011 *

You're My Enemy [EDITED]

Fiestar - Tight (My Lovely Girl OST)

 


Setelah makan malam yang penuh perasaan itu, mereka masuk ke dalam bilik Taesil semula. Dia orang masih memakai uniform sekolah. Sehun sebab dia datang sini tanpa tukar pakaian. Taesil pula sebab dia malas nak tukar lagipun Sehun berada di dalam biliknya.

"Wah, kenyangnya!" gumam Taesil lalu menghempaskan badannya di atas katil. Sehun yang sedang mencari sesuatu di dalam begnya memandang Taesil dengan pandangan tak percaya. Lepas makan kenyang-kenyang, boleh pula berbaring. Ugh! Perempuan ni! Sehun mendekati Taesil.

"Yah! Bangun. Kelas kita belum habis lagi. Lepas makan mana boleh baring. Kau nak perut kau membuncit ke? Aish, tak sangka aku dapat jumpa perempuan yang macam kau ni" Sehun membebel. Taesil mencebik dan duduk sekejap di atas katilnya. Sibuk je mamat ni.

"Tak habis lagi ke?" Dah lah tengah mengantuk ni. Lepas dah makan masakan ommanya, tak pernah tak rasa mengantuk. Rasa macam ommanya letak ubat tidur dalam masakannya. Uuu! Ngeri! Sehun duduk di tepi meja belajar mereka yang mempunyai banyak buku matematik bersepah di atasnya.

"Belum. Sekarang ni aku nak kau jawab 10 soalan matematik yang aku dah sediakan ni" Sehun menunjukkan satu set soalan matematik dekat Taesil. Taesil mengeluh. Dengan malas dia turun dari katilnya dan duduk di sebelah kiri Sehun.

"Bak sini kertas tu" Sehun memberikan kertas itu pada Taesil. Taesil memakai cermin matanya yang berwarna merah.

"Kau pakai cermin mata?" tanya Sehun dengan nada memerli campur tak percaya.

"Kau rasa?" Ha, amik kau. Sehun terkena balik. Dah nampak aku pakai cermin mata, lagi nak ditanya. Taesil fokus membaca soalan. Dia ada sedikit keyakinan untuk menjawab soalan matematik ni sebab dia dah boleh faham sedikit-sedikit formula dan jalan kerja yang Sehun ajar. Sikit je. Tak banyak pun.

"Tadi tak pakai pun. Kau nampak comel bila pakai benda tu" Taesil tersentak. Comel? Dia dah gila ke apa? Lantaklah. Taesil meniup rambut depannya. Fokus Taesil, fokus.

5 minit kemudian...

Otak Taesil dah tak boleh berpusing dah.. sebab... Aish, kenapa Sehun asyik tenung dia dari tadi? Lepas tu tersengih-sengih macam kerang busuk pulak tu. Taesil memandang Sehun yang berada di sebelah kanannya. Mamat ni kenapa? Dah buang tabiat ke?

"Boleh tak kau berhenti tenung aku macam tu? Susah aku nak fokus tau tak" Sehun tiada reaksi dengan arahan Taesil. Dia hanya senyum sahaja. Taesil lambai dekat depan muka Sehun tapi Sehun macam berada dalam dunia sendiri. Taesil tersengih apabila dia mendapat satu idea yang bernas.

Taesil mengambil nafas dalam-dalam dan meletakkan pen dekat atas meja dengan senyap. Dia ingat nak buat lebih-lebih tetapi dia baru teringat yang dia ada soalan nak tanya jadi dia angkat tangan dia tinggi-tinggi dan... PAPP!! Taesil menampar bahu Sehun dengan kuat. Melatah Sehun dibuatnya. 

"Oh Mak Kau!" latah Sehun. Taesil ketawa terbahak-bahak. Sehun mengusap bahunya yang terasa sengal.

"Tangan dia berbisa betul" gumam Sehun perlahan.

"Yah... Haha... Aku tak sangka yang kau kuat melatah. Kau mengelamun pasal apa sampai tersengih-sengih macam orang gila tu, kenapa? Dah lah. Aku tak nak ambil tahu. Aku nak tanya kau ni. Soalan ni macam mana, ek?" Taesil menunjukkan soalan yang dia tak faham.

"Yang ni kau guna formula yang tu. Dah dapat kau tolak dengan yang ni" Sehun tunjuk satu-satu dekat Taesil. Taesil mengangguk daham lalu sambung menjawab soalan yang tergendala tadi. Sehun bangun dari duduknya dan dengan selamba berbaring di atas katil Taesil. Taesil tak sedar pun yang Sehun dah sedap-sedap baring di atas katilnya sebab dia rasa gembira yang dia mula faham soalan yang Sehun berikan. Sehun merenung ke dinding bilik Taesil.

"Kenapa kau tak nak minta maaf?" tanya Sehun tiba-tiba.

"Minta maaf apa pulak ni?" tanya Taesil balik. Tadi senyum-senyum sendiri lepas tu senyap, alih-alih cakap pasal minta maaf pula. Mamat ni memang peliklah.

"Kenapa kau tak nak minta maaf dekat Inna? Dia dah mengaku yang dia salah sebab baling bola tu dekat kau tetapi kenapa kau nak balas balik sampai kena kepala dia dan berdarah sedangkan bola yang dia baling tu tak kena kau pun" Sehun memandang atas dan tidak memandang Taesil. Taesil mengangkat kepala terkejut.

Berdarah?!Tak kena? Huh! Entah cara apa dia guna sampai kepala dia berdarah. Kepala aku yang kena hentam dengan bola sedangkan dia tak kena langsung. Taesil tak endahkan kata-kata Sehun dan hanya fokus menjawab soalan.

"Aku tak rasa kau ni seorang yang jahat. Aku rasa kau baik je. Tetapi kenapa kau sandung kaki Inna? Aku sendiri nampak kau sandung kaki dia. Nasib baik tak kena kepala dia yang berbalut tu" Taesil meniup rambut depannya, lagi. Aughh! Lagi dia nak ungkit hal tu. Orang tengah belajar ni. Jangan kacau!

Kalau dah tau aku orang yang baik kenapa nak salahkan aku jugak? Aku memang sandung kaki dia tapi benda tu tak sakit pun dengan apa yang dia buat dekat aku sebelum tu. Aish, kenapalah kau tak muncul awal-awal, mesti kau akan nampak apa yang Inna buat dekat aku. Kau boleh nampak macam mana perempuan tu sebenarnya.

"Kau tanyalah yeoja chingu kau sendiri" suara Taesil mendatar je. Kenapa perkara ni mesti diungkit kembali? Buat sakit hati je

"Kenapa nak tanya dia? Soalan aku kenapa kau tak nak minta maaf, tak ada kaitan dengan Inna pun." Kau salah Oh Sehun. Semuanya ada kaitan dengan Inna. "Inna tu bukan yeoja chingu aku... dia... kawan aku dari kecil. Tu je" Taesil mengangkat kepalanya lagi sekali, memandang pintu bilik, lepas menjawab soalan kedua terakhir. Mereka berbual tanpa memandang satu sama lain. Baguslah tu.

"Kau suka dia kan?" tanya Taesil secara tiba-tiba. Sehun memandang Taesil tetapi hanya nampak belakang Taesil je. Soalan itu dibiar tak berjawab. Taesil menjongket bahu dan sambung menjawab soalan. Tangannya berhenti bergerak apabila terdengar jawapan Sehun.

"Mungkin... Mungkin betul" Taesil tersentak. What?!! Dia suka budak talam dua muka tu?! Taesil terus pusing belakang dan memandang Sehun terkejut. Dia tanya soalan tu sebagai gurauan je sebab Sehun macam kecewa je apabila cakap yang Inna bukan teman wanitanya. Tak sangka pula.. betul. Taesil pusing depan semula apabila perasan yang Sehun juga merenungnya. Dia rasa hati dia berdebar-debar. Tak mungkin!

"B-be-betul ke?" Taesil cuba menjawab soalan terakhirnya. Tetapi terganggu sedikit.

"Umm... Dari kecil lagi aku rasa berdebar-debar bila bersama dengan dia. Aku seronok bersama dengan dia. Aku rasa sedih bila melihat dia sedih. Aku cemburu melihat dia bersama dengan boyfriend pertama dia dan rasa-"

"Dah siap! Kau check lah!" kata Taesil dengan kuat seraya memotong percakapan Sehun. Dia rasa dia tidak mahu mendengar kata-kata Sehun lagi. Dia rasa hatinya dicucuk-cucuk dengan benda yang tajam.

Dan dia tak tahu kenapa dia rasa macam tu.. Kenapa hatinya rasa sakit?

"Umm... Sementara kau tanda tu aku nak pergi turun kejap" Sehun bangun dan perbaringannya dan duduk di tempat yang Taesil duduk tadi manakala Taesil dah berjalan keluar dari biliknya. Taesil menutup pintu biliknya dengan perlahan. Dia bersandar pada pintu bilik.

Kenapa... Kenapa aku rasa macam ni? Sakitnya... Tarik nafas, hembus. Yup... tujuan aku adalah... aku kena kalahkan dia dalam periksa. Itu sahaja tujuan aku. Ok, ingat tu Taesil. Lupakan apa yang kau rasa tadi... Lupakan... Taesil menghela nafasnya yang terasa berat.


Dah mula dah! Dah mula! ^o^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting