034 *

You're My Enemy [EDITED]

EXO - Touch It


"Aku dah nampak! Taesil nombor 6!" jerit Tao sambil tunjuk nombor 6 yang tertulis nama Choi Tae Sil. Rasa-rasanya semua orang boleh dengar jeritan Tao.

"Wah! Nombor 6?! Ahh!! Tahniah Taesil-ah!" Youri memeluk Taesil yang tercengang-cengang di situ. Wah! Dari nombor 300 terus naik ke 6? Memang perbezaan yang terlalu besar. Terima kasih kepada Sehun dengan Luhan yang sudah berusaha mengajarnya. Hehe!

Adakah ini bermaksud aku sebenarnya betul-betul genius? Maksudnya aku bukan bodohlah? Woohoo!!

Sehun dan Inna berjalan mendekati papan kenyataan itu.

"Tahniah Taesil" kata Luhan sambil tersenyum manis pada Taesil yang masih melihat namanya yang berada di nombor 6.

"Oppa dapat nombor 1 lagi lah. Tahniah Oppa!" suara Inna yang kuat itu membuatkan semua memandang ke arahnya. Semua berubah riak apabila melihat dua orang yang baru datang itu.

"Oppa, saya dapat 8" kata Inna gembira.

"Eo... tahniah" Entah kenapa Taesil melihat Sehun seperti tidak bersemangat walaupun sedang tersenyum.

"Luhan-ah, terima kasih sebab awak dah berusaha mengajar saya. Kalau awak tak ajar saya mesti  saya tak akan dapat nombor 6 macam ni. Terima kasih sangat-sangat" Taesil tunduk hormat pada Luhan.

Luhan ketawa kecil lalu mengusap kepala Taesil. Sehun memerhatikan mereka berdua tanpa mendengar Inna yang banyak bercakap itu. Matanya menunjukkan yang dia mengharapkan sesuatu.

"Kalau saya nak hadiah, boleh?" tanya Luhan sambil tersenyum senget.

"Oh! Dah semestinya. Awakkan dah berusaha bersungguh-sungguh mengajar saya. Apa yang awak nak?"  Luhan membuat muka sedang berfikir.

"Um..." lama Luhan berfikir sebelum dia menjawab sambil merenung tepat pada anak mata Taesil ".. Kiss"

Taesil dah tercengang-cengang. Sehun dah rasa berdebar-debar apabila mendengar permintaan Luhan itu. Dia memandang Taesil pula dan mengharapkan Taesil menolak permintaan itu.

"Woo~ Luhan~" Baekhyun dan Chen mula bersorak. Muka Taesil jadi merah. Dia tak tahu nak buat apa. Ok, dia nak buat apa kalau ada orang minta kiss? 

"Ahh... I-itu... umm... I-itu... p-p-permintaan t-tu.. umm" Taesil jadi gagap. Tiba-tiba Luhan ketawa terbahak-bahak. Taesil memandang Luhan pelik.

"Hahaha. Kelakar lah awak ni. S-saya b-bergurau je. Haha haha" Luhan cuba tiru cara Taesil gagap. Taesil membuat muka. Sehun mengeluh perlahan.

"Betul-betul lah" Taesil sudah menutup pipinya yang terasa panas.

"Ok. Ok. Saya akan beritahu nanti. Saya tak tahu nak minta apa sekarang. Nanti kalau saya ada idea nak minta apa dekat awak saya akan terus datang jumpa awak" Taesil angguk.

"Ok"

"Awak ada hutang dengan saya. Ingat" kata Luhan. Taesil mengangguk sambil menunjukkan tanda ok dengan tangan kanannya.

Inna berjalan mendekati Luhan dan Taesil. Dia menolak Taesil ke tepi dan berdiri di hadapan Luhan iaitu tempat Taesil berdiri tadi. Taesil hanya memandang Inna terkejut.

"Oppa, tahniah sebab dapat nombor 2" kata Inna dengan senyuman yang lebar dan dibuat muka comel. Senyuman dan gelak tawa Luhan terus hilang. Luhan hanya memandang Inna tanpa reaksi.

Kemudian Taesil hanya mengambil langkah ke belakang, hormat yang ada orang tu nak bercakap dengan Luhan. Dia memandang papan kenyataan semula, memandang namanya lagi. Rasa tak sangka yang dia mendapat nombor 6.

Omma mesti bangga dan tak sebut nama Sehun lagi-

Taesil mengerutkan dahinya apabila terfikir perkara itu. Kenapa dia tak nak omma sebut nama Sehun pula? Tiba-tiba sahaja dia terfikir macam tu. Apa maksudnya ni?

Sehun mengambil langkah untuk berdiri di sebelah Taesil. Taesil perasan akan kehadiran Sehun jadi dia memandang Sehun di sebelah kirinya. Jantungnya terus memainkan debaran yang laju. Dekat dengan Sehun je, terus dia rasa gelabah. Tak tahu kenapa. Tapi.. dia perlu cakap sesuatu, kan? I mean.. Dia pernah ada sesuatu dengan Sehun dulu. Jadi, dia perlu kata sesuatu.

"Sehun-shi. Omma kata awak pernah mengajar saya sebelum ni jadi saya pun nak cakap yang.. saya sangat-sangat berterima kasih pada awak yang banyak berusaha mengajar saya. Mesti susah nak mengajar saya yang selalu dapat nombor terakhir, kan? Kalau awak inginkan sesuatu cakap je, saya akan tunaikan" Taesil sekejap memandang Sehun, sekejap memandang lantai. Gelabah ingin membalas renungan Sehun.

"Awak tak ingat apa-apa?" Taesil mengangkat pandangannya memandang Sehun tak faham.

Mesti pelik, kan? Macam mana mereka berdua boleh berbual dengan lancar tanpa ada orang mengganggu. Inna tak mengganggu perbualan mereka kerana Baekhyun, Chen, Chanyeol dan Tao sudah menguruskan Inna. Macam mana? Diaorang halau Inna lah. Haha. Tak lah. Mereka sengaja membawa Inna jauh. Entah cara apa lah yang mereka gunakan.

Sehun pun tanya benda yang sama juga? Aku ni nampak macam masih ingat semuanya ke? Hm.. 

"Walaupun luahan perasaan awak pada saya di depan orang ramai?" Taesil membuka mulut untuk membalas sesuatu tetapi otaknya mula menafsir semula apa yang Sehun cakap tadi.

What? L-luahan p-perasaan dekat s-siapa? Taesil pandang Sehun. Dekat d-dia? Taesil rasa debaran yang dia rasakan tadi makin laju. Muka dia rasa panas. D-de-depan orang r-ramai?!

"Eh? A-apa.. Apa.. Betul ke?! Saya tak ingat pun! Saya luahkan perasaan saya dekat awak? Maksudnya.. Saya sukakan awak?!" Taesil terus menutup mulutnya dengan kedua-dua tapak tangannya.

"S-saya... S-s-saya pergi dulu! Kalau nak apa-apa panggil je saya. Rumah kita dekat, kan? B-bye"

Taesil terus larikan diri dengan gelabah. Sehun tersenyum. Luhan memerhatikan adegan Taesil dengan Sehun tadi sambil tersenyum. Sikit je lagi.

 

Aku betul-betul luahkan perasaan dekat depan orang ramai?!! Betul-betul?!! Seriuslah?! Ahh!! Malunya!!

Taesil masuk ke dalam kelas sambil membuat muka tak percaya. Tidak sedar yang Youri dan yang lain-lain sudah lama masuk dalam kelas, ketika dia berbual dengan Sehun tadi. Youri sudah pun berada di tempat duduknya. Taesil duduk dan terus menoleh ke arah Youri.

"Yah, betul ke tentang aku luahkan perasaan dekat Sehun depan orang ramai tu? Aku sukakan Sehun?" Taesil memandang Youri tajam. 

"Yup. Malah depan Inna juga dan waktu tu Sehun baru je couple dengan Inna" itu lagi mengejutkan Taesil. Kenyataan apa kah ini..

"Teruknya aku.. Depan Inna lagi. Aku dah rosakkan kebahagiaan dia orang" Taesil menutup mukanya. Youri memandang Taesil tajam.

"Pembetulan. Bukan kau yang rosakkan kebahagiaan Sehun tapi Inna. Dia yang rosakkan" kata Youri tegas. Cikgu Joongki masuk ke dalam kelas membuatkan perbualan mereka terberhenti. 

 

It's Show Time

Semua buat kerja masing-masing apabila cikgu mengatakan sekarang masa belajar sendiri. Tiba-tiba ada satu bunyi Ding Dong Deng menandakan ada maklumat yang ingin disampaikan melalui radio sekolah. 

"Ehem! Ehem! Testing testing 1 2 3" Taesil memandang speaker yang berada di dinding di depan kelas. Rasa macam kenal je suara itu. Belum sempat Taesil ingin menanyakan tentang suara itu pada Youri, Youri sudah pun menjawabnya.

"Baekhyun"

"Ok. Saya ingin memberitahu awak semua satu berita yang mengejutkan. Sebelum ini.. banyak yang berlaku di sekolah kita ni. Pergaduhan, ada yang masuk hospital. Kemalangan. Well, semua mesti dah tahu tentang apa yang terjadi, kan? Cuma.. Ada satu perkara yang kau orang tak tahu lagi. Yoo In Na... Bukan seperti yang kita sangkakan. Pergaduhan yang sebelum ni? Ingat lagi? Well, bukan salah Taesil sebenarnya. Terkejut? Hahaha"

Inna rasa macam nak pitam apabila mendengar suara Baekhyun di speaker. Semua orang yang berada di dalam kelas 7 - A memandang ke arah Inna. Inna menunjukkan muka pucat yang takut. Dia rasa macam jantungnya nak pecah. Ada segelintir yang tak percaya... tapi...

"Kalau kau orang tak percaya... cuba dengar rakaman ni. Dari sini kita boleh tau...

Siapa

Inna

Sebenarnya" bunyi-bunyi pelik menandakan rakaman itu dipasang.

Rakaman ini lain daripada bukti di telefon Taesil. Taesil hanya ada bukti kecurangan Inna sahaja tapi yang ni... Lain.

"Hahahaha!

Ok! Mesti kau orang pelikkan. Macam ni ceritanya..."


Entah kenapa rasa macam best pula menulis chapter ni. Tangan saya ni pun cepat menulis tentang part terakhir ni. Wah!! Baekhyun!! Pandai kau!!

Ok. Chapter 41 nanti akan ada cerita sewaktu Luhan pergi berjumpa dengan Xiumin pada waktu mula sekolah tadi...  Hehe... Korg mesti tak sabar nak tunggu chapter selepas ni, kan? Me too. Hohoh. Inna!! Kau tunggu je lah! Wah! Seronoknya ^O^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting