032 *

You're My Enemy [EDITED]

Omma Taesil kata hari Isnin nanti Taesil boleh pergi sekolah kalau dia banyak berehat pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Taesil rasa seronok sangat yang dia dapat pergi sekolah. Dia dapat rasakan sekolahnya tu terdapat banyak memori-memorinya. Hm.. Dah tentu ada banyak memori.

Hari ahad Exo dan Youri datang kecuali Sehun. Kali pertama Taesil melihat Sehun dengan Inna selepas kemalangan itu juga merupakan kali terakhir Taesil melihat mereka berdua.

"Annyeong haseyo, ommo-nim" sapa Baekhyun dengan ceria apabila Omma Taesil membuka pintu rumah. Taesil yang sedang duduk di ruang tamu terus berdiri apabila terdengar suara-suara mereka.

"Taesil-ah. Taesil" Youri datang mendekati Taesil dan terus memeluk Taesil.

"Taesil-ah, esok awak akan datang sekolah, kan?" tanya Luhan. Taesil mengangguk.

"Oh! Baguslah. Bosanlah tak de kau dekat sekolah" Youri memuncungkan mulutnya 

"Aku bawak game Street Fighter 2 lagi" kata Suho.

"Street Fighter 2?" tanya Taesil pelik. Bukankah itu satu game?

Omma Taesil berada di dapur sedang memasak makanan tengahari untuk dijamu nanti disertakan dengan bantuan D.O dan Youri.

"Ah! Wah! Bestnya! Taesil tak ingat cara nak main game ni! Jadi kalau aku lawan dengan dia mesti aku boleh menang!" jerit Chanyeol gembira. Taesil kelip-kelip matanya. Dia pernah main game ni ke? Hm.. Tak ingat pula.

"Saya?" Taesil tunjuk diri dia sendiri. Semua yang ada di ruang tamu memandang ke arah Taesil.

"A'ah lah! Hari tu, sebelum kau kemalangan. Kau pernah lawan dengan kitaorang semua dan menang" jelas Chen sambil tersengih-sengih.

"Oh! Taesil dah hilang ingatan. Mesti dia tak ingat macam mana nak main game ni!" jerit Tao gembira.

Suho selesai memasang game itu di televisyen. Tao terus duduk di hadapan televisyen dan mengambil alat kawalan pertama. Suho menepuk kepala Tao.

"Kau ingat Taesil hilang ingatan tu perkara yang patut dibanggakan ke?" Tao memuncungkan mulutnya sambil menggosok kepalanya yang sakit. Chanyeol menolak Taesil duduk di sebelah Tao dan memberi alat kawalan kedua kepada Taesil. Taesil memegang alat kawalan itu dengan muka keliru.

"Umm... Macam mana nak main game ni?" tanya Taesil. Luhan duduk di sebelah Taesil dan menunjuk caranya.

"Kalau nak attack, tekan ni. Kalau nak defend, tekan ni. Kalau nak gerak, tekan ni" tunjuk Luhan. Taesil hanya mengangguk dan game pun bermula.

10 minit kemudian...

Taesil meletakkan alat kawalan itu di atas lantai. Suasana sunyi seketika...

"A-ak-aku kalah lagi, ke?" tanya Tao gagap. Youri terjerit gembira. Taesil pun tak tau lah macam mana dia boleh menang, tapi memang itu yang terjadi. Dia hanya tekan-tekan sahaja apa yang patut. Dia tetap memilih karakter yang sama iaitu Chun-Li.

"Wah, daebak!" kata Suho sambil menepuk tangannya.

"Tak boleh jadi ni. Taesil, lawan dengan aku pula!" Chanyeol menolak Tao yang kaku dan tak dapat nak terima kenyataan itu ke tepi dan duduk di tempat itu.

Game pun bermula tetapi sia-sia sahaja kerana Chanyeol tetap kalah. Macam mana orang yang baru main dua kali dapat mengalahkan orang yang telah main banyak kali? Entahlah... Tak tahu nak ambil fakta yang mana.

"Yah, Taesil. Dah berapa banyak kali kau main game ni sampai kau jadi pro macam ni?" tanya Tao tak puas hati. Taesil bangun apabila tiba giliran Chen untuk bermain. Soalan Tao tidak berjawab. Dia tak ingat.. Macam mana nak jawab.

"Apakah itu? Omma tak pernah nampak pun. Taesil-ah, kamu selalu main game tu, ke?" tanya Omma Taesil pelik.

"Taesil... Taesil pun tak tau lah" Luhan menepuk dahi.

"Kau orang lupa ke yang dia dah hilang ingatan?" Taesil menggeleng-gelengkan kepala. Tangannya masih bergetar-getar. Entah kenapa ketika dia bermain permainan itu dia rasa badannya menggeletar. Dia rasa... marah? Sedih? Lay mendekati Taesil bersama dengan kamera di tangannya.

"Taesil, kau ada laptop, tak? Aku nak tunjuk banyak gambar dekat kau" tanya Lay sambil menunjukkan kamera di tangannya.

"Oh, laptop? Rasanya ada... ah, tunggu kejap. Saya naik atas dulu" Taesil berlari ke tingkat atas dan masuk ke dalam biliknya. Luhan mengikuti Taesil di belakang. Taesil sedang mencari suis lampu dan apabila dia sudah temuinya dia on kan suis lampu lalu melihat sekeliling. Rasanya dia pernah nampak sebelum ni... Ah! Atas meja. Luhan masuk ke dalam bilik Taesil sebelum sempat Taesil mengangkat komputer riba itu. Taesil memandang Luhan yang ada di belakangnya.

"Luhan... Awak buat apa dekat sini?" tanya Taesil. Luhan menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum kecil.

"Saya nak tunjukan awak sesuatu" kata Luhan lalu menarik Taesil pergi ke balkoni biliknya. Taesil meletakkan laptopnya di atas katil dan mengikut sahaja rentak Luhan. Luhan memandang Taesil.

"Di sini lah tempat saya luahkan perasaan saya pada awak" kata-kata Luhan membuatkan Taesil terkejut. Dan hatinya mula memainkan irama. Luhan sukakan dia?

"Dan luahan itu berlaku dua hari sebelum kemalangan awak" tiba-tiba nada Luhan berubah menjadi sedih. 

"Adakah... Adakah saya t-terima... perasaan awak? Saya pun sukakan awak juga ke?"

Luhan terdiam. Adakah dia akan menipu untuk membuatkan Taesil melupakan perasaan dia? Membuatkan Taesil jatuh cinta padanya? Keadaan senyap seketika.

 

 

"Tak... Awak kata awak sukakan orang lain... Saya rasa kecewa dan marahkan diri sendiri. Sepatutnya saya luahkan perasaan saya lebih awal sebab awak cakap awak pun pernah sukakan saya tetapi saya dah terlambat" Tiba-tiba Taesil mendapat satu imbasan bayangan.

Pada waktu malam... Luhan berada di sebelahnya meluahkan perasaannya tapi dia menolak dengan baik dan mengatakan yang dia suka orang lain. Beberapa minit bercakap, tiba-tiba Luhan memeluknya.

Taesil tersedar sambil memegang kepalanya yang sedikit berdenyut. Luhan memandang Taesil risau.

"Awak okay?" tanya Luhan. Taesil mengangguk masih memegang kepalanya. Dia mengangkat pandangannya lalu memandang Luhan.

"Kenapa.. Kenapa awak peluk saya malam tu?" Luhan terkejut dan terdiam.

"Awak... Awak dah ingat ke?" Taesil mengangguk. Mata Luhan membuntang. Terus Luhan menerkam bahu Taesil dan menanyakan soalan yang sama lagi sekali sambil melihat tepat pada anak mata Taesil.

"Awak betul dah ingat? awak dah dapat memori awak semula?" tanya Luhan dengan riak yang serius.

 

 

"Tak... Tak... Bukan semua... cuma... saya hanya dapat sedikit bayangan tentang apa yang terjadi waktu awak luahkan perasaan awak. Saya belum dapat semua memori saya lagi. Penting sangat ke memori saya tu?" 

"Penting! Memori awak penting sangat-sangat! Awak mempunyai satu bukti tentang Inna yang mesti ditunjuk pada Sehun" Ha? Apa maksud dia?

"Inna? Yoo In Na?" Luhan melepaskan pegangannya di bahu Taesil.

"Awak kenal Inna?" tanya Luhan pelik.

"Beberapa hari yang lepas dia datang melawat saya dengan Sehun dan Puan Oh. Inna tu memang girlfriend Sehun?" Luhan terkejut.

"Inna ada buat apa-apa dekat awak ke?"

"Tak. Dia tak buat apa-apa pun" Luhan menghela lega.

"Awak tolong jauhi Inna"

"Kenapa? Dia nampak macam baik je"

"Dia bukannya baik. Itu semua lakonan dia je. Inna itu bahaya. Sangat bahaya. Ugh! Awak tak ingat bukti tu. Kalau saya ingin merakam sesuatu mesti saya akan guna kamera tapi awak tak suka bawa kamera keluar dari rumah..." Luhan berfikir. Dia teringat sesuatu.

"Taesil, mana telefon bimbit awak?" Luhan masuk ke dalam bilik Taesil.

"Atas meja. Kenapa?"

"Mungkin awak rakam bukti pasal Inna dekat telefon. Iphone 6plus ni ke?" Taesil angguk. Bingo Luhan! Kau memang pandai... Tapi...

"Tapi... Omma cakap telefon saya rosak teruk masa kemalangan jadi dia hantar baiki di kedai dan orang yang baiki tu cakap semua maklumat yang ada di dalam telefon itu dah hilang... Tak ada apa-apa pun sebab tu saya tak selalu guna telefon itu sekarang ni" Luhan melihat isi iphone 6plus milik Taesil dan kecewa apabila melihat semua file kosong. Muzik, video, gambar, semua kosong. Luhan mengeluh. Tiba-tiba terdengar jeritan Baekhyun di tingkat bawah.

"Taesil! Laptop!" Taesil teringat tentang Lay yang inginkan laptopnya. Taesil ambil laptopnya lalu keluar dari biliknya meninggalkan Luhan di dalam bilik.

"Sorry, lambat. Tadi Luhan tunjukkan sesuatu dekat saya. Nah, laptop" Taesil meletakkan laptop di atas meja yang ada di depan sofa di ruang tamu.

"Saya tak pernah on kan laptop ni" kata Taesil.

"Tak pernah? Lepas kemalangan tu?" tanya Kris. Taesil mengangguk. Lay masukkan USB dari kamera ke laptop milik Taesil yang sudah di on kan.

Lay membuka fail kamera dan menekan gambar pertama. Terpapar di skrin komputer iaitu gambar Taesil tersenyum bersama-sama Youri di sebelahnya. Mereka berdua memakai uniform sekolah. Gambar itu diambil waktu sekolah. Satu-satu gambar diperhatikan oleh Taesil. Banyak kisah yang ada di sebalik gambar itu. Mereka ketawa mengenangkan kenangan lama tetapi Taesil tak dapat ingat sangat. Banyak gambar yang Lay tangkap tanpa pengetahuan orang lain. Gambar di parti kecil-kecilan di rumah Taesil, gambar sewaktu mereka sudah habis periksa dan banyak lagi. 

Taesil hanya mendengar cerita yang Youri atau Xiumin ceritakan di balik gambar-gambar itu. Mereka kelihatan seperti sudah lama berkawan, walaupun baru satu bulan lebih mereka bersama. Chemistry. Skrin komputer riba itu menunjukkan gambar Exo bersama Sehun sewaktu mereka masih belum rapat dengan Taesil dan Youri lagi. Taesil merenung wajah Sehun yang tersenyum ceria di dalam gambar itu. Entah kenapa dia rasa sedih memikirkan yang dia tak dapat melihat senyuman itu lagi. Tiba-tiba, Taesil teringat tentang kata-kata Sehun yang lepas. Apa maksud kata-kata itu? 

"Lay,  boleh tak awak masukkan semua gambar itu dalam fail saya?" Lay angguk.

"Semua! Mari makan. Makanan dah siap!" kata omma Taesil. Mendengar sahaja perkataan makan, mereka meluru pergi ke dapur meninggalkan Taesil, Lay dan Xiumin yang ada di ruang tamu. Taesil pun bergerak ke dapur selepas mengatakan permintaannya.

Lay mencari fail yang berada di picture. Di dalam fail picture mengandungi 2 buah fail lagi. Fail yang pertama tiada nama manakala fail yang kedua bernama My Picture. Di dalam itu ada banyak fail jadi Lay buat fail yang baru dan menamakan fail itu 'EXO, Taesil, Youri'

Lay copy semua gambar yang ada di dalam kameranya ke laptop Taesil. Semua gambar yang ada di dalam kamera itu adalah gambar exo, Taesil, Youri dan Inna tetapi Lay tak masukkan gambar Inna dalam laptop Taesil. Sementara menunggu copy itu siap, Lay pun pergi ke dapur meninggalkan Xiumin sendirian di atas sofa. Sebenarnya Lay tak perasan pun Xiumin duduk di sebelahnya. Hehehe.

Xiumin pula melihat isi laptop Taesil. Dia rasa tertarik dengan fail yang tiada nama itu lalu menekan fail itu.  Hanya ada satu video sahaja di dalam itu. Xiumin rasa curiga dan ingin tahu apakah kandungan video itu kerana nama video itu adalah 'Yoo In Na' jadi Xiumin pun membuka video itu.

Video itu memaparkan bukti yang Taesil rakam tentang Inna sewaktu di club itu. Wajah Xiumin jadi tegang. Xiumin menutup semula video itu dan copy ke kamera Lay. Sekarang Xiumin sudah tahu apakah bukti yang Taesil katakan. Selesai itu Xiumin menutup laptop Taesil dan pergi ke dapur.

Sebenarnya Xiumin terdengar perbualan antara Luhan dengan Taesil di dalam bilik jadi Xiumin terfikir mungkin Taesil ada buat satu copy ke tempat lain. Dalam fikir-fikir tentang dekat mana Taesil mungkin letak copy bukti itu tiba-tiba terdengar pula jeritan Baekhyun di bawah yang berkata tentang laptop jadi Xiumin mengagak mungkin bukti itu berada di dalam laptop di tambah-tambah pula dengan fail yang tiada nama itu... Jadi Xiumin bercadang dia akan suruh Lay membawa kameranya ke sekolah esok dan dia akan tunjukkan video itu kepada yang lain.

Inna.. Inna... bisik hati Xiumin.

Semua mesti tertanya-tanya macam mana mereka makan sama-sama sedangkan jumlah mereka ramai, disertakan dengan Youri lagi, semuanya dalam 14 orang. Mereka makan di halaman rumah Taesil. Kalau mereka lalui dapur, mereka boleh pergi ke halaman rumah Taesil yang lebih luas dan cantik. 

Hari itu adalah hari yang paling gembira buat Taesil disertakan dengan rasa teruja dia untuk pergi ke sekolah esok membuatkan Taesil tersenyum sentiasa...

Tetapi...

Taesil tak tahu sesuatu akan terjadi esok. Sesuatu yang menyakitkan... 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting