017 *

You're My Enemy [EDITED]

Infinite - Bad


Warning: Tak tau lah patut dipanggil warning ke tak tapi... chapter ni ada yang mengakibatkan darah, pergaduhan dan penjelasan

 

"Luhan?"

Tiada jawapan. Dia sedar kelas itu kosong sahaja, hanya ada satu meja pelajar yang berada di belakang kelas. Tiba-tiba dia rasa seseorang menolaknya dari belakang. Dia terjatuh ke lantai. Dia terdengar pintu ditutup, terus dia memandang ke arah pintu. Inna senyum sinis sambil berpeluk tubuhnya melihat Taesil yang cuba bangun semula. Taesil rasa lutut dia sakit akibat ditolak jatuh tadi.

"Apa benda ni? Mana Luhan?" tanyanya sambil menepuk sikunya tetapi rasa sakit apabila menyentuh sikunya jadi terus dia melihat sikunya. Taesil mengaduh melihat darah dari luka yang berada di sikunya. Mesti akibat dia jatuh tadi. Taesil melihat lutut kirinya yang juga ada luka.

"Luhan? Kenapa Luhan nak datang sini?" Taesil memandang Inna dengan kerutan di dahinya.

"Habis, sura-" Taesil terdiam. Dia dah faham. Rupanya ini semua rancangan Inna. Aduh! Kau ni bebal lah, Taesil! Kenapalah kau boleh percayakan tulisan dari surat itu? Patutlah siap guna orang suruh hantar surat bagai. Inna mendekati Taesil. Ekspresi yang Inna tunjuk ni lain dari ekspresi innocent yang dia tunjuk pada orang lain.

"Aku tunggu saat ni tiba. Kau! Kaulah penyebab hubungan aku dengan Luhan hancur. Disebabkan kau lah Luhan marah aku!" Inna menunjal-nunjal bahu kiri Taesil. Taesil tidak endahkan rasa sengal di bahunya. Apa masalah budak ni?

"Apa aku pulak!" Taesil menepis tangan Inna.

"Memang kau pun! Kalau kau tak muncul depan Luhan mesti Luhan akan percayakan aku" Taesil mendengus kasar.

"Yah! Kau dengar sini, ek! Semua yang terjadi ni sebab kau sendiri! Tak sedar lagi ke?!" Dia rasa marah sekarang ini. Marah yang teramat. Lepas satu, satu. Macam-macam! 

"Sebelum ni kau bagi warning dekat aku supaya jauhi Sehun tetapi sekarang tiba-tiba kau nak Luhan pulak. Aku ingat kau memang betul-betul sukakan Sehun tapi kenapa sekarang Luhan pulak? Perempuan jenis apa kau ni?!" jerit Taesil. Luhan tu crush aku tau tak? Ugh! Bebal! Bebal!

Inna menunjal kedua-dua bahu Taesil dengan kuat.

Taesil tak dapat mengimbangkan diri jadi dia terjatuh ke belakang, nasib baik belakangnya terlanggar dinding, kalau tak sengal punggungnya. Kedudukan kelas ni jauh dari kelas lain jadi kalau dia orang terjerit-jerit dekat dalam kelas ni mesti orang lain tak akan dengar lagipun bangunan ni tak ada sesiapa pun nak guna. Lainlah kalau ada orang nak ponteng kelas. Kebanyakan mereka, adalah yang datang melepak di bangunan ini.

"Memang aku bagi warning dekat kau pasal Sehun. Itu sebab kau cuba rampas Sehun aku!" Inna merenggut koler Taesil. What the heck minah ni!

"Sejak bila Sehun itu hak milik kau? Dia hak milik diri dia sendiri, ok?!" Taesil menepis tangan Inna yang mencengkam koler uniformnya.

"Sehun milik aku seorang! Aku tau yang dia suka aku. Dah lama aku dah aku tau jadi aku gunakan perasaan dia tu. Dulu, dia sendiri janji yang dia akan lindungi aku. Jadi tak salah kan kalau aku cakap aku perlukan perlindungannya? Kalau orang lain tak percayakan aku sekurang-kurangnya masih ada Sehun untuk percayai aku" Taesil menolak Inna dengan kasar.

"Kau gunakan perasaan Sehun!" Taesil menampar pipi Inna.

"Kau telah buat hubungan persahabatan dia orang hancur! Kau tau tak!" Inna ketawa jahat.

"Memang itu yang aku nak" Amarah Taesil bertambah-tambah melambung. Sakitnya hati memandang wajah perempuan macam dia ni! Dia fikir dia boleh miliki semuanya?

"Itulah balasan dia, sebab tolak aku malam tu. Luhan memang tak tampar aku pun. Aku ajak Luhan untuk berjumpa supaya kitaorang dapat bersama balik. Kalau kitaorang bersama semula mesti Luhan akan mempercayai aku semula tapi malangnya dia tak nak. Dia marahkan aku sebab aku curang dekat dia dulu. Tetapi sebenarnya aku curang pun sebab Luhan dulu membosankan jadi aku cari lelaki lain yang lebih baik untuk dipermainkan tapi tak sangka dia dapat tau. Aish, kisah lama yang menyakitkan hati betul. Kalau dia tak nampak aku masa itu mesti sampai sekarang aku dengan dia masih bersama"

Mata Taesil berapi mendengar penjelasan Inna. Suhu badannya mula menaik. Hendak sahaja dia menumbuk perempuan yang berada di hadapannya ini sehingga lunyai.

"Jadi oleh sebab dia tak terima aku semula, aku rasa nak balas balik. Mungkin dengan... menghancurkan persahabatan dia orang? Kau tau kan yang dia orang tu rapat. Macam belangkas. Dan yang paling seronoknya... aku tak sangka dia orang bodoh sebegini" tak boleh jadi ni. Taesil terus menerkam ke arah Inna dan mencengkam rambutnya. 

Mulalah pergelutan di situ. Inna menampar pipi Taesil. Taesil ingin menendang Inna tetapi Inna elak jadi Inna pun menolak Taesil dengan kuat sehingga Taesil jatuh ke belakang. Auch! Punggungku.

"Aku ingat dulu kau memang betul-betul sukakan Luhan sebab tu kau couple dengan dia tapi kau tak pernah sukakan dia pun! Kau hanya mencari kepercayaan dia orang untuk kegunaan kau sendiri!" jerit Taesil. Inna ketawa sinis sambil menampar pipi Taesil. Taesil menutup mata menahan kesakitan. Taesil menendang Inna jadi Inna pun terkebelakang. Pergaduhan mereka agak dahsyat juga. Taesil bangun dengan badan yang menggelatar. Dia masih lagi boleh ketawa?

"Aku tak sangka kau pun bodoh macam dia orang juga. Siapa sangka dulu dia orang semua sukakan aku dan berebutkan aku?! Tapi akhirnya aku pilih Luhan sebab dia baik sangat pada aku" Taesil rasa badan dia sakit-sakit tapi dia cuba tak endahkan kesakitan itu.

"Berani kau menghina aku dengan dia orang! Kenapa kau nak ganggu persahabatan dia orang jugak?!" Inna menampar Taesil secara tiba-tiba tanpa Taesil bersedia untuk mengelak membuatkan Taesil senyap.

"Suka hati aku lah." kata Inna dengan nada yang ditekan. "Kau sama je macam Kris dengan Xiumin, suka je nak menghancurkan rancangan aku. Tapi bila difikir-fikirkan balik, kes kau ni lain sikit sebab bila kau nak hancurkan rancangan aku, waktu tu jugaklah kau bantu aku. Unik kan? Malah kau makin buatkan Sehun bertambah percayakan aku"

Taesil rasa banyak perasaan negatif mengelilinginya. Inna mengambil peluang itu dengan menendang perut Taesil dan Taesil jatuh ke belakang. Taesil bersandar ke dinding. Taesil rasa lepas ni mesti badan dia ada banyak lebam. Kepalanya berpusing-pusing. Belakang kepalanya terkena dinding sekali, itu yang rasa berpusing-pusing tu.

"Aku benci kau! Aku benci kau! Macam mana kau boleh dapatkan kepercayaan Luhan macam tu je?! Malah Sehun pun! Dia hampir menanyakan perkara sebenar semalam tetapi nasib baik aku ada otak yang pandai, aku mengelak dari soalan dia! Aku teramatlah bencikan kau! Benci sangat-sangat! Kalau aku tak dapat kepercayaan Sehun dengan kawan-kawan dia mesti rancangan yang aku bina 15 tahun ni akan hancur begitu je tapi aku takkan benarkan semua itu terjadi" Taesil cuba mendekati Inna tetapi Inna menendangnya dengan kuat jadi dia terkebelakang semula. Kenapanya terhentak ke dinding lagi. Dia rasa macam ada cecair menurun ke mukanya. Badan Taesil menggelongsor ke bawah. 

"Aku takkan benarkan! Tak kiralah Luhan, Kris, Xiumin mahupun kau, sentuh rancangan aku!" Inna menyepak Taesil yang duduk bersandar ke dinding lagi. Kepala Taesil berdenyut-denyut. Dia menyetuh cecair yang mengalir di pipinya dan melihat cecair itu adalah darah dari luka di kepalanya. Inna ketawa melihat keadaan Taesil yang teruk macam tu.

"Seronoknya aku dapat lepaskan geram aku dekat orang yang lembab macam kau" sakitnya. Walaupun sakit dengan perlahan-lahan Taesil bangun dan mendekati Inna yang sedang ketawa.

"Apa? Setiap tumbukan yang kau beri tu terlalu sikit berbanding dengan apa yang aku pernah rasa sebelum ni"

Sepatutnya perkataan benci tu dia yang cakap bukannya Inna. Dia bencikan Inna sangat-sangat. Sepatutnya bukan Sehun yang menjadi musuhnya. Inna yang sepatutnya menjadi musuh utamanya.

"Kalau Luhan aku tak dapat, aku ada Sehun. Lagipun, sekarang aku sedar yang dia lebih baik dari Luhan. Ni lah yang bagus kalau aku ada ramai kuli. Keputusan aku memilih Luhan dulu memang salah. Sepatutnya aku pilih Sehun dari dulu, kalau aku pilih Sehun mesti dia akan sentiasa mempercayai aku dan perasaan 'cinta' dia tu mungkin akan mekar macam dalam kebanyakan drama lah katakan. Tak sabar aku nak tunggu Sehun melamar aku jadi isteri dia nanti"

Inna jadi isteri Sehun? Entah kenapa memikirkan Inna bersama Sehun membuatkan rasa marah dia makin bertambah. Dia takkan benarkan semua itu berlaku! Tak mungkin! Dia takkan benarkan masa depan Sehun berubah menjadi lebih teruk disebabkan Inna! Perempuan yang tergila-gilakan kepercayaan orang demi kepentingan diri sendiri. Entah dari mana datangnya tenaga yang dia dapat ini, dia terus tampar muka Inna dengan kuat. Bunyi tamparan itu juga kuat membuatkan Inna terjatuh dengan Taesil berada di atasnya. Taesil menampar muka Inna banyak kali untuk melepaskan rasa amarahnya.

"Aku tak sangka aku jumpa perempuan yang teruk macam kau ni!" tampar sekali.

"Aku pun bencikan kau! Malah benci aku ni lebih besar dari benci yang kau rasa!" tampar lagi.

"Aku bencikan perempuan yang suka menghancurkan hidup orang lain dan hidup aku juga!" wajah Inna mempunyai banyak luka.

"Aku benci kau sebab kau lah punca persahatan antara Sehun dan Luhan hancur! Sebabkan kau! Tapi kau dengan otak yang licik tu buatkan aku jadi mangsa! Aku tak sangka aku akan terjebak dalam masalah kau orang ni. Tapi bila difikir-fikirkan balik, aku rasa bagus kalau aku masuk... Kau tau sebab apa? Sebab aku nak sangat menjadi orang yang menghancurkan rancangan kau itu!"

"Aku pasti kau takkan dapat sentuh satu pun rancangan aku. Lepas ni Sehun tak akan percayakan kau lagi dah. Dia takkan percayakan siapa-siapa pun melainkan aku dan aku akan sentiasa bersama dengan dia. Dia akan percayakan cerita aku dan bencikan kau terus" Taesil berhenti menampar dan mendengar kata-kata Inna.

"Lepas tu rancangan aku akan berjaya. Aku akan dapat jauhkan diri dari dunia yang aku bencikan tu. Aku takkan balik semula ke dunia yang teruk tu. Taesil... bersiap sedia lah" Inna tersenyum sinis walaupun muka dia teruk disebabkan tamparan berbisa Taesil. Taesil sedang mengangkat tangan untuk melepaskan tamparannyanya lagi tetapi belum sempat dia lepaskan, Inna...

"TOLONG!! TOLONG SAYA!! TOLONG!! SESIAPA TOLONG SAYA!! ADA ORANG NAK BUNUH SAYA!! TOLONG!! CHOI TAE SIL NAK BUNUH SAYA!!" Taesil terpinga-pinga mendengar jeritan Inna. Darah Taesil menitik kena muka Inna. Sekarang ni terdapat banyak darah di baju sekolah Taesil. Baju sekolah Inna juga ada darah tapi tak banyak. Darah itu pun dari darah di luka di dahinya. Rambut mereka kusut masai. Tetapi.. Kenapa Inna...?

Jawapan kepada soalan Taesil terjawab apabila pintu kelas 7 ditendang dari orang luar. Taesil memandang ke arah pintu. Dua orang lelaki yang sangat dia kenali melihat dia dan Inna dengan wajah yang terkejut.

"Inna!"

Habislah...


Selalunya orang buat pergaduhan antara lelaki tetapi ni perempuan pulak...

Haha... Pelik ke? (ketawa kekok)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting