012 *

You're My Enemy [EDITED]

Laboum - What you will do


 

Taesil berjalan perlahan masuk ke dalam bangunan sekolah sambil menunduk. Dia masih teringat akan kata-kata Sehun semalam.

Dia orang dah bersama sejak kecil lagi. Kenapa aku nak rasa cemburu pulak? Biarlah dia orang. Ingat Taesil, dia itu musuh kau. 

"Taesil!" Taesil tersentak. Dia pandang sekeliling. Rasa macam ada orang jerit nama dia tadi. Siapa pula ni?

"Choi Tae Sil" Taesil pandang depan sambil mendongak. Tingginya Luhan.

"Ada apa?" Secara tiba-tiba tapak tangan kanan Luhan melekap ke dahi Taesil. Taesil rasa mukanya menjadi merah. W-what??

"Awak demam ke? Muka awak merah betul. Saya panggil banyak kali tadi awak tak dengar ke?" tanya Luhan sambil wajahnya menunjukkan yang dia risau. Taesil memegang pergelangan tangan Luhan yang menyentuh dahinya dan menjatuhkan tangan Luhan itu dengan perlahan-lahan.

"Saya ok je. Saya terfikirkan sesuatu tadi... Itu yang tak dengar awak panggil" Taesil tersenyum kecil. Walaupun malu, hatinya tetap rasa bahagia.

Crush aku risaukan aku!!

"Oh! Annyeong oppa!" Taesil pusing belakang apabila Luhan juga memandang belakang Taesil. Siapa pula yang mengganggu orang tengah bahagia ni?

Kelihatan seorang perempuan yang memang sangat-sangat dia kenal bersama dengan seseorang yang lagilah dia kenal dibelakangnya. Aish, kenapalah awal-awal pagi ni mesti terjumpa dengan mereka berdua? Hancur mood bahagia aku! Baru nak bahagia bersama dengan Luhan!

"Yoo In Na" Taesil terdengar Luhan berkata perlahan. Kenapa nada Luhan bercakap tadi macam... dia... tak suka? Mungkin perasaan aku je.

Inna berlari mendekati Luhan dan Taesil yang masih memegang pergelangan tangan kanan Luhan. Inna tersenyum gembira. Nanti, Inna kenal Luhan? Siap panggil oppa lagi. Wah, budak ni memang menyakitkan hati betul! Crush aku pun kau kenal?!

"Oppa~ Kenapa oppa tak ada dekat tempat kita berkumpul semalam? Oppa-oppa yang lain tunggu oppa tapi oppa tak datang pun. Mana oppa dengan Sehun oppa pergi semalam?" Banyaknya oppa. Pening kepala mendengarnya. Rasa jelik apabila mendengar Inna panggil Sehun dengan Luhan oppa. Bukankah mereka itu sebaya je?

"Luhan, awak kenal ke dengan Inna dan Sehun?" tanya Taesil perlahan tetapi semua dengar. Termasuk Sehun yang sudah tiba dengan mereka. Inna memandang Taesil atau lebih patut dikatakan menjeling dia. Pandangan dia macam berbisa betul. Tetapi Taesil menepis sahaja pandangan itu macam dia tak kisah. Kau fikir benda itu boleh buat aku mati?

"Mestilah kenal. Kita orang kawan dari kecil. Malah Luhan juga boyfriend Inna" Taesil terkejut. What?! Crush aku boyfriend budak tak guna ni?! I can't believe this! Luhan boyfriend Inna?! Gila! S- Kenapa dua orang yang aku kenal ni sukakan perempuan talam dua muka ni?!

Luhan kawan Sehun?

Taesil memandang Luhan yang berada di sebelahnya tetapi Luhan pula memandang orang di hadapannya. Taesil pun memandang ke arah yang Luhan pandang iaitu Sehun dan Sehun pula memandang bawah jadi Taesil pun turut pandang bawah iaitu kedua-dua tangan dia yang memegang kemas tangan kanan Luhan. Inna pun memandang tangan Taesil. Wah, dah bersambung-sambung dah pandangan mata mereka ini. Ops, Taesil melepaskan pegangannya pada tangan Luhan. Terlupa pulak. Tengah syok tadi. Itu yang terlupa itu. Sebabkan mereka berdua inilah! Ugh! Ada je benda nak kacau!

Kenapa tiba-tiba senyap je ni? 

"Pembetulan. Ex-boyfriend. Oklah, kita orang pergi dulu" Luhan memecahkan kesunyian lalu mencapai tangan kiri Taesil semula. So, Luhan adalah kawan Sehun? Dan boyfriend pertama Inna adalah Luhan? Dia masih ingat lagi kata-kata Sehun semalam. Wah! Inna ni memang lah! Macam puteri. Semua dia dapat. Tapi sayangnya. Puteri yang sakai. Takkan Inna tak sedar akan perasaan Sehun? Aku yang pemerhati ini nampak jelas perasaan Sehun.

Inna memanggil nama Luhan tetapi Luhan tak endahkan malah dia mengeratkan lagi pegangannya pada tangan kiri Taesil. Taesil pula hanya mendiamkan diri. Dia tak kisah jika Luhan memegang tangannya. Dia lagi suka! Bahagia sangat! Hoho!

Kenapa Luhan macam marah je?

Luhankan pernah sukakan Inna dan berkawan rapat dengan Sehun. Mungkin Luhan tahu yang Sehun sukakan Inna jadi dia pandang Sehun macam tadi.

Tapi Luhan dengan Inna kan dah jadi kisah lama, kenapa Luhan nak rasa marah lagi?

Luhan sukakan Inna lagi? Luhan cemburu sebab Sehun datang sekolah dengan Inna?

Inna, Inna. Walaupun kau ni seorang yang talam dua muka, ramai juga yang suka. Nampaknya hanya aku seorang lah yang tahu diri kau yang sebenar, Inna

Eh?! Luhan sukakan Inna? Bukan ke aku sepatutnya rasa cemburu tapi kenapa aku tak rasa apa-apa. Yelah, Luhankan crush aku dan aku sukakan dia... tapi... kenapa?

"Woah~ Luhan dengan Taesil berpegangan tangan~"

"Ada apa-apa ke tu?" Taesil masih dalam dunianya sendiri.

Mungkin sebab aku asyik terfikir hal dia orang bertiga sampai terlupa tentang perasaan sendiri.

Luhan dah tersengih-sengih mendengar komen pelajar-pelajar sekelas mereka tetapi Taesil masih tak sedar apa-apa. Hish, budak ni!

"Oi!" Taesil baru tersedar dari lamunan apabila terasa ada orang menepuk bahunya. Aik, macam mana dia boleh berada di dalam kelas. Siap dah duduk di tempat dia sendiri lagi. Taesil pandang Youri blur.

"Eh? Macam mana aku boleh ada dekat sini?" Youri menepuk dahinya. Kenapa pula minah ni!

"Kau dengan Luhan datang sama-sama berpegang tangan. Kau tak sedar ke? Dia orang ingat kau dengan Luhan tu couple. Apa yang jadi sebenarnya? Betul ke apa yang dia orang cakap tu?"

"Kawan Luhan tu Sehun ke?" Taesil bertanya semula. Youri mengangguk. Hish! Orang tanya soalan, dia pergi tanya balik.

"Bukan Sehun je. Semua ahli Exo tu kawan Luhan juga" Youri dan Taesil terlupa tentang soalan tadi.

"Termasuk Yoo In Na juga" Youri mengangguk lagi.

"Wah, tak sangka budak talam dua muka tu berkawan dengan budak yang baik macam Exo tu" gumam Youri sambil memeluk tubuhnya.

Bukan tu je malah dia buat Luhan dengan Sehun sukakannya. Keadaan senyap seketika.

"Jadi, siapa cikgu kau yang omma kau pilih tu?" tanya Youri.

DUSH! Satu tumbukan menyedarkan Taesil daripada asyik memikirkan tentang Luhan dan Inna. Terus dia rasa bersemangat nak memberitahu apa yang dia bukukan tentang semalam pada Youri. Daripada A-Z. Kelihatan api-api membara di matanya. Baru je nak lupakan musuh dia tapi balik-balik je terpampang muka musuh dia di depan mata. Tak guna! dah lah dia yang makan Kiki (ayam tempura) yang terakhir tu!

"Tapi kira baguslah yang dia mengajar aku sebab aku boleh curi ilmu kepandaian dia tu dan aku pun akan jadi pandai macam dia dan ak- Apa? Apasal kau ketawa?!" Taesil berhenti bercakap apabila sedar Youri asyik ketawa dari tadi.

"Sekang ni baru Choi Tae Sil yang sebenar. Bila datang tadi, kau asyik mengelamun je tapi bila sebut je nama Sehun terus muncul Taesil yang sebenar. Betul tekaan aku. Mesti Sehun yang akan mengajar kau. Ha!" Youri menekan perutnya yang terasa senak sebab ketawa tadi.

"Ni mesti sebab mulut kau yang masin tu" Taesil keluarkan buku dari dalam beg sekolahnya.

"Jadi semalam kau belajar apa?"

"Matematik" Youri sambung ketawa. Makin terbahak-bahak adalah.

"Pelajaran yang kau paling tak pandai tu yang dia ajar dulu!" gelak jelah Youri. Tak kisah pun. "Hari ni kau belajar apa?"

"Entah. 'Cikgu' yang mengajar bukannya aku" 


Bosannya...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting