021 *

You're My Enemy [EDITED]

SNSD - You Think 


 Hari ni hari Isnin, esok dia akan hadir ke sekolah semula. Macam manalah dia nak menghadap Sehun esok? Nasib baik kelas mereka tidak sama tetapi.. dia nak berjumpa dengan Sehun. Tengok dari jauh pun boleh lah. Kenapa kedengaran seperti dia desperate pula ni? Loceng rumahnya dibunyikan. Taesil bangun dan melihat monitor yang terletak di dinding rumah. Dia hanya nampak Youri je. Taesil tersenyum. Youri masih memakai baju sekolah. Mungkin baru balik dari sekolah.

Taesil menekan sesuatu di skrin monitor itu dan pergi ke arah pintu rumah. Dia ingat Youri seorang je yang datang tetapi selepas Youri masuk, Luhan pula yang masuk sambil tersenyum dekat Taesil. Taesil terpinga-pinga. Pintu rumah masih dibiar terbuka dan Luhan menyuruh seseorang yang berada di luar rumah masuk. Taesil dah tercegat di situ manakala Youri dah masuk ke dalam. Dan Tao pun masuk ke dalam rumah. Itupun macam dipaksa oleh Luhan dan pada waktu itu Taesil terdengar Youri berkata kepada ommanya.

"Ommo-nim, hari ni kita masak banyak-banyak tau. Hari ni ommo-nim ada BANYAK tetamu. Banyak yang datang" Omma Taesil ternganga mendengar kata-kata Youri. Baekhyun pula masuk ke dalam rumah Taesil dan menunduk hormat dekat Taesil yang masih keliru di situ. Kemudian Chanyeol masuk, D.O, Suho dan yang lain-lain.

"Annyeong haseyo" Taesil pun tunduk hormat dengan muka yang masih keliru. Semua sudah ada di ruang tamu kecuali Taesil dan Luhan yang masih ada di tempat sama. Luhan menutup pintu rumah apabila semua dah masuk ke dalam. Banyak betul kasut yang tersusun di rumahnya hari ni.

"Apa yang mereka semua buat dekat sini?" tanya Taesil tak percaya. Luhan hanya tersenyum.

"Untuk ketahui kebenaran" kata Luhan dan pergi ke ruang tamu.

"Omo, omo, Taesil-ah, banyaknya kawan kamu datang hari ni. Kenapa tak beritahu yang kamu semua nak datang hari ni? Mesti ommo-nim boleh masak banyak-banyak" semua dah duduk atas sofa. Oppss, tak semua. Ada yang duduk atas karpet dan lantai. Mana muat 12 orang duduk di atas sofa yang tidak banyak itu. Youri berdiri di sebelah Omma Taesil dengan senyuman senget. 

Awkward. 

"Eh, eh, tak mengapa Puan Choi. Kalau tak masak pun tak mengapa" kata Baekhyun dengan senyuman. Omma Taesil memandang semua ahli exo.

"Omo, semuanya kacak-kacak. Macam Sehun dan Luhan. Aigoo~ bertuahnya anak omma dapat berkawan dengan lelaki yang kacak-kacak macam kamu semua ni"

"Terima kasih, ommo-nim"

"Ommo-nim, masak dulu lah ya. Kamu semua berbual-bual lah dulu" tanpa sempat mereka menghalang, Omma Taesil sudah masuk ke dalam dapur dengan senyuman.

"Jadi kau orang datang sini sebab nak tau kebenaran?" tanya Taesil memeluk tubuhnya. Entah ada yang nak percaya entah tidak.

Youri sudah duduk di atas lantai di sebelah D.O manakala Luhan duduk di sebelah Xiumin dan Taesil pula duduk di sebelah Luhan.

"Entah kebenaran yang betul ke tak" cemuh Tao.

"Perlahan lah sikit. Jangan sampai omma aku dengar"

"Kita orang dah beritahu banyak benda tapi kau orang tak percaya pun" giliran Kris pula yang memeluk tubuhnya.

"Takkan lah Inna macam tu. Mungkin Xiumin hyung salah orang. Mungkin Xiumin hyung nampak orang lain dan bukannya Inna" bantah Kai. Youri tak pedulikan perbualan serius mereka, dia ambil remote televisyen dan tekan suis on. D.O juga tidak turut serta dalam perbualan itu sebab dia percayakan Kris dan Suho hyung.

"D.O, kau tak rasa benda ni merapu ke?" tanya Kai tak puas hati.

"Tak" kata D.O sepatah tanpa memandang Kai. Kai membuat muka tak percaya.

"D.O!"

Omma Taesil keluar dari dapur dan berlari kecil pergi ke tingkat atas untuk masuk ke dalam biliknya. Chen memukul bahu Kai sebab Kai menjerit nama D.O dengan kuat. Taesil melihat ommanya. Beberapa minit kemudian, omma Taesil keluar dari biliknya siap menukar pakaian. Taesil pelik.

"Omma nak pergi mana?" tanya Taesil.

"Nak pergi pasar. Barang memasak dah habis. Hari ni omma nak masak banyak-banyak. Lagipun kawan kamu tu bukannya datang selalu" yang lain memandang omma Taesil.

"Tak mengapalah Puan Choi. Bahan tak banyak jadi tak perlulah susah payah memasak untuk kita orang" kata Chen sopan.

"Kita orang datang sini sekejap je. Tak lama pun" sambung Suho pula.

"Aigoo~ Tak susah mana pun. pasar tu dekat je. Kamu semua buat lah macam rumah sendiri, ya. Ommo-nim, nak keluar dulu. Taesil-ah, sediakanlah air untuk tetamu kamu tu. Oh ya, panggil ommo-nim, ommo-nim je. Tak perlu puan-puan sangat. Ok" Taesil mengangguk lalu menghantar ommanya ke pintu rumah.

"Berbincanglah baik-baik, ya" kata omma Taesil perlahan untuk pendengaran mereka sahaja. Taesil pelik tapi mengangguk sahaja. Omma dia tau ke?

Taesil masuk ke ruang tamu semula. Mereka agak bising. Ada yang membantah, ada yang marah, ada yang frustrated. Youri sudah menghilang entah ke mana, rupa-rupanya dia ada di dapur. Taesil pun pergi ke dapur. Tak mahu berada di tempat yang ada banyak perbalahan itu. Boleh pening jadinya.

"Ah, bising betul dia orang ni! Kau memang nak beritahu ke?" tanya Youri apabila ternampak Taesil.

"Dia orang dah datang, bagitau je lah. Lagipun, aku perlu hapuskan kepercayaan palsu dia orang dekat Inna" Aku yang akan menghancurkan rancangan Inna. Taesil membantu Youri membuat air. Dah macam Youri pula tuan rumah. Huhu. Beberapa minit kemudian, Youri membawa sedulang cawan. Cawan ada 13 manakala Taesil membawa 2 jag air oren.

"Okay, story time! D.O! Tutup tv tu" arah Kris sambil menepuk tangannya sekali. D.O hanya mendengar arahan tanpa berkata apa-apa. Keadaan sunyi seketika. Cawan dan jag di letak di atas meja yang berada di tepi sofa. Pandai-pandailah mereka nak mengambil air. Taesil menarik nafas dalam-dalam.

"Aku harap kau orang dapat menerima apa yang aku beritahu ni. Jangan menyampuk atau membantah sehingga apa yang aku cerita, habis. Kalau kau orang tak percaya, aku tak tahu lah sampai bila kau orang akan terkurung dalam penipuan Inna..." Taesil mengambil nafas lagi. Dia pun memulakan ceritanya.

Taesil ceritakan rancangan Inna. Dia kata Inna mahukan kepercayaan mereka untuk kegunaan dirinya sendiri. Kegunaan apa Taesil tak tahu, yang pasti membahayakan masa depan dia orang. Luhan tak tampar Inna. Luhan hanya marah Inna sebab Luhan tak nak bersama dengan Inna lagi selepas kes curangnya dulu. Inna mereka cerita tentang Luhan tampar dia untuk menghancurkan persahabatan Luhan dengan Sehun. 

Inna menyuruh seseorang untuk hantar surat pada Taesil supaya datang ke kelas 7B hari itu untuk mulakan pergaduhan yang memerangkap dirinya apabila Sehun dan Luhan datang. Luhan sendiri mengatakan perkara itu betul. Tetapi masih ada banyak lagi yang tak dapat dia jawab. Kenapa Inna perlukan Sehun? Kesan tamparan tu? Rancangan sebenar Inna? Ada banyak juga yang Taesil tak beritahu sebab dia masih tidak memahami apa yang Inna kata sebelum ni. Dunia apa yang Inna cakap tu?

"Tak mungkin!" jerit Tao setelah Taesil habis bercerita.

"A'ah! Mana mungkin!" 

Lay hanya senyap mendengar perbincangan mereka yang serius itu.

"Kau orang berdua gaduh hari tu sebahagian dari perangkap Inna untuk menghancurkan kepercayaan Sehun dekat kau?" tanya D.O dan Taesil mengangguk.

"Entah-entah kau yang mula tolak Inna sedangkan Inna hanya nak bawa bincang je" Tao mencebik.

"Boleh kau terangkan, kenapa luka Taesil lebih teruk dari Inna? Inna ada ke luka dekat kepala dia?" tanya Kris sambil tunjuk pada balutan yang masih berbalut di kepala Taesil.

"Hyung! Inna sendiri yang cakap dia hanya panggil Taesil sebab dia nak berbincang sesuatu tetapi Taesil yang pukul dia dahulu yang menyebabkan pergaduhan itu terjadi!" bantah Tao lagi.

Taesil rasa tak puas hati. Inna yang pukul dia dulu, kenapa dia nak pukul Inna pulak? Eii! Ikutkan hati memang dia nak pukul Inna dulu sekarang ni. Tapi dia tak mahu rancangan Inna makin menjadi.

"Kau orang dengar sini! Jangan sesekali kau orang percayakan Inna! Dia seorang perempuan yang talam dua muka. Setiap apa yang dia buat depan kita hanya lakonan semata-mata sedangkan di belakang kita, kita tak tahu apa yang dia buat! Perempuan macam Inna tu bahaya. Dia boleh buat apa sahaja kalau ada Sehun jadi back up dia! Kau orang semua tak faham lagi ke?! Perasaan cinta yang kau orang dulu dah lama hilang! Apa yang kau orang rasakan sekarang ni bukan cinta lagi! Sedar lah!!" semua terkejut apabila melihat Xiumin yang berdiri dan menengking mereka.

Taesil mengangkat kepalanya memandang Xiumin yang berdiri. Rasanya semua mata memandang Xiumin terkejut. Wah, Xiumin yang selalu senyum dan tak kuat marah itu, menengking dia orang?!! Daebak!

"Nasib baik omma kau dah keluar" bisik Youri pada telinga Taesil. Iya, betul tu. Nasib baik.

"Please lah~ Inna tu seorang yang bahaya. Dia nak hancurkan persahabatan yang kita bina selama ni, malah sekarang kau orang boleh nampak dia hampir berjaya menghancurkan persahabatan kita ni dan Sehun dalam bahaya. Inna boleh gunakan Sehun untuk apa-apa sahaja" nada Xiumin makin perlahan dan akhirnya Xiumin terduduk semula.

Kenapa rasa macam cerita dongeng? Inna adalah raksasa yang telah menangkap Sehun manakala mereka semua ini adalah penduduk sekampung yang sedang membuat satu meeting untuk mencari jalan untuk menyelamatkan Sehun semula. Dan Taesil adalah isteri Sehun ketika itu. What the! Kembali kepada alam nyata, Taesil!

"Kau orang sendiri tau perasaan Sehun tu, kan. Aku pasti Inna akan gunakan perasaan Sehun untuk apa yang dia nak seperti apa yang Taesil kata tadi" kata Suho tenang.

"Kenapa kau orang tak ajak Sehun datang sini sekali?" tanya Youri pelik. Kadang-kadang Youri ni bebal juga. Xiumin hanya menunduk.

"Inna kata yang dia rasa sakit di kepala jadi Sehun hantar di balik" kata Chen.

"Aku pasti Inna akan cakap sesuatu pasal kau orang dekat Sehun. Dia kata dia akan buatkan Sehun bencikan kau orang" kata Taesil.

"Kenapa dia nak bagitau rancangan dia dekat kau?" tanya Chanyeol pelik. Dia tak tau kenapa Inna bagitau semua tu pada Taesil. Inna patut tau yang Taesil mungkin akan beritau ahli exo yang lain. Ah! Taesil mengeluh perlahan sambil menepuk dahinya tetapi terus dia kaku apabila terasa sakit daripada luka sebelum. Auch! Sakitnya!! Bodoh kau ni Taesil! Pergi pukul kepala kau yang terluka tu kenapa?! Taesil tiba-tiba terfikir sesuatu. Adakah sebab itu? 

"Kenapa?" tanya Luhan. Taesil tahu sebab apa. Mungkin sebab ini boleh digunakan.

"Inna pasti tau yang aku akan beritahu perkara sebenar pada kau orang dan kau orang mungkin akan cuba beritahu perkara ni pada Sehun dan Sehun takkan percayakannya dan mungkin dia akan membenci kau orang juga sebab tak percayakan Inna" jelas Taesil panjang lebar dengan dari awal ayat menggunakan nada yang rendah kemudian menaik dan menaik nada percakapannya.

"Kalau Sehun ada dekat sini mungkin dia akan percayakan Taesil" kata Youri. D.O menggeleng kepalanya.

"Tak. Mungkin keadaan akan jadi makin teruk. Sehun akan bertambah bencikan Taesil dan kita orang pun mungkin tak akan percaya cerita Taesil. Lagipun kita masih tak ada bukti untuk ditunjukkan pada Sehun" kata D.O.

Dengan itu, berakhirlah perbincangan mereka.

  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting