044 *

You're My Enemy [EDITED]

 

Taesil memandang orang di hadapannya dengan pandangan dia keliru tetapi masih mendekati orang itu. Mereka berada di taman yang berada di kawasan perumahannya. Taesil melihat perempuan itu termenung memandang hadapannya. Tiba-tiba perasaan simpati bermain-main dalam diri kerana wajah perempuan itu seperti menunjukkan dia telah melalui banyak perkara.

Apabila terdengar bunyi tapak kasut Taesil, barulah dia memandang Taesil dan bangun dari duduk di atas kerusi panjang yang berada di situ. Mereka memandang antara satu sama lain sehinggalah Taesil berdiri di hadapannya.

"Ada apa awak nak jumpa saya?" Taesil berpura-pura yang dia masih tak ingat apa-apa.

Inna menunduk sedikit. Lama mereka berdua berdiam diri. "Walaupun awak tak ingat.. tapi saya akan beritahu juga.." Taesil memandang Inna apabila Inna mula berbicara. Inna mengangkat pandangannya dan memandang Taesil dengan mata yang sedikit berair.

"Sejak kecil.. appa selalu minum.. lepas dah dapat duit dari omma, dia akan guna untuk berjudi. Bila tak dapat habuan dari judi tu dia akan balik dengan melepaskan kemarahan dia pada omma" Taesil mengerutkan dahinya tak faham kenapa cerita lain yang dia dengar tapi dia masih mendengar. "Setiap hari aku hanya boleh menangis tengok dia pukul omma.."

"Satu hari.. aku terjumpa mereka semua.. exo.." Inna memandang jalan tar sambil tersenyum pahit.

"Kami jadi kawan rapat selepas satu hari bermain bersama.." dia seperti sedang mengingati satu memori yang indah buatnya.

Senyumannya berubah menjadi sedih. "Omma jadi semakin pelik.. setiap hari dia akan beritahu 'Na-yah, bila besar nanti, kamu jangan jadi macam omma tau. Jangan kahwin dengan lelaki yang miskin. Mesti cari suami yang kaya. Jangan cari lelaki yang miskin sebab dia tak akan mengundang kebahagiaan kamu. Cari lelaki kaya dan kahwin dengan dia. Kamu mesti lakukan apa sahaja untuk mendapat lelaki yang kaya. Untuk kebahagiaan kamu juga'" Inna tersenyum tapi senyuman tiada jiwa dan perasaan.

Matanya termenung jauh mengingati memori yang sudah lama dia simpan. "Setiap hari dia beritahu benda yang sama. Menconteng satu corak yang gelap pada kain yang sebelum ni putih. Mungkin disebabkan perasaan menyesal dia berkahwin dengan appa, dia tak nak anak dia melakukan perkara yang sama. Semua kata-kata tu menjadi benih dalam kepala aku dan ianya bercambah menjadi.." dia menutup mata dan Taesil ternampak air matanya menitis. Tangan Inna cepat-cepat mngelap air matanya, mengelak dari memandang Taesil.

"Satu hari.. perangai appa makin teruk. Omma dah tak tahan. Aku yang tak tau apa-apa dia tinggalkan seorang diri dalam rumah dengan lelaki tak guna tu!" Air matanya menitis lagi tapi dia lap dengan kasar sambil kepala dan matanya memandang kanan.

Perasaan simpati menikam diri. Taesil hanya memandang Inna yang sibuk mengelap air matanya yang asyik jatuh.

"Walaupun dia tinggalkan aku seorang diri.. aku tetap sayangkan dia.. sebab dia omma aku.." tangan Taesil berada di udara. Dia ingin menepuk belakang perempuan itu.. tapi.. secara perlahan-lahan Taesil menurunkan tangannya semula. Inna mengelap air matanya lagi. Inna tak nampak seperti dia berpura-pura sedih... ianya seperti.. kisah benar yang berlaku dalam dirinya. Kisah yang benar-benar terjadi dan dia sudah lama simpan.

"Aku tak salahkan dia menanam benih yang jahat dalam otak aku ni. Aku cuma salahkan lelaki tak guna tu yang buat omma macam ni. Omma kahwin dengan dia sebab cinta, tapi dia balas dengan derita!" Air matanya keluar lagi membuatkan Inna menjerit geram dengan air matanya yang tak boleh dikawal.

Inna menarik nafas dalam-dalam kemudian memandang Taesil yang menunjukkan muka simpatinya. Inna ketawa sambil mengelap air matanya. "Kalau kau ingat semuanya mesti kau akan ketawa mendengar kehidupan aku"

Taesil hanya memandang Inna mengelap air matanya. Mata dan hidungnya merah sedikit. Inna memandang Taesil yang tidak berkata apa-apa dan menyangkal yang Taesil betul-betul tak ingat apa-apa.

"Mesti kau tak faham kenapa aku cerita semua ni, kan?"

Salah Inna. Aku faham semuanya.

Inna tersenyum sikit sambil memandang jalan tar. "Aku selalu cari pasal dengan kau. Tuduh kau macam-macam. Buat Sehun bencikan kau. Bergaduh dengan kau" Inna mengelak dari memandang Taesil kerana tak mahu melihat reaksi 'Taesil' yang tak tahu apa-apa itu.

Mereka diam sekejap dengan Inna memandang kanannya dan Taesil masih lagi memandangnya.

"Semalam.. aku jumpa omma. Dah lama aku cari dia. Akhirnya aku jumpa.." ommanya masih hidup lagi rupanya.

Diam lagi.

Inna mengangguk dan menarik nafas dalam-dalam lagi. Dia mengangkat pandangannya dan memandang Taesil. "Walaupun kau tak ingat.. aku tetap akan minta maaf. Aku nak jumpa dengan kau ni sebab aku nak minta maaf dengan semua kesalahan yang aku dah lakukan. Aku minta maaf. Tak mengapa kalau kau tak nak terima maaf aku.. sekurang-kurangnya aku tak akan rasa menyesal sebab tak minta maaf nanti" Inna tersenyum sedikit.

"Aku dah cerita semuanya dekat omma. Omma aku menyesal. Dia minta maaf dengan apa yang dia dah lakukan dan suruh aku minta maaf. Aku nak betulkan semua kesalahan aku" Inna kemudian menunduk hormat pada Taesil.

Taesil hanya diam. Dalam diam dia teringat kata-kata Inna sebelum ni yang mengatakan dia tak mahu kembali ke dunia apa benda entah tu. Taesil sudah faham segalanya. Dia faham situasi Inna.

Budak ni kurang kasih sayang..

Walaupun macam tu, apa yang dia lakukan memang agak sukar untuk dimaafkan. Tapi biarlah masa yang menentu segalanya.

 

 

 

"Macam tu rupanya.." mereka berdua berada di atas bumbung bangunan melihat pelajar yang kelihatan kecil seperti semut di bawah. Youri dan Taesil masing-masing memegang sekotak air kotak yang sempat dibeli di kedai runcit sekolah sebelum naik ke sini. Sekarang waktu rehat sebab itu Taesil menggunakan masa ini untuk menceritakan semuanya.

"Sekarang aku tak tau lah nak salahkan siapa menyebabkan semua ini terjadi" sambung Youri lagi lalu meneguk air dari straw. Taesil hanya diam meletakkan kedua-dua lengannya di atas besi yang menjadi penghadang di hadapan mereka.

"Jadi dia tak tau lah yang kau dah ingat semula?" tanya Youri kemudian memandang Taesil yang menggeleng. Rambut mereka masing-masing berterbangan dan kusut ditiup angin. Youri mengangguk diam. "Jadi semuanya dah tamat lah? Kau dah maafkan dia?"

"Aku hanya biarkan masa menentukannya. Mungkin sekarang aku belum maafkan dia tapi mana tahu hari-hari kemudian, aku dah boleh maafkan dia dan lupakan semuanya. Kau pun. Lupakan persengketaan antara kita dengan dia" Youri diam. Dia meletakkan air kotaknya ke tepi.

"Sejak kau bersama dengan Sehun ni pandai pula kau berkata-kata kan?" Youri memandang Taesil sambil bercekak pinggang. "Mana ada sejak bersama dengan Sehun! Bukan ke dari dulu aku pandai berkata-kata? Well, aku rasa dari dulu lagi yang aku ni genius. Tengoklah dapat nombor dalam 10. Pecah rekod aku selama aku bersekolah dekat sini" Taesil tersenyum bangga manakala Youri mencebik.

"Kau dapat nombor 6 pun sebab bantuan Luhan dengan Sehun. Sejak bila kau ni genius. Merepek je. Kalau genius tak selalu dapat nombor terakhir ok?"

"Aku hanya malas je sebab tu dianggap tak pandai"

"Apa-apa je lah Taesil-shi"

Taesil terus memukul bahu Youri. Youri menjeling Taesil sambi menggosok tempat yang kebas dipukul itu.

"Ada kesan dekat bahu aku ni, siap kau. Aku bagi 10 kali ganda!" Taesil tak kisah dan memandang depan semula. Dia memandang pelajar yang berada di bawah. Semuanya terasa tenang. Youri teringat sesuatu.

 

EXO - Twenty Fourhttps://youtu.be/jTthk5uftcU

"Oh ya. Siapa nama perempuan tu.. um.. Park.. Park apa entah tu. Macam mana dia dengan Luhan?" Taesil tersengih lalu memandang Youri.

"Ini yang aku teruja nak beritahu kau ni. Nama dia Park Jin Yun. Luhan berminat dengan dia dan aku dengan senang hatinya, volunteer membantu dia untuk bersama dengan perempuan tu!" jerit Taesil dengan teruja kemudian dia membuntangkan anak mata lalu dengan cepat menutup mulutnya dengan kedua-dua tapak tangan. Mereka berdua mengambil langkah ke belakang kemudian Youri pula yang memukul bahu Taesil banyak kali.

"Yang kau jerit tu kenapa?!! Kau tau kan yang tak ada sesiapa tau kita berdua dekat sini! Kalau peminat-peminat kau tu tau habislah rehat kita hari ni!! Lagi teruk kalau Sehun kau tu tau! Tak dapatlah kita menghabiskan masa bersama-sama hari ni!!" Taesil tersengih-sengih sambil meletakkan tangan di atas bahu Youri.

"Sorry. Aku terlupa" mereka berdua terdiam melihat poket kot sekolah Taesil yang bercahaya dan bergetar. Taesil mengeluarkan telefon bimbitnya yang sebenarnya dari tadi bergetar. "Tengok! Dia tak habis-habis telefon kau!! Yah! Jangan angkat. Kalau kau angkat alamatnya tamatlah Girls Time kita!" Taesil mengangguk laju-laju lalu menolak panggilan Sehun.

Tiba-tiba Youri menarik nafas terkejut kerana dia teringat sesuatu.

"Yah, jangan cakap yang boyfriend kau letak GPS dekat telefon kau" Taesil mengerutkan dahi tak faham. Youri terus merampas telefon bimbit Taesil. "Yah, apa benda yang kau merepek ni?"

"Kau tak tengok drama ke? Kan kalau dapat boyfriend yang kaya-kaya dia awal-awal lagi dah letak GPS dekat telefon girlfriend dia! Kita kena off kan telefon kau baru lah tak dijumpai! Kita kena cepat-cepat off kan telefon kau!!!" Taesil membuat derp face melihat Youri yang panik mematikan telefonnya.

"Yah. Yang kau over ni kenapa? Tak payahlah over sangat. Aku tak rasa dia akan letak GPS dekat phone aku. Lagipun aku tak pernah nampak dia pegang phone aku" setelah telefon Taesil dimatikan barulah Youri menghela nafas lega. Dia tersenyum bagaikan tak ada apa-apa yang terjadi lalu memandang Taesil.

Sejak Taesil jadi girlfriend Sehun ni, Girls Time mereka jadi berkurang. Malah makin jarang. Mamat tu nak berkepit je dengan Taesil. Menyampah Youri dibuatnya. Hanya ketika waktu belajar je bayang Sehun tak nampak. Oh, nanti kejap. Rasanya dia kena tukar fakta itu. Bukan tak nampak bayang. Ada. Ada dia nampak. Dia rasa hanya dia je yang nampak sebab Taesil sedang fokus belajar (bangga dia Taesil fokus semasa cikgu sedang mengajar). Dia ingat dia salah nampak, tapi ketika pintu kelas terbuka, dia pernah nampak dua tiga kali, Sehun lalu di hadapan kelas mereka. Apa masalah mamat tu, ha?! Bengang pula Youri!

Sekarang ni. Padan muka mamat tu. Dia awal-awal lagi dah culik Taesil dari sebelum loceng rehat berbunyi lagi. Dia dah rancang dengan rapi. Rancangan ini memang dah lama dia fikirkan. Sebab itu dia panik tadi. Sebab dia tak nak mamat tu betul-betul muncul di hadapan mereka! Dah lah nak cari kunci ke bumbung bangunan ni susah! Punya dia kena susah payah mengambil hati cikgu yang memegang kunci ke bumbung bangunan ni, dengan bermacam-macam alasan yang dia terpaksa perah, membodek. Ugh! Dia tak nak peningkan kepala memikir hal itu.

"Ok. Baiklah kita teruskan cerita tadi. Kita tengah cerita pasal Luhan kan" mereka berdua berdiri di sebelah penghadang besi, melihat orang di bawah. Keadaan tenang semula.

Fuuuuu! Angin yang mengasyikkan meniup ke arah mereka, menyejukkan lagi suasana.

"Oh ya. Aku dengar perempuan tu bersekolah dekat sekolah perempuan" Taesil mengangguk lagi.

"Sekolah Perempuan Seoul" Youri menarik nafas terkejut.

"Sekolah yang banyak pelajar perempuan yang pandai-pandai tu?!!" Taesil mengangguk bangga. Youri mengerutkan dahi.

"Macam mana kau kenal dengan perempuan tu?" Taesil mengerutkan dahi cuba mengingati semula.

"Ah. Luhan bawa aku ke sekolah Jinyun. Dia suruh aku cuba mendekati Jinyun. Aku tak tahu lah macam mana Luhan tahu Jinyun sekolah dekat mana. Serius aku rasa takut memikirkan macam mana Luhan boleh tahu sekolah Jinyun." Taesil berhenti bercakap sekejap dan termenung dengan muka yang dia ketakutan. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya dan memandang Youri semula "Dan Luhan rancang cara nak mendekati Jinyun. Bila dah dekat, aku cuba rapat dengan dia. Sebab tu aku kenal dia. Dia tu cantik, oo. Serius aku cakap. Cemburu aku. Kulit dia licin tak ada satu jerawat pun. Aku tengok semua dekat muka dia tu natural" Youri hanya membuat muka kosong mendengar celoteh Taesil.

"Yah. Luhan dah berubah sekarang ni kan?" Youri tersengih nakal mendengar soalan Taesil tanda yang dia sangat-sangat lah setuju.

"Dia jadi lebih aggresive. Eh, mestilah! Kalau tak tangkap perempuan tu dengan cepat dia akan terlepas. Bukan ke ianya lebih menyakitkan? Dia dah melepaskan cinta pertama dia, dah sekali, jadi sekarang ni dia buat keputusan untuk tak nak lepaskan lagi" Youri menunjukkan contoh dengan tangannya. Dia menangkap angin dengan cepat lalu menggenggam dengan erat. Taesil menggulingkan anak matanya

"Diaorang baru je berjumpa. Takkan lah dah bersama. Tak ke pelik tu? Lagipun perasaan suka tu kena ada juga! Mana bahagia tanpa perasaan suka dengan sayang!" Youri membuat derp face. "Kata-kata dari seseorang yang berpengalaman" Taesil memukul bahu Youri.

"Walau apa pun. Aku akan tetap sokong Luhan. Dia seorang yang baik begitu juga Jinyun jadi aku harap tak lama lagi mereka bersama"

"Kata-kata dari seseorang yang berpengalaman"

"Yah! Berhentilah mengulang ayat yang sama!" Youri ketawakan Taesil.

"Yah. Aku dah ada pasangan. Luhan pun. Kau bila lagi?" terus Youri senyap dan menutup mulutnya. Taesil melihat reaksi Youri kemudian tersenyum jahat. Youri yang melihat senyuman jahat Taesil jadi sedikit cemas. Apa lagi dia ni?? Senyum-senyum macam tu pula. Eii! Menakutkan!

"Aku teringat sesuatu lah" Taesil bercekak sebelah pinggang memandang Youri dengan senyuman yang sama.

"Apa? Apa?"

"Kau ingat lagi kan? Hari kali kedua aku berjumpa dengan Sehun?" Youri mengerutkan dahi memandang langit cuba mengingat semula "Yang mana?"

"Ala! Yang kita tengok tempat kita nak jawab periksa dekat mana tu! Dekat depan papan kenyataan tu!" Youri meng-ah-kan mulutnya dan mengangguk-angguk tanda dia ingat semula.

"Kenapa dengan hari tu?"

"Aku tengah cari nama Sehun dan kau.. Kau cari nama siapa?" Taesil mengangkat sebelah keningnya sambil tersengih jahat.

"Aku cari nama kita lah!"

"Jawapan yang salah" Taesil menutup mata lalu menggeleng-geleng.

"Betul lah!" Taesil membuat X dengan jarinya.

"Aku berdiri lebih dekat dengan nama kita dan kau berdiri jauh dari situ. Aku cakap nama kita ada tapi kau masih sambung mencari. Jadi! Nama siapa?" Taesil masih memberikan senyuman yang bagi Youri menakutkan.

"Kau cari nama dia, kan??"

"N-nama siapa?"

"Ala, nama dia"

"Dia tu siapa?!"

"Kau nak aku cakap ke kau yang cakap?"

"Aku tak faham apa yang kau maksudkan"

"Ye ke?"

"Ye"

"Ye ke"

"Ye lah!!"

"Ok. Kalau macam tu aku cakap" Taesil berdiri menghadap penghadang di sekeliling bumbung lalu meletakkan kedua-dua tangannya di sekeliling mulutnya lalu menarik nafas dan menjerit sekuat hati.

"CHOI YOUNGRI SUKA DO KYUNGSOO!!" Youri terus membuntangkan nak matanya. Badannya kaku.

"CHOI!! YOUNG!! RI!! SUKA!! DO KYUNGSOO!!!" apabila kali kedua Taesil menjerit terus Youri menarik Taesil ke belakang dan memukul-mukul bahu Taesil. Taesil hanya gelak dan gelak. Semua yang berada di bawah melihat atas bumbung apabila terdengar jeritan yang kedengaran kuat.

"Kenapa kau mesti jerit?!! Yah!!!"

"Kau jerit dua kali!!!"

"Kau yang suruh aku cakap!! Ah! Appeo!! Sakitlah! Yah!!"

"Padan muka!! Kau bukannya cakap!! Kau jerit!! Bukan sekali tapi dua!! Habislah masa depan aku!!" Taesil mengelak dari Youri yang mula mengejarnya sekeliling bumbung.

"Sebab tu lah kau kena cepat luahkan! Nanti melepas buat sakit hati je!"

"Yah! Sini kau!"

"Kau kena jadi lebih aggresive dari Luhan. Dapatkan dia dalam genggaman kau. Macam ni ha" sambil lari itu Taesil menunjukkan penumbuknya pada Youri sambil membuat muka cemberut. Meniru apa yang Youri lakukan tadi.

Masing-masing jerit antara satu sama lain walaupun jarak bukanlah jauh mana.

"CHOI YOUNG RI SUKA DO KYUNGSOO!!"

"Yah!!"

"LUHAN SUKA PARK JINYUN!!"

"CHOI TAESIL SU-"

"OH SEHUN SAYANG OH TAESIL!!"

Terus Taesil tersalah langkah lalu Youri yang dibelakangnya juga tersalah langkah dan mereka berdua terjatuh di atas lantai.

"Aww!!" Taesil mengangkat kepalanya melihat siapa yang memotong jeritannya tadi. Oh siapa? Oh Taesil?? Sejak bila jadi Oh Taesil??

"Awak ok?" ada satu tangan dihulur di hadapannya. Taesil menyambut huluran itu dengan muka blur.

"Apa Oh Sehun buat dekat sini?!!" Sehun bangunkan Taesil lalu melihat tangan dan lutut Taesil, mana tau ada luka.

Oh bertuahnya dia~ Prihatinnya boyfriend dia~

"Yah, sekejap. Mesti sebab GPS kan?!! Yah, Oh Sehun!! Kau jumpa kitaorang sebab kau letak GPS dekat telefon Taesil, kan??" Sehun mengerutkan dahinya memandang Youri.

"GPS?"

"OMG!! Taesil-ah! Aku dah agak! Boyfriend kau letak GPS dekat phone kau. Mesti dia sempat tengok sebelum aku off!" Youri membuat muka terkejut dan menjerit pada Taesil bagaikan Taesil sangat jauh darinya.

"Kalau tak macam mana dia tau kita dekat sini, kan?! OMG!!" Taesil menepis-nepis habuk di tangannya.

"Aku tau kau orang dekat sini sebab aku dengar suara sayang aku jerit Choi Youngri suka Kyungsoo" terus mereka berdua kaku.

"Aku rasa ramai yang dengar. Oh, yang lain pun dengar juga. Kitaorang semua dekat tingkat bawah ni tadi" Youri dengan perlahan-lahan memandang Taesil. Entah kenapa wajahnya berubah menjadi pucat.

"Kitaorang yang awak maksudkan tadi tu... umm.." Taesil membuat bulatan dengan jarinya banyak kali. Sehun mengangguk-angguk melihat Taesil.

"Oh ya. Awak nak luahkan sayang awak pada saya kan? Tapi saya nak buat dulu sebab lagi romatik, sebab tu-"

"Ah. Siapa Choi Youngri? Kyungsoo terus senyap bila dia dengar awak jerit nama tu tadi. Eh rasanya semua sen-" Sehun mungkin tak ingat nama penuh Youri sebab selalu panggil Youri, Youri je. Sedangkan nama penuhnya Young Ri. 

"Yah!" Taesil terus berlari bersembunyi di belakang Sehun apabila Youri mula ingin menyerang. Taesil ketawa sambil menggunakan badan Sehun sebagai pelindung. Mestilah! Sebab badan Sehun lebih besar dan tegap. Sesuai untuk menjadi penghadang. Heheh.

"K-kau d-dah bocorkan rahsia tu!!" - Youri

"Sorry!! I'm sorry!!" - Taesil

"Sorry kepala kau!" - Youri

"Eh. Eh. Apa ni?" - Sehun

"Bukan ke cara ni lebih baik? Eo? Eo? Tak perlu lah kau susah-susah kalau ada orang cuba rampas dia" Taesil masih gunakan Sehun sebagai pelindung. Bukan ke tu sebahagian dari kerja boyfriend ><

"Yah! Aish Shi-!"

"Aip. Aip. Mulut itu jaga. Jangan mencarut ya" Taesil berhenti apabila nampak Youri yang berhenti dan membongkok mula membuka ikatan tali kasut sekolahnya. Taesil membuntangkan anak matanya. Sehun sudah mula mengangkat tangan tanda mengalah.

"Ok. Youri-shi. Bertenang. Tarik nafas. Jangan macam ni ok? Kasut tu tak boleh di buat main. Kalau kena dekat muka bahaya tu!" Youri membuka kedua-dua kasutnya. Taesil terus menolak Sehun dan berlari ke pintu bumbung.

"Omma!!" Taesil melangkah menuruni banyak anak tangga. Dia pandang atas sekejap dan reaksinya memang seperti dia melihat cerita hantu. Ala~ part-part hantu muncul tu~ Bayangkan lah muka kauorang macam mana bila part hantu tu muncul. Lebih kurang macam tu lah tu. Kenapa dia buat muka macam dia nampak hantu? Sebab Youri sudah bersedia ingin membaling kasut sekolahnya dari atas tangga walaupun Taesil di hujung anak tangga.

"Omma!!" Taesil terus menutup wajahnya. Perkara pertama yang dia perlu selamatkan ialah muka. Macam mana kalau nanti tiba-tiba ada kesan tapak kasut di pipinya? OMG! Ngeri memikirkannya.

PPAK!

Hu~ Nasib baik tak kena

Hampir luruh jantung aku. Huuu

 

 

EXO - Cloud 9https://youtu.be/WjNe38k7gE4

 

Masing-masing diam. Yang lelaki tangannya tak berhenti-henti bergerak. Sekejap belakang leher, sekejap pergelangan tangan, sekejap lengan. Yang perempuan pula dari tadi kaku. Bagaikan badannya keras menjadi batu.

Ah~ habislah masa depan aku~ habislah cerita cinta aku~

Semua musnah disebabkan dia!

Kenapalah suara dia kuat macam mikrofon?

Semua orang dengar!

Bukan semua dengar. Ada lah segelintir. Dan segilintir orang itu juga yang membawa angin ke semua orang. Semua orang tau. hmm.. Tak pasti lah semua orang tau ke tak. Rasanya ye. Disebabkan mulut mereka tak reti nak ditutup, dibawa dari seorang ke seorang dan akhirnya ramai yang tau.

"Ehem.. Ehem.." Youri tersedar dari lamunan tapi dia tak berani nak bergerak apatah lagi memandang wajah kekasih hatinya. Ok.. Tak sampai situ lagi. Berangan jauh nampak.

"Youri-ah.." Youri hanya diam.

Di dalam kepalanya mula mengeluarkan siren dan lampu warna merah.

Warning! Warning! Alert! Alert!

Sasaran sudah tau semuanya!

Apa nak buat?!

Apa nak buat?!

Mayday! Mayday!

SOS!

Tiba-tiba ada jari berada di bawah dagunya membuat Yourikan mengangkat kepalanya. Mata mereka bertaut.

"Tentang tadi tu.." Youri terus bangun. Dia menggenggam kedua-dua tangannya di sisi skirt sekolah.

"Ya! Semua tu betul! Choi Youngri sukakan Kyungsoo! Walaupun awak tak sukakan dia, dia tak kisah. Dan dia dah luahkannya jadi dia akan ucapkan selamat tinggal!" jerit Youri sambil memejam matanya rapat-rapat.

 

Baekhyun mengerutkan dahinya lalu memandang Taesil yang menutup mulut menahan tawa. Mereka semua kecuali yang sudah tamat sekolah (Xiumin, Kris, Lay, Suho) sedang bersembunyi di salah satu pokok yang besar di taman bunga sekolah. Sekolah dah habis tadi dan ramai yang sudah balik kecuali mereka yang tengah skodeng Youri dan Kyungsoo.

"Kenapa Youri guna 'dia'?" Taesil menarik nafas untuk menghentikan tawanya.

"Dia hanya gunakan kata nama itu kalau dia nervous sangat-sangat" Baekhyun meng-ah-kan jawapannya Taesil lalu mengangguk.

"Jarang aku nampak dia macam ni. Nampaknya sudah tiba hari aku untuk membalas dendam" Taesil tersenyum jahat melihat telefon bimbitnya yang merakam Youri yang sudah mahu pergi tetapi Kyungsoo terus menangkap lengannya. Luhan menepuk bahu Taesil dengan kuat membuatkan Taesil tersentak.

"Yah Luhan! Sakit!"

"Dendam apa?"

"Youri tu lah. Ada je benda yang dia guna untuk menyakat saya. Ada je bahan dia. Kali ni saya akan gunakan bahan ni untuk membalas semul- OMO!" semua membuntangkan anak mata melihat sesuatu yang mengejutkan di hadapan mereka. Sehun terus menutup kedua-dua mata Taesil agar tidak melihatnya.

"Oppa! Kenapa halang?! Bagilah saya tengok! Benda ni mungkin sekali seumur hidup!"

"OMG! D.O kiss Youri?!!"

Baekhyun melopongkan mulutnya. Chanyeol ternganga dengan mata yang kosong. Bagaikan ada roh yang keluar dari badannya. Tao terus mengeluarkan telefon bimbit dan ber-fanboying sambil menangkap gambar. Taesil menolak tangan Sehun jauh-jauh dan terus tersengih jahat melihat telefon bimbitnya.

"Kau jagalah Youri. Tak lama lagi kau akan merana dengan video ni" bisik Taesil. Sehun memuncungkan bibirnya memandang Taesil.

"Apa yang bagus sangat dengan diaorang kiss? Bukan ke kiss saya lagi bagus?" Taesil terus memukul bahu Sehun dan menutup mulut Sehun dengan kedua-dua tapak tangannya.

"Tutup mulut tu!" mata Sehun tersenyum memandang Taesil.

"Wah. Patutkah aku buat macam tu, Taesil? Jadi bertambah aggresive macam d.o" Taesil membuntangkan anak matanya memandang Luhan yang sedang tersenyum-senyum.

"Yah! Awak dah gila ke?! Awak berdua baru je berjumpa!! Takkan baru jumpa dah kiss! Lain lah kes diaorang berdua. Youri dah lama stalk d.o dan d.o dah lama jadi crush Youri! Awak dengan perempuan tu tak sampai 3 minggu berjumpa.. apa.. nak kiss??!!" jerit Taesil. Taesil rasa bahunya dicucuk-cucuk.

"Apa? Apa?" Taesil memandang belakangnya melihat Kai yang menunjuk depan mereka. Taesil baru tersedar yang dia menjerit dengan kuat. Jadi dengan perlahan-lahan dia memandang dua orang yang mereka skodeng. Youri dengan wajah merahnya dan d.o memandang Youri amused. 

"Oppss" tangan kiri menutup mulut manakala tangan kanan melambai ke arah Youri yang berada di dalam pelukan d.o.

 

"Jadi saya dah lama jadi crush awak? Awak dah lama stalk saya?" tanya d.o dengan senyuman gembira itu. Youri hanya terdiam dengan telinga dan muka merahnya.

Dalam hati dia menyumpah seranah Taesil. Tak reti nak tutup mulut ke dia tu?? Oh no! Yang lain pun ada! Maksudnya mereka semua nampak d.o kiss dia!!!

Tiiiidaaaakkk! Semua dah nampak!!!

Pengsan. Youri pengsan di tempat kejadian.

Taesil..

Dah tentu dia akan ulang banyak kali kisah itu. Kalau Youri ada bahan untuk mengusik dia, Taesil akan gunakan bahan lebih besar daripada itu. Dah tentu Youri akan kalah.

Ahirnya semua sudah tamat. Mereka sudah bahagia. Taesil dengan Sehun, Luhan dengan targetnya, Choi Jinyun manakala Youri dengan Kyungsoo. Yang lain.. pandai-pandailah mereka cari pasangan masing-masing. Kehidupan mereka jadi tenang semula.

 

The End


FINALLYYYY!!! It took me 2 years and half to finished this!!

Akhirnya tamat juga!! YooHooo!! Ok ini dah terlebih gembira. My First Finish Story here (I wanna cry T^T)

Lepas ni dah tak perlu risau tentang cerita ni lagi dah. Ah, lega~ Sebenarnya nak tunggu 4 Nov nanti biar sama masa dengan cerita ni start (HAhak. I'm like that ^3^) tapi tak sampai hati pula. Lagipun dah ada feeling nak tamatkan cerita tu hari ni. Wah~ ini rupanya perasaan cerita yang di publish di sini dah siap. Hilang terus beban di bahu~

Baiklah. Dengan ini! Dengan rasminya! Cerita You're My Enemy dah pun tamat!!! Tepuk tangan semua!! Dah tak perlu tunggu lagi dah!! WOOooo!!

Aduh, terlebih teruja pula ^3^

Terima kasih kepada semua pembaca yang masih melekat di fanfic ni sehingga hari ni //bow 190 darjah// Walaupun ianya tak adalah sehebat yang telah awak semua baca tapi saya banyak berterima kasih sebab sudi membaca. I know. I'm not a good author ^v^ Hehe. I know. Cerita ni cliche and bla bla tak masuk akal. HAHAK tapi you all still membacanya!! Thank You To All Of My Readers expecially pxstellxx / BaekkieAsya yang dah banyak buatkan, berikan, sedekahkah poster dekat sini!! Terima kasih banyak-banyak //bow// This is not a Goodbye ok. Lol! Dah lama Chap ni dalam Draft

Terima Kasih kepada pelakon-pelakon kita

Choi Taesil

Choi Youngri

Yoo Inha

Choi Jinyun

EXO (nama diaorang banyak sangat nak tulis. Lol)

Pelajar-pelajar sekolah

15 Orang yang vote cerita ni

- nblhsmn

- jungkookdaughter

- sweet33

- amani123

- kimdeunghi

- galaxy_here

- chichisakura99

- ChoiMalMinZa

- HbHniKON

- wawabakin

- MonsterZ

- bubblegum34

- asyikin94

- junghana_btobap

- VioletSyafiqah

And Others 169 Subcribers

Thank You So Much!!

Semua mesti dah tengok Comeback EXO, kan? OH MY GOSH!! SEHUN IS SO HOT!! COOL!!! Tarian Lucky One tu!! I tried but its so hard!! AND MONSTER TOO!! Bagi saya tarian Monster lagi senang dari Lucky One. HAHA. Dalam Album Ex'Act ni saya suka semua lagu. Lagi2 Monster, Lucky One, White Noise dengan Stronger. Yang lain pun suka juga! Semua suka! 100% SUKA!! HAHAK! Dah lama Hiatus berfangirling pula.

Guys.. yesterday is my birthday 15.6. Lol

That's It! Thank You Everyone!!

Tak lama lagi keluar cerita baru. Nantikan ;)

Omo cerita baru!! >o<

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting