033 *

You're My Enemy [EDITED]

EXID - Up & Down


Taesil menyarungkan beanie berwarna kelabu di kepalanya untuk menutup dahinya yang dibalut. Sekarang musim sejuk jadi dekat luar sudah ada salji di jalan tar. Taesil menggalas beg sekolah di bahunya. Taesil pergi ke sekolah, berjalan kaki bersama dengan Luhan yang menunggu di luar rumahnya. Omma Taesil takut berlaku perkara yang sama pada Taesil lagi jadi Luhan dengan sukarelanya menjadi peneman Taesil pergi sekolah.

"Ada orang cakap keputusan peperiksaan keluar hari ni" Luhan mula berbicara dalam perjalanan mereka ke sekolah.

"Periksa? Yang mana?" tanya Taesil. Dia tak ingat yang mana.

"Periksa akhir tahun. Awak dah jawab dah" Auee! Lega dah jawab!

"Baguslah! Takut kalau tak jawab lagi. Dah lah saya dah lupa semua. Hehe. Saya ni seorang yang pandai ke?" tanya Taesil malu-malu.

"Awak? Ummm... Sebenarnya tak." Taesil memandang jalan tar. Lah.. Aku ni lembab ke. Ingat aku ni genius. "Tapi saya rasa awak dah buat sehabis baik dalam periksa akhir tahun ni" sambung Luhan sambil tersenyum manis apabila melihat muka sedih Taesil. Taesil membalas senyuman Luhan.

"Mungkin"

"Umm.. Betul ke Sehun pernah mengajar saya dulu?" Taesil memandang bawah lagi.

"Yup, tapi selama 9 hari je. Dia dah berhenti ajar awak mungkin sebab Inna. Selepas itu digantikan pula dengan saya. Saya jadi guru peribadi awak sampai periksa tiba" Luhan menunjuk ke arah dirinya sambil tersenyum bangga.

"Betul ke?!" Luhan angguk.

"Terima kasih" kata Taesil ikhlas. Dia memang ikhlas.

"Aish, saya tak kisah pun lah. Saya lagi suka" Taesil menjadi malu semula.

Mereka berjalan ke sekolah sambil berbual-bual lagi tentang banyak topik. Sekarang Taesil boleh selesakan diri dengan Luhan. Walaupun ada malu-malu sedikit apabila teringat yang Luhan mempunyai perasaan terhadapnya. Akhirnya tiba juga mereka berdua di hadapan kawasan sekolah. Di pintu pagar sekolah, Youri sudah tercegat di situ menunggu Taesil dan Luhan.

Entah kenapa sampai sahaja di hadapan sekolah, semua pelajar memandangnya sambil berbisik-bisik dengan kawan-kawan mereka.

"Taesil-ah, Xiumin hyung panggil saya untuk berjumpa dengan dia tadi. Awak masuklah dengan Youri dulu. Bye Bye~" Luhan lambai pada Taesil dan Youri. Taesil pun membalas lambaian Luhan dengan senyuman. Apabila Luhan sudah memandang hadapan, Taesil terus memeluk erat tangan Youri dan bercakap dengan nada perlahan.

"Kenapa bila aku masuk je, diaorang semua pandang aku macam tu?"

"Abaikan je. Anggaplah diaorang tu peminat kau. Sebenarnya kau ni topik nombor 1 dalam berita sensasi dekat sekolah ni tau tak" jawab Youri.

"Ha?! Aku?!" Taesil menunjuk dirinya terkejut. What?! Aku topik nombor 1? Begitu terkenalnya aku dekat sekolah ni?

"Entah gosip yang baik atau buruk pun aku tak tahu" sambung Youri lagi sambil menjeling pelajar perempuan yang berbisik dengan kawan-kawan dia sambil memandang Taesil.

"Ingat, jauhkan diri dari Inna, dia tu bahaya"

Sudah banyak kali dah Youri pesan perkara yang sama semalam. Luhan juga pernah pesan perkara yang sama. Taesil dah lali dan sekadar mengangguk sahaja. Dia tak ingat sejauh mana bahaya si Inna itu. Taesil dan Youri berjalan ke arah kelas 7 - C.

Taesil sedar yang kebanyakan pelajar yang berada di situ memandangnya bagaikan dia satu bahan yang penting untuk berita tergempar mereka. Apabila nampak Taesil sahaja mesti mereka akan berbisik selepas itu memberitahu orang lain. Dengan itu berita tentang Taesil datang ke sekolah diketahui hampir semua orang dalam 5 minit. Taesil ingat sekolah ini lebih baik dari rumah untuk mendapatkan memorinya tetapi.. Huh!

Apabila Taesil dan Youri masuk ke dalam kelas semua memandang ke arah mereka.

"Wah, Taesil dah balik!"

"Yah Taesil, kau dah ok ke?"

"Aku dengar kau hilang ingatan"

"Betul ke?! Kalau macam tu mesti dia tak ingat kita"

"Taesil betul ke kemalangan tu menyebabkan kau hilang ingatan"

"Tepi sikit. Tepi sikit. Taesil nak lalu. Biarlah dia berehat sedikit. Dia baru je sihat. Jangan tanya banyak soalan sangat" semua orang memberi laluan apabila Youri berkata begitu. Youri membawa Taesil duduk di tempatnya. Setelah Taesil menyangkut beg sekolah dia di tepi meja hampir semua pelajar kelas Taesil mendekati Taesil dan menanyakan soalan.

"Betul ke kau hilang ingatan?" Taesil angguk sekali memandang yang lain dengan muka terkejut. Uish, semua datang dekat-dekat ni kenapa?

Semua terkejut. Jadi betul lah khabar angin itu.

"Betul lah khabar angin tu"

"Jadi dia mesti tak ingat kita"

" Aku Niel. Kau ingat tak?" Taesil geleng.

"Dia dah hilang ingatan lah" lelaki di sebelah Niel pura-pura mencekik Niel dan Niel pura-pura dia dicekik. Taesil ketawa.

"Aku Chunji" lelaki yang mencekik Niel tadi memberitahu namanya.

"Nana"

"Juniel"

"Minah"

"Taemin"

"Sudah-sudah memperkenalkan diri kau orang tu. Dia bukannya budak baru" seorang lelaki tiba-tiba menyelit antara Niel dan Chunji.

"Jadi macam mana kemalangan tu? Sakit ke bila kena langgar?" tanyanya.

"Kau rasa?" tanya Youri.

"Dia dah hilang ingatan" bisik Niel di telinga lelaki itu.

"Ah! Khabar angin tu betul lah. Aku L to the Joe. L. Joe" kata L.joe sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Taesil dan tersenyum manis.

"Blah lah kau. Poyo je" kata Chunji sambil menolak L.Joe ke tepi. Itulah yang terjadi. Tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki berlari masuk ke dalam kelas 7 - C.

"Yah! Keputusan dah keluar. Kalau kau orang nak tengok pergilah" semua bangun dari tempat duduk dan terus keluar dari kelas. Youri menarik Taesil keluar dari kelas dan pergi ke tempat papan kenyataan yang memaparkan nombor kedudukan mereka.

Kawasan di sekeliling papan kenyataan itu riuh dan sesak dengan pelajar yang ingin melihat kedudukan mereka. Apabila Taesil dan Youri tiba mereka semua terus menjauhi Taesil bagaikan Taesil tu adalah satu virus yang boleh membawa maut. Tanpa perlu Taesil dan Youri berebut nak melihat nama mereka, semua yang berkumpul di situ sudah memberi laluan kepada mereka. Mereka semua bagaikan tak mahu tengok keputusan mereka lagi selepas Taesil tiba.

Baguslah. Bagus. Tak perlu mereka berdua bersusah payah nak ke depan. Mula-mula Youri melihat nombor terakhir. Youri menepuk bahu Taesil.

"Yah! Kau bukan nombor terakhir lagi lah!"

"Adakah aku selalu dapat nombor terakhir?" Taesil memandang Youri dengan muka blur. Seteruk macam tu keputusan peperiksaan aku?

"Selalu sangat.. tapi sekarang dah bukan yang terakhir lagi!"

"Kalau macam tu, aku nombor berapa?" tanya Taesil pelik. Semua ahli Exo datang dekat mereka kecuali Sehun.

"Yah! Yah! Taesil bukan nombor yang terakhir lagi!" jerit Youri gembira apabila dia ternampak D.O.

"Kalau macam tu dia nombor berapa?"

"Sehun tetap nombor 1" Chen.

"Dan Luhan tetap nombor 2" Baekhyun.

"Aku nombor 12" Tao memuncungkan bibirnya

"Aku nombor 14" kata Kai.

"11?! Ah!" jerit D.O. Youri ketawakan D.O kerana dia dapat nombor 10, lebih tinggi dari D.O

"15" kata Chen.

"Hoho. Top 20. 17" kata Chanyeol.

"Yoohoo~ Lebih tinggi dari Chanyeol!!" sorak Baekhyun gembira apabila dia nampak namanya berada pada nombor 16. "Ala! Satu je!" jerit Chanyeol pula

"Ahhhh!" jerit Tao paling kuat membuatkan semua memandang Tao seperti Tao itu annoying.

"Yah! Perlu ke kau nak menjerit kuat macam tu?!" jeirt Baekhyun balik. Xiumin, Kris, Suho dan Lay hanya melihat nama-nama itu sahaja. Mereka tahun terakhir jadi tak ada apa-apa yang patut di lihat di situ.

"T-t-taesil... Dia.." kata Tao sambil tunjuk sesuatu di papan kenyataan. 

Apa? Kenapa dengan Taesil?


Today is double update!! Yeah!! ^o^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting