027 *

You're My Enemy [EDITED]

Anne Marie - Do It Right


Satu sekolah heboh tentang kejadian tadi. Taesil bukanlah artis tapi sekarang ni dia macam seorang artis pulak. Dia tiba-tiba mendapat peminat dan juga haters, atau patut dipanggil anti-Taesil. Yang hater itu benci Taesil kerana fikir Taesil mahu menghancurkan hubungan Sehun dan Inna yang baru bermula. Ditambah lagi dengan luahan perasaan dia di khalayak ramai... Damn! AHH!!

Taesil mengusutkan rambutnya. Dia tampar pipinya sendiri. Dia ketuk kepalanya lagi. Youri hanya melihat sahaja kelakuan Taesil sebab dia dah biasa, nak buat macam mana. Taesil kan memang macam tu.

"Malunya! Kenapalah aku bodoh sangat pergi mengaku perasaan aku dekat depan orang ramai?!! Ahh!! Choi Tae Sil, yang kau ni bebal sangat kenapa!!" rambut Taesil dah kusut macam biasa. Itupun disebabkan Sehun jugak. Haih, kenapa selalu sahaja Sehun berada di dalam fikirannya?

"Jadi kau luahkan perasaan kau depan orang ramai?"

"Bukan aku yang mula dulu. Inna yang tiba-tiba cakap aku sukakan Sehun jadi sebab aku marah sangat, aku luahkan jelah. Aku tak tengok sekeliling. Main mengaku je. Hish, macam mana dia boleh tau perasaan aku? Luhan pun kata yang dia nampak yang aku suka Sehun"

"Jelas sangat. Dekat dahi kau tu dah tertulis dah 'saya suka Sehun'. Kau buat apa pun tetap nampak." Youri menunjuk-nunjuk dahi licin Taesil di belakang potongan rambut depan. "Aku dah lama sedar tapi aku buat tak tau je. Aku rasa yang lain pun tau yang kau sukakan Sehun" kata-kata Youri membuatkan Taesil terkejut. Yang lain pun tau?! Ah, sudah!

"Kau rasa Sehun sedar tak perasaan aku sebelum ni?" tanya Taesil ingin tahu. Kalau semua orang boleh nampak, mesti Sehun pun nampak. Hemmmm...

"Dia tak tau. Dengan adanya perasaan dia pada Inna, Sehun tak akan nampak" Luhan tiba-tiba muncul dengan senyuman di bibirnya.

"Baguslah" Taesil berasa lega.

"Sehun dah tau dah pun perasaan kau sekarang ni malah semua orang tau. Itu lah bagus" perli Youri.

Luhan ketawa. Dia mula berdiri sebelah Taesil. Taesil dah rasa berdebar-debar dah. Dia masih lagi rasa kekok dengan apa yang terjadi sebelum ni. Lagi-lagi apabila mendapat tahu yang Luhan mempunyai perasaan terhadapnya. Dan ditambah lagi dia pernah juga ada perasaan terhadapnya. It's complicated! Dia masih lagi boleh berdebar apabila Luhan mendekatinya?

Luhan menarik kerusi yang ada di depan meja Taesil dan letak di belakang Taesil. Youri hanya memerhatikan Luhan. Luhan keluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya dan duduk di belakang Taesil. Luhan mula menyikat rambut Taesil dengan perlahan-lahan dan lembut kerana tidak mahu Taesil rasa sakit. Pelajar kelas Taesil dah mula mengusik Taesil dan Luhan.

"Yah, Luhan. Kenapa kau sikat rambut Taesil?"

"A'ah, kau boleh je bagi sikat tu dekat Taesil dan biar dia sikat sendiri" Luhan tersenyum.

"Aku nak memenangi hati dia semula" Taesil tak tau nak buat apa lagi dah. Malunya!

"Oh?! Luhan, kau suka Taesil?!"

"Betul ke?"

"Wah!" Luhan pula tidak menidakkan atau mengiyakan kata-kata mereka. Dia sekadar tersenyum dan sambung menyikat rambut Taesil. Taesil hanya kejung di hadapan Luhan, membiarkan Luhan menyikat rambutnya yang kusut itu. Nasib baik rambutnya senang nak sikat, kalau kusut bersimpul itu mesti payah Luhan nak menyikat. Lagi payah untuk dia menahan rasa sakit.

Taesil masih lagi tak beritahu tentang Inna kepada yang lain. Dia tak tahu lah ingin memberitahu mereka tentang apa yang dia dapat itu.

------

Taesil berada di hadapan lokernya. Youri, Luhan dah pergi ke kantin dahulu, meninggalkannya di loker sebab dia ingin ambil sesuatu di lokernya. Apabila dia tutup sahaja pintu loker, wajah Inna menyapa dan dia mengeluh perlahan.

Muncul pula budak tak cukup skru ni. Aku ingat dia tak akan ganggu aku lagi. Tapi.. yelah, aku kan baru je luahkan perasaan aku dekat buah hati dia depan orang ramai. Hm.. Apa agaknya yang dia akan cakapkan?

"Bukan ke aku dah bagi amaran dekat kau supaya jauhi Sehun aku? Kenapa kau kata yang kau suka dia pulak? Dia hak milik aku!" kata Inna dengan nada perlahan tetapi masih terdengar kasar ditelinga Taesil kerana mereka berada di luar kelas dan masih ada beberapa pelajar lalu lalang di situ. Taesil tersenyum sinis. Well, dia dah boleh mengagak apa budak ni akan katakan. Siapa sahaja yang tak boleh mengagak, kan?

"Memang kau ada bagi amaran... tapi kau lupa ke? Aku dah cakap aku tak kisah pun. Kenapa aku kata aku sukakan dia? Kau sendiri yang mulakan permainan ni. Kau sendiri yang cakap aku sukakan dia... jadi aku mengaku jelah. Kenapa terkejut? Tak sangka apa yang kau cakap tu betul? Lagipun, hak untuk aku meluahkan perasaan bukannya pada kau. Aku boleh je sukakan dia. Perasaan yang semulajadi mana boleh dihalang. Semua orang boleh jatuh cinta. Dan.. lepas ni, Sehun mungkin tak akan jadi milik kau lagi." Taesil tersenyum sinis lagi. Biar sekolahkan dia sikit. Dasar budak tak cukup skru.

Riak wajah Inna berubah kerana dia terkejut dan bengang mendengar kata-kata Taesil.

"Heol, kau masih tak putus asa lagi? Percayalah, Sehun takkan percaya langsung apa yang kau cakap" Taesil ketawa sinis.

"Tak percaya?" Taesil menggumam perlahan sambil pandang sekeliling. Melihat ada beberapa mata sedang memerhatikan drama mereka.

"Inna.. Inna.. Tak sangka... Aku ingat kau memang betul-betul kaya jadi aku tertanya-tanya lah apa motif kau buat semua ni. Rupa-rupanya kita orang semua salah. Appa kau seorang kaki arak dan selalu minta duit dekat kau? Wah! Dah berapa lama dah? 18 tahun?" Muka Inna jadi tegang. Ramai orang perhati tapi mereka tak ada rasa nak halang apa-apa pun. Taesil dan Inna saling memandang antara satu sama lain.

"Aku pun tak sangka yang kau ni bodoh juga. Cakap kuat-kuat dekat taman yang kau sangka kosong, huh! Aku ada dalam gelongsor tu lah. Oh? Bukan Luhan yang tampar kau? Appa kau? Hebat betul. Aku ingat kau lukis kesan tampar tu dekat pipi kau" nada Taesil berkata seperti mengejek Inna.

"Kau cakaplah apa pun dia orang takkan percaya" keras suara Inna berkata.

"Sebenarnya ada sesuatu yang kau tak tau. Kau tak sedar lagi ke? Suho, Lay dan lain-lain semuanya dah dengar cerita aku. Dia orang percayakan aku. Dia orang pura-pura rapat dengan kau tapi sebenarnya dia orang tak nak pun dekat dengan kau"

"Kau!" tangan kanan Inna sudah diangkat tinggi kerana ingin menampar Taesil tetapi tangan kiri Taesil sudah menghalangnya dan dia mendekati telinga kanan Inna.

"Kalau kau tampar aku sekarang mesti yang lain akan nampak. Kau tak nampak ke banyak mata memandang?" bisik Taesil dan ketawa kecil.

"Lagipun, bukan mata atau telinga aku sahaja yang boleh jadi bukti. Video yang ada dalam handphone aku pun boleh jadi bukti. Apa yang kau buat dekat Club tu, Inna? Pakai baju seksi-seksi. Masuk tempat VIP. Curang belakang Sehun? Berciuman dengan lelaki lain? Kau ingat dengan mekap tebal-tebal, aku boleh tak kenal muka kau?" Taesil dapat rasakan badan Inna menggeletar. Taesil pandang Inna semula, melihat wajah ketakutan Inna dan melepaskan tangan kanan Inna.

"Fikir-fikirkan lah. Sama ada aku tunjuk video tu dekat Sehun atau kau nak bagitau sendiri? Kalau dua-dua pun boleh" Taesil tersenyum sinis lagi dan pusing belakang untuk beredar. Dia rasa puas hati sedikit kerana dapat menggugat rancangan Inna. Dia fikir selamanya dia akan naik? Tak. Taesil akan buat dia jatuh.

Seorang pelajar perempuan mendekati Inna yang masih berdiri di tempat yang sama. Pegun.

"Inna, awak ok tak? Dia ada buat apa-apa dekat awak ke?" tanyanya.

"Tepilah!" Tempik Inna dan pergi dari situ. Pelajar perempuan tadi terkejut. Sejak bila Inna menempik orang macam ni? Bukankah Inna selalu bercakap dengan baik-baik?


It's showtime!

Akhirnya Inna rasa tergugat dengan ugutan Taesil

So... What will happen next?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting