031 *

You're My Enemy [EDITED]

Dear Cloud - Remember 


 

Taesil rasa berdebar-debar disertakan dengan rasa kepala berdenyut-denyut dan pening apabila Sehun mengangkat dia masuk ke dalam biliknya. Rasanya.. mereka berdua boleh dikira rapat jika lelaki itu tahu di mana biliknya.

Kenapa? Kenapa dia rasa macam ni? Dia rasa sedih dan rasa seperti ingin memberitahu sesuatu pada Sehun... tetapi apa yang dia nak beritahu? Apa perkara penting itu?

Sehun membaringkan Taesil diatas katilnya. Sehun fikir yang Taesil mungkin tidur atau pengsan sebab mata Taesil tertutup. Apabila dia sudah dibaringkan di atas katil, dia dengan perlahan-lahan menggerakkan badannya menghadap ke dinding. Dia rasa yang dia tak mahu melihat wajah Sehun sekarang ni sebab dia rasa keliru. Keliru dengan perasaannya. Keliru dengan hubungan antara dia dengan lelaki itu.

Sehun melihat belakang Taesil dan mengeluh kecil lalu melabuhkan punggung di atas katil Taesil. Taesil pura-pura yang dia pengsan. Dia ingin Sehun keluar dari biliknya sebab apabila Sehun berada dekat dengannya, dia rasa sukar untuk bernafas. Nafasnya bagai tersekat-sekat, dengan debaran yang laju ini lagi. Badannya bagaikan kaku. Siapa Sehun padanya?

"Kenapa aku rasa macam ni? Kenapa kau selalu buat aku rasa macam ni? Sedangkan... aku ... sukakan Inna... tapi kenapa...?" Sehun mengeluh perlahan dan meraup wajahnya. Taesil membuka matanya sedikit. Rasa yang macam mana? Apa yang lelaki itu cuba katakan? Apa maksud dia?

"Kenapa aku rasa sedih bila kau dah tak ingat apa-apa tentang aku.." Taesil rasa jantungnya hampir berhenti berdegup. Kata-kata lelaki itu seperti menyedarkan dia dari rasa sakitnya. Walaupun masih ada rasa sakit itu. Tapi..

Keadaan senyap seketika.

"Aku rasa... takut... bila dengar berita tentang kau kemalangan. Aku takut... aku takut aku kehilangan kau... Jantung aku macam nak pecah masa tu.." Taesil hanya mendengar. Luahan apakah ini? "Aku rasa lega bila dengar kau selamat tapi rasa lega tu tak lama bila aku dengar dia orang cakap kau hilang ingatan pula.. Kau dah tak ingat... Memikirkan yang kau dah tak ingat tentang masa kita bersam- ah! Kenapa aku rasa macam ni? Aku keliru... Aku buntu.. Aku harap kau boleh tolong aku hilangkan rasa ni macam sebelum ni" Macam sebelum ni? Apa yang dia maksudkan? Apa yang terjadi dahulu?

Satu lagi imbasan bayangan datang ke fikirannya. Taesil menahan nafas. 

 

"Sehun-ah" Taesil rasa hatinya sakit melihat Sehun yang keliru sebegitu.

Sehun memeluk Taesil dan menangis di bahu Taesil. Taesil kaget tetapi tangan dia perlahan-lahan mengusap belakang Sehun. Mesti Sehun menahan rasa sedihnya apabila dia tak tau nak pilih yang mana. Mesti dia susah hati kerana tidak tahu pada siapa dia patut luahkan perasaan keliru dan sedihnya ini. 

 

 

Ah.. Aku..

Sehun bangun dari duduk di atas katil Taesil. Taesil rasa badannya berpeluh-peluh menahan pening akibat dari bayangan yang dia dapat tadi. Sehun berjalan ke pintu bilik Taesil dan berhenti seketika lalu menoleh ke belakang semula untuk memandang Taesil yang masih tidak bergerak-gerak lalu dia pusing depan semula dan keluar dari bilik Taesil. Pintu bilik ditutup lalu keadaan senyap buat seketika. Apabila mendengar bunyi pintu bilik ditutup rapat, Taesil terus bangun dari baring, secara mendadak sambil mengambil nafas, termengah-mengah. Seakan-akan dia menahan nafas apabila berada dekat dengan Sehun tadi. 

Dia menyentuh dahinya yang berbalut sambil berkerut dahinya.. Rambutnya sedikit basah disebabkan peluh. Taesil rasa keliru. Dia bingung memikirkan hal tadi.

Dia sedar lelaki dalam bayangan dia tadi adalah Sehun. Dia juga memanggil nama Sehun di dalam memorinya itu. Apa yang terjadi ketika itu? Kenapa Sehun rasa keliru? Kenapa Sehun menangis? Siapakah Sehun padanya? Taesil tak dapat nak teruskan usaha memaksa otaknya lagi sebab tenaga dia sudah berkurang. Kalau dia paksa otak dia cuba ingat akan menambahkan kesakitan. Akhirnya Taesil pengsan sambil memikirkan sesuatu.

Adakah memorinya penting? Penting yang macam mana? Siapa Sehun padanya? Dia nak tau sangat apa yang terjadi sebelum dia hilang ingatan tu. Dia nak tahu hubungannya dengan Sehun. Dia nak tau. Dia nak dapatkan memori dia semula. 


Sorry pendek. Hari ni tak sempat nak tulis panjang-panjang. Tenaga dah tak ada. Auh! Sakitnya belakang :(

Apa-apa pun, tunggu chapter seterusnya ye ^o^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting