023 *

You're My Enemy [EDITED]

Edited: chap 27 + chap 28

Juniel - Bad Man


Taesil datang ke sekolah pada hari selasa. Ramai pelajar-pelajar yang lain berbisik-bisik apabila Taesil berjalan melepasi mereka. Balutan di kepala Taesil sudah dibuka. Hanya ada plaster besar yang menutupi luka itu. Luka-luka di wajah Taesil sudah beransur-ansur pulih tetapi perlu letak plaster untuk menutupinya.

"Dialah budak yang belasah Inna sampai masuk hospital tu, kan?"

"Kenapa dia nak pukul budak baik macam Inna tu?"

"Nasib baik Inna tak apa-apa"

"Aku harap dia kena tangkap polis kalau dia kacau Inna lagi"

"Budak ni bermasalah ni"

Taesil hampir menjerit pada mereka semua supaya mereka senyap dan memberitahu perkara sebenar yang Inna tu bukan seorang budak baik seperti yang mereka bangga-banggakan! Nasib baik Youri datang menemaninya, kalau tidak habis mereka Taesil kerjakan. Patutlah Inna bergaduh dengan dia seorang diri, dia tak nak hancurkan nama baiknya di mata orang. Huh! Budak baik konon.

Hari ini Taesil tak terjumpa Inna mahupun Sehun. Pelajar kelas Taesil ada yang percayakan Taesil, ada yang... entahlah. Tak lama lagi.. Tak lama lagi semuanya akan terbongkar. Kau tunggulah! Kebenaran akan timbul juga. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Pagi sekolah, malam belajar dengan Luhan. Hari-harinya dipenuhi dengan perasaan gembira bersama dengan crushnya. Akhirnya Taesil boleh menangkap semula pelajaran yang dia tertinggal.

Luhan berbeza dengan Sehun. Luhan mengajar dia dengan cara yang baik, bukan macam Sehun yang mula-mula ajar dengan cara yang kasar. Tak lah kasar sangat. Sehun akan marah dia kalau dia jawab salah tapi Luhan pula kan beritahu apa yang dia salah dengan cara yang baik dan betulkannya. Bukannya marah-marah macam Sehun! Huh! Cara Luhan mengajar berbeza dengan cara Sehun mengajar. Banyak perbezaan antara Sehun dan Luhan.

Apabila Luhan berada dekat dengannya, dia rasa berdebar tetapi debarannya tak menggila macam yang dia rasa apabila Sehun berada dekat dengannya. Kenapa begitu? Bukankah dia sukakan Luhan? Bukankah Luhan itu crushnya? Kenapa Sehun dapat buatkan dirinya berdebar laju sebegitu?

"Omma, mana satu perasaan cinta yang sebenar? Yang pertama, kita rasa berdebar apabila bersama, rasa gembira dan selesa bila bersama. Yang kedua pula.. berbeza dengan yang pertama.. debarannya lagi laju dari yang pertama apabila bersama. Kita rasa selamat bersama dengannya, kita rasa sedih apabila melihat dia sedih, rasa tak suka apabila melihat dia sukakan orang lain. Yang mana?"

Pertama itu dia tahu itu Luhan. Perasaannya hanya biasa-biasa sahaja.  Berbeza dengan Sehun. Rasa macam... Luhan itu terlalu baik untuknya. Sehun... entah kenapa apa yang dia rasa pada Sehun itu banyak. Dia memang rasa macam dia selamat apabila bersama Sehun.

Sehun banyak membantu dia dalam pembelajaran walaupun Sehun selalu memarahinya apabila mengajar. Walaupun mereka banyak bergaduh, tetapi.. Dia memang rasa sedih apabila melihat Sehun menangis hari itu. Dia tak suka melihat Sehun bersama dengan Inna, orang yang Sehun sukakan sedangkan dia tahu Inna itu tak bagus untuk Sehun. Dia tahu Inna tidak pernah sayangkan Sehun. Dia rasa suka mendengar suara Sehun. Mendengar suara je dah buat dia rasa berdebar dan sekarang ini dia rindu pada Sehun. Rindu pada musuhnya. Rindukan pergaduhan mereka dulu.

"Oh, yang pertama tu sikitnya. Rasanya yang kedua tu baru cinta. Yang pertama tu mungkin perasaan kagum atau kawan? Yang kedua tu cinta lah. Kamu rasa berdebar yang menggila apabila bersama dengannya, kan? Adakah kamu rindukan dia?" tanya ommanya tiba-tiba. Taesil hanya mengangguk perlahan.

"Ha! Kamu sukakan dia lah tu. Aigoo~ uri Taesil dah besar rupanya. Siapa yang kamu sukakan tu? Luhan? ummm..." Taesil hanya senyap apabila mendengar nama Luhan.

Aku sukakan Sehun? Musuh aku tu? Betul ke..? Macam mana perasaan boleh berubah macam ni? Adakah selama ini aku hanya kagum dengan Luhan? Adakah selama ini aku.. hanya suka berkawan dengan Luhan? Bukannya cintakan Luhan?

"Sehun..?" ommanya serkap jarang sambil melihat wajah Taesil. Taesil rasa berdebar dan mukanya jadi merah. Taesil menutup pipinya.

"Omo! Sehunie? Sehunie yang kamu sukakan itu?!" Taesil tak tahu nak cakap apa.

Aku... sukakan Sehun? Sehunlah... lelaki yang sebenar... yang menakluki hati aku? Tetapi mengingatkan yang Sehun sudah membencikannya membuatkan dia rasa nak menangis je. Hatinya rasa sakit apabila mengingati pandangan mata Sehun kepada Inna yang penuh kasih sayang itu. Sehun.. sayangkan Inna..

"Tapi... tapi... Dia dah bencikan Taesil. Dia sukakan orang lain. Dia lupakan Taesil... Omma, macam mana ni? Walaupun Taesil sukakan dia, sayangkan dia, dia tetap takkan nampak perasaan Taesil ni. Mungkin dia akan bertambah bencikan Taesil. Ah! Kenapa Taesil rasa sakit sangat apabila memikirkan tentang itu? Omma..." Taesil memegang dadanya dan air mata yang mula bertakung menitis.

Sakitnya mencintai seseorang yang tak pernah mencintai kita. Sakit sangat... Dia sedar.. dia sukakan Sehun... Dia sedar... dia dah lama sukakan Sehun... Suka sangat-sangat..

 


Juniel - Here I Stand

 

Pejam celik, pejam celik, akhirnya tarikh keramat itu pun tiba. Taesil masuk ke bilik 4. Dia yang sampai dahulu. Lukanya sudah sembuh. Tiada lagi plaster di muka atau badannya. Cuma tinggal kesan untuk menunggu untuk hilang sahaja. Kai cakap Sehun tak perasan apa-apa dan Inna pula masih dengan perangai 'innocentnya'. Dia juga pernah kata, mendengar penjelasan pihak Taesil hari itu, membuka matanya untuk melihat sesuatu yang tak pernah dia nampak sebelum ini.

Taesil duduk di barisan tepi sebelah kanan dan di belakang kelas itu. Bilik 4 ini agak besar. Macam dewan mini yang tertutup. Boleh muatkan banyak pelajar dari 4 kelas di dalamnya. Meja di dalam kelas ini telah disusun atur. Taesil duduk di tempat pilihannya dan mengeluarkan alat tulis dan buku untuk dibaca.

Makin lama makin ramai pelajar yang mula memenuhi bilik peperiksaan ini. Youri sudah duduk di meja di hadapannya. Tiba-tiba otaknya menjerit yang Sehun juga akan menjawab periksa di bilik ini. Waktu itu juga Sehun masuk dari pintu kelas itu dengan senyuman yang lebar terukir di bibirnya. Inna yang berada di belakang Sehun juga tersenyum dan ketawa. Sehun mungkin dari perbualan mereka. Youri sedang merenung Inna tetapi Taesil pula memerhatikan Sehun yang sedang ketawa. Akhirnya dia dapat juga melihat wajah orang yang dia rindui. Walaupun begitu hatinya tetap rasa sakit melihat Sehun ketawa disebabkan Inna. Mereka berdua kelihatan saling mencintai. Kalau Taesil tidak tahu hal sebenar, dia mungkin sudah menyangka yang mereka itu couple.  Ahli exo yang lain juga masuk selepas Sehun dan Inna. Mereka berjalan untuk memilih tempat duduk.

Bilik 4 ini ada 6 pintu. Satu di hadapan sebelah kiri bilik, pintu di mana Sehun dan Inna masuk tadi. Di sebelah kiri ada 3 pintu. Depan, tengah dan belakang dan sebelah kanan bilik juga begitu. Depan, tengah dan belakang. Di sebelah kiri hanya pintu depan sahaja terbuka, yang tengah dan belakang berkunci manakala sebelah kanan, ketiga-tiga pintu itu dibuka.

Taesil terdengar Youri yang mencarut tentang Inna tetapi Taesil hanya memandang sahaja wajah Sehun. Di mindanya teringat pertemuan pertama antara dia dan Sehun. 2 orang kawan Sehun yang ada di belakang Sehun ketika itu adalah Tao dan Kai. Terfikirkan hal itu membuatkan Taesil mengukir senyuman yang kecil. Masih lagi memerhatikan Sehun, tidak endahkan orang sekeliling. Tiba-tiba Sehun juga memandangnya. Mata mereka berdua bertaut.

Dapatkah kau merasakan perasaan aku ini? Aku rindukan kau. rintih hati Taesil.

Bagaikan masa berhenti, mereka merenung satu sama lain seperti ingin mengingati wajah orang dirindui itu. Adakah Sehun merinduinya juga? Bagaimana keadaannya sekarang? Sihat ke? Inna ada buat sesuatu ke?

Inna juga memandang ke arah Sehun yang berhenti berjalan dan memandang arah yang Sehun pandang iaitu Taesil. Inna mencebik tetapi cepat sahaja dia sembunyikan wajah jahatnya itu kerana ada pelajar lain di sini. Inna menolak Sehun ke depan untuk berjalan dengan cepat. Pandangan mereka terputus. Sehun tersedar dan memandang tempat lain lalu duduk di bahagian kiri kelas itu. Jauh darinya. Inna yang duduk di sebelah Sehun sedang ketawa. Luhan mendekati Taesil dan Youri tetapi exo yang lain duduk dekat dengan meja Sehun dan Inna.

Taesil rasa ingin menangis. Luhan sudah meletakkan alat tulis di atas meja dan ingin menegur Taesil tapi Taesil terlebih dahulu bangun dan pusing belakang. Dia melalui pintu yang ada di belakangnya, keluar dari bilik 4 itu.

Sehun memandang semula Taesil yang keluar dari bilik itu dengan tergesa-gesa. Sehun mengeluh. Entah mengapa sewaktu mereka bertentang mata tadi dia terrasa macam ingin memeluk Taesil, erat. Dia ingin melepaskan rasa rindu yang dia rasai sebelum ni. Kenapa dia rasa sebegini? Sudah! Lupakannya, Sehun. Sehun membuang perasaan yang pelik itu, jauh-jauh dan mula memberi perhatian pada Inna semula. Luhan berada di tempat pilihannya iaitu di sebelah kiri Taesil, masih memikirkan Taesil yang berlari keluar dari bilik peperiksaan.

15 minit sebelum peperiksaan bermula, Taesil berlari masuk ke dalam tandas yang berdekatan dengan bilik 4. Nasib baik tandas itu kosong ketika ini. Taesil menangis sehingga dia rasa penat. Youri dan Luhan risau kerana Taesil masih belum masuk ke dalam bilik peperiksaan lagi. Mata Sehun kadang-kadang akan beralih memandang tempat Taesil yang masih kosong dan otaknya tak boleh mengelak dari memikirkan ke mana Taesil pergi.

Taesil menghela nafas. Wajahnya basah dengan air paip. Dia bergerak pergi ke bilik 4. Luhan tersenyum apabila nampak Taesil masuk dan Taesil tersenyum kecil membalas senyuman Luhan. Taesil duduk di tempatnya semula. Youri pusing belakang dan memberi semangat pada Luhan dan Taesil. Taesil mengangguk dan membuat aksi yang sama pada Luhan dan Youri.

Taesil dapat rasakan yang Luhan perasan akan matanya sembab. Taesil menggeleng kepala. Tak boleh Taesil! Sekarang ni kau kena fokus kepada peperiksaan sahaja. Peperiksaan ini penting sebab ni periksa terakhir yang dia akan dapat tahun ni. Selepas habis kertas periksa nanti baru dia akan fikir habis-habisan tentang motif sebenar Inna. Sekarang lupa tentang benda lain dan fokus pada kertas periksa.

Peperiksaan ini tiada Xiumin, Kris, Suho dengan Lay kerana dia orang berada di tahun terakhir sekolah dan tak sama umur dengan yang lain.

Seminggu telah berlalu, minggu peperiksaan pun telah tamat. Banyak yang telah berlaku. Hubungan Taesil dan Youri dengan exo (kecuali Sehun) jadi makin rapat kerana mereka selalu belajar bersama-sama. Luhan, Kris, Xiumin, Youri dan Taesil berkumpul di kantin. Ramai yang tertanya-tanya apabila melihat Xiumin dan Kris tidak rehat bersama-sama dengan yang lain. Start daripada mula periksa mesti Kris dan Xiumin akan rehat bersama dengan Taesil, Youri dan Luhan. Kata Kris...

"Aku tak nak tengok muka tenuk tu" Tenuk? Inna ke?

"Periksa dah habis, kan? Apa kata esok kita datang rumah Taesil untuk buat parti habis periksa?" cadang Youri. Parti habis hari terseksa?

Omma dengan appa Taesil dah bertolak ke Paris pagi tadi. Honeymoonlah katakan. Huhu! Jeles Taesil dibuatnya! Jadi dalam masa 2 minggu dia akan berseorangan di dalam rumah itu. Bagus juga kalau ada majlis seperti itu lepas periksa.

"Boleh, lagipun omma dengan appa dah pergi Paris. 2 minggu lagi baru dia orang balik" kata Taesil.

"Wah! Ye ke?! Baguslah kalau macam tu!" kata Youri teruja.

"Ok" kata Xiumin.

"Nanti aku bagitau yang lain" kata Kris.

"Aku malas nak masak jadi kau orang suruh lah dia orang bawak makanan ke? Aku pesan piza dengan ayam goreng je tau" cadang Taesil.

Mereka berbincang sambil makan. D.O ditugaskan untuk membawa makanan yang lain. Kris dan Chen ditugaskan membawa air. Bla bla bla. Parti itu esok je. Balik sahaja dari sekolah, Taesil mengemas rumahnya. Dia rasa seronok dapat bersama dengan kawan-kawannya yang ramai. Luhan menelefonnya memberitahu bahawa yang lain akan datang esok pukul 8 malam nanti kerana petang itu Inna buat parti juga. Kenapa pada hari yang sama juga? Ish!

Pagi itu Taesil tak tau nak buat apa. Dia dah kemas rumah, pinggan dah cuci, baju dah dibasuh dan disidai, lantai dah dimop dan sapu. Jadi dia hanya berbaring di atas sofa dan menonton televisyen yang mensiarkan cerita yang menarik minatnya. Itu jelah yang dibuat lepas dah habis periksa. Rehatkan otak.

Tak sabar dengan parti itu nanti.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting