002 *

You're My Enemy [EDITED]

"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni~? Omma aku tak habis-habis membebel pasal Sehun. Pot pet sana sini. Aku nak tengok tv semalam pun terdengar nama dia. Omma aku bercakap dalam telefon dengan kawan dia kuat-kuat pula tu. Pastu sebut lagi nama Sehun. Sengaja betul! Hilang mood aku nak tengok drama kegemaran aku! Bagus sangat ke budak tu?!" Taesil mengusutkan rambutnya dengan perasaan yang geram.

Balik rumah dengar benda sama. Baru nak naik tangga, dah dengar dah nama budak tu. "Aigoo, pelakon ni tak lah handsome mana. Sehunnie lagi handsome. Lakonan pun tak bagus. Kalau Sehunnie belajar berlakon mesti dah jadi pelakon terkenal dah"

Baru je buka pintu bilik, nak pergi tandas, terdengar lagi suara ommanya bercakap dengan 'kawan' dia dekat telefon. Walaupun ommanya berada dalam bilik tidur sendiri, dengan pintu tertutup rapat, dia tertanya-tanya macam mana nama itu juga yang omma dia akan sebut. Time yang perfect!. "Betul tu! Kenapalah anak tunggal aku yang bertuah tu tak pandai macam Sehunnie. Selalu bawa balik keputusan yang teruk! Aughh!"

Wah.. ommanya bagitau keputusan teruk dia dekat orang lain juga? Wah, apa nak jadi lah dengan dunia ni.

"Aku dengar. Dari kau datang sekolah tadi, telinga aku yang kena dengar kau membebel tak habis-habis. Kau pun sama je macam omma kau, bebel pasal Sehun jugak" Youri menyuap roti ke dalam mulutnya.

"Ni lain. Aku tak puji pun si Sehun tu. Ish, aku frust.stra.ted tau. Aku benci dengan budak tu. Dengar nama dia pun buat badan aku ni gatal-gatal. Aku alergik dengar nama tu! Argh!" rambut dia yang kusut itu dibiarkan.

Youri memandang Taesil yang sedang mencebik. Wah.. kronik sampai macam tu sekali?

"Kalau macam tu.. cuba kau kalahkan dia dalam peperiksaan akhir tahun nanti" Taesil memandang Youri senyap. 

"Eh?" Kalahkan? Kalau kalahkan dia dalam periksa maksudnya...

...

...

..

Youri boleh nampak sel-sel dalam otak Taesil mula bergerak. Jadi, dia menambah lagi.

"Sehun kan selalu dapat nombor 1 jadi apa kata kau cuba kalahkan dia dalam peperiksaan akhir tahun mesti omma kau bangga dan takkan cakap pasal Sehun lagi. Dia akan puji kau je" Youri menghirup air kotaknya.

"Nombor 1? Hmm... Kalau  aku dapat nombor 1.. mesti omma akan suka dan takkan sebut nama Sehun lagi dah! Yes... Nombor 1... Singkirkan Sehun... Hehe... Tak ada Sehun... Huhu... Hahahaha" Taesil buat muka jahat dan ketawa macam orang gila.

Youri memandang Taesil pelik. Taesil masih lagi ketawa.

"Kau tau yang aku bergurau je kan?" tanya Youri. Dia memang tahu idea yang dia cadangkan tadi takkan pernah berjaya. Tak masuk akal. Taesil? Nak dapat nombor 1 dalam periksa? Kenyataan yang tak pernah ada dalam kamus hidupnya. Taesil berhenti ketawa. 

"Gurau?"

"Yelah, kau tu mana mungkin dapat kalahkan Sehun. Kalau nak kalahkan dia dalam peperiksaan kau kena belajar bersungguh-sungguh. Bukan macam sekarang satu buku pun kau tak pegang" Dia mengatakan juga satu fakta yang pasti itu. Nak dapat nombor 1 macam mana kalau buku pun tak pegang?

"Kau tak perlu risaulah, Youri. Kalau pasal belajar ni senang je" Taesil tersenyum sinis.

"Aku tak risau pun sebab aku pasti kau takkan berjaya pun. Yelah, kau kan puteri nombor terakhir" Youri menyedut air kotaknya lagi.

"Baguslah kau tak risau. Bagi kau, kau pasti yang aku tak berjaya tapi bagi aku, aku amat pasti dan yakin yang aku akan berjaya mengalahkan dia. Lagipun, aku sebenarnya bukan tak pandai. Aku pandai tau, cuma aku malas nak belajar je" Youri tersedak. Taesil jeling dekat Youri yang sedang batuk + ketawa.

Tak sakit tekak ke budak tu?

"Kau? Kau pandai? Hahaha!" Youri ketawa dengan kuat disebabkan kata-kata Taesil tadi tetapi lepas ketawa dia batuk balik. 

"Yah! Kau tak percaya cakap aku kan?! Yah! Apa yang aku cakap tu betullah. Yah!!" tangan kanan Youri memegang lehernya sebab dia rasa sakit akibat tersedak tadi (tapi masih ketawa) manakala tangan kirinya memegang air kotak yang dia rasa hampir terjatuh. Tekaknya rasa sakit tetapi dia masih ketawa. Taesil dah mencebik melihat Youri yang macam tak dapat nak berhenti ketawa.

Kawan apa lah yang macam ni. Tak reti nak sokong kawan dia! Ish! 

------

Dazzling red - This Person

 

Bila balik dari rumah hari ni, benda pertama yang dia dengar adalah nama 'Sehun'. Omg! Kenapa dia kena lalui hari-hari yang terlalu trauma ini? Balik-balik rumah nama yang menakutkan itu akan muncul. Berbulu telinga dia dengar. Ugh!

Omma dia sedang bercakap dengan seseorang (yang dia tak nak ambil tahu siapa) melalui telefon bimbitnya. Mesti 'kawan' rapat omma. Terdengar je nama Sehun, Taesil melalui ruang tamu sambil kedua-dua tangannya menutup telinganya dan dia memejam matanya rapat-rapat.

Dia berjalan ke depan tanpa mencelikkan mata selepas tu dia terasa hujung jari kaki kanannya sakit mungkin disebabkan terlanggar anak tangga. Taesil terus mencelikkan matanya. Dia terlompat-lompat di hadapan tangga sambil mulutnya terkumat-kamit bercakap dalam bahasa yang dia tak tahu lah apa. Omma Taesil yang nak bercakap terhenti sebab terpandang Taesil yang terlompat-lompat itu.

"Apa yang tak kena dengan budak tu?" omma Taesil berkata perlahan selepas meletakkan panggilan.

Taesil menghempas pintu biliknya dan mencampak beg sekolahnya di atas katil. Taesil mengusutkan rambutnya, lagi. Rambutnya itu sudah sekusut seperti hidupnya. Dia baring di atas lantai kemudian bergolek-golek atas lantai. Dia ke kiri dan ke kanan sambil menyebut 'Aku benci kau Sehun. Aku benci kau'. Selepas penat bergolek di atas lantai, Taesil duduk secara mendadak. Dia memandang pintu bilik yang berada di hadapannya. Rambut dia kusut, serabai dan kembang. Macam orang baru bangun tidur. Tetapi mungkin lebih teruk daripada itu. Tiba-tiba pintu biliknya terbuka.

Appa dia nak masuk tapi terjerit apabila ternampak keadaan Taesil. Taesil memandang appanya kosong.

"AHHH!! HANTU!!" pintu biliknya di tutup dengan kuat. Taesil masih tak bergerak. Dia rasa pelik. Kenapa appa dia sebut hantu? Taesil melihat kiri dan kanannya. Hanya ada dia sahaja di dalam bilik ini, jadi siapa..? Tiba-tiba Taesil rasa bulu romanya meremang. Taesil terus berdiri. Bilik dia senyap sahaja. Taesil pusingkan kepalanya ke kiri perlahan-lahan. 

"AHHH!!" Dia terjerit apabila melihat cermin. Dush! Taesil pengsan.

------

Taesil meregangkan badannya. Youri baru masuk ke dalam kelas dan duduk di sebelahnya.

"Kau kenapa?" tanya Youri.

"Aku sakit belakang sebab semalam aku tertidur atas lantai" Youri menganggukkan kepala.

Dia tukar ayat, dari pengsan menjadi tidur sebab kalau dia cerita yang dia pengsan lepas tengok muka sendiri dekat cermin mesti Youri akan ketawakannya. Cis, hantu tu dia rupanya!

"Youri-ah" Taesil sedang meregangkan badannya dengan kedua-dua tangannya terlunjur di atas meja dan dagunya berada di atas meja juga.

"Hmm..." Youri sedang membaca buku sejarah. Nak periksa, kan? Sejarah ni kalau nak berjaya kena baca dan faham dari awal-awal.

"Aku... Aku sebenarnya... Aku sebenarnya tertanya-tanya..." Youri masih tidak memandang Taesil sebab dia sedang membaca buku teks sejarah tetapi telinganya sentiasa terbuka untuk mendengar kata-kata Taesil.

"...Sehun tu... Sehun tu... Siapa Sehun tu? Walaupun omma selalu sebut nama dia tapi aku tak tau pun macam mana rupa dia yang sebenarnya. Betul ke dia kacak dan selalu dapat nombor 1?" Youri terus memandang Taesil dengan pandangan tak percaya.

What the heck is this?! Dia selalu mengumpat pasal Sehun tapi tak pernah tahu langsung rupa lelaki itu? Ini lah dia 'kawan' dia.

"Kau tak tau? Kau tak kenal?!" Taesil menganggukkan kepalanya dengan muka seposen.

"Semua orang dekat sekolah ni kenal dia! Ramai budak perempuan minat dekat dia! Dan kau tak tau muka dia langsung?!" 

"Minat? Huh! Whatever! Kau tunjukkan aku siapa Sehun tu. Aku kena kenal rupa paras musuh aku sendiri. Kalau tak macam nak kalahkan dia!!" Youri masih memandang Taesil tak percaya. Wah, memang tak percaya betul lah.

"Kau nak jumpa dia?" pantas Taesil menggeleng. Cukuplah sekadar dia dan Youri je yang tau pasal permainan dia ni.

"Tak nak jumpa. Aku nak tau rupa dia macam mana je"

"Kalau macam tu, jom" Youri menarik tangan Taesil dan berlari keluar dari kelas. Selepas beberapa minit berlari, Youri ingin belok ke kiri tetapi terus dia kebelakang semula apabila ternampak sesuatu di hadapannya. Taesil yang berada di belakang Youri terlanggar bahu Youri sebab dia tak sempat nak break. Auch! Sakit hidungnya. Belum sempat Taesil berkata apa-apa, Youri sudah menyuruh dia diam.

"Shush! Sehun ada dekat sana. Cuba kau tengok" Taesil keluarkan kepalanya sedikit tetapi badannya masih dilindungi oleh dinding.

"Yang mana satu? Dekat sana ada banyak lelaki lah" bisik Taesil. Youri pun keluarkan kepalanya di atas kepala Taesil.

"Sehun yang berambut blond tu. Dia pegang buku dan bersandar dekat tingkap" Taesil memandang budak lelaki yang berambut blond yang Youri katakan itu. Sehun nampak cool bila dia baca buku sambil bersandar dekat dinding. What the heck?

'Hmm... Boleh tahan kacak lah. Tapi dia bukan taste aku lah. Apa-apa pun, kau tetap musuh aku. I'll remem-' Taesil rasa macam jantung dia nak berhenti berdegup apabila nampak Sehun macam nak memandang ke arah mereka jadi dia dan Youri (yang sedar juga Sehun nak memandang arah mereka) terus bersembunyi di balik dinding.

Nasib baik Sehun tak nampak mereka berdua kalau tak mesti Sehun akan nampak muka Taesil dan akan menganggap yang Taesil itu pun sebahagian dari peminat dia. Huh! Sampai bila-bila benda itu tak akan terjadi. Langsung!

Loceng masa pertama pun berbunyi...

'I'll remember you, my enemy. Hehe' kata hati Taesil sambil dia tersenyum. Entah mengapa dia rasa bersemangat nak mengalahkan Sehun pulak. Hatinya masih berdegup dengan laju.


Tak tau lah poster tu cantik ke tak. Penat betul buat poster ni. Dari petang sampai sekarang baru siap. Saya tabik dekat semua pembuat-pembuat poster yang ada dekat AFF ni. Mesti penat sebab kena fikir tulah ni lah. Nak buat double update lah. Hehe ^o^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting