036 *

You're My Enemy [EDITED]

 


 

Youri rasa ngeri melihat darah yang bertompok-tompok di kemeja putih Luhan dan tangannya. Yang lain sudah dalam perjalanan untuk pergi hospital selepas terdengar berita tentang Taesil, termasuk Sehun. Sementara menunggu Taesil di dalam bilik pembedahan untuk menjahit luka itu semula, mereka tunggu di luar. Youri bersembunyi di belakang D.O apabila melihat baju Luhan yang terpalit dengan darah Taesil itu.

"Aku rasa baik kau buka kemeja tu dan basuh" cadang D.O. Luhan mengangguk setuju dan meminta diri untuk pergi ke tandas.

Sehun bangun dari duduk dan berdiri di depan yang lain. Yang lain hanya menunduk sahaja tidak memandang Sehun.

"Aku m-minta maaf... sebab tak p-percayakan kau orang. Aku.. terlalu buta.. tak nampak orang lain.." semua diam.

"Aku minta maaf lagi.." sambung Sehun perlahan kemudian menunduk. Sehun rasa malu dengan kawan-kawan dia. Mereka lebih rapat. Sudah lama bersama. Tetapi tak pernah langsung nak cuba percayakan mereka. Kawan apa dia ni? Mereka mungkin tidak akan maafkannya lagi.

"Aik? Kenapa keadaan tegang macam ni? We Are One, kan?" kata Xiumin memecahkan kesunyian. Senyuman mula terukir di setiap wajah mereka. Mereka bersama-sama tersenyum memandang satu sama lain, memikirkan situasi yang kelihatan lawak itu. Tak pernah terjadi situasi di mana salah seorang dari mereka meminta maaf dan memberikan wajah sayu itu, kerana mereka tidak pernah bergaduh seteruk sebegini. Sehingga tak percaya satu sama lain.

Tetapi bukan pada Youri lah nak tersenyum. Youri hanya senyap sahaja di sisi D.O.

"Hyung, kacaulah! Baru je nak kenakan Sehun tadi" kata Baekhyun kemudian tersenyum senget.

"Lah, nak kenakan si Sehun ni ke" Xiumin ketawa.

"Bila kau cakap nak kenakan Sehun? Aku tak tau pun" sampuk Chen pelik.

"Yah! Kau sendiri yang setuju tadi!" Baekhyun memandang Chen tak percaya. Dia sendiri yang setuju tadi.

"Bila? Chanyeol kau ada dengar ke?" tanya Chen kepada Chanyeol. Sehun tersenyum kecil, lega.

Chanyeol mengangguk, mengiyakan kata-kata Baekhyun.

"Ha, tengok! Kau pun dah jadi macam Lay hyung jugak?" kata Baekhyun.

"Aku adalah aku dan Lay hyung adalah Lay hyung" Chen.

Sehun sedar mereka buat macam ni untuk menyenangkan keadaan. Dia kenal beagle line ni. Suka menyinari suasana. Sehun tersenyum memandang kawan-kawan rapatnya.

"Kenapa kau berdua libatkan aku juga" sampuk Lay tak puas hati.

Luhan datang semula dengan hanya memakai t-shirt warna putih yang selalu dia pakai dalam kemeja sekolah.

"Apa ni? Ketawa tak ajak" Luhan tersenyum kecil melihat suasana yang sudah tidak tegang itu.

"Luhan, aku minta maaf kalau aku tumbuk kau kuat sangat haritu" kata Sehun lagi. Kai berdiri dan memasukkan tangan kiri ke dalam poket seluarnya. Dia pun berdiri di sebelah Sehun, di hadapan Luhan.

"Luhan, aku terlupa nak minta maaf pasal tumbukan aku hari tu. Sorry" Kai menggosok belakang lehernya. Luhan hanya tersenyum. Luhan meletakkan tangan kanannya di bahu Sehun manakala tangan kiri di atas bahu Kai.

"Kenapa kita nak ingat benda yang lepas? Semuanya dah berlaku jadi kita lupakan je. Persahabatan kita takkan hancur walaupun dengan perkara kecil macam ni" (Uwaahhh~ Sedih pulak dengan ayat ni) kata Luhan dengan senyuman. Suho menggosok kepala Sehun membuatkan Sehun menunduk dan tersenyum malu.

"Aku harap Taesil ok" kata Youri tiba-tiba. Membuatkan topik kembali pada keadaan Taesil.

"Aku rasa keadaan dia tak kritikal sebab doktor hanya rawat luka dia balik je" kata Kris.

"Ada jumpa apa-apa tak tentang kereta tu?" tanya Suho. Kris menggeleng kepala.

"CCTV yang ada dekat situ hanya menunjuk belakang kereta sahaja" jawab Kris. 

"Pasal orang yang langgar Taesil tu ke?" soal Youri dan mengangkat pandangannya. Suho mengangguk.

"Mesti dia salah seorang dari pemandu yang mabuk lepas itu bawa kereta langgar Taesil" kata Youri sambil mencebik marah.

Sehun dan Luhan mengeluh. Tiba-tiba pintu bilik pembedahan terbuka. Seorang doktor keluar dari bilik itu. Semua bangun dari duduk.

"Macam mana dengan keadaan kawan saya doktor?" tanya Sehun sebelum Luhan sempat membuka mulutnya. Doktor itu tersenyum.

"Keadaan Cik Taesil baik-baik sahaja. Luka di kepalanya telah kami jahit semula. Kamu semua tak perlu risau. Selepas Cik Taesil sedar kami akan melihat keadaan dia dan mungkin esok atau lusa dia boleh keluar dari hospital ini. Saya minta diri dulu"

"Terima kasih doktor" Semua tunduk hormat. Doktor itu berlalu pergi meninggalkan mereka. Sehun melihat pintu bilik pembedahan yang tertutup rapat. Luhan memegang bahu Sehun.

"Kita balik dululah. Taesil ok je. Selepas ni kita datang balik" kata Luhan

"Aku dah hantar pesanan dekat omma Taesil" kata Youri.

"Kenapa kau tak nampak risau?" soal Sehun pelik. Dia tengok selepas Luhan balik dari membersihkan darah di tangannya, Luhan kelihatan tenang sahaja.

Luhan? Tak risau? Siapa kata? Luhan yang terlebih panik sewaktu Taesil memukul kepalanya dengan ganas tadi.

"Jangan risau sangat. Taesil tu seorang yang kuat lah. Kan dia pernah bergaduh dengan Inna. Lagipun doktor dah bagitau yang keadaan Taesil ok je" Sehun angguk perlahan. 

Akhirnya dengan langkah yang terasa berat, Sehun keluar dari hospital bersama Luhan. Yang lain sudah keluar dulu.


I'm back!! Tak sangka cerita ni ada 41 chapter. Ingatkan boleh habiskan dalam 40 macam tu tapi bila di congak-congakkan balik rasanya dalam 50 ke bawah agaknya. Tak tau lagi. Apa-apa pun tunggu je dengan kenyataan yang pelik Taesil buat lepas ni. Kenyataan apa? Just wait *wink* Hahaha ^o^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting