019 *

You're My Enemy [EDITED]

Boa - Smash


Taesil mencelik matanya perlahan-lahan. Mula-mula dia tak rasa apa-apa. Dia melihat sekeliling dengan mata yang kabur. Beberapa saat lepas mengelipkan mata banyak kali baru Taesil dapat melihat dengan jelas.

5, 4, 3, 2, 1!!

"Auch!" Taesil bangun secara mendadak. Dia rasa sakit-sakit di bahagian perut, pinggang dan wajahnya, mesti akibat dari pergaduhan dia dengan Inna tadi. Sikunya yang berbalut dengan kain putih itu diperhatikan. Seseorang masuk ke dalam biliknya. Mesti dia terdengar jeritan kecilnya tadi. Taesil memegang kepalanya yang terasa dibalut.

"Saya dekat mana ni?" Lelaki yang baru masuk tadi duduk di atas kerusi yang berada di sebelah katil Taesil.

"Hospital. Dah dekat 12 jam awak pengsan" Taesil melihat lelaki yang berada di sebelahnya dengan muka keliru.

"Pengsan?" lelaki itu memandangnya dengan muka risau.

"Ya, awak pengsan. Awak bergaduh dengan Inna waktu rehat dekat sekolah tadi" ketika dia berkata sebegitu, ada 2 orang lelaki masuk ke dalam wadnya. Taesil dan lelaki itu memandang mereka berdua yang baru sahaja tiba. Taesil memandang 2 orang lelaki itu dan lelaki yang berada di sebelahnya bersilih ganti.

"Awak... Awak bertiga ni siapa?"

Lelaki yang baru duduk dan bersedia untuk berdiri untuk mendekati 2 orang lelaki tadi tersandung kakinya ke katil Taesil dan terjatuh akibat terkejut mendengar kata-kata Taesil. 2 orang lelaki yang baru masuk itu pun terkejut. Seorang tinggi dan seorang lagi pendek. Lelaki yang terjatuh tadi terus berdiri di sebelah katil Taesil. Ketika itu, masuk seorang perempuan yang memakai baju sekolah yang sama lencana dengan 3 orang lelaki tadi.

"Yah! Taesil, awak tak ingat saya lagi ke?!" lelaki itu memegang kedua-dua bahu Taesil. Taesil agak terkejut dengan reaksi lelaki itu.

"Apa?! Tak ingat?! Taesil hilang ingatan?!" perempuan itu menolak 2 orang lelaki tadi yang menghalang jalannya, ke tepi dan mendekati katil Taesil. Mereka berdua yang ditolak perempuan tadi hampir terjatuh.

"Kau dah hilang ingatan ke? Ah! Tak mungkin! Kalau macam ni, macam mana nak bagitau perkara sebenar dekat dia orang?! Hanya kau je yang tahu kebenarannya!" perempuan itu hampir menjerit tetapi budak lelaki yang pendek dan mata besar itu terus menutup mulutnya. Perempuan itu kalut.

Taesil pula terus memandang mata lelaki yang masih memegang bahunya. Matanya menunjukkan yang dia takut, risau dan marah. Kenapa?

"Taesil-ah, awak tak ingat saya lagi ke? Saya Luhan. Saya... kawan awak... Awak tak ingat lagi ke?" keadaan sunyi, serius dan tegang sekarang ini. Perempuan tadi turut berhenti bergerak tetapi lelaki yang pendek tadi masih menutup mulutnya.

"Saya..." Taesil memandang luar tingkat.. Dan...

 

 

Semua rasa berdebar-debar untuk mengetahui perkara yang sebenar. Adakah Taesil memang betul-betul hilang ingatan sebab terkena hentakan di dinding sebab ditolak Inna itu hari? Tidak! Macam mana kebenaran nak terbongkar kalau satu-satunya kunci kepada kebenaran itu, hilang?! Hanya Taesil sahaja yang tahu. Kalau Taesil hilang ingatan, semuanya jadi tak berguna!

 

Tiba-tiba Taesil tersenyum senget.

"Saya bergurau jelah" Taesil tersengih.

Krik... Krik... Krik... Youri mengelipkan matanya banyak kali. Youri menggigit tangan D.O

"AHH!" D.O terus menarik tangannya dari menutup mulut Youri. Youri mendekati Taesil.

"Yah! Kau hampir buat aku sakit jantung je lah! Aku ingat kau betul-betul hilang ingatan tadi!" Youri ingin menampar lengan Taesil tetapi berhenti kerana Taesil sudah jerit supaya Youri tidak memukulnya. Takut Taesil kalau Youri menamparnya dalam keadaan dia macam ni. Makin bertambah sakit aku. Terus susah nak sembuh. Hish. Luhan mengeluh berat.

"Soerry.. saya saja je nak tengok reaksi awak semua" Kris mendekati Taesil.

"Perlu ke sampai gigit tangan saya?!" marah D.O dan berdiri di sebelah Luhan iaitu hadapan Youri dan Kris pula di sebelah kanan Youri. Youri hanya jelir lidah dan melihat D.O yang sedang memerhatikan tangannya.

"Awak ingat semuanya, bukan? Tak hilang ingatan, bukan?" tanya Luhan masih risau. Taesil angguk dan tersenyum lembut.

"Saya ok je. Tak perlu risau"

"Jangan buat macam tu lagi tau" Krsi mencebik apabila terdengar suara Luhan yang lembut itu.

"Omma dengan appa saya tau tak pasal ni?" Youri angguk bagi menjawab soalan Taesil.

"Kejap lagi dia orang sampailah" Taesil mengeluh.

"Habislah aku nanti. Anyway, Inna macam mana? Dia hospital dekat sini jugak ke?" tanya Taesil dan memandang mereka satu-satu.

"Kau masih lagi tanya pasal dia? Sedangkan dia yang buat kau macam ni" kata Youri tak puas hati. Taesil terlupa tentang luka di kepalanya.

"Dia ok je. Malah terlebih ok. Luka kau lagi teruk dari dia" kata Kris dan menunjukkan balutan di kepalanya.

"Aku ada luka dekat kepala?" Taesil menyentuh kepalanya lagi. Dia rasa sakit dan terus menutup matanya. Ah.. patutlah rasa sakit bila pegang kepala.

"A'ah, aku ingat kau memang betul-betul hilang ingatan sebab kau terkena hentakan tu. Nasib baik tak. Mungkin Inna tolak kau dan kepala kau terkena dekat dinding" kata Youri sambil buat muka ngeri apabila terbayangkan kepalanya terhentak dekat dinding. Auw!!

"Jadi Inna ada bagitau kau apa-apa tak?" tanya Kris. Taesil menunduk. Belum sempat dia nak cakap apa-apa omma dengan appa dia masuk ke dalam wadnya. Nasib baik mereka tak marah. Hanya risau je lagipun mereka tau apa yang Taesil buat mesti ada sebab.

Terkejut mereka apabila mendapat panggilan dari sekolah mengatakan yang Taesil terlibat dalam pergaduhan di sekolah dan di hantar ke hospital. Mereka ingin tau sebab mengapa Taesil buat begitu. Agak susah untuk Taesil menjawab tapi Taesil terpaksa beritahu. Sedikit je, tak semua, itu pun ada fakta yang disembunyikan.

Luhan, Kris, D.O dan Youri pula sudah pulang ke rumah masing-masing meninggalkan Taesil bersama dengan omma dan appanya. Hal tentang Inna Taesil akan beritahu lain hari.

Esoknya, Taesil buat check up lagi dan petangnya dia boleh pulang ke rumah. Duduk hospital memang tak seronok tetapi duduk rumah pun sama jugak. Dia tak boleh keluar pergi mana atau pergi sekolah. Taesil digantung sekolah selama seminggu sebab ramai orang cakap Taesil yang mulakan pergaduhan dulu. Dia tak pahamlah. Kenapa dia yang jadi mangsa? Mereka semua terlalu buta ke? Untuk melihat yang keadaan dia lebih teruk berbanding Inna? Sakit hati betul! Tapi tak mengapalah sebab dia berehat. Dia dah penat dengan drama. Kalau seminggu tak ada drama ni, bagus juga. 

Setiap hari dia akan makan makanan yang lembut dan kadang-kadang dia rasa bosan sebab asyik makan bubur je. Nak makan daging jugak! Kadang-kadang tu seronok juga sebab Luhan dengan Youri selalu datang melawat lepas sekolah. Siapa tak seronok crush datang melawat, kan? Tapi..

Taesil tak tau apa yang terjadi pada Sehun dengan Inna. Sehun dah lama tak datang ke rumahnya. Malah, kelas lepas sekolah tu pun dah tamat macam tu je. Ommanya kata Sehun ada masalah dan tak dapat nak sambung mengajar dia lagi. Mestilah, dia akan berhenti dan takkan datang sini lagi selepas apa yang terjadi. Lelaki itu sudah tidak mempercayainya lagi. Taesil tak faham dengan Sehun. Kenapa Sehun tak pernah nampak apa yang berlaku? Kenapa dia terlalu buta seperti orang lain juga? Taesil lagi tak faham dengan Inna. Inna cakap Sehun tu hak miliknya tetapi kenapa dia nak bersama dengan Luhan semula? Kenapa Inna buat semua ni?!! Lepas tu nak balas balik sebab Luhan tidak mahu dirinya lagi.

Aku harap bolehlah aku cuci otak dia ni. Betulkan skru dalam tu, biar pendirian dia tetap sikit. Sekejap itu, sekejap ini. Pening kepala aku!


Kenapa Inna buat macam tu? Kesian Taesil kena gantung sekolah... 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting