampir tercabut apabila dia terjatuh. Semua memandang ke arah Taesil dan Youri, terkejut.

"Ugh!" Taesil memukul kepalanya lagi. Balutan itu Taesil cuba buka. Dia menggosok-gosok luka di dahinya dengan kasar.

Cikgu Joongki yang panik juga pantas mendekati Taesil yang bergelut di atas lantai. Youri cuba menahan tangan Taesil dari terus-terusan memukul kepalanya tetapi Taesil tak berhenti-henti memukul kepalanya. Satu-satu memorinya datang semula.

"Sakit!" Taesil terus-terusan memukul dan menggosok kepalanya dengan kasar. Balutan di kepalanya juga sudah basah dengan darah Taesil. Beanie yang Taesil pakai juga sudah terkena darah Taesil. Mata Taesil tidak dapat dibuka tetapi tangannya sibuk memukul kepalanya dan menolak tangan sesiapa yang cuba memegang tangannya. Luka di dahi Taesil terbuka menyebabkan banyak darah keluar.

Taesil ingat waktu permulaan dia dengan Sehun berjumpa.

"Cikgu! Macam mana ni?!" Waktu Sehun mengajarnya.

"D-darah! Luka dia terbuka semula!" Luhan panik. Waktu pertama kali Sehun membuat hatinya berdebar dengan laju.

Pergaduhan antara dia dan Inna.

Inna.

Exo.

Luhan.

Parti lepas periksa.

Inna.

Sehun.

"Sakit!" Ugutan dia pada Inna. Kemalangan itu. 

Taesil membuka matanya. Darah berada di pipi dan tangannya. Ramai pelajar kelas Taesil yang takut melihat darah keluar dari kelas.

Dia dah ingat semuanya.

Semuanya.

Taesil memejam matanya perlahan-lahan.

Aku dah ingat semuanya. Tangan Youri menggigil apabila melihat hampir separuh dari wajah Taesil terkena darahnya. Tangan Youri juga terdapat sedikit darah. Rakaman itu masih dimainkan. Luhan menepuk-nepuk perlahan pipinya Taesil tetapi tiada jawapan. Taesil tak menjerit lagi. Taesil pengsan. 

"Luhan. Awak bawa Taesil pergi hospital. Saya akan telefon teksi" Luhan angguk dan mengangkat Taesil secara bride stail.

Kebanyakan pelajar perempuan kelas Taesil terjerit kecil apabila nampak darah menitik ke lantai apabila Luhan mengangkat Taesil. Beanie yang tersarung di kepala Taesil sebelum ini, tertinggal di atas lantai. Youri dengan tangannya yang ada sedikit darah Taesil mengangkat beanie itu dan mengikuti Luhan dibelakang. Separuh dari beanie itu juga dipenuhi dengan darah. Walaupun warnanya kelabu, tapi masih nampak kesan darah di situ.

"Luhan, luka dia terbuka semula. Mesti sebab Taesil pukul dan gosok dengan kuat tadi" kata Youri dan melihat tangan kanan Taesil yang ada banyak darah dan darah di tangan Taesil itu menitis ke lantai.

Semua pelajar yang berada di koridor melihat mereka terkejut. Terlalu banyak darah. Baju sekolah Luhan juga terkena darah Taesil. Taesil dikejarkan ke hospital.


So scary~ banyaknya darah. Taesil dah dapatkan memori dia semula. Hmm..

Ok. Ni adalah Chapter yang paling panjang pernah saya tulis. Harap memuaskan.

Kalau ada salah ejaan atau salah perkataan atau tertinggal perkataan atau ayat yang pelik. Abaikan sebab nanti kalau ada masa saya akan edit.

Ni adalah chapter terakhir yang saya akan post sebab esok dah nak sekolah. Nanti kalau ada masa atau boleh gunakan notebook saya akan update apa yang akan berlaku seterusnya.

Chapter yang mengerikan pernah saya tulis. Apa-apa pun teruskan menyokong cerita ini ya ^O^

Banyakkan. Hehe. ^O^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting