005 *

You're My Enemy [EDITED]

B.A.P - Stop It

 


 

Youri dan Taesil termengah-mengah masuk ke dalam gim sekolah yang dipenuhi dengan pelajar kelasnya dan pelajar kelas lain. Nanti... Pelajar kelas lain? Kelas apa? Mata Taesil memerhati semua pelajar kelas lain untuk mengetahui kelas apa yang bersama dengan mereka hari ni. Pandangan Taesil terhenti pada rambut blond yang dia terasa familiar. Mata Taesil membuntang.

Sehun? Oh Se Hun?!!

"Kelas 7-A" bisik Youri, serentak itu Taesil bersembunyi di belakang Youri yang sedang mengikat rambutnya.

Nak bersukan kenalah ikat rambut. Rimas kalau tak ikat rambut.

"Tak sangka ada jodoh juga kau dengan dia ni." kata Youri.

"Aish! Janganlah cakap macam tu!" jerit Taesil perlahan masih bersembunyi di belakang Youri.

Kejadian Luhan menyikat rambutnya tadi terus hilang di dalam fikirannya. Semuanya disebabkan budak kepala blond itu. Kenapa mesti dia? Kenapa mesti kelas dia ada dekat sini!?

Cikgu telah bahagikan perempuan dengan lelaki. Tapi kelas bercampur. Gim sekolah itu besar. Lelaki main boleh keranjang manakala perempuan hanya baling bola. Perempuan buat bulatan dan mainlah baling bola. Cikgu dah keluar dari gim. Mungkin dia ada hal. Tetapi selalunya dia memang hilangkan diri bila mula-mula kelas sukan ini. Haha.

Taesil melihat Sehun bermain bola keranjang di bahagian lelaki. Ketinggian dia memang sesuai untuk dia main bola keranjang. Dia kelihatan sangat pandai dalam bermain bola keranjang. Bola yang Sehun shot masuk dalam gol. Kumpulan Sehun bersorak gembira.

Ugh! Game ni pun dia perfect jugak?! Kenapa tak banyak lagi benda perfect yang dia boleh lakukan. Ugh!

"Wah! Pandainya dia main bola keranjang" Taesil mencebik secara sembunyi mendengar komen itu.

Sehun menjaringkan gol lagi. Taesil boleh nampak peluh Sehun di dahinya. Sehun mengelap peluhnya dengan menggunakan baju sukannya yang menyebabkan baju dia terangkat menampakkan perutnya.. yang..

...

..

Perfect..

Taesil sedikit ternganga. Tiba-tiba...

Dush!!

 

(tutup lagu B.A.P dan bukak lagu ni)

Girl's Day - Female President

 

"Ah!"

Taesil rasa kepalanya sakit dan dunianya berpusing. Dia terduduk disebabkan serangan yang dia dapat. Youri mendekati Taesil yang sedang memegang kepalanya. Taesil memandang budak perempuan yang ada tak jauh di hadapannya dengan muka sedikit perit. Budak perempuan tu dari kelas 7-A! Dia tersenyum sinis tetapi Taesil rasa hanya dia je yang nampak senyuman sinis tu.

"Lain kali mata tu pandang arah sini bukannya melencong ke tempat lain. Mana nak nampak bola yang aku baling, kan?" perempuan itu berkata.

Taesil mencebik. Apa masalah dia ni? Salah ke dia pandang tempat lain. Dia orang bukannya nak bagi bola tu dekat dia pun. Memang bangang betul budak ni. Dah lah bola tampar yang dia guna. Otak tak ada guna?

"Kau ok?" tanya Youri. Taesil bangun dari duduknya dengan bantuan Youri. Auee! Punggungku!

Rambut depannya yang sedikit menutupi mukanya tu diselak dengan kasar. Taesil rasa amarah dia meningkat. Dahlah budak perempuan tu dah rosakkan rambut dia yang Luhan baru sikat tadi. Dah kusut balik! Tak guna betul! Taesil keluarkan getah rambut dari poket seluar sukannya. Dia mengikat rambutnya dengan kasar. Pelajar lelaki masih tak sedar keadaan pelajar perempuan yang tegang sekarang ni. Dia mengambil bola yang berdekatan dengannya. Taesil tersenyum sinis.

Mereka terbahagi kepada dua kumpulan. Kelas Taesil dan kelas 7-A. Musuhnya.

Kau nak aku fokus dekat permainan ni, kan? Ok, dengan senang hatinya, aku akan melakukannya. Taesil membaling bola tu ke atas dan smash bola tu ke arah perempuan tadi. Kau ingat aku tak boleh balas balik?

Perempuan tu terkejut. Belum sempat bola tu kena dia, dia dah terduduk. Pukulan Taesil tu agak kuat menyebabkan bola tu terkena dinding gim, itu yang menyebabkan bunyi yang kuat daripada bola itu mengundang pelajar-pelajar lelaki melihat pelajar perempuan. 

Perempuan tadi mula menangis. Taesil mencebik. Youri hampir tergelak memandang perempuan tadi yang telah dikelilingi kawan sekelasnya yang cuba memujuk dia. Taesil nampak perempuan tu sedang memegang kepalanya. Perempuan kelas Taesil hanya memandang tanpa buat apa-apa.

Kami hanya sokong Taesil sahaja. Kelas lain boleh blah!

Kedengaran soalan-soalan yang ditanyakan dari pelajar perempuan kelas 7-A kepada perempuan yang terduduk tu yang menyebabkan Taesil mencebik.

"Kau ok tak?"

"Kuat sangat ke?"

"Sakit sangat"

"Yah! Kenapa kau buat macam tu dekat dia, ha?" tanya pelajar perempuan kelas 7-A sambil memberi pandangan marah pada Taesil.

Taesil memeluk tubuhnya.

"Tadi dia yang nak sangat aku fokus tapi bila aku dah masuk dalam permainan ini, mula pulak nak takut" balas Taesil sambil memberi pandangan maut dekat perempuan tu.

"Kau sengaja baling bola tu kena kepala dia kan?" Taesil mengeluh perlahan.

Sepatutnya soalan tu dia yang tanya kepada mereka semua. 

"Apa yang terjadi ni?" pelajar lelaki mula mendekati mereka. Oh ya, soalan tu Sehun yang tanya.

"Tu. Budak perempuan tu baling bola kena kepala Inna" salah seorang daripada pelajar kelas 7-A menunjuk ke arah Taesil. Sehun memandang Taesil tetapi Taesil tak perasan sebab dia sedang merenung budak perempuan yang bernama Inna yang masih menangis itu. Mungkin pura-pura menangis.

Wah, memang patut jadi pelakonlah dia ni. Speechless aku dibuatnya.

"Oh, tolonglah. Semua orang nampak bola tu tak kena dia pun apatah lagi kepala dia" balas Taesil.

"Jangan nak menipu lah! Aku sendiri nampak! Bola tu kena kepala Inna!" Taesil mengeluh. Mungkin sebab bola itu hampir kena dekat Inna, itu yang orang lain nampak macam kena tapi sebenarnya tak kena pun! Kenapa tak ada sesiapa nak percaya?!

"Kau, minta maaf dekat Inna" kata Sehun sambil memandang Taesil serius.

"Buat apa aku nak minta maaf sedangkan aku tak bersalah!" suara Taesil bergema dalam gim sekolah tu. 

"Choi Tae Sil. Minta maaf" Sehun bersuara tegas. Taesil dapat rasakan hatinya makin membara dengan api kemarahan. Taesil merenung Sehun tajam.

"Tak nak" dua patah je Taesil jawab sebelum memberi pandangan maut dekat Inna. Kau ingat aku takut?

"Choi Tae Sil" Sehun menekan nama Taesil. Taesil menjongketkan sebelah keningnya. Kenapa lelaki itu asyik menggunakan nama penuh dia je? Tak nampak ke siapa yang salah? Tiba-tiba Inna bangun dengan di 'bantu' oleh kawan-kawan sekelasnya.

"Tak pe, oppa. Inna ok" Inna senyum lembut mendekati Sehun. Alahai..

"Betul ke Inna, ok?" tanya Sehun dengan suara dan riak risau. Wah, lelaki itu memang menyakitkan hati betul.

Inna mengangguk perlahan dan (menambahkan lagi) memegang kepalanya seolah-olah dia nak jatuh pengsan. Sehun menangkap kedua-dua bahu Inna. Taesil hanya memerhati. Kepalanya yang berdenyut-denyut disebabkan terkena bola tadi diabaikan. Sekarang ini perasaan benci dia pada Sehun makin bertambah. Cikgu Ahn (cikgu pj) masuk ke dalam gim. Semua mengambil tempat masing-masing kecuali Sehun yang sedang memapah Inna keluar dari gim. Mungkin menghantar dia ke bilik rehat.

Akhirnya drama ini tamat juga!

"Kau ok?" tanya Youri risau. Taesil dan Youri sekarang ni sedang duduk bersandar di dinding. Malas nak turut serta orang lain bermain. Taesil mengangguk perlahan. 

"Aku ok-Auch!" rasa sakit itu muncul lagi apabila ada seseorang menekan dahinya yang benjol sekarang ni.

"Ok apa, sampai benjol macam ni" suara yang sangat dia kenali menyapa telinga. Oh My Crush!

"Kau nampak ke, Luhan?" tanya Youri. Dia memang nampak apa yang terjadi tadi. Dan dia percayakan Taesil. Luhan menganggukkan kepalanya. Taesil mengeluh. Mesti Luhan ingat dia pun bersalah juga. Habislah kisah cinta tak bersemi dia.

"Tulah sebabnya saya cari ais untuk awak" 

"Eh?" Luhan tak cakap pasal bola yang terkena dekat Inna itu ke? Kenapa nak cari ais untuk dia pulak?

"Saya nampak segalanya lah. Dari Inna baling bola tu kena kepala awak, sampai lah sekarang" kata Luhan sambil melekapkan satu beg ais kecil ke tempat benjolan yang ada di dahi Taesil. Taesil rasa berdebar-debar sebab Luhan rapat sangat dengan wajah dia sekarang ni. 

"Awak kenal Sehun ke, Taesil? Macam mana dia boleh tahu nama penuh awak?" tanya Luhan masih memegang beg ais itu di atas kepala Taesil.

"Tak. Tak kenal pun. Saya pun tak tahu macam mana dia tau nama penuh saya" balas Taesil sambil merenung lantai.

"Nampaknya hentakkan tadi membuatkan kau amnesia" kata Youri tanpa nada.

"Amnesia?" tanya luhan terkejut. Takkan lah pukulan bola tadi menyebabkan dia hilang ingatan pulak.

"Kau sendiri yang bagitau nama sebenar kau, Taesil. Dah lupa?" kata Youri sambil memandang Taesil. Luhan pelik. Dia tak tau apa-apa yang Youri maksudkan.

"Oh. A'ah. Aku lupa pulak" Taesil ketawa kecil.

"Luhan! Jom main sekali" pelajar lelaki kelas Taesil memanggil Luhan. Luhan mengangguk.

"Kalau awak ok, saya pergi dulu lah. Letak ais tu atas kepala awak sampai dah okay tau" Luhan tersenyum manis pada Taesil dan masuk ke gelanggang bola keranjang. Taesil mengangguk dengan senyuman tapi senyuman tu terus hilang selepas dia teringat apa yang terjadi sebelum ni.

"Aku tak sangka dia sebodoh tu. Makin lama makin benci pulak aku dekat dia. Aku. Benci. Kau. Oh. Se. Hun" bisik Taesil dengan kebenciannya. Youri hanya menggeleng-gelengkan kepala je.

Tetapi macam bangang juga si budak Inna itu.

Benci! Benci! Benci! Aku benci kau!!


Dah siap triple update! Jumpa esok ye semua. (Itupun kalau boleh) ^o^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting