025 *

You're My Enemy [EDITED]

 

Taesil keluar dari rumahnya memakai sweater warna merah yang ada hoodie dan seluar track warna hitam. Dia masukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket sweaternya. Sekarang ni cuaca sangat sejuk betul sebab dah dekat musim sejuk. 

Dia berjalan kaki pergi kedai serbaneka sebab dia nak beli makanan ringan untuk dimakan nanti. Lepas dah pilih makanan dia letak semuanya di atas kaunter. Pekerja yang menjaga kaunter itu mula mengira barang yang Taesil ambil. Sambil itu Taesil menghela nafas apabila teringat perkara semalam.

 

Keadaan jadi senyap. Masing-masing sedang melayan perasaan sendiri. Cahaya bulan menerangi malam mereka.

"Maaf" ucap Taesil perlahan.

"Jadi... adakah lelaki itu orang yang saya kenal?" Masing-masing tak nak pandang satu sama lain.

"Dia... awak kenal dia" Taesil tersenyum. Akhirnya Luhan pandang Taesil.

"Semua kenal dia. Mula-mula saya anggap dia musuh sebab omma selalu cakap pasal dia. Tapi makin lama perasaan benci tu berubah menjadi suka apabila saya mula rapat dengan dia. Agaknya betul cakap orang tua-tua dulu. Jangan membenci nanti lama-lama jadi suka" Taesil tersenyum apabila menceritakan tentang Sehun. Mengingati wajah Sehun.

"Sehun... Sehun, kan?" soal Luhan tiba-tiba. Taesil pandang Luhan terkejut.

"Macam mana... awak tau?" tanya Taesil terkejut. Dia memang terkejut. Sangat-sangat. Dia tak sangka..  Luhan pun pandang Taesil dan tersenyum sedikit.

"Saya nampak dengan jelas. Awak... sukakan dia" Luhan pandang hadapan semula. Luhan mesti rasa apa yang dia rasa sekarang ini. Cinta bertepuk sebelah tangan. Dia pun memahami apa yang Luhan rasa sebab Sehun tidak pernah menyukainya. Malah membencinya

"Tapi... dia tak pernah sukakan saya" Taesil pandang hadapan dan menunduk. Suasana sunyi lagi.

"Saya... saya tak akan paksa awak untuk berhenti berusaha tapi... walau apa pun yang terjadi... Saya tetap akan tunggu awak... Saya tetap akan tunggu awak"

"Luhan-ah" mereka pandang satu sama lain tetapi Luhan orang pertama yang mengalihkan pandangannya. Taesil masih lagi pandang Luhan.

"Luhan, walaupun lepas ni kita mungkin akan rasa kekok tapi kita tetap kawan, bukan? Kita takkan berpisah, bukan?" tanya Taesil. Luhan ternampak sesuatu di hadapannya tetapi Taesil tak sedar.Taesil tak sedar sesuatu yang berada di hadapan mereka.

Taesil kaku apabila Luhan secara tiba-tiba memeluknya, erat.

 

"Semuanya 20 000 won" kata pekerja kaunter tadi yang membuatkan Taesil tersedar dari mengingati hal semalam.

Taesil keluarkan dompetnya, membayar lalu mengambil plastik beg hitam itu dan masukkan dompet ke dalam poket seluar tracknya. Telefon bimbit Taesil berdering. Taesil menolak pintu kedai sambil keluarkan telefon bimbitnya. Youri berada di panggilan.

"Hmm" Taesil menekapkan telefon bimbitnya di telinga.

"Taesil-ah, kau buat apa?" tanya Youri.

"Keluar beli makanan"

"Malam-malam macam ni?"

"Baru pukul 10 malam" Taesil melihat jam tangannya dan berjalan sambil berbual-bual dengan Youri.

"Kau tak ada makanan dekat rumah ke? Spageti dengan lasagna semalam?"

"Dah habis. Dia orang habiskan semalam" Teringat yang mereka semua yang sudah menghabiskan makanan-makanan dari parti mereka semalam sehingga licin. Lawaklah mereka ni. Mesti tak makan apa-apa masa dekat parti Inna itu.

Taesil menoleh kanan dan ternampak sesuatu di hadapannya. Dia berhenti berjalan. Itu kan...

"Yah, Choi Tae Sil, kau dengar tak?" Taesil tersedar dan mula cakap dengan laju-laju.

"Yah! Aku letak dulu! Ada hal penting ni!"

"Yah! Yah! Apa-" tanpa mengendahkan suara Youri, Taesil terus letak panggilan dan pandang depan semula.

Apa yang dia buat dekat situ malam-malam ni? Apa yang dia buat dekat tempat macam tu? Macam mana dia boleh masuk ke situ? Taesil masuk ke dalam bangunan yang berada di hadapannya dan mengikuti orang yang dia nampak tadi.

Taesil lihat sekeliling. Kenapa Inna masuk club ni dengan baju ketat dan seksi macam tu? Wajah dia pun nampak lain dengan solekan yang tebal dan lipstik yang menyala. Taesil memegang erat telefon bimbitnya ke dada. Taesil masuk ke lorong VIP. Nasib dia baik kerana tidak ada orang yang menjaga pintu ketika dia masuk. Taesil rasa takut apabila dia jalan melepasi orang-orang yang mabuk.

Dia berjalan dengan cepat mengikuti Inna di belakang dengan berhati-hati dan senyap supaya Inna tak perasan. Tempat itu sangat menakutkan Taesil tetapi Taesil gagahkan diri juga. Dia perlu mengetahui kenapa Inna masuk ke sini. Walaupun dengan mekap yang tebal itu, dia masih mengenali wajah musuhnya. Taesil nampak Inna membelok ke kanan jadi Taesil pun dengan berhati-hati ingin belok ke kanan tetapi terus mengambil langkah ke belakang dan bersembunyi di sebalik dinding dengan perasaan yang berdebar-debar dan takut. Dia terkejut dengan apa yang baru dia lihat.

Entah dari mana datang kekuatan ini, dia buka kamera di telefon bimbitnya dan merakam Inna yang sedang berciuman dengan seorang lelaki yang seperti golongan 20-an. Walaupun dia terasa jijik nampak apa yang dia nampak tapi kamera telefon bimbitnya tetap merakam. Mungkin takdir membawa dia ke sini untuk menunjukkan siapa Inna sebenarnya.

Inna pandang lelaki itu dengan senyuman yang menggoda. Muka Inna memang nampak jelas di kamera Taesil. Selepas itu Taesil terus sembunyikan dirinya ke dinding apabila Inna dan lelaki itu masuk ke dalam bilik salah satu bilik VIP yang ada di situ.

Taesil memegang erat plastik beg hitamnya dan melihat sekeliling apabila terdengar bunyi pintu ditutup. Tidak jauh dari situ ada seorang pak cik berjalan ke arahnya dengan keadaan yang terhuyung-hayang. Taesil terkejut dan terduduk di atas lantai. Telefon bimbitnya jatuh. Taesil melihat sekeliling mencari telefon bimbitnya dan terus mencapai lalu bangun meninggalkan tempat yang menakutkan itu.

Taesil tercungap-cungap menahan nafas mencari jalan keluar. Dia tak sedar yang dia pergi terlalu dalam. Dia rasa gembira apabila ternampak jalan keluar. 

Aku selamat! Taesil berlari keluar menjauhi tempat itu. Taesil terjumpa satu bangku dan duduk di atas bangku itu.

"Apakah yang terjadi tadi?"

"Inna... dia... dengan lelaki tadi tu..?"

"Eii, kenapalah tangan aku ni gatal sangat pergi rakam" Taesil mengetuk kepalanya sendiri dan masukkan telefon bimbitnya ke dalam plastik beg warna hitam tadi.

"Nanti... aku boleh tunjuk video tu dekat Sehun! Ni boleh jadi bukti!" jerit Taesil pada dirinya sendiri. Orang yang lalu lalang memandangnya pelik. Taesil ambil hoodie dari sweaternya dan menutup kepalanya.

Taesil tak rasa nak balik rumah lagi jadi dia pergi ke taman berdekatan sambil makan ais krim yang dia beli tadi. Ingat nak makan aiskrim dalam perjalanan balik tadi, tapi ternampak Inna pula. Terganggu konsertasi dia. Taman itu kosong dan tidak berpenghuni. Yelah, dah malam dah pun. Taesil duduk di atas buaian dan membuai buaian itu menggunakan kakinya. Taesil dah tak berani nak pegang telefon bimbitnya. Dia terlalu innocent itu melihat lagi video yang terakam di dalam telefonnya itu.

Taesil buang plastik ais krim ke dalam ke tong sampah dan masuk ke dalam gelongsor yang tertutup pula. Selalunya budak-budak masuk dari atas, dia masuk dari bawah pula. Dia memanjat sehinggalah dia berada di tengah-tengah gelongsor itu. Dia masuk tak turun tapi duduk dalam gelongsor yang tertutup itu. Pandai-pandailah dia menggluekan badannya di dalam gelongsor itu.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kasut tumit tinggi bersama dengan dengusan tak puas hati. Taesil berhenti bergerak. Siapa pula malam-malam datang melepak di taman ni? Bukan aku seorang je ke? Tapi.. Rasa macam kenal sahaja suara itu.

"Kalau bukan sebab kau kaya, aku takkan datang. Kau tau! Sh*t!" dia menjerit mungkin sebab dia ingat dia seorang sahaja yang ada di situ. Mata Taesil membulat apabila dia kenali suara siapakah itu. Tiba-tiba Taesil terdengar telefon berbunyi. Taesil menggelabah. Oh! Oh! Telefon aku ke?!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting