028 *

You're My Enemy [EDITED]

 

Edited: chap 33 + 34

 

Taesil tak tau nak rasa apa sekarang ni. Gembira? Sedih? Marah? Entahlah. Otak dia kosong. Macam dah tak boleh nak fikir apa-apa lagi. Bagaikan tak ada perasaan sekarang ini. Tadi boleh lah dia rasa puas hati. Tapi sekarang.. kosong. Bagaikan dia tak tahu kenapa dia rasa puas hati tadi.

Di sekolah tadi ramai orang cakap Taesil ugut Inna untuk jauhi Sehun sampai Inna takut menggigil-gigil. Hmm.. Entah kenapa dia tak rasa apa-apa apabila mendengar mulut-mulut yang mengatakan perkara itu. Tahulah mulut orang macam mana. Tahulah fikiran orang macam mana. Mereka lebih suka percayakan apa yang mereka nak percaya.

Sekarang ni dia hanya duduk bertapa di rumah tanpa membuat apa-apa. Mental dan fizikal dia bagaikan tak nak bergerak. Dia rasa malas nak menggerakkan badan. Semua kosong. Otak kosong. Badan pun kosong tenaga nak bergerak. Haha.

Sehun tak ada pula berjumpa dengan dia tadi, marah-marah sebab ugut Inna. Tak ada pun. Batang hidung pun tak nampak. Kalau Sehun ada berjumpa dengannya lagi bagus. Boleh lah dia dedahkan hal sebenar tapi tak ada. Tak ada langsung. Bagaikan pelajar yang lain bersepakat nak jauhkan Sehun dari Taesil. Mereka tak ada terserempak langsung. Dia pernah buat-buat lalu depan kelas lelaki itu, tetapi.. Entah lah. Tak ada istilah terserempak langsung.

Balik sekolah, dia mandi, tukar baju, masak, makan dan tonton televisyen. Tak ada apa-apa yang dia boleh buat. Periksa dah habis, kerja sekolah dah siap (bukannya banyak pun, bersyukurlah), rumah tak bersepah jadi tak perlu dikemas. Di sekolah tadi dia terpaksa menelan semua kata-kata yang diberikan oleh pelajar perempuan yang lain yang menjadi hatersnya.

Taesil mengeluh... Dia sepatutnya beritahu tentang Inna kepada yang lain tapi dia terlupa pula. Taesil bangun dari duduknya dan pergi ke biliknya. Dia mencari telefon bimbitnya dalam poket skirt uniform sekolah. Ada beberapa panggilan yang tidak berjawab. 7 daripada Youri, 10 daripada Luhan, 5 dari omma dan 6 daripada appa. Taesil menelefon Youri. Beberapa minit kemudian, panggilannya diangkat.

"Hello" sapa Taesil perlahan dan duduk di tepi katilnya.

"Yah, Taesil... kenapa baru sekarang kau nak call balik? Dah pukul 10 malam dah pun" Taesil menguap.

"Aku tak dengar bunyi call sebab aku duduk tingkat bawah. Kenapa kau call? Luhan pun ada call. Dia yang paling banyak call" Youri ketawa kecil.

"Saja. Aku takut kau dah terfikir nak bunuh diri pula" Youri ketawa. Taesil tak ada mood nak ketawa. Walaupun dia ada mood, dia akan ketawa.

"Aku bukannya lemah sangat sampai terfikir nak bunuh diri disebabkan kata-kata dia orang tu. Aku kuat tau. Lagipun rancangan Inna akan hancur. Aku dah tau apa motif dia buat macam tu dan aku ada bukti juga" kedengaran bunyi batuk yang kuat diselangi dengan bunyi-bunyi pelik yang lain. Mungkin Youri tersedak dan berlari ke dapur untuk mencari air.

"Betul ke? Yah, bagitau cepat" 

"Sorry. Tadi aku terlupa nak cerita dekat kau orang. Inna... dia-" telefon Taesil mengeluarkan satu bunyi beep dan terpadam. Taesil pelik kerana tidak dapat dengar apa-apa.

"Hello? Hell-Hello?" Taesil melihat skrin telefon bimbitnya gelap.

"Bateri habis ke?" Taesil mengeluh dan meletakkan telefon di atas meja belajar dan turun ke tingkat bawah. Mula-mula dia minum air dan menutup semua suis lampu, kipas, televisyen dan naik ke atas semula. Dia charge telefonnya dan menguap lagi sekali. Akhirnya dia tidur.

Mungkin dia boleh beritahu Youri dan yang lain-lain pada esok hari tentang Inna. Tak mengapa, esok pagi dia akan terus bagitau mereka semua. Segalanya...

Kalaulah dia bagitau awal-awal...

 


Lee Jin Ah - Farewell Diamond

 

Taesil keluar dari rumah. Setiap langkah ke hadapan menambahkan debarannya. Perjalanan dia untuk pergi ke sekolah pagi ini agak bersemangat sedikit. Tidak seperti semalam yang tidak bermaya itu. Mungkin hari ni dia dapat bagitau Sehun. Dengan ini semuanya akan kembali kepada yang asal. Hubungan persahabatan Sehun dengan Luhan.. akan terjalin semula. Dan mungkin hubungannya dengan Sehun akan kembali juga. Taesil tersenyum malu memikirkan yang Sehun sudah tahu akan perasaannya. Kemudian hilang senyumannya apabila memikirkan yang Sehun masih ada perasaan pada Inna. Lagipun perasaan ini bukannya boleh dipakai buang. Bukan boleh dikutip dan dibuang dalam tong sampah.

Jalan lenggang sahaja ketika itu. Mungkin kerana masih awal pagi. Tiada kereta. Dia memang sengaja datang hari ni. Walaupun dia tak perlu. Tapi dia fikir dia perlu tunggu Sehun dari awal-awal pagi. Supaya lelaki itu tak lepas dari pandangannya ketika datang sekolah. Supaya dia boleh terus menangkap Sehun kalau lelaki itu ingin mengelak. Taesil melintas apabila lampu untuk pejalan kaki bertukar hijau sambil memegang erat telefon bimbitnya. Bukti yang berada di dalam tangannya.

Kalau terjumpa Sehun di pintu pagar sekolah, dia boleh memberitahu segalanya. Memberitahu semua rancangan Inna. Gembira hati dia memikirkan rancangannya itu. Dia boleh terima kalau Sehun menolak perasaannya tetapi dia tak boleh terima kalau masa depan lelaki itu hancur disebabkan Inna. Dia nak Sehun bahagia bukan menderita. Dia sayangkan lelaki itu.

Taesil melintas dengan senyuman di bibir. Dia berada di tengah-tengah jalan. Dia berhenti berjalan apabila terdengar bunyi kereta di sebelah kanannya. Taesil menoleh ke kiri dan terkejut.

Kereta itu bergerak laju. Tidak berhenti langsung. Bagaikan tidak nampak langsung Taesil di tengah-tengah jalan. Taesil tak nampak pemandunya kerana cermin kereta itu hitam jadi dia tak boleh nampak dalam. Taesil pula terasa kakinya digam. Dia kaku di situ. Debaran di dada makin menggila. Genggaman pada telefonnya makin erat.

Taesil menutup muka dengan kedua-dua tapak tangannya.

BBBAAAMMM!!!

Taesil terbaring di atas jalan tar. Dengan mata yang kosong. Darah mula mengalir dari kepala Taesil membasahi jalan tar. Orang yang memandu kereta itu kelihatan terkejut dan takut lalu melarikan diri. Taesil rasa dunianya berpusing. Darah mula keluar dari mulutnya. Baju sekolahnya mula basah dengan darah. Dia rasa numb. Dia tak rasa apa-apa pada badannya.

Mata Taesil menghala ke telefon bimbit yang berada tidak jauh di depan tangannya. Skrin telefon itu sudah retak. Dia cuba mencapai telefonnya kerana telefon itu adalah harta yang terpenting, bukti yang penting berada di dalam tetapi tangannya tak dapat mencapai telefon itu.

"Tolong! Tolong! Ada pelajar kena langgar! Tolong!" 2, 3 orang mula mendekatinya tetapi tangan kirinya masih cuba mencapai telefon itu. Tolonglah... Sikit je lagi. Aku tak boleh tutup mata lagi. Telefon tu... Penting...

Dia cuba tak endahkan rasa sakit yang mula dirasai satu badannya. Kenapa baru rasa sekarang? Baru beberapa hari yang lepas dia pulih dari lukanya. Air matanya mula bergenang. Dia cuba buka mata luas-luas tetapi cecair merah yang mengalir ke mata kirinya itu mengganggu penglihatannya. Dunianya mula menjadi kelabu. Pandangannya mula kabur. Sekeliling seakan-akan mula menjadi gelap.

Tak. Tak boleh lagi. Dia harus membuka matanya. Dia harus mencapai telefon itu.

"Telefon ambulans cepat!! Dia masih hidup lagi!!"

Di saat itu, memori tentang dia bersama dengan Youri, Luhan, Exo dan Sehun berlegar di fikiran. Air matanya menitis. Sakitnya... Makin lama pandangannya makin kabur..

"Adik, bertahanlah. Ambulans akan sampai sekejap je lagi" Taesil tidak endahkan suara itu.

Andai kata ini adalah hari terakhir untuk aku hidup... Tolong maafkan aku. Youri-ah, Luhan-ah, Exo... kau orang adalah kawan aku yang terbaik dan kelakar... dan Sehun... terima kasih sebab muncul dalam hidup aku. Kalau kau tak ada mungkin aku takkan kenal erti cinta yang sebenar... Aku dah tak larat dah ni.. Aku cuba bertahan.. Tapi aku dah tak tahan.. Selamat tinggal...

Akhirnya mata Taesil terpejam rapat. Tangan kirinya yang berada dekat dengan telefon tidak bergerak. Orang ramai yang ada dekat situ mula panik. Nafas Taesil makin perlahan.

Omma, appa, saranghae... Youri, Luhan dan Exo... aku sayangkan kau orang juga.

 

 

 

"Cepat bawa dia ke bilik pembedahan! Dia kehilangan banyak darah!" Taesil berada di atas katil yang ditolak oleh jururawat dengan mata tertutup. Topeng oksigen diberikan kepada Taesil.

Sekolah mendapat panggilan tentang Taesil. Ketika itu kelas baru je nak bermula. Youri dan Luhan sangat terkejut apabila terdengar berita dari guru kelas mereka tentang kemalangan Taesil. Semua pelajar kelas 7-C terkejut. Dalam masa 5 minit, berita tentang Taesil kemalangan tersebar. Dia kan selalu jadi bahan umpatan dekat sekolah. Patutlah tak nampak Taesil. Youri melihat meja Taesil disebelahnya dengan air mata yang menitis di pipinya.

Exo terkejut sangat-sangat, lagi-lagi dengan Luhan dan... Sehun. Mereka bercadang lepas sekolah nanti dia orang akan melawat Taesil dekat hospital. Omma dengan appa Taesil juga telah mendapat berita tentang Taesil dan mereka akan bertolak ke lapangan terbang kejap lagi. Mungkin mereka akan sampai petang nanti. Youri menangis teruk apabila terdengar berita itu sehingga D.O terpaksa memujuknya. Taesil menjalani pembedahan di hospital yang berdekatan. Kecederaannya agak teruk tetapi dia bernasib baik kerana tiada anggota badan yang lumpuh.

Habis sekolah sahaja, Youri dan Exo kecuali Sehun datang ke hospital. Sampai sahaja di hadapan wad Taesil, mereka tidak dibenarkan masuk. Keadaan Taesil sudah melepasi kritikal ketika itu tetapi sekarang ini dia berada dalam koma. Mereka tidak tau bila Taesil akan sedar. Doktor beritahu Taesil tiada lumpuh di mana-mana bahagian... cuma... luka di kepalanya agak teruk dan berlaku sedikit hentakan di situ. Tiada sesiapa yang nampak di kereta itu. Tiada saksi langsung kerana kereta itu melarikan diri dengan cepat. Kes ini menjadi kes langgar lari.

"Kalau aku jumpa pemandu kereta yang tak bertamadun tu aku akan kerat-kerat badan dia" marah Kai sambil mengepal-ngepal penumbuknya.

"Teruknya pemandu tu! Bukannya nak bertanggungjawab!" jerit Tao.

"Yah! Diam. Jangan menambahkan lagi tekanan. Kita berada dekat hospital. Jangan jerit-jerit" marah Xiumin pula.

Semua diam. Mereka berkumpul di luar wad Taesil. Ada yang duduk di atas kerusi yang di sediakan dan ada yang berdiri. Youri menangis di bahu d.o. Luhan pula terlalu risau. Dia menutup muka dengan kedua-dua tapak tangan.

"Dia... Dia... Dia cakap... dia cakap yang dia dah tahu motif Inna yang sebenar dan ada buktinya tapi belum sempat dia nak bagitau telefon dia habis bateri. Pagi tadi... sebelum aku pergi sekolah dia sempat hantar mesej kata nak bagitau kita apa motif Inna... tapi... tapi.. tak sempat... ahhh haa!! kawan aku... Taesil-ah!!" Youri menangis di bahu D.O lagi.

"Dia dah tau?" soal Baekhyun tak percaya.

"Baguslah, Sehun mesti akan terlepas dari genggaman Inna dan rancangan Inna akan dihapuskan" Kai.

"Tapi bila Taesil akan bangun dan beritahu kita? Dia tengah koma sekarang ini" kata-kata Xiumin menyebabkan yang lain jadi sedih semula.

"Apa kata kita balik dulu nanti esok kita datang lagi, ok?"

"Oklah. Jom balik dulu. Esok kita datang sini balik"

"Jom, Luhan" Luhan macam tak nak berganjak dari tempatnya, membuatkan Xiumin menarik tangannya. 

Taesil-ah, kuatkan diri awak. Kitaorang semua sentiasa ada di sisi awak.


Kesian Taesil dia koma...

Kan dah cakap nyawa dia dalam bahaya... Nasib baik Taesil koma je. Drama dan drama...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting