022 *

You're My Enemy [EDITED]

Exo - Don't Go


 

"D.O, kau percaya ke?" tanya Kai. D.O memandang Kai.

"Aku dah lama percayakan dia orang. Aku percayakan Kris dengan Xiumin" kata D.O sambil tersenyum.

"Kalau D.O percaya... aku percaya" kata Kai tiba-tiba.

"Yah! Buktinya. Buktinya mana?" tanya Tao sambil mengeluarkan tangannya menunjukkan gaya 'mana'. Chanyeol juga mengangkat tangan.

"Kalau Kai percaya, aku pun percaya" kata Chanyeol dengan senyumannya. Baekhyun memandang Chanyeol.

"Aku pun" Baekhyun pula mengangkat tangan. Luhan meneguk air di dalam cawan dengan senyuman.

"Baekhyun percaya, aku pun. Lagipun semua tu masuk akal jugak, kan. Aku dah lama syak Inna tapi aku tak endahkan je, sorry. We Are One, kan" Chen tersengih. Lay hanya mengangguk je tanpa berkata apa-apa. Lay percayakan mereka semua.

"Tao-ah~" kata Luhan.

"Aku tunggu bukti kau, Taesil." Tao menunjuk Taesil dengan muka tak puas hati.

"Yah! Kau dah nampak apa yang jadi dekat Taesil, kau nak bukti apa lagi? Kau sendiri sedar perbezaan luka Taesil dengan Inna, kan? Cuba guna otak sikit!" jerit Youri. Au!! Budak seekor ni! Bebal! Samalah macam si Sehun tu. Bebal!

"Yah! Aku lagi tua dari kau lah!" marah Tao.

"Siapa kata? Kita sebaya, kan?" D.O menutup mulut Youri untuk mengelakkan pergaduhan lagi.

"Aohpahfiwdhpa!!!"

"Ahhh!!!" jeritan D.O memenuhi ruang tamu apabila Youri menggigit tangan D.O.

Yang lain ketawa. Baguslah, keadaan dah semakin bagus. Tao masih diam. Mungkin dia masih was-was lagi. Rasa macam nak tumbuk je muka mamat ni. Ugh!

"Sehun macam mana?" tanya Lay pula. Semua diam buat seketika.

"Kalau Sehun, agak susah sikit. Kalau kita bagitau sekarang dekat dia, mesti dia takkan percaya. Mungkin dia akan membenci kita" kata Xiumin.

"Lagipun perasaan Sehun dekat Inna betul-betul ikhlas" bisik Luhan perlahan.

Pintu rumah dibuka dari luar. Omma Taesil masuk ke dalam dengan banyak plastik di tangannya. D.O, Chen dan Suho membantu mengangkat plastik yang banyak dan letakkan di atas meja di dapur. Televisyen di on kan semula. D.O, Suho, Chen, Chanyeol dan Youri membantu omma Taesil memasak di dapur. Hal telah dibincangkan. Cuma mereka masih tak tahu apa motif Inna nak dapatkan kepercayaan Sehun. Bukannya Inna tak kaya. Dia kaya kan?

"Peperiksaan akhir tahun dah nak dekat, bukan? Apa kata kita buat study group dekat sini?" cadang Lay.

"Oh! Baguslah lah tu. Taesil ni banyak ketinggalan pelajarannya. Lagipun Sehun dah berhenti mengajarnya" kata omma Taesil apabila terdengar cadangan Lay.

"Sehun mengajar Taesil?" tanya Luhan dan memandang Taesil yang baru turun tangga.

"Iya. 2 minggu lepas, ommo-nim minta Sehunie jadi cikgu Taesil sebab Sehunie tu pandai dan selalu dapat nombor 1 di sekolah jadi bolehlah kalau dia nak mengajar Taesil yang tak berapa nak pandai ni" kata omma Taesil.

"Wah, tak sangka Sehun mengajar orang. Selalunya, kalau ada orang minta dia mengajar berminggu-minggu, mesti dia tolak" kata Baekhyun tak percaya.

"Ommo-nim risau sekarang ni sebab pelajaran Taesil asyik ketinggalan je. Periksa dah nak sampai dah" kata omma Taesil risau.

"Tak perlu risau, ommo-nim. Kalau nombor 1 tak ada, nombor 2 ada di sini" kata Xiumin sambil tersenyum.

"Nombor 2? Siapa selalu dapat nombor 2?" tanya omma Taesil teruja. Taesil pun tak ingat siapa.

"Luhan, ommo-nim. Dia selalu dapat nombor 2 di sekolah. Kita orang semua ni pelajar yang pandai-pandai. Hehe. Kita orang semua dalam Top 20" Taesil ternganga.

"Oh! Betul ke?" tanya Taesil teruja.

"Kau tak tau? Kau punya crus-" Taesil terus menekup mulut Youri dan Youri tersedar apa dia nak cakap tadi.

"Tak tahu lah. Haha" Taesil tekup mulut Youri rapat-rapat. Youri memberi pandangan maaf pada Taesil manakala Taesil memberi jelingan maut. Taesil lepaskan tangannya.

"Ish, kau ni bahaya betul lah!" bisik Taesil.

"Baguslah Luhan dan kawan-kawannya ada. Tak ketinggalanlah Taesil nanti" kata omma Taesil sambil tersenyum.

"Oh ya, nama kamu ni apa? Ommo-nim tak tahu pun. Banyak pulak tu" tanya omma Taesil lagi dan mulalah sesi perkenalan diri tetapi Luhan dengan Youri tak perlulah.

Keputusan dah dibuat, selain dari Xiumin, Luhan dan Kris, mereka akan buat-buat yang mereka tak pernah dengar apa-apa cerita dari Taesil untuk melindungi Sehun sewaktu mereka tengah sibuk dengan peperiksaan. Lepas periksa nanti baru dia orang akan beritahu Sehun. Perlahan-lahan cuba mendapatkan kepercayaan Sehun.

Peperiksaan hampir tiba, lagi dua minggu lagi selepas tu mereka akan mendudukinya. Sekarang, Luhan pula akan mengambil tempat Sehun untuk menjadi guru Taesil setiap malam tetapi pada hari sabtu dan ahad pula semua akan datang ke rumah Taesil untuk belajar bersama-sama.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting