043 *

You're My Enemy [EDITED]

Yoon Mirae - Always


"S-sehun.. Kita nak pergi mana ni?" Sehun masih lagi menariknya pergi ke tempat yang dia tak tahu di mana. Mereka berhenti berjalan di tengah-tengah taman bunga yang tiada orang. Dia tak tahu lah kenapa tempat yang cantik dan indah itu tidak ada banyak orang. 

Sehun pusing badannya ke belakang, menghadap Taesil. Mata Sehun merenung tajam ke arah Taesil membuatkan Taesil gerun. Macam mana ni, ya? Dia dah buat keputusan untuk memberitahu rahsia itu pada Sehun. Sekarang atau tak akan. Tapi melihat lelaki itu kelihatan marah membuatkan dia gerun nak memberitahu Sehun.

"Choi Taesil.. aku.." Taesil menunduk sambil menggigit bawah bibirnya, masih memikirkan yang dia perlu memberitahu Sehun.

Sehun menahan nafas. Dia rasa berdebar-debar dan takut. Adakah betul Taesil dah terima Luhan seperti yang Luhan katakan? Dapatkah dia menahan Taesil dari mengubah perasaannya untuk mencintai Luhan pula? Sehun melepaskan nafasnya lalu menunduk.

"A-a-aku.. s-su-" Taesil mengangkat wajahnya memandang Sehun. Sekarang atau tak akan. Aku akan lakukannya.

"Sehun.. saya ada sesuatu nak beritahu awak" kata-kata Taesil membuatkan Sehun memandangnya dengan mata yang dibulatkan. Adakah Taesil ingin menolaknya? Adakah memang betul dia dah terima Luhan. Tak boleh tak boleh!

"Saya-"

"Tak boleh! Tak! Aku tak nak dengar!" Dia tak nak dengar Taesil menolaknya! Taesil memandang Sehun yang menutup telinga dengan kedua-dua tapak tangannya dan memejam matanya rapat dan terasa bingung. Taesil menggeleng lalu mendekati Sehun.

"Awak kena dengar juga. Ni penting!" Sehun masih menggeleng membuatkan Taesil memegang kedua-dua tangan Sehun yang menutup telinganya lalu menarik ke tepi.

"Aku tak nak dengar!"

"Oh Sehun! Saya dah ingat semuanya! Saya dah dapat memori saya semula!" jerit Taesil, masih lagi memegang tangan Sehun yang menutup telinganya.

Dia tak dapat menerima Taesil meno-

Sehun kaku. Nanti dulu.. adakah dia salah dengar? Taesil kata apa tadi? Kenapa otaknya tiba-tiba lambat pick up- Taesil dah dapat memorinya semula?! Sehun terus mencelik matanya dan membuntangkan matanya memandang Taesil. Taesil menjatuhkan tangan ke sisinya. Akhirnya dia dah luahkan rahsianya.

"A-apa?" Taesil mengangkat kepala memandang Sehun dengan serius.

"S-saya minta maaf saya tak beritahu a-awak awal-awal.. tapi.. saya dah dapat m-memori saya semula" Taesil kemudian menunduk semula, matanya tak sanggup ingin merenung anak mata Sehun. Takut Sehun memarahinya. Sehun masih diam.

"B-bila?" Taesil dah dapat memorinya.. dan dia tidak mengatakan tentang dia memilih Luhan..

"M-masa.. saya dah sedar dekat hospital hari tu..?" ucap Taesil perlahan. Macam mana ni? Macam mana kalau Sehun bencikannya kerana telah menipu dia? Dia tidak beritahu rahsia besarnya ini pada Sehun! D-dan.. k-kalau dia berada di tempat Sehun mesti dia akan kecewa, marah.. Ah, macam mana ni?!

"T-tak mengapa kalau a-awak nak marah saya. M-memang salah saya s-sebab tak beritahu awak semua yang saya dah dapat memori saya.. K-kalau awak tak nak jumpa saya p-pun tak mengapa. Saya faham.. awak mesti marahkan saya sebab tak beritahu yang saya dah da- umpf!" Taesil kaku di dalam pelukan Sehun. Dia dapat merasakan nafas Sehun pada lehernya. Begitu erat pelukan Sehun padanya.

Baguslah.. Taesil tak terima Luhan. Memorinya dah kembali.. jadi mesti dia tak lupakan perasaan sebenarnya. Perasaan dia pada Sehun.

Tangan Taesil kaku di sisinya. Dia tak tau nak buat apa. Adakah dia patut membalas pelukan Sehun atau.. tak? Dia tak faham. Bukankah Sehun sepatutnya memarahinya? Membuat muka kecewa?

"Baguslah.. Baguslah.. Kau dah dapat memori kau semula.. Baguslah" Taesil rasa bulu romanya meremang apabila dia dapat merasakan bibir Sehun bergerak-gerak pada lehernya ketika berkata itu. Sehun mengetatkan pelukan.

"Baguslah.. kau tak lupakan aku. Kau tak lupakan masa kita bersama. Kau tak lupakan perasaan kau pada aku" tangan Taesil yang ingin memeluk Sehun juga berhenti di udara.

"Kenapa.. awak tak marahkan saya? Kenapa awak tak buat muka kecewa? S-saya tak beritahu awak yang saya dah dapat memori saya. Saya rahsiakan perkara itu" Taesil dapat rasa gelengan Sehun.

"Aku tak kisah... sebab kau mesti ada sebab kenapa kau tak beritahu yang kau dah dapat memori kau pada orang lain.. pada aku" Taesil hilang kata-kata.

"Aku gembira.. Kau tak terima Luhan. Aku gembira yang kau tak lupakan perasaan kau pada aku. Aku gembira yang.. kau akan jadi milik aku" Taesil masih kaku mendengar luahan Sehun. Sehun melepaskan pelukan lalu memegang dagu Taesil dan menolak ke atas supaya Taesil memandangnya.

"Kalau kau masih tak faham lagi. Aku akan ulang lagi sekali. Aku, Oh Sehun, sedar yang dia sebenarnya sudah jatuh cinta pada kau Choi Taesil.. tetapi oleh sebab aku terlalu buta dengan.. cinta pertama aku.. Aku.. tak nampak perasaan sebenar aku. Aku.. berterima kasih pada Luhan.. sebab.. dia buat aku sedar.. perasaan aku pada kau. Aku.. tak akan lepaskan kau lagi, Choi Taesil. Aku akan sentiasa kurung kau dalam diri aku" aku tak nak hati aku terluka lagi.. jadi aku akan kurung kau untuk aku seorang.

Taesil kaku memandang Sehun. Irama laju yang bermain di jantungnya tak dapat diabaikan. Adakah dia salah dengar? S-sehun.. luahkan perasaannya? Dia sepatutnya rasa bertambah gerun mendengar ayat terakhir itu, tetapi.. dia tak tahulah. Dia tak rasa takut. Dia suka.

"S-sehun.. awak.." Sehun mengukir satu senyuman manis pada Taesil. Matanya merenung dalam ke anak mata Taesil. Dia mendekatkan wajahnya pada Taesil dan masih lagi merenung mata Taesil.

"Aku tak akan terima jawapan tak. Kalau kau masih tak ingat perasaan kau lagi, aku akan buat kau ingat semula perasaan kau tu. Aku akan goda kau sampai kau jatuh pada aku semula. Okay?" Taesil membuka mulutnya ingin menjawab tetapi ditutup semula. Mata Sehun berulang-alik dari mata Taesil ke bibir Taesil.

"Aish" Sehun merapatkan jarak mereka berdua sambil menutup mata dan melakukan sesuatu yang dia sangat-sangat mahu lakukan. 

Taesil share her first kiss.. with Sehun

 

 

Taeyeon - Sweet Love

 

"Sayang!!" Taesil yang sedang berbual dengan Luhan memandang Sehun yang baru tiba. Muka cemberut Sehun membuatkan Taesil jadi keliru.

"Oh, Sehunnie~ dah sampai?" sapa Luhan dengan senyuman. Taesil tak perasan tapi Luhan perasaan yang Sehun memberikan pandangan tak suka pada Luhan. Luhan ketawa kecil. Dia bangun dari duduk membuatkan Taesil mengangkat kepalanya memandang Luhan.

"Saya pergi dululah. Ada orang tu tak suka dengan kedatangan saya ni" Taesil masih tak faham.

"Siapa?" tanya Taesil. Sehun terus memegang tangan kanan Taesil dengan erat membuatkan Taesil memandang Sehun. Sehun tersenyum manis pada Taesil lalu memberikan ciuman pada Taesil.

"Siapa lagi kalau bukan lelaki yang tengah cemburu sebelah awak tu" Sehun membuat muka manakala Taesil kaku dengan ciuman kejutan itu. Memalukan. Dah lah depan Luhan! Muka Taesil jadi merah.

"Suka hati akulah. Aku boyfriend dia" Sehun menjelir lidah pada Luhan.

"Immature. Apa-apa pun, terima kasih tau sebab sudi berikan nasihat, Taesil-ah. Bantuan awak sangat membantu saya" Luhan tersenyum manis pada Taesil. Sehun mengangakan mulutnya tak faham memandang Taesil dan Luhan bersilih ganti.

"Ah ye. Sama-sama. Lain kali jangan buat macam tu lagi. Dia mungkin tak suka"

"Apa ni? Saya tak faham. Buat apa? Nasihat apa ni?" tanya Sehun bertubi-tubi, tak faham dengan topik apa yang dibualkan mereka berdua.

"Saya pergi dulu, bye-bye!" kata Luhan sambil melambai pada Taesil dan Taesil menyambut lambaian Luhan dengan senyuman. Sehun memandang dengan pandangan tak percaya yang tak ada sesiapa nak menjawab soalannya.

"Yah!" bahu Taesil terhenjut kerana terkejut dengan jeritan Sehun. Dengan mengerutkan dahinya Taesil memandang Sehun.

"Awak ni kenapa?"

"Kenapa, awak tanya?! Sayang! Apa hubungan awak dengan Luhan? Sebelum ni pun! Saya tak sukalah!" Bentak Sehun tak puas hati. Taesil membuat muka keliru.

"Apa maksud awak? Luhan tu kawan saya lah" Sehun terus memegang lengan tangan Taesil.

"Kalau kawan kenapa Luhan peluk awak? Sebelum ni Luhan ada peluk awak kan? Saya nampak, okay! Dan sekarang ni! Saya bertambah tak suka awak rapat dengan Luhan" Sekarang barulah Taesil tahu yang Sehun cemburu.

"Awak cemburu?" Sehun diam sekejap.

"Kalau cemburu kenapa? Tak salah pun kan? Awak teman wanita saya" Taesil memikir semula ayat Sehun tadi. Bila masa pula Luhan ada memeluknya? Kali terakhir dan pertama pun.. waktu malam tu.. 

Oh? Adakah Sehun nampak Luhan dengannya malam itu? Waktu Luhan meluahkan perasaannya itu? Jadi..

Taesil menepuk dahinya. Dia dah faham sekarang. Kenapa Luhan memeluknya ketika itu.

"Hmm? Cepatlah cerita. Kenapa Luhan peluk awak malam tu?"

 

 

Sehun masuk ke dalam biliknya yang gelap tanpa lampu. Inna baru meluahkan perasaannya sebentar tadi, ketika di parti itu. Dia sepatutnya sedang gembira ketika ini.. tetapi kenapa.. hatinya.. terasa kosong. Dia sepatutnya tersenyum bahagia sekarang ini tetapi hanya kerutan di dahi yang berada di wajahnya apabila dia termenung memandang lantai biliknya selepas duduk di tepi katil.

Kenapa dia rasa kosong?

Kenapa dia terima Inna?

Sehun mengeluh dan mengelus rambutnya ke belakang lalu bangun dari duduk di tepi katil. Dia berjalan ke balkoni biliknya, ingin mengambil udara malam. Dia meletakkan tangannya di atas besi penghadang sambil memandang bawah, melihat jalan di hadapan rumahnya.

Dia tak faham. Dia tak faham akan perasaannya. Kenapa dia asyik teringat akan perempuan itu? Kenapa dia asyik teringat tentang Taesil? Kenapa hatinya, badannya, ingin pergi ke Taesil, mendapatkan perempuan itu ke dalam pelukannya. Dia tak faham. Perasaan itu tak sepatutnya muncul. Tak patut. Dia sepatutnya menyayangi Inna.. tapi.. apabila memikirkan tentang Inna.. dia rasa kosong.

Matanya dengan perlahan-lahan di angkat apabila ternampak pergerakan di hujung matanya. Sehun memandang rumah yang berada di sebelah kanan dan hadapannya. Melihat dua orang yang juga berada di balkoni rumah itu. Rumah perempuan yang sedang berada di dalam fikirannya sekarang ini.

Hatinya tiba-tiba rasa sakit. Serangan ini membuatkan dia mengerutkan dahi. Dia tak suka dengan apa yang dia nampak. Dia rasa seperti ingin menumbuk lelaki itu.

Lelaki yang memeluk Taesil, Luhan. Dia tak suka.

Sehun menggenggam kedua-dua tangannya menjadi penumbuk. Matanya tak lepas dari merenung ke arah dua orang yang masih berpelukan itu. Bertambah dia rasa marah apabila dia nampak tangan Taesil terkaku diudara seperti dia juga ingin memeluk Luhan.

Dengan dengusan marah, Sehun masuk ke dalam biliknya.

Kenapa dia rasa marah? Kenapa dia rasa sakit hati? Kenapa dia rasa nak tumbuk muka Luhan banyak kali? Dia tak suka Taesil dipeluk oleh lelaki lain..

Dan.. dia tak tahu kenapa.

Kenapa dia rasa sebegini?

 

 

"Bila? Saya tak ingatlah?" Taesil berpura-pura tak faham dengan memandang tempat lain. Sehun yang cemburu sangat comel. Saja nak kacau sikit. Jarang nak nampak Sehun jadi comel-comel macam ni. Selalu manly. Haha.

"Tak ada tak ingat tak ingat. Jawab. Kenapa Luhan peluk awak malam tu?" Bentak Sehun lagi kemudian memegang kedua-dua bahu Taesil dan merenung mata Taesil. Taesil tersenyum kecil.

"Rasanya.. itu berlaku sebelum kemalangan itu terjadi. Kenapa awak kisah?" 

"Mestilah saya kisah. Sampai sekarang saya nampak awak rapat sangat dengan Luhan. Kai pun ada kata yang dia nampak awak tersenyum 'bahagia' sangat bila berbual dengan Luhan hari tu. Siap ketawa macam tak ingat dunia lagi" Sehun mencebik sambil memandang tempat lain.

"Mm.. malam tu.. saya rasa lebih baik saya tak beritahu awak" Sehun yang menunggu jawapan Taesil mendengus marah lagi.

"Kalau cemburu mengaku je"

"Yes Saya cemburu. Sayang saya rapat dengan lelaki lain. Mestilah cemburu. Boyfriend mana tak cemburu, eo?" Taesil ketawa terbahak-bahak melihat muka Sehun yang mula memerah. Sehun hanya memandang Taesil memegang perutnya sambil ketawa dengan kuat dengan muka tak puas hati.

"Yah! Kenapa awak ketawa? Saya nak jawapan, okay" Taesil ketawa dan ketawa. Sehun yang cemburu ini memang comel. Sehun hanya menunggu tawa Taesil reda. Taesil berdiri tegak di hadapan Sehun dengan sisa tawa di bibirnya.

"Aigoo~ awak ni comel lah! Sehun, teman lelaki saya, yang kuat cemburu ni memang comel!" kata Taesil dengan ceria sambil mencubit kedua-dua pipi Sehun. Sehun menahan sakit dan hanya mengerutkan muka seperti dia masih marah. Masih menunggu cerita dari Taesil.

"Rehat dah nk habis. Lebih baik masuk kelas dulu kan?" Taesil memusing ke belakang kemudian berjalan pergi.

"Y-yah! Awak tak jawab saya lagi" Taesil berhenti berjalan kemudian memandang Sehun yang mula mendekatinya sambil menggosok kedua-dua belah pipinya yang terasa kebas selepas dicubit oleh Taesil.

"Kalau awak nak tau. Luhan selalu jumpa saya sebab dia tengah mengorat seorang perempuan ni. Mmm.. nama dia apa ye? J-jin.. yun? Rasanya tulah. Jadi awak tak perlu risau. Sebenarnya Luhan peluk saya malam tu untuk sakitkan hati awak" Sehun rasa lega mendengar yang Luhan sudah tidak mengejar teman wanitanya lagi.. tetapi.. apa maksud ayat terakhir Taesil tu?

"Apa awak cakap? L-luhan peluk awak malam tu sebab nak sakitkan hati saya?" soal Sehun tak percaya sambil mengejar Taesil yang sudah mula berjalan itu. Taesil mengangguk sambil memuncungkan sedikit bibirnya.

"Saya pun tak tau kenapa Luhan peluk saya.. dan baru tadi saya faham. Dia nampak awak dan sengaja melakukannya" Sehun mengepal penumbuknya.

"Aish, Luhan!" Taesil memegang penumbuk Sehun lalu merungkaikan penumbuk itu dan memasukkan jarinya ke celah jari Sehun. Sehun memandang tangan mereka yang bertaut. Dia rasa perasaan marah yang melanda dalam diri terus hilang. Sehun memandang Taesil yang tersenyum manis memandangnya.

"Saya sayang awak, Sehun" bisik Taesil. Hati Sehun berbunga setaman. Sehun juga tersenyum bahagia.

"Saya pun"

Selepas luahan di taman tema itu, mereka mula bersama sebagai pasangan kekasih yang kisahnya terkenal di sekolah mereka. Kisah itu dipanggil Love Hate Story. Entah siapa yang namakannya. Boleh jadi sejarah di sekolah ini sebab banyak kisah-kisah disebalik kisah itu. Haha.

 

 

 

"Saya nak masuk kelas ni" Sehun masih tidak melepaskan tautan tangan mereka berdua malah mengeratkan pegangannya kemudian merenung Taesil dengan pandangan yang dia selalu tunjuk apabila memandang Taesil. Pandangan redup yang penuh dengan kasih sayang.

"Awak lupa?"

"Lupa apa? Awak.. saya nak masuk kelas ni. Nanti cikgu dah sampai macam mana?" mereka berada di luar koridor kelas Taesil. Sehun tersengih kemudian menunjukkan pipinya.

"Yah, ada ramai orang dekat sini" Taesil menggeleng laju. Sehun memuncungkan bibirnya.

"Aip. Jangan buat-buat tak nak pula. Saya tak akan pergi selagi tak dapat kiss" Taesil memusingkan bebola matanya.

"Yah! Apa pula buat macam tu!" bentak Sehun tak puas hati. Suka-suka je pusing mata depan boyfriend sendiri.

"Orang tengoklah"

"Biar diaorang tengok. Saya tak akan lepaskan tangan ni sehingga aw-" Taesil menjengketkan kakinya dan kiss bibir Sehun. Sehun jadi kaku kemudian tersenyum manis.

"Dah puas? Awak pun ada kelas lepas ni. Jangan sebabkan hal ni awak ponteng" Taesil berkata dengan laju dengan muka yang merah sebab ada pelajar dari dalam kelasnya memandang. Ok bukan tu je. Semua yang berdekatan memandang mereka. Sukalah tu skodeng orang bercinta.

Sehun hanya tersenyum manis pada Taesil tidak kisah akan mata-mata lain yang memandang. Buat apa nak kisah kalau yang dihadapannya ini lebih penting. Sehun mendekatkan bibirnya ke telinga Taesil pula

"Terima kasih, sayang" bisik Sehun di telinga Taesil membuatkan muka Taesil bertambah merah dan panas.

Sehun mengangkat tangan kiri Taesil yang dia masih tak lepaskan ke bibirnya lalu dengan lembut mengucup jari jemari Taesil sambil memandang Taesil yang tak senang duduk itu.

Suka kacau hati orang dengan pandangan mata dia itu.

Taesil dengar jeritan kecil pelajar-pelajar perempuan yang melihat mereka. Penonton yang majoritinya perempuan berbisik antara satu sama lain tentang betapa bertuahnya Taesil mendapat teman lelaki yang romantik macam Sehun itu.

"Ok. Ok. Cukup-cukuplah dengan drama kau orang berdua ni. Manis sangat! Nak muntah aku dibuatnya" Taesil tersentak apabila terdengar suara Youri di pintu kelas iaitu sebelah Taesil sahaja.

"Kacau line lah kau. Aku baru je nak goda Taesil" Youri mencebik, Taesil menutup matanya dengan tapak tangan kanan yang masih free kemudian mengipas-ipas wajahnya yang masih berbahang.

"Kelas dah nak bermula. Pergi masuk kelas. Kalau nak goda dia, tunggu balik nanti lah. Lagipun tahun ni kita dah nak habis sekolah. Masa cuti nanti kau bolehlah luangkan banyak masa dengan dia. Ye tak Taesil kusayang" Taesil memandang Youri dengan muka blur. Dia sebenarnya tak dengar apa yang Youri bebelkan tadi.

Mana nak dengar kalau mata dan telinga fokus pada lelaki di hadapannya ini, kan?

"Eh?" Youri menggulingkan anak matanya. Sehun memegang pipi Taesil membuatkan Taesil memandangnya dengan muka yang sedikit merah dan terkejut.

"Nanti balik tunggu depan sekolah, macam biasa" Taesil mengangguk sambil mengelak dari memandang mata Sehun tetapi Sehun asyik mengekori anak mata Taesil.

"Jangan rindukan saya sangat" mereka tak mengendahkan Youri yang membuat muka dan suara ingin muntah.

Sehun mencium dahi Taesil kemudian melepaskan pegangannya. Jeritan dari peminat-peminat Love Hate Story mereka tak endahkan. Dengan tangan yang sedikit menggigil, Taesil membalas lambaian Sehun. Selepas hilang dari pandangan barulah Youri bersuara.

"Berpisah macam yang seorang tu nak pergi berperang. Nak masuk kelas je. Bukannya tak boleh berjumpa waktu rehat nanti. nanti jumpa lah balik" cebik Youri sambil memeluk tubuhnya kemudian menarik Taesil masuk ke dalam kelas mereka. Taesil yang masih berada di awang-awangan hanya membiarkan sahaja.

"Taesil-ah, Sehun tu sweetnya~ cemburu aku dengan hubungan kau dengan dia" salah seorang dari peminat cerita cinta Taesil yang juga classmate Taesil memberi komen.

"Mana kau nak letak boyfriend kau tu, oi" rakannya menyiku perempuan itu.

"Ha, baguslah. Balik nanti tambah lagi satu bab dalam LHS" perli Youri lagi.

"LHS?"

"Love Hate Story lah. Cerita cinta Taesil dengan Sehun. Kata peminat" jawab Youri.

"Lantaklah LHS ke apa. Aku suka tengok dia orang berdua" Youri membuat muka mendengar balasan dari salah seorang peminat LHS. Malas nak type panjang-panjang sangat.

"Yang kau ni kenapa? Moody je. Banyak memerli pula tu" tanya Taesil sambil memandang Youri di sebelahnya. Dari tadi banyak idea perliannya. Youri memeluk tubuh sambil duduk dengan malas sambil bersandar di tempat duduknya.

"Kau tak dengar cerita ke? Tu. Si perempuan tak guna tu. Dia dah pindah" mendatar suaranya. Taesil hanya mendengar tanpa reaksi di wajahnya.

"Entah lari ke mana. Pergi macam tu je. Bukan nak minta maaf dengan apa yang dia dah buat dekat kau" Youri mencebik.

"Jangan cakap macam tu lah"

"Apa? Betul lah apa yang aku cakap. Dia tak ada jumpa kau pun, minta maaf. Aku terdengar cikgu cakap dekat bilik guru tadi. Dia dah pindah ke tempat lain" Taesil mendekatkan dirinya pada Youri.

"Aku nak beritahu kau ni. Dia ada jumpa aku. Sebelum dia pergi" Youri terus membuntangkan mata dan duduk tegak, mendekatkan mukanya pada Taesil membuatkan Taesil kebelakangkan badannya.

"Kau cakap pasal apa? Gaduh?" Taesil memejam mata dan menggeleng. Dia tersenyum pahit apabila teringatkan perjumpaan mereka berdua semalam.

 


A/N

Mula-mula sekali saya ingin meminta maaf kerana cerita ni masih tak habis lagi. Sedangkan dah 2 tahun berlalu OoO.. tak sangka

Dari bulan desember tahun lepas.. saya sakit.. Lepas tu berulang-alik pergi klinik, tak datang sekolah, check sana sini. Lepas dah tau penyebabnya ibu bapa buat keputusan buat pembedahan.. Pembedahan dalam minggu akhir bulan mac, Dan.. lepas pembedahan duduk wad.. Lepas tu balik rumah..

Sehari lepas balik rumah tiba-tiba berita pasal Kai dengan Krystal pula keluar.. Rasa macam ditikam pula.. Kai is my first bias and Sehun is second. So mestilah terkejut, sedih, kecewa dan sebagainya.

Tapi tak bermakna saya haters kepada pasangan itu.. cuma perlukan masa untuk menerima, lagipun mood terus down jadi susah sikit nak menulis dan secara kebetulan sekarang ni otak saya tengah cuti dari menulis apa-apa cerita. Baguslah.. tak ada mood nak menulis.

Apa-apa pun lepas dah ok nanti.. saya akan post chapter yang last. Ye.. lepas ni chap yang last.. Lepas baca balik cerita ni.. rasa macam fic ni terlalu immature.. tak matang.. Yelah, cerita ni pun start dua tahun lepas.. Masih muda dan tak matang. Lepas dah habis YME ni.. saya akan buat cerita baru.. tapi rasanya lambat lagi sebab nak post chap ni pun susah, kena tunggu ada laptop muncul dekat rumah dulu baru boleh post. Ni nasib baik abang tak bawak balik laptop dia ke tempat dia. Ada lah peluang nak post..

Aduh panjangnya A/N yang ni... 

Sila tunggu Chapter Last YME ni ye. AKAN DATANG ^o^..

P/S: tak sabar-sabar pula nak tamatkan cerita ni 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting