001 *

You're My Enemy [EDITED]

Lee Hi - 1,2,3,4


 

"Yah, periksa akhir tahun dah nak muncul, kau dah bersedia ke belum?" tanya rakannya, Youri, ingin tahu. Taesil yang baru nak menyuap nasi ke dalam mulutnya, berhenti. Dia masih mengangakan mulutnya tetapi sudu tu tak sempat masuk ke dalam mulutnya lagi.

Soalan tu memang, memanglah! Dia sensitif betul bila ada orang tanya soalan yang macam tu. Jadi, dia hanya diam. Malas nak menjawab. Topik pasal peperiksaan je mesti dia akan mental breakdown sebab kenyataannya dia tetap akan mendapat nombor terakhir walau apa yang dia buat. Dia ni bukannya pandai sangat. Belajar pun malas. Taesil buat tak kisah dan menyambung acara makan yang tergendala tadi. Ish, mengganggu je!

"Belum" jawab Taesil sepatah tanpa nada.

"Belum? Peperiksaan tu bulan depan je kot" Youri memandang Taesil yang sedang menguyah makanannya, tak percaya. Dia ni biar betul. Tak fikirkan masa depan dia ke?

Tapi dia dah masak sangat dengan perangai Taesil ni. Haih lah..

"Ala, bulan depankan. Lambat lagi" 

"Lambat lah sangat. Kau tak nampak ke? Waktu-waktu macam ni semua pelajar yang macam kita ni, belajar bersungguh-sungguh. Pelajar yang pakai uniform sekolah yang macam kau tengah pakai tu.." Taesil melihat uniform yang melekat di badannya tanpa reaksi. "Semuanya tengah bela-"

Loceng tanda rehat dah habis berbunyi. Taesil menyumbat suapan terakhir ke dalam mulutnya dengan cepat dan mencapai air kotak yang dia beli tadi lalu terus bangun dari duduk sambil mengangkat dulang makanannya. Hu~ rehat dah habis. Kenyang perut!

"Youri, rehat dah habis. Jom masuk kelas nanti kena marah pula" Taesil jalan pergi meninggalkan Youri yang membuat muka dan masih duduk di tempat yang sama. Tahu sangat yang itu hanya alasan je.

Taesil mana pernah kisah dengan kelas!

Apalah nak buat dengan kawan dia yang seorang ni?

 


 

"Saya dah balik!" Taesil berjalan melalui ruang tamu untuk pergi ke tangga yang berada tidak jauh di hadapannya.

Hala tuju dia hanyalah satu je. Bilik dia yang tersayang. Omg! Katil yang empuk sudah memanggil. Memikirkan tentang katil dia yang berwarna biru laut itu, membuatkan dia tersenyum sumbing seorang diri. Mummy dah nak sampai, baby~ Tunggu ye~ 

Lagi beberapa langkah sebelum kakinya sempat memijak anak tangga yang pertama, dia terdengar ommanya memanggil dia dari ruang tamu yang berada di sebelah kirinya.

Apa lagi ni? Baru je nak landing dekat atas katil, berehat. Ommanya tak tahu ke yang dia penat perah otak masa sekolah tadi mendengar macam-macam benda yang dia tak berapa nak faham. Penat mental dia, lagi penat fizikal dia.

Aik? Bukan patut terbalik ke?

"Deh omma?" Walaupun begitu dia tetap menjawab dengan nada yang sopan. Kakinya dibawa mendekati ommanya yang sedang duduk di atas sofa. Dia hanya nampak tepi ommanya sahaja.

Ommanya tiba-tiba bangun dari duduknya. Apa benda lah tu.

"Boleh terangkan?" omma Taesil mengangkat sehelai kertas yang berwarna putih. Taesil cuba melihat isi kertas itu. Apa tu? Tak nampak apa benda yang omma dia pegang.

"Apa benda tu?" Macam mana nak terangkan kalau tak nampak apa yang tertulis di atas helaian kertas itu.

Dia mengecilkan matanya. Dah tahu rabun tak nak pakai terus cermin mata. Ish!

N-nanti d-dulu!

Taesil terkaku apabila dia mengenali kertas apakah itu. Matanya membesar. Mukanya nampak macam dia nak terbersin, dengan mulut terbuka besar. But no, dia bukan nak bersin, dia nak menjerit.

"I-i-i-tu ke?" Omma Taesil bergerak beberapa langkah untuk berdiri di hadapan Taesil sambil menunjukkan terang-terang isi kertas tu di hadapan muka Taesil.

Biar dia nampak sikit. Betapa sakitnya hati aku! gumam omma Taesil geram.

"Ya! Benda ni! Markah peperiksaan pertengahan kamu! Wah, kalau omma tak selongkar almari kamu hari ni, mesti sampai bila-bila omma tak jumpa keputusan peperiksaan kamu ni! Ni apa? Matematik 15%? Sains 19%? Sejarah 11%?! Fail?! What is this?!! Ini markah peperiksaan pertengahan kamu?!! Choi Tae Sil?!"

Omg! Omma dah panggil nama penuh! Bahaya! Dia kena selamatkan diri, cepat!

"Omma~" Taesil membuat suara manjanya. Bersama dengan liang-lenggok lagi. Geli tengok.

"Apa omma omma. Keputusan teruk macam ni" Omma Taesil meletakkan jarinya pada ubun-ubun. Pening! Pening betul dengan anak tunggal dia ni! "Aigoo~ Kamu belajar ke tak?"

"Mestilah!" tipu sunat. Tak mengapa.

"Kalau belajar kenapa dapat markah rendah ni? Ini bukan kali pertama. Dah banyak kali kamu bawa balik markah rendah. Aigoo~ Aigoo~ Apa omma nak buat dengan kamu ni!"

Taesil hanya menunduk. Ada lah sikit rasa serba salah. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh selalu dapat markah yang rendah. Otak dia ni.. kenapa lembab sangat?!

"Kalaulah kamu macam anak jiran kita tu. Dah lah handsome, sopan, bijak lagi. Dia selalu dapat nombor satu dalam peperiksaan, tak macam kamu, nombor 300? Kedudukan yang terakhir! Aigoo~ Malu omma dengan Puan Oh. Aigoo~ Kalau nak berharap yang kamu ni macam Sehunnie tu memang tak kan menjadi kenyataan lah. Sampai bila-bila pun! Ugh! Aigoo~" Omma berlalu meninggalkan Taesil pergi ke dapur sambil mengurut kepalanya. Taesil masih kaku berdiri di tempatnya.

W-what?!

'Sehunnie? Sehun?! Malaun mana si Sehunnie itu?! Huh!' Taesil memijak anak tangga dengan geram. Seperti dia seorang gorila yang nak menyerang seseorang. Dengan geram dia masuk ke dalam biliknya.

 

Jam di dinding biliknya sekarang menunjukkan pukul 8:30 malam. Selain dari tidur, waktu makan juga adalah kegemarannya. Taesil turun bawah. Hu~ Tak sabar nak makan! Di meja makan sudah ada omma dengan appanya. Wah, terliur dia melihat lauk-pauk yang terhidang di atas meja. Dengan pantas dia mengambil tempat duduk iaitu bertentangan dengan appanya. Ommanya memberi semangkuk nasi panas dekat Taesil lalu duduk di sebelah appa Taesil. Sesi makan-makan pun bermula.

"Yeobo" Omma Taesil memulakan perbualan.

Taesil tidak mengendahkannya kerana sekarang dia tengah menikmati masakan terbaik air tangan ommanya. Omg! Sedapnya!

"Hmm" Appa Taesil mencapai sayur yang berada di hadapannya.

"Yeobo tahukan keluarga Oh?" Entah kenapa telinga Taesil mula rasa gatal. Dia buat seperti dia tak dengar tapi dia macam boleh tahu je, butir yang omma dia nak bualkan.

"Keluarga Oh? Ah~ Mestilah kenal. Oh itu kawan saya. Kenapa awak tanya?" Appa Taesil tersenyum senang apabila teringat tentang kawan rapatnya itu lalu menyuap makanan ke dalam mulutnya. 

"Awak tau tak.. anak mereka tu, Sehun. Sehunnie..." Appa Taesil hanya mengangguk, menunggu isterinya menyambung percakapan.

"... Periksa pertengahan tahun dia dapat nombor satu dekat sekolah. Bijakkan. Yelah, mesti susah sebab dia kena menandingi markah pelajar-pelajar yang lain. Bukan sikit tapi banyak. 300 pelajar tapi dia masih boleh dapat nombor satu. Markah dia semua tinggi-tinggi. Saya dengar peperiksaan yang sebelum ni pun dia sentiasa dapat nombor satu. Dah lah pandai, kacak lagi..." sedang Omma dia bercakap pasal Sehun, telinga dia dah berasap-asap dah. Ommanya macam sengaja je.

Omma! Omma tak nampak ke anak omma depan mata ni? Janganlah asyik puji lelaki tak guna itu je! Tak suka tahu! Tak suka!

Walaupun dia tak menyampuk mendengar omma dia puji banyak-banyak tentang Sehun tetapi dalam hati dia menyumpah seranah budak lelaki yang bernama Sehun tu.

'Sehun, Sehun, Sehun. Tak habis-habis dengan Sehun. "Sehunnie tu bijak, kacak, selalu dapat nombor satu dekat sekolah, tak macam anak kita ni asyik dapat nombor terakhir je" Argh! Geram aku dengan budak lelaki yang bernama Sehun tu. Pandai sangat ke budak tu? Entah-entah omma silap orang. Kacak sangat ke dia tu? Entah-entah tak handsome mana pun. Yelah taste omma mestilah lain dari aku.

Huh! Aku berani jamin yang dia itu sebenarnya tak handsome mana pun. Hish, tak guna punya Sehun! Disebabkan kau lah, sekarang omma dah tak sayangkan aku lagi! Daripada tadi cakap pasal kau je. Sehun sana, Sehun sini, huh! Mulai hari ni, saat ni, bulan ni! Kau!! Lelaki yang bernama Oh Se Hun!!! Officially become my Enemy!! You're My ENEMY!!!' Taesil menjerit dalam hatinya.

'Rasa macam nak patahkan je chopstick besi yang ada dalam tangan aku ni. Ugh! Geramnya!' Tapi tak boleh juga. Chopstick ni besi. Huh! Lembab betul


Ngantuknya...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting