042 *

You're My Enemy [EDITED]

 AKMU - 200%


"Kenapa awak tak berhati-hati, Luhan? Sampai berbenjol dahi awak ni" Luhan memuncungkan bibirnya sambil membiarkan Taesil meletakkan paket kecil ais di atas benjol di dahinya. 

"Ada orang tu langgar saya kuat sangat" rungut Luhan. Sehun yang salah. Asyik langgar Luhan tanpa dia bersedia.

"Tapi awak kena berhati-hati juga" Luhan sedang duduk di atas kerusi panjang bersama Taesil berdiri di hadapannya merawat benjol Luhan dengan satu paket ais yang dibeli tadi. Mereka berdua berehat sekejap selepas bermain dua permainan kerana benjol yang Luhan baru dapat. Luhan hanya merenung muka Taesil yang sedang merawat benjol di dahinya

"Kenapa lah awak tak terima saya sebagai boyfriend awak je? Mesti sekarang ni awak akan bahagia" tangan Taesil berhenti membuat kerjanya. Taesil memandang Luhan. Keadaan diam seketika sebelum Taesil sambung membuat kerjanya.

"Awak mungkin akan merana kerana saya.."

"..Kerana awak tak ada perasaan suka pada saya?" Taesil diam.

"Dulu awak cakap awak pernah sukakan saya.. tak boleh ke awak berikan saya peluang untuk buat perasaan suka awak pada saya muncul semula?" Taesil diam lagi.

 

Sehun menggenggam tangannya. Dia rasa geram apabila Luhan cuba untuk menagih perasaan suka Taesil semula. Ya.. Sehun dengar apa yang mereka bualkan kerana dia duduk tidak jauh dari mereka. Dia rasa Luhan seperti mengkhianatinya kerana cuba merampas hak miliknya.

Sehun..

Taesil bukan hak milik kau dari awal lagi. Dia tak pernah jadi milik kau. Kau tak pernah luahkan perasaan kau pun. Dia dah luahkan perasaan dia tapi kau masih jadi seorang yang pengecut dengan memendamkan perasaan kau dan stalk date mereka berdua.

 

"Luhan.. saya.." Taesil kehilangan kata-kata dan menurunkan tangannya yang memegang paket ais. Luhan menghela nafasnya lalu membisikkan satu perkataan.

"Sorry" Taesil memandang Luhan pelik. Luhan bangun dan terus menarik Taesil pergi dari tempat itu. Pergi jauh dari kawasan itu. Sehun masih tak sedar kerana dia sedang melayan perasaannya.

 

Sampai bila kau nak jadi macam ni Oh Sehun? Sampai dia tinggalkan kau baru kau nak luahkan perasaan? Sampai ada orang lain rampas dia baru kau nak terhegeh-hegeh luahkan perasaan kau? Wake up Oh Sehun! Dia dah beranikan diri dia luahkan perasaan dia! Kau bila lagi? Kau pun sukakan dia, kan? Apa tunggu lagi? Pergi dekat dia, luahkan perasaan kau seperti seorang lelaki sejati. 

Sehun bangun dan menggenggam kedua-dua tangannya menjadi penumbuk. Dia perlu luahkan perasaan dia. Dia perlu buatkan Taesil jadi miliknya. Sehun memandang tempat yang Luhan dan Taesil berada tadi tetapi jantung luruh melihat mereka berdua sudah tiada. Sehun melihat sekeliling. Mana mereka berdua pergi? Janganlah Luhan berjaya mengambil Taesil daripadanya. Tolonglah.. Sehun mula mencari Luhan dan Taesil. Dia berlari-lari anak sambil matanya melihat sekeliling. Cuba mencari kelibat Taesil.

 

Luhan berhenti di tempat yang tersembunyi yang jauh dari tempat tadi. Taesil memandang Luhan pelik.

"Kenapa kita pergi ke tempat ni, Luhan?" Luhan ketawa membuatkan Taesil rasa pelik dan sedikit takut. Kenapa dengan Luhan ni? 

"Yah, Choi Taesil. Sampai bila awak nak simpan rahsia tu?"

"Rahsia apa?" Luhan ketawa lagi. Taesil mengerutkan dahinya. Baru je tadi, Luhan nampak serius tetapi sekarang dia boleh ketawa terbahak-bahak.

"Pandai awak berlakon Taesil" Luhan menghabiskan sisa tawanya. Taesil hanya diam memandang Luhan. Rahsia apa? Dia ada banyak rahsia.

"Saya tahu lah, Taesil" Taesil menggeleng-geleng kepala.

"Luhan-ah, saya tak tahu rahsia apa yang awak katakan ni. Saya tak faham" Luhan smirk memandang Taesil membuatkan Taesil rasa bulu romanya meremang sedikit. Kenapa senyuman Luhan ni nampak lain daripada yang lain. Terlalulah menakutkan. Taesil mengambil satu langkah belakang. Dia cuma ada satu rahsia yang terbesar. Hanya satu.. Takkanlah.. Senyuman Luhan melebar apabila melihat reaksi Taesil.

"Saya tahu.. yang awak dah dapat memori awak semula" Luhan mengangguk. Taesil mengambil satu langkah ke belakang lagi.

"M-macam mana awak boleh tau?" Luhan hanya tersenyum se-sweet-sweet-nya.

"Kenapa awak tak bagitau kitaorang, Choi Taesil?" Luhan mengambil satu langkah ke depan. Taesil sengih tak ikhlas.

"P-perlu sebab ke?"

 

 

Luhan terdengar berita tentang Taesil sudah sampai di sekolah jadi dengan senyuman yang lebarnya, dia mencari Taesil. Dari jauh dia nampak Taesil sedang berbual dengan Youri jadi dia mengangkat tangan ingin melambai ke arah Taesil sambil mendekati mereka berdua tetapi berhenti apabila terdengar perbualan mereka berdua.

"B-bila?! Bila kau dapat memori kau?" Luhan terus bersembunyi di sebalik dinding.

"Aku tak tau lah. Mungkin sebab video tu aku dapat ingatan aku semula. Sebab bangun-bangun je aku ingat semuanya" Luhan juga terkejut. Jadi Taesil dah dapat memori dia semula? 

"Jadi.. semalam... patutlah semalam kau tak nampak macam Taesil yang hilang ingatan je" Bila di fikir-fikir semula, semalam Taesil nampak macam Taesil yang dulu. Luhan ketawa kecil. Kenapalah Taesil tak nak beritahu tentang dia dah dapat memori dia pada semua orang?

"Kenapa kau tak nak bagitau yang lain tentang memori kau semalam?" Kenapa hanya Youri sahaja yang Taesil beritahu? Taesil.. awak tak percayakan saya ke?

"Sebenarnya... Ada banyak sebab tetapi aku tak pasti yang mana satu sebab yang utama. Mulut aku macam tak nak buka bila orang tanya pasal memori aku. Aku beritahu kau pun sebab kau tu kawan baik aku. Aku harap rahsia ni kau tak bagitau sesiapa"

 

EXO - Touch It

 

"Saya sedih tau sebab awak hanya bagitau Youri seorang je. Saya ingatkan saya sama penting macam Youri juga.. Saya tak penting dalam hidup awak ke?" kata Luhan sambil memuncungkan bibirnya dan bermain-main dengan jarinya. Taesil merenung Luhan.

"Lagi? Awak buat aegyo lagi?" Luhan terus berdiri tegak.

"Kenapa awak tak nak bagitau yang lain juga?" tanya Luhan dengan muka serius.

"Kalau awak dengar yang mula, mesti awak dengar yang tengah punya cerita" jawab Taesil kemudian menunduk.

"Sebab Sehunie?" Taesil memandang Luhan dan menunduk semula.

"Tak perlu risau tentang Sehun. Saya dah 'tolak' dia secukup-cukupnya" Taesil memandang Luhan pelik.

"Tolak?" Luhan mengangguk.

"Jangan simpan rahsia tu lagi tau. Tak elok di simpan lama-lama. Nanti ada orang terasa.. takut yang awak tak percayakan dia" Taesil menunduk semula.

Orang yang dimaksudkan Luhan tu Sehun. Macam mana kalau tiba-tiba rahsia tu terbongkar tapi dengan cara yang salah. Mesti Sehun akan rasa sedih dan kecewa kerana fikir yang Taesil tidak percayakannya lalu menyimpan rahsia yang besar ini. Sehun mungkin akan membencinya pula kerana telah menyimpan rahsia yang besar.. seperti Inha, bekas tuan kepada hatinya. Luhan terpandang sesuatu yang tidak jauh di hadapannya.. atau mungkin seseorang, dan tersenyum jahat.

"Terima kasih, Taesil-ah!" jerit Luhan dengan kuat lalu memeluk Taesil. Taesil tersentak dan membuntangkan matanya apabila tiba-tiba sahaja Luhan memeluknya. Terima kasih? Kenapa Luhan berterima kasih padanya pula? Topik mereka tadi ada kaitan dengan terima kasih daripada Luhan?

Luhan melepaskan pelukannya sambil tersenyum 'bahagia' dan merenung muka Taesil. Makin lama makin dekat mukanya pada Taesil. Taesil membuntangkan matanya memandang Luhan yang sedang memuncungkan bibirnya sambil menutup mata. Luhan memegang kedua-dua bahunya membuatkan dia tak dapat menjauhi Luhan.

"L-lu-luhan! K-kenapa dengan awak ni!" Taesil terjerit kecil. Belum sempat bibir Luhan mendarat pada bibirnya Taesil, mereka berdua telah dipisahkan.

 

Sehun membuka topinya dan mengusutkan rambutnya. Dia berlari-lari mencari Taesil dan Luhan tetapi tak jumpa. Dia rasa menyesal. Macam mana kalau Taesil terima Luhan? Macam mana kalau Taesil berubah hati dan memilih Luhan? Macam mana kalau.. Aish! Sehun masih berusaha mencari mereka berdua. Dia hampir putus asa.. tetapi apabila memikirkan Taesil tersenyum kerana Luhan membuatkan hatinya membuak-buak dengan api cemburu yang menggelegak. Dia meneruskan pencarian lagi.

"Terima kasih, Taesil-ah!" Sehun terus memandang ke arah suara itu dan hatinya luruh melihat Luhan memeluk Taesil. Kakinya seperti dipaku dan tak boleh bergerak.

Aku.. dah terlambat..

Sehun melihat Luhan melepaskan pelukannya dan merenung muka Taesil. Sehun hanya nampak belakang Taesil sahaja, dia tak nampak reaksi Taesil sekarang ini. Sehun melihat Luhan menutup matanya dan mendekatkan mukanya pada Taesil. Hatinya retak.

Aku... memang dah terlambat.. 

Sehun menutup matanya dan menunduk. Dia tak boleh melihat apa yang akan terjadi lepas ini. Sehun menggenggam tangannya. Tak boleh! Aku tak boleh biarkan ianya terjadi. Dengan langkah yang besar, Sehun mendekati Taesil dan Luhan lalu meleraikan mereka dan..

..Menumbuk Luhan.

 

"Auch!!" Luhan terjatuh sambil memegang hujung bibirnya yang terasa sengal. Sehun berdiri di hadapan Taesil dan merenung ke arah Luhan tajam. Luhan hanya memandang Sehun dengan mata innocent yang menunjukkan dia kesakitan.

"Oh Sehun?" Taesil melihat belakang Sehun dengan muka yang bertambah terkejut.

"Kau.. pengkhianat!" Luhan hampir ketawa tapi dia tahan. Dia membuat muka serius lagi.

"Pengkhianat? Kenapa aku pengkhianat? Taesil tak pernah jadi milik kau jadi aku boleh ambil dia" Taesil bertambah tak faham. Dia rasa dia tersekat di tengah-tengah.

Hey, apa ni?! Tadi bukan keadaan okay je ke? Lepas Luhan berterima kasih tadi, semua jadi macam gila! Tadi Luhan serius selepas itu jadi tak serius kerana dia ketawa. Sekarang dia jadi Luhan yang serius itu semula? What the hell?

Sehun menggenggam tangannya menjadi penumbuk.

"Lagipun sekarang ni.. aku dah bersama dengan Taesil.. dia terima aku tadi.. tapi kau mengganggu pula masa kita orang. Aku rasa kau yang pengkhianat" Taesil membuka mulut ingin mencelah tapi Sehun memotongnya.

"Aku tak benarkan!"

Luhan.. apa yang awak dah buat? Sejak bila aku terima dia? Taesil memandang Luhan ingin bertanya tapi Luhan merenung Sehun pula. Apa masalah mereka berdua ni?

"Oh ya? Ah, macam mana ni~? Kau dah terlambat, dia dah terima aku pun. Walaupun dia pernah luahkan perasaan dia dekat kau, tapi aku luahkan perasaan aku dulu.. tak macam kau. Jadi mesti dia dah putus asa dengan perasaan dia pada kau dan terima aku" sekali lagi Taesil membuka mulut ingin mencelah.

"L-luhan-ah.." mungkin dia tak patut cakap nama Luhan.

Sebab.. Sehun terus memandangnya dan menarik dia menjauhi Luhan. Sehun Taesil keluar dari tempat yang hanya ada mereka itu. Taesil pusing ke belakang memandang Luhan yang ingin bangun. Luhan memandangnya dan tersenyum manis.

"Hwaiting!" Taesil bertambah pelik melihat Luhan membuat isyarat itu padanya. Luhan yang ceria muncul semula? Mana perginya Luhan yang serius tadi? Kejap? Apa semua ni?!

 

"Aish, kenapa mesti aku yang mendapat sakit walaupun aku nak tolong dia?" Luhan membebel sendiri sambil mengurut tulang pipinya yang masih terasa sakit. Tak pasal-pasal kena tumbuk. Luhan tersengih-sengih tapi terus mengerang kesakitan apabila rasa sakit menyerang.

"Mungkin kerana awak terlalu provoke lelaki tu" Luhan memandang belakangnya apabila terdengar suara yang terasa merdu di telinganya.

Ada seorang perempuan duduk di atas kerusi panjang di belakangnya. Luhan hanya nampak belakang perempuan itu sahaja. Luhan mendekati perempuan itu. Perempuan itu mempunyai rambut berwarna coklat hazel yang kelihatan lembut. Perempuan itu sedang membaca buku yang dipegangnya.

Macam mana mereka bertiga tidak perasaan akan kewujudan perempuan ini tadi? Luhan duduk di sebelah kiri perempuan itu.

"Mungkin betul" Luhan ketawa kecil apabila teringat tentang kejadian tadi.

"Dia tu.. haih.. dia patut di 'tolak' dengan keras baru nak sedar. Kalau saya tak buat macam ni mesti dia tak akan berusaha. Dia tak akan rasa perasaan menyesal itu. Dia tak akan buat macam ni. Saya cuma nak mereka bersama" perempuan itu keluarkan ubat dan plaster dari dalam beg yang berada di sebelahnya. Dia memandang Luhan dan membuka penutup ubat itu lalu menyapu pada luka di pipi Luhan.

"Mesti awak sayangkan mereka berdua sangat-sangat" Luhan hanya merenung wajah perempuan itu.

"Awak seorang lelaki yang baik.." Luhan rasa telinganya merah. Selesai menampal plaster, perempuan itu menyimpan semula ubat ke dalam begnya. Luhan tidak menyangka yang perempuan itu membawa ubat dan plaster ke sini.

Luhan membuka mulut untuk bercerita. Dia tak nak perempuan itu pergi lagi.

"Sehun fikir, saya tak tau dia ikut saya.. tapi saya dah lama tau.." Perempuan itu memandang Luhan, mendengar Luhan bercerita. Luhan lega kerana perempuan itu tidak pergi lagi dan tersenyum.

"Kris hyung, kawan saya, pernah telefon saya pada waktu malam. Awak tau tak.. dia menangis-nangis sebab dia terpaksa berikan tiket ke Lotte World yang dia beli untuk date pertama dia dengan girlfriend pertama dia dekat Sehun sebab Sehun merayu-rayu nakkan tiket itu" cerita Luhan sambil ketawa.

"Saya tanya dia kenapa Sehun nak tiket tu, tapi dia jawab yang dia tak tau. Saya terfikir mungkin Sehun tau tentang date saya dengan Taesil hari ni dan dia akan datang untuk intip kami" perempuan itu hanya merenung Luhan.

"Kawan awak mesti suka perempuan itu sangat-sangat" kata perempuan itu dengan suara lembutnya. Luhan tersenyum.

"Saya harap mereka bahagia bersama" kata Luhan perlahan dan memandang langit. Perempuan itu juga memandang langit seperti Luhan.

"Saya harap lelaki yang baik macam awak bahagia juga" Luhan memandang perempuan di sebelahnya. Dia kemudian tersenyum lalu memandang Luhan.

 

"Nama awak apa? Saya Luhan"

 

"Park Jin Yun"

 


Yeah!!! Finally!! Apa yang Sehun nak buat? Tak sabarnya nak tunggu apa yang terjadi lepas ni!! Belum tamat lagi, tau. Hampir tamat. Tunggu ye!! ^o^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting