024 *

You're My Enemy [EDITED]

Pukul 7 malam, Taesil naik atas dan masuk ke dalam biliknya untuk mandi dan bersiap-siap. Piza dan ayam goreng akan tiba kejap je lagi. Dia sudah membuat pesanan. Tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Taesil pelik, sekarang baru pukul 7:25 minit malam. Kalau nak kata piza dah sampai, baru je 5 minit sebelum ni dia pesan piza bersama ayam goreng tapi dia tetap juga tengok di skrin monitor.

"Youri rupanya" Taesil buka pintu.

"Awalnya kau, Youri" kata Taesil. Youri bawa masuk 2 plastik beg berwarna putih.

"Bosanlah duduk rumah, itu yang datang awal. Nah, aku bawa spageti dengan lasagna" kata Youri dan angkat 2 plastik warna putih itu.

"Banyaknya. Kau tak cakap pun nak bawa makanan ni. Takut tak habis pulak, yelah D.O kata dia bawa banyak makanan hari ni. Aku pun baru je pesan 3 saiz besar piza dengan 2 ekor ayam goreng" Youri masuk dalam rumah Taesil dan letakkan plastik tadi di atas meja di dapur. Taesil tutup pintu.

"Alah, kau tak perlu risau lah. Selera lelaki mesti besar-besar. Aku pun masih tak makan lagi. Tengah lapar ni! Mesti boleh habis punya. Eh? Kau tak hias ruang tamu ni ke?" Hias? Hias apa?

"Hias apa?" Youri menepuk dahinya.

"Nasib baik aku beli banyak belon. Dah cepat tolong aku tiup belon ni" Youri letak beg sandangnya di atas meja di ruang tamu dan keluarkan sesuatu dari dalam beg itu.

"Kenapa nak letak belon bagai? Ini bukannya parti hari jadi. Ni hanya majlis biasa-biasa je"

"Bosanlah kalau tak ada hiasan. Nampak macam tak ceria je. Alah, belon je. cepatlah, nanti dia orang dah sampai pulak" Youri keluarkan 3 paket yang ada banyak belon yang berwarna warni di dalamnya. Mulalah sesi meniup belon.

Beberapa minit kemudian, ada orang tekan loceng. Youri pergi ke pintu dan ambil 3 kotak saiz besar piza. Kemudian, datang pula penghantaran ayam goreng. 1,2,3,4,5,6,7 belon yang ada reben diikat bersama di hujungnya terapung di udara. Belon itu dibiarkan terapung mengena bumbung ruang tamu.

Loceng ditekan lagi, kali ni Taesil pula yang pergi buka pintu kerana Youri sibuk menyusun lasagna dan spageti di atas mangkuk besar. Luhan dan Xiumin tiba di muka pintu dengan senyuman. Mungkin Luhan dan Xiumin tidak pergi ke majlis Inna. Kemudian, Luhan dan Xiumin turut bantu meniup belon.

Tepat pukul 8, loceng ditekan lagi. Banyak kali loceng dibunyikan. Buka sahaja pintu, semuanya tercegat dekat luar pintu dengan senyuman dan sengihan. D.O bawa banyak makanan. Chen dan Kris bawa banyak air tin cola. Meriah betul majlis ini walaupun hanya kecil-kecilan sahaja.

"Macam mana kau orang dekat parti Inna?" tanya Taesil.

"Tak seronok langsung. Inna buat dekat rumah apartment dia. Dia ajak banyak budak dari sekolah kita. Bising sangat" Baekhyun mengunyah pizanya.

"Sehun macam mana?" tanya Youri.

"Sehun? Yah, kau nampak Sehun tak tadi?" tanya Baekhyun pada Chanyeol. Chanyeol geleng kepala dan sambung makan, tak endahkan Baekhyun.

"Tadi aku nampak Sehun masuk satu bilik. Aku ingat dia nak cari tandas jadi aku tak endahkan dia lepas itu aku tak nampak dia lagi" kata Kai yang sedang main game menggunakan tv nya bersama Lay. Game itu Suho yang bawa.

"Oh! A'ah. Tadi aku terdengar ada orang suruh Sehun masuk bilik tu sebab Inna panggil" Apa? Taesil tersedak.

"Rasanya Inna nak bagitau sesuatu dekat Sehun" kata Kris sambil pandang Taesil yang sedang menepuk dadanya. Luhan mengusap belakang Taesil.

"Yeah! Menang!" jerit Kai gembira sebab dia menang lawan dengan Lay. Youri punya giliran pula untuk bermain.

"Taesil~ lawan dengan aku, jom" kata Youri. Taesil menggeleng kepala. Youri memuncungkan mulutnya.

"Kalau macam tu... D.O! Lawan dengan aku" arah Youri sambil tunjuk dekat D.O yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya dia atas sofa.

Taesil hanya makan dan makan. Banyak kali dia tambah spageti dan dan piza. Dia cuba untuk tidak fikir yang bukan-bukan. Mungkin betul apa yang Kris cakap. Mungkin Inna nak cakap sesuatu dekat Sehun. Tapi apa? Adakah Inna akan beritahu sesuatu yang boleh buatkan hubungan Sehun dengan exo putus? Taesil mengeluh perlahan. 

"Alah, kenapa asyik kalah je?!" jerit Youri.

"Sebab kau tak pandai main tu yang asyik kalah. Tunggu seribu tahun lagi baru boleh kalahkan aku" Taesil tak boleh tahan lagi. Dia rampas alat kawalan game Street Fighter 2 yang berada di tangan Youri.

"Aku nak main. Siapa nak lawan dengan aku?!" soal Taesil dengan kuat tanpa mengalihkan pandangannya dari skrin tv yang besar tu. Taesil pilih character Chun-Li. Tao terus mengambil tempat D.O dan memilih character Ryu dengan gembira.

Dia perlu lakukan sesuatu untuk lupakan apa yang dia dengar tadi. Dia akan lupakannya. Di sekeliling Taesil dah keluar aura-aura yang gelap. Tao gembira sebab dia fikir dia boleh kalahkan Taesil dalam game ni.

Beberapa minit kemudian...

"AAAHHH!! Kalah lagi!!" jerit Chanyeol apabila melihat character yang dia pilih tumbang dan tertulis K.O besar-besar di skrin itu. Taesil yang ada disebelahnya tersenyum sinis. Yang lain ternganga melihat Taesil yang dah berjaya kalahkan 6 orang iaitu Tao, Kai, D.O, Lay, Baekhyun dan Chanyeol dengan hanya menggunakan character yang sama iaitu Chun-Li.

"Harap badan (character) je besar tapi kalah" perli Taesil. Taesil nampak macam orang jahat. Tiba-tiba dia rasa tepukan di bahunya. Terus hilang aura gelap di sekelilingnya. Taesil mengelipkan matanya banyak kali.

"Wah! Kau tak cakap pun kau pandai main game ni. Pro gila kau!" puji Youri, Taesil hanya tersengih-sengih sahaja. Pro? Prosak adalah. Dia tak pernah main game ni sebelum ni. Ni kali pertama dia main. Dia fikirkan lawan dia dalam game itu adalah Sehun, tak pun Inna jadi dia tekan-tekan dengan perasaan geram pada alat kawalan itu. Orang lain ingat dia pro tapi prosak sebenarnya. Hampir sahaja dia mencampakkan alat kawalan tu pada tv. Kris tersenyum sinis.

"Aku lawan kau" semua ahli exo bersorak gembira apabila Kris mencabar Taesil untuk lawan dalam game Street Fighter 2 itu. Taesil tetapi pilih character yang sama iaitu Chun-Li, satu-satu watak perempuan yang berada di dalam game itu. Kris pula ambil character Zangief, seorang yang pro bergusti yang datang dari Soviet Union.

(Siapa yang tak tau pasal game Street Fighter 2 tu boleh google)

Beberapa minit kemudian...

Semua ternganga, hanya Youri seorang sahaja yang terjerit-jerit teruja. Zangief K.O

"Yeah! Taesil menang lagi!"

"Hyung! macam mana hyung boleh kalah?! sedangkan hyung lah yang paling pro main game ni antara kita!" ucap Tao tak percaya.

"Tak pe, Sehun kan ada. Nanti lepas semua ni dah selesai, kita datang sini lagi. Bawa Sehun dan game ni, lepas tu kita lawan lagi" kata Kai.

"Sehun pun pandai?" tanya Taesil tanpa mengalihkan pandangannya dari tv. Kai angguk dan makan ayam lagi.

"Sehun selalu menang kalau lawan kita orang, jadi dia nombor 1 dan Kris hyung pula selalu dapat nombor 2, Kris hyung tak pernah kalahkan Sehun-" Taesil letakkan alat kawalan dame dan bangun.

 

Alex - I Want To Love You (OST My Lovely Girl)

 

"Aku rasa panas dengan penatlah. Aku naik atas dulu lah. Kau orang buat lah rumah ni macam rumah sendiri ye. Nanti aku turun" Taesil naik tangga. Mata Luhan menghantar Taesil.

"Berita buruk... Sehun..."

Taesil terdengar Tao berkata ketika dia sedang memanjat anak tangga tapi dia tak nak ambil tahu tentang Sehun lagi. Taesil mengurungkan diri dalam bilik, menangis. Sejak dari main game tadi, otaknya tak boleh mengelak dari memikirkan tentang Sehun dan Inna. Macam mana kalau sekarang ni Sehun dan Inna dah bersama? Aku tak nak benda tu terjadi!! Tiba-tiba dia terdengar ketukan di pintu biliknya. Taesil panik. Dia lap air matanya dengan cepat.

"Y-ya?" Taesil cari cermin mata hitam lalu memakainya. Lantaklah. Dia perlu sembunyikan mata sembabnya ini.

"Ni, Luhan" Luhan? Taesil berdehem dan buka pintu perlahan-lahan. Luhan pandang Taesil pelik.

"Kenapa awak pakai cermin mata hitam malam-malam ni?" tanya Luhan. Taesil tersenyum sumbing.

Hish, hish. Ni je ke yang kau boleh fikir?

"A... HaHa... Saja je. Kenapa awak datang sini?" tanya Taesil.

"Saya nak beritahu awak sesuatu. Boleh saya masuk?" Taesil angguk laju.

Taesil buka pintu biliknya luas-luas dan menjemput Luhan masuk. Taesil buka sliding door dan masuk ke beranda dan berdiri di situ untuk mengambil angin malam. Luhan turut pergi ke beranda bilik Taesil dan berdiri di sebelah kiri Taesil.

"Cantik bulan malam ni" gumam Taesil perlahan dan pandang langit yang gelap.

Tiada sebutir bintang pun di langit malam itu. Mungkin kerana di sini adalah kawasan bandar. Memang susah nak jumpa bintang. Keadaan senyap seketika. Taesil buka cermin mata hitamnya. Dia dah tak kisah lagi. Apa yang dia nampak kalau pakai cermin mata hitam, malam-malam buta ni?  Angin yang lembut meniup ke arah Taesil menyebabkan rambutnya yang dilepaskan itu ditiup kebelakang.

"Saya ada sesuatu nak beritahu awak" Oh ya. Luhan ada sesuatu untuk diberitahu. Taesil pandang Luhan. Luhan juga memandangnya. Luhan mengambil nafas.

"Sebenarnya... dah lama saya rasa macam ni tapi saya takut nak beritahu awak. Makin lama perasaan ni makin mekar... di hati saya... jadi saya bercadang nak beritahu awak lepas habis exam... dan sekarang ni adalah masa yang sesuai... untuk saya beritahu... apa yang saya pendamkan... saya..." Luhan mengambil nafas lagi. Taesil rasa berdebar-debar. Apa yang Luhan nak beritahu. Luhan sakit ke? Kenapa perlu tunggu sehingga habis exam?

Luhan tarik nafas dalam-dalam dan hembus nafas lalu merenung anak mata Taesil yang bercahaya di sebabkan terkena pantulan cahaya bulan. Taesil menunggu kata-kata Luhan.

"Saya... sukakan awak" Taesil rasa macam jantungnya berhenti berdegup buat seketika. Dia terkejut. Sangat-sangat terkejut. Dia tak sangka juga. Sangat tidak sangka

"Saya sukakan awak sejak.. saya tak ingat bila.. Tapi tahu-tahu je, hati saya sudah jatuh pada awak. Awak selalu buatkan hati saya rasa berdebar-debar. Saya rasa macam saya perlu lindungi awak" Taesil tak sangka dari tadi dia tahan nafas.

Crush dia... umm.. Ex Crush dia luahkan perasaan dekat dia? Waktu dia dah sedar yang dia sukakan orang lain? Waktu dia mula sukakan orang lain? Dia.. mendapat luahan perasaan dari.. crush dia.. Orang yang pernah dia sukai. Luhan pandang Taesil sekejap dan terus pandang hadapan semula sebab dia rasa malu. Luhan melihat cahaya bulan yang terang itu lalu ketawa kecil.

"Kalau awak tak dapat jawab hari ni pun tak apa. Saya tetap akan tunggu" Taesil ambil nafasnya semula dan menunduk.

"Maaf" satu sahaja perkataan itu yang membuatkan senyuman Luhan hilang. Taesil angkat pandangannya semula dan memandang Luhan yang masih memandang depan.

"Dulu... Saya pernah sukakan awak tapi makin lama saya sedar... sebenarnya.. perasaan itu tidak.. cukup besar seperti cinta. Awak sangat penting buat saya. Saya minta maaf. Maaf sangat-sangat.. Saya tak nak sakitkan hati awak" Luhan tidak pandang Taesil lagi. Ya.. Dia rasa sakit. Siapa yang tidak sakit apabila perasaan ditolak? Tapi..

"Luhan-"

"Haha. Tak mengapalah. Saya rasa lega dapat luahkan perasaan saya dekat awak. Selama ni saya hanya menahan je apa yang saya rasa. Hmm... kalaulah saya luahkan awal-awal. Mesti awak akan terima saya"

Taesil rasa serba salah sebab dia telah lukakan hati seseorang. Hati orang yang penting untuknya. Memang betul. Luhan itu special buatnya. Tetapi.. tak cukup untuk dipanggil cinta.


Taesil dah tolak Luhan!! Kesian Luhan :( Tapi tak pe Luhan, jangan putus asa lagi!!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting