006 *

You're My Enemy [EDITED]

Iu - Good Day

 


 

"Saya dah balik" Taesil menyusun kasutnya di dalam rak dan melalui ruang tamu seperti biasa. Tetapi, belum sempat dia nak pijak anak tangga pertama, dia dah dengar ommanya memanggil namanya dari ruang tamu. Jadi, Taesil pun pergi ke ruang tamu.

"Ya, ada apa?"

"Taesil-ah, omma dah buat keputusan" Taesil duduk di sebelah ommanya di atas sofa. Keputusan apa pulak ni?

Tak mungkin! Adakah omma nak kahwinkan dia dengan keluarga yang lebih kaya macam dalam kebanyakan drama yang dia pernah tengok?! Oh Tidak!!

Taesil menelan air liurnya. Dia mula rasa kecut perut. Tak mungkinlah. Dia masih muda. Omma dia tak mungkin dah tak sayangkan anak tunggal dia ni. Please lah!!

"Tak lama lagi kamu dah nak periksa akhir tahun, kan?" Taesil menghela nafas leganya. Ingat pasal apa lah tadi. "Jadi, omma buat keputusan yang omma rasa terbaik untuk kamu. Mulai esok kamu akan dapat seorang cikgu yang akan mengajar kamu semua jenis pelajaran. Home tutor. Lepas sekolah, dia akan datang rumah kita dan mengajar kamu. Jadi bersedia lah ye" terang omma Taesil.

Taesil rasa gembira. Matanya mula bercahaya. Dia memang nak ada seorang guru yang akan fokus mengajar dia seorang sahaja sebab dia rasa kalau dia nak belajar sendiri memang mustahillah. Ceh, kata pandai!

"Ye ke?! Terima kasih, omma! Sayang omma ketat-ketat!" Taesil memeluk ommanya erat. Omg! Dia dah ada home tutor!

"Kamu tak perlu risau tentang periksa lagi dah sebab omma jamin dengan adanya cikgu ni kamu mesti akan berjaya. Jadi, omma harap kamu belajar bersungguh-sungguh dengan dia" Taesil menganggukkan kepalanya laju-laju. Kalau dah ada home tutor, omma dah tak perlu risau lagi dah. Jangan risau omma!

"Deh! Omma, siapa cikgu yang akan mengajar Taesil tu? Taesil kenal ke? Cikgu sekolah, Taesil? Omma nampak yakin je. Omma pasti ke dia berjaya menukar keputusan akhir tahun Taesil nanti? Youri ke?" Taesil bertanya teruja.

"Tak. Bukan. Youri pun bukan. Omma tak pastilah kalau kamu kenal dia ke tak tapi yang omma pasti dia sama sekolah dengan kamu. Dah lah. Kamu tu cepat naik atas, mandi. Busuk betul kamu ni. Lepas tu, turun makan malam. Omma nak masak ni" omma Taesil mula nak bangun.

"Baiklah, puan!" kata Taesil dengan senyuman yang melebar. Dia bangun dan terus masuk ke dalam bilik, campak beg sekolah di atas katil, ambil tuala, mandi dan sebagainya.

 

"Baguslah kalau ada cikgu mengajar aku! Kalau aku belajar sendiri mesti apa yang aku baca tu akan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Buang masa je membaca benda yang aku tak faham langsung. Lagi-lagi dengan mata pelajaran matematik tu" Taesil mencebik. Taesil ni hater kepada matematik nombor 1. Tak sangka dia baru sedar yang dia tu tak pandai sebenarnya. 

Lepas makan malam, Taesil masuk ke dalam bilik dan menghenyakkan badannya di atas katil memikirkan yang dia dah berjaya mendapat nombor 1 dalam periksa akhir tahun. Taesil tersengih-sengih lalu memulakan angan-angannya yang merapu itu...

"Tahniah kepada Choi Tae Sil yang berjaya mendapat nombor 1 dalam peperiksaan akhir tahun ini dan sekali gus mengalahkan Oh Se Hun yang mendapat nombor terakhir" Cikgu Go, cikgu yang selalu memarahinya itu tersenyum bangga sambil berucap di hadapan di atas pentas ketika perhimpunan. 

"Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang selalu membantu saya dalam pelajaran seperti Cikgu Putera yang telah bersusah payah mengajar saya di rumah. Dan kau! Oh Sehun, aku ucapkan tahniah kepada kau sebab kau dapat nombor terakhir dalam periksa akhir tahun ni dan sekali gus menjadi kuli aku!" Taesil menunjuk ke arah Sehun. Sehun yang sedang duduk di atas kerusi untuk perlajar itu mengangkat sebelah keningnya. Taesil anggap putera (yang sebelum ni) sebagai cikgunya.

"Aik, sejak bila aku bersetuju nak jadi kuli batak kau?" tanya Sehun dengan riak bengangnya.

"Sejak kau mendapat nombor terakhirlah! Aku kata kuli je, mana ada batak" belum sempat Sehun jawab apa-apa Taesil menyambung lagi.

"Dan kau! Yoo In Na!" jari telunjuk Taesil beralih ke Inna yang sedang menggigil ketakutan. Tau pun takut!

"Why are you... Uh..." Taesil kembali ke alam nyata.

"Menggigil dalam bahasa inggeris apa ek?" tanya Taesil kepada dirinya sendiri.

Fikir punya fikir, Taesil rasa penat. Dia dah lupakan tentang angan-angan merapu dia tu. Dia malas nak cari dalam kamus jadi dia sekadar berbaring di atas katilnya dan mula menekan-nekan papan kekunci di lap topnya. Tiba-tiba dia teringat tentang kejadian dekat sekolah tadi yang membuatkan Taesil menutup lap top dia dengan kasar.

Dia hentak macam tu je? Kesian lap top tu! Tak reti jaga barang ke apa? Taesil mendengus kasar. 

"Heol! Berani dia sebut nama penuh aku. Aku tak bersalah pun lah! Tak guna betul. Yah! Yang kau percayakan perempuan talam dua muka tu kenapa, ha?!! Aku ingat kau pandai tetapi sama je macam budak sekelas kau tu, lembab! Apa hubungan kau dengan perempuan tak guna tu?!! Tak guna! Tak guna! Tak gunnnaaa!! Oh Se Hun Tak Gunnaa!! Aku benci kau, Oh! Se! Hun!!" Taesil menjerit sekuat hati sampai satu rumah boleh dengar, sambil dia menumbuk-numbuk bantalnya dengan kuat.

Omma dengan appa Taesil yang sedang bergelak ketawa di ruang tamu terkejut dan memandang atas tetapi seketika kemudian fokus dia orang kembali ke kaca televisyen yang sedang menayangkan Hello Counselor dan mendengar luahan orang.

"Kenapa dengan anak kita tu, yeobo?" tanya omma Taesil tetapi pandangannya masih terlekat di kaca televisyen.

"Entahlah. Dah buang tabiat kot" appa Taesil menjongket bahu. Haih.. ikut dna siapa lah anak aku seorang ni..

"Dia kata siapa tak guna tadi?" tanya omma Taesil dan ketawa melihat tarian dua orang adik beradik yang pelik dan kelakar itu. 

"Sehun. Oh Se Hun" jawab appa Taesil.

"Sehun?" terus hilang tawa omma Taesil dan memandang appa Taesil. Appa Taesil hanya mengangguk.

Sementara itu...

Sehun yang sedang minum air masak di dapur, tersedak. Air yang belum sempat dia telan tu tersembur keluar mengena lantai. Euw... Dia batuk sambil menepuk dadanya. Tekaknya terasa perit.

"Aduh! Siapa pulak yang mengumpat pasal aku ni?" Sehun mengelap mulutnya yang comot.


Double the update. Today! Yeah! Semalam triple update. Hari ni double update. Mesti kau orang seronokkan sebab nak tau apa jadi nanti...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting