026 *

You're My Enemy [EDITED]

 

Taesil menggelabah. Dia fikir telefon dia yang berbunyi nyaring itu tetapi bukan. Taesil lega apabila sedari bunyi itu dari telefon Inna.

"Apalagi yang orang tua ni nak? Mana aku pergi, mesti dia ada" Inna mengangkat panggilannya.

"Ha, nak apa lagi!" kasar sahaja Inna berkata.

"Berapa kali aku nak cakap yang aku tak ada duit!"

"Bapak jenis apa kau ni sampai duit pun nak minta dekat anak sendiri!" Duit? Appa Inna minta duit dekat Inna? Bukan Inna tu... kaya ke?

"Carilah sendiri! Aku tak ada duit! Hish, dah lah!" Inna terus meletakkan panggilannya dan masukkan telefon bimbit di dalam dompet yang dia pegang.

"Aku takkan sesekali bagi duit yang aku penat-penat cari dalam masa 18 tahun ni untuk orang tua tak guna tu! Aku bagi duit, kau guna untuk beli arak, berjudi dan berfoya-foya! Tak sedar diri tu dah tua. Memang habis cepatlah. Tak guna!" Inna terdiam seketika.

Taesil fikir Inna sudah perasan akan kehadirannya jadi dia gelabah tapi lega apabila Inna mendengus kasar menerima panggilan dari telefonnya lagi. Jadi Inna tipu tentang latar belakang dia? Inna bukanlah golongan yang kaya raya. Tetapi.. sebaliknya. Patutlah tak pernah nampak pun omma dengan appa dia. Inna seorang miskin yang mencari lelaki kaya untuk mendapatkan duit mereka... contohnya... Sehun...

"Hish, budak bodoh ni telefon aku lagi?! Aku dah cakap malam ni aku sibuk masih nak telefon lagi!" Inna berdehem sekali dan angkat panggilannya.

"Hello?" lembut sahaja Inna bersuara lain benar daripada apa yang Taesil dengan tadi.

Siapa pulak Inna yang sekarang ini? Berbeza sangat dengan Inna yang tadi.

Taesil mendengar isi perbualan Inna. Siapa tu? Mangsa Inna juga?

"Oh! Oppa! Inna belum tidur lagi. baru je nak tidur ni"

"..."

"Deh, Inna faham"

"..."

"Ya, Sehun oppa"

"..."

"Umm... Annyeong" letak je panggilan Inna buat muka geli.

"Sehun oppa~ Oh, Sehun oppa~ Euw, tak kisahlah kalau dia tua setahun dari aku ke apa yang penting duit dia. Aku kena bertahan. Lepas habis sekolah nanti aku kena tunggu dia melamar aku lepas tu kita orang akan kahwin dan harta dia di bawa ke Sehun sebab Sehun anak tunggal dan apabila Sehun dah mati nanti aku akan dapat semua harta dia. Kalau Luhan aku tak dapat, aku akan pastikan aku dapat Sehun. Harta Sehun"

Taesil dengar Inna ketawa jahat. Meremang bulu roma. Budak ni gila ke apa ketawa seorang-seorang malam-malam ni dekat tempat yang sunyi dan gelap macam ni. Tapi.. 

"Bagus juga orang tua tu tampar aku hari tu. Senang sikit kerja aku. Tak perlu nak fikir rancangan lagi. Haha. Inna, sekarang kau kena bersama dengan Sehun sampailah Sehun ajak kau kahwin... and then... kau akan bahagia dengan duit dia. Haha" Inna ketawa lagi.

"Cantik betul cincin couple yang dia bagi ni tapi emas lagi cantik. Boleh jual dapat duit" Inna berlalu pergi meninggalkan taman itu.

Taesil rasa sedih, marah dan sakit hati.

"Inna dah couple dengan Sehun?" gumamnya perlahan.

"Adakah ini berita buruk yang dia dengar Tao cakap semalam tu?"

10 minit kemudian baru Taesil biarkan badannya menggelongsor ke bawah. Di hujung gelongsor, Taesil menutup mukanya kerana dia sedang menangis.

Sekarang ni dia sudah tau apa motif Inna. Inna inginkan kepercayaan dan cinta Sehun supaya mereka boleh berkahwin di masa hadapan dan Inna akan dapat duit Sehun. Inna lebih muda dari Sehun? Patutlah Inna selalu panggil mereka semua, oppa. Mungkin Inna skip tahun. Inna lagi muda dari mereka.

Mesti lelaki tadi pun mangsa Inna juga. Video itu! Buktinya! Baiklah. Esok dia akan beritahu Sehun. Dia mesti beritahu. Dia mesti tunjukkan video ini pada Sehun. Tak kisahlah Sehun akan percaya ke tak, dia mesti tunjuk. Dengan adanya bukti tadi mesti Sehun akan rasa ragu-ragu dekat Inna dan sekali gus memusnahkan rancangan Inna.

Pedulikan tentang Inna yang dah couple dengan Sehun. Dia mesti beritahu perkara penting ini. Pertama sekali video tu Taesil copy ke lap topnya. Mungkin dia akan terdelete video tu dan tak ada copy, sekali gus menghancurkan rancangannya juga. Jadi langkah keselamatan yang perlu dibuat adalah, copy.

 

 

Datang sekolah, Taesil sangkut beg sekolahnya di tepi meja dan terus keluar dari kelas. Youri yang memanggilnya tak diendahkan. Misi pertama... bagitau Sehun. Taesil mencari Sehun di kelas 7-A tapi tak nampak bayang Sehun pun. Jadi Taesil cari di luar kelas, Cari dan cari. Dia terjumpa Tao yang bersama dengan Kai dan D.O.

"Oh! Taesil" sapa Kai dengan senyuman. Taesil termengah-mengah.

"Kai, kau ada nampak Sehun tak?" Kai pandang D.O dan Tao kemudian pandang Taesil semula.

"Sehun?" Kai

"Kau nampak?" D.O

"Rasanya tadi dia dekat xxx" Tao

"Oh, terima kasih. Aku pergi dulu!" Taesil mula berlari.

"Yah! Kenapa? Apa yang terjadi?" jerit Kai tapi Taesil masih tidak berhenti berlari.

"Kenapa Taesil nak jumpa dengan Sehun" tanya Tao tapi Kai hanya menjongketkan bahu.

"Nampak macam hal penting je" kata D.O pula. Mereka bertiga memerhatikan Taesil sehinggalah Taesil hilang dari pandangan.

Taesil masih lagi berlari-lari anak, mencari kelibat Sehun. Akhirnya Taesil nampak Sehun yang sedang berdiri memandang luar tingkap sambil badannya bersandar ke dinding. Taesil terus berlari ke hadapan Sehun.

"Sehun" Sehun memandang Taesil dengan muka tiada perasaan.

"Aku datang ni nak beritahu sesuatu"

"Kalau pasal Inna, aku tak nak dengar" Sehun sudah berura-ura ingin pergi tapi Taesil menahan Sehun dengan mendepakan kedua-dua tangannya di hadapan Sehun.

"Ni penting. Dan memang pasal Inna" Sehun ketawa sinis mendengar kata-kata Taesil.

"Aku dah cakap aku tak nak dengar. Kau dengan Luhan sama je, cuba putuskan hubungan aku dengan Inna yang baru nak bermula"

"Perkara ni memang penting pun! Kau mesti tau... Inna... dia-" penjelasan Taesil terhenti apabila Inna datang memeluk lengan kiri Sehun.

"Oppa! Oppa dah lama tunggu?" Sehun geleng dan tersenyum dekat Inna. Inna pun senyum lalu pandang Taesil dan buat muka terkejut.

"Oh! Taesil-shi... awak buat apa dengan boyfriend saya ni?" Taesil memberi pandangan maut pada Inna apabila Inna menekan perkataan boyfirend pada percakapannya. Sengaja mahu menyakitkan hati Taesil. Memang dia sakit hati pun. Tetapi perkara itu tidak penting sekarang ini. Ada lagi perkara yang lagi penting.

"Aku datang ni nak beritahu perkara sebenar dekat dia yang kau... perempuan-"

"Cukuplah Taesil-shi! Berhentilah cuba menghancurkan hubungan antara saya dengan Sehun. Kami bahagia sekarang ni!" Inna melepaskan pelukkan di tangan kiri Sehun.

Sengaja betul dia mahu mengapi-apikan keadaan. Membuat seperti Taesil yang pesalah di sini. Pelajar lain mula berkumpul di sekeliling mereka. Mahu melihat drama sebabak mereka yang tak pernah nak habis-habis ini.

"Cukup? Berhenti? Sepatutnya aku yang cakap perkataan tu dekat kau! Kau tak faham lagi ke?!"

"Taesil-shi, saya tau yang awak sukakan Sehun saya tapi sekarang ni Sehun saya dah bahagia bersama saya jadi tolonglah lupakan perasaan awak tu"

Taesil tersentak. Perasaan aku.. terbongkar macam tu aje? Sehun pun kelihatan terkejut. Masing-masing, Taesil dan Sehun terkaku. Taesil tunduk. Perasaannya dah terbongkar. Dan sekarang ini bukan hanya Sehun sahaja yang tahu. Malah semua sudah tahu!

Melihatkan Taesil yang terdiam itu, Inna menyambung semula.

"Baguslah kalau awak dah faham. Tolong pergi dari hidup kami. Bukankah awak sendiri yang menyuruh kami supaya tak muncul dalam hidup awak lagi" Inna memeluk lengan Sehun semula dan menarik Sehun untuk pergi.

Baiklah. Kalau itu yang akan terjadi. Dia akan menambah lagi api yang mula marak ini.

"Memang.." perlahan sahaja Taesil berkata. Kemudian dia mengangkat wajahnya semula. Dengan mata yang berapi dia menoleh memandang Sehun yang sudah berhenti bergerak. Makin ramai pula yang melihat drama ini. Bagus. Lagi ramai lagi bagus. Biar semua nampak. Biar semua tahu. Sehun memandang Taesil, seperti menunggu sambungan ayat Taesil lagi.

"Memang aku sukakan Sehun! Aku mengaku yang itu betul. Tapi aku tak pasti tentang hubungan kau orang yang bahagia itu. Sehun, adakah kau bahagia seperti mana yang Inna cakap tadi? Bahagia ke kau sekarang ni?"

Taesil merenung jauh ke dalam anak mata Sehun yang juga melakukan perkara yang sama. Inna sudah tak keruan. Dia sebut tentang Taesil suka Sehun itu hanya separuh dari rancangan dia sahaja. Tidak sangka pulak Taesil memang betul-betul sukakan Sehun!

Ini dah melebih!


Terima kasih kerana tidak meng-unsubscribe cerita ni lagi. *bow*

Terima kasih juga kepada yang baru subscribe cerita ini. *bow*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting