041 *

You're My Enemy [EDITED]

Oh My Girl - Sugar Baby


Hari ahad pun tiba. Luhan sedang melihat pantulan dirinya di cermin sambil memeriksa rambutnya.

"Ok, perfect. Kau memang kacak hari ni, Luhan" kata Luhan pada dirinya di dalam cermin. Kemudian mengukir satu senyuman yang manis. Apabila sudah puas hati dengan penampilannya, Luhan mengambil dompet yang berada di atas meja lalu masukkan ke dalam poket seluar jean yang dipakainya.

"Mama! Luhan pergi dulu" jerit Luhan sambil memakai sneaker sambil duduk di depan pintu.

"Ya!" jawab omma Luhan dari dapur.

Luhan keluar dari rumah dengan senyuman yang gembira. Dia tak sabar-sabar nak berjumpa dengan Taesil untuk datenya hari ni. Tak salah rasanya kalau dia menganggap hari ni adalah datenya yang pertama bersama dengan Taesil. Luhan menggeleng kepala. 'Date sebagai kawan'. Luhan angguk kepalanya semula, tanda setuju. Dia berjalan keluar dari kawasan rumahnya tetapi berhenti berjalan apabila ternampak Sehun di hadapan rumahnya.

Sehun yang sedang bersandar ke dinding tembok mengangkat kepalanya dan berdiri tegak memandang Luhan.

"Luhan... aku baru nak panggil kau tapi baguslah kau dah keluar. Dia orang ajak kita keluar pergi jalan-jalan lepas ni" kata Sehun. Luhan memuncungkan bibirnya.

"Aku ada dat- hal lah. Kau cakap lah dengan dia orang yang aku tak dapat pergi" Luhan mengukir senyuman maaf.

"Hal? Hal apa?" tanya Sehun semula. Luhan smirk.

"Rahsia" Sehun diam dan kemudian mengangguk perlahan.

"Aku pergi dulu" kata Luhan.

Luhan pun meneruskan perjalanannya dengan berjalan kaki. Lesen tak ada lagi jadi dia pergi ke perhentian bas untuk naik bas.

Sehun masih berdiri di tempat yang sama. Sedang memikirkan sesuatu dengan mendalam.

"Rahsia..? Kenapa nak berahsia yang dia keluar dengan Taesil selepas ni?" Sehun teringat apa yang terjadi lepas majlis graduasi sebelum ni.

 

Sehun sedang mencari Taesil selepas acara mengambil sijil bagi senior-senior mereka itu tetapi tak jumpa pun. Dalam misi mencari itu dia ternampak Taesil sedang berjalan tanpa memandang kiri atau kanan di bangunan berhadapan dengannya. Sehun nampak Taesil pun dari tingkap bangunan itu.

"Mana dia nak pergi?" gumam Sehun dan mula mengejar Taesil dengan cepat.

Dia mengikut Taesil dari belakang secara senyap-senyap. Kaki dia kan panjang mestilah boleh sampai ke belakang Taesil yang sedang berjalan itu dengan cepat. Sampai sekarang dia tak tau macam mana Taesil boleh tak perasan akan kehadirannya di belakang. Sehun nampak Taesil masuk ke dalam taman bunga sekolah lalu berhenti di hadapan pintu pagar taman bunga itu.

"Kenapa dia masuk ke dalam taman bunga ni?" Sehun tertanya-tanya lalu masuk ke dalam taman bunga itu juga.

Dia terdengar suara Luhan dan Taesil jadi dia berhenti dan sorok di sebalik pokok yang ada di hadapannya. Nasib baik pokok itu besar jadi dapatlah dia menyembunyikan badannya apabila dia mencangkung. Matanya hanya memandang tanah yang berada di atas lantai tetapi telinganya sentiasa dibuka untuk mendengar perbualan mereka berdua.

Memang dia terkejut dan tak suka dengan apa yang didengarnya.

"Date?!!"

"T..tapi T..taesil cakap dia tak terima Luhan.."

"Kenapa dia terima tiket tu?!!" 

"Luhan pun sukakan Taesil ke?!!"

 

"Apa-apa pun jumpa saya depan Lotte World hari ahad ni jam 3 petang nanti, okay?" Sehun berdiri tegak semula apabila terdengar suara Luhan yang agak teruja itu.

"Hari ahad?"

 

Sebab itu lah sekarang ini Sehun sedang mengikuti Luhan dari belakang. Tentang yang lain mengajak dia dan Luhan keluar itu hanyalah tipu semata-mata sahaja. Diaorang semua sibuk. Kris dating dengan girlfriend baru dia, yang lain entahlah. Dia tak nak ambil tau sebab dia asyik terfikir tentang date Taesil dengan Luhan je.

Luhan tak sedar langsung yang dari rumahnya hingga ke perhentian bas, Sehun telah lama mengikuti dari belakang. Luhan asyik melihat telefon bimbit dia sahaja. Sekejap tersenyum-senyum, sekejap memuncungkan bibir macam itik, sekejap tersengih macam kerang busuk lepas tu ketawa. Sehun mencebik.

"Mesti dia tengah chatting dengan Taesil" gumam Sehun tak puas hati sambil mencebik lagi.

Bas pun tiba, Luhan beratur untuk masuk ke dalam bas dan Sehun ikut di belakang. Selepas membayar tambang bas menggunakan tiket bas untuk pelajar, Luhan duduk di tempat pilihannya di dalam bas dan Sehun menarik depan topinya ke bawah sedikit supaya Luhan tidak nampak wajahnya lalu duduk di kerusi kosong di belakang kerusi Luhan.

Dia bawa topi warna hitam yang ada tulisan 'NY' di depannya untuk dipakai ketika sedang mengikuti Luhan. Nasib baik tempat duduk Luhan itu ada kosong di belakang, senang sedikit dia nak mengintip Luhan bermesej dengan siapa. Sehun menjenguk sedikit kepalanya untuk melihat apa yang Luhan asyik sangat dengan telefon bimbitnya itu.

Dia cuba panjangkan lehernya untuk melihat apa yang ada pada skrin telefon Luhan tetapi hampa kerana kepala Luhan menghalang. Sehun menyengetkan kepalanya tetapi tak nampak juga. Nampak macam dia chat dengan seseorang tetapi siapa? Dia tak nampak siapa!!

Sehun duduk semula sambil memuncungkan bibirnya. Dia memeluk tubuh. Misi A. gagal. Mestilah dia chat dengan Taesil. Siapa lagi kalau bukan dia. Tak adil!! Tak adil!! Tak adil!! Dia tak pernah bertukar mesej dengan Taesil sebelum ni.

Salah kau juga. Kenapa kau tak mulakan chat dengan dia? Seorang lelaki sejati mesti memulakan perbualan dulu. Kau lelaki sejati ke tak? Huh?

Sehun merengus kasar mendengar kata hatinya yang jahat itu. Perli nampak. Lelaki sejati konon! Sehun tak perasan pun penumpang bas yang berada di belakangnya tertanya-tanya kenapa dia nak panjangkan lehernya tadi. Ish. Ish. Ish. Bas itu berhenti dan Sehun bangun selepas Luhan bangun.

Sehun berhenti sekejap, menunggu Luhan untuk turun dahulu. Dia berjalan dengan cepat untuk pergi ke depan Lotte World yang besar gedabak itu. Dia melihat sekeliling mencari Luhan.

Haih, hari ni hari ahad, mestilah ramai orang datang, lagi-lagi pasangan-pasangan kekasih. Hatinya dilanda perasaan sebal lagi. Sekeliling tempat dia berdiri kebanyakannya pasangan kekasih sahaja. Ada lah dalam 2-4 buah keluarga yang dia nampak.

Sehun menggeleng kepala. Sehun!! Misi B kau, cari Taesil dengan Luhan! Mana diaorang ni?

Oh. Dah jumpa.

Sehun melihat Taesil melambai ke arah Luhan dengan ceria.

"Kenapa mesti dia tersenyum lebar macam tu? Depan Luhan boleh pula dia senyum macam tu tapi depan aku..." Dia sendiri terlupa Taesil pernah senyum macam tu pada dia bersama dengan cahaya di sekeliling ala ala 'angel' lah katakan.

Sehun, kau kena ingat, dia hilang ingatan. Lagipun kau lupa ke yang dia sukakan kau juga.

Serta merta telinga Sehun jadi merah sedikit. Sehun menutup senyuman yang mula terukir dibibirnya dengan tapak tangannya. Juga. Taesil sukakannya 'juga'..

Sehun melihat semula ke arah Luhan dan Taesil. Satu badan dia naik suhu walaupun dalam cuaca sejuk macam ni, apabila melihat mereka berdua ketawa mendengar cerita Luhan. Rasa cemburu mula naik ke kepala.

Luhan dan Taesil masuk ke dalam Lotte World bersama Sehun mengikuti di belakang.

Nasib baik dia merayu bagai nak gila dengan Kris untuk mendapatkan salah satu tiket ke Lotte World yang Kris miliki. Harap ianya berbaloi. Dia boleh mengintip mereka berdua. Mulanya Kris cerita dia nak pergi date pertama dia dengan girlfriend dia di Lotte World. Dia cerita dengan muka yang berseri-seri dan senyuman yang sampai ketelinga tetapi apabila Sehun teringat tentang date Luhan dengan Taesil terus dia mencapai tangan Kris. Mulalah dia merayu bagai nak rak hanya kerana tiket yang satu. 

Sampai dia melutut.

Nasib baik air mata tak keluar lagi. Kalau air mata pun keluar sekali, mesti sudah mula drama yang tak sudah. Mana pergi Sehun yang dulu? Sehun yang sekarang ni makin pelik pula.

Misi C. Intip mereka berdua. Tapi nak intip apa? Biar je lah mereka berdua dating, kan? Kenapa nak ikut juga? Sehun pun tak tau. Dia hanya mengikut gerak hati dia sahaja. Perasaan cemburu dia suruh dia ikut jadi dia ikut je lah. Dia memang kebudak-budakkan.

Kalau tak, buat apa dia melutut depan Kris? Semata-mata nak dapatkan tiket itu. Kai pun tertanya-tanya kenapa dia nak sangat tiket tu? Sehun boleh je beli sendiri tapi dia malas nak keluarkan duit kemudian pergi ke Lotte World beratur di barisan yang panjang untuk beli tiket.

Malas.

Kalau beli waktu hari dia nak intip mestilah ramai, lama nak kena tunggu lepas itu tak jumpa mana Taesil dengan Luhan. Lagi payah. Kesian Kris dengan girlfriend baru dia. Dah lah tak sampai seminggu bercouple... Nasib baik Kris ada rancangan back-up untuk datenya yang pertama.

Sehun.. Sehun..

 

"Betul ke permainan pertama yang nak kita naik ni?!" tanya Luhan dengan kuat apabila terdengar jeritan daripada pengunjung-pengunjung yang naik Roller Coaster yang besar di hadapannya.

Mereka berdiri di tengah-tengah Lotte World melihat roller coaster di hadapan mereka yang bergerak dengan lajunya. Taesil mengangguk teruja. Dia tak perasan pun muka Luhan yang mula pucat. Luhan menelan air liurnya. Taesil masih lagi melihat permainan yang menakutkan di hadapannya sambil meng-wah-wah-kan permainan itu. Nampak seronok! Luhan terus memegang bahu Taesil dan menarik Taesil memandangnya. Taesil terkejut.

"Ah.. Umm.. Boleh tak kita naik ni kejap lagi? Mana seronok awal-awal lagi kita dah naik permainannya ni? Kita pergi tempat lain dulu, eo? Y-yang.. yang tu ke?" Luhan menunjukkan ke arah Camelot Carousel. Taesil ketawa.

"Luhan-ah, awak takut nak naik roller coaster ke?" Luhan tersentap.

"Mana ada!" Taesil menutup mulut menahan ketawa. Luhan gelabah.

"Mana ada takut! Saya tak takut langsunglah! Saya sang namja, ok!" hidung Taesil kembang kempis menahan ketawa. Dia menutup mulut dengan tangan lalu memandang tempat lain. Luhan mengembungkan pipinya. Taesil memandang Luhan semula.

"Yelah. Yelah. Awak ingat awak seorang je yang takut? Saya pun takut juga" 

"Mana ada saya takut" Taesil mengangguk tetapi masih tersenyum. Luhan memuncungkan bibirnya.

"Yah, awak guna aegyo awak lagi lah. Comelnya~" 

"Saya tak comel! Saya lelaki ok! Lelaki patut dipanggil handsome, bukan comel" Luhan membuatkan muka lagi.

"Macam mana saya nak kata awak handsome kalau awak asyik buat muka comel macam tu je" Luhan terus membuat muka tak ada perasaan. Taesil melihat dan ketawa. Luhan juga ketawa.

 

AKMU - Give Love

 

 

"Bwahahaha! Luhan! Kalau takut tu cakap je lah. Hahaha! Cakap je lah yang kau takut tinggi tak perlu sibuk-sibuk dengan 'sang namja' kau tu" Sehun ketawa sendirian mendengar Luhan kata dia tak takut tadi. Dia dengar sahaja perbualan mereka walaupun dia berdiri tidak jauh dari tempat Luhan dan Taesil berdiri. Orang yang lalu lalang melihat dia ketawa seorang diri.

"Lelaki tu handsome, kan" sekumpulan perempuan berbisik-bisik sesama mereka sambil menjeling-jeling Sehun yang sedang duduk dan masih memerhatikan Luhan dengan Taesil.

"Mana?"

"Oh yang tu? Handsomenya! Cair aku!"  

"Kita tegur dia nak? Mana tau ada jodoh" mereka ingin mendekati Sehun tetapi apabila melihat Sehun ketawa bagai nak rak, Sen.Di.Ri.An, terus mereka berhenti bergerak.

Mereka semua melihat Sehun yang masih ketawa dan bercakap seorang diri kemudian memandang antara satu sama lain.

"Aku tak sangka dia gila"

"Muka je kacak tapi ada masalah mental rupanya"

"Betul lah pepatah yang mengatakan 'Never jugde a book by it's cover' tu"

"Haih, nampaknya tahun ni, aku still single"

Mereka pun pergi menjauhi Sehun. Sehun tak endahkan mereka walaupun dia ada terdengar perbualan mereka. Berani kau kata Sehun ada masalah mental?

 

"Apa ni?! Kenapa mesti dia ketawa macam tu dengan Luhan?" Sehun membuat muka tak suka. Dia tak suka yang Taesil ketawa disebabkan Luhan. Dia memang tak suka.

 

"Kita naik Camelot Carousel ni dulu lah" kata Taesil dan beratur di barisan untuk menaiki Camelot Carousel.

Nasib baik hanya ada sedikit sahaja barisan apabila mereka sampai. Sehun mengambil risiko dengan berdiri di belakang mereka berdua. Dia menurunkan topinya lagi. Orang lain tak nampak tapi telinga dia sudah mengeluarkan asap apabila mendengar ketawa Taesil. Apabila menjeling Taesil sedang ketawa sambil memandang Luhan. Melihat yang mereka berdua ketawa sambil memandang satu sama lain.

Apa yang kau buat sebelum ni, Sehun?  Banyak peluang yang kau boleh gunakan tapi kau biarkan sahaja peluang tu terbiar tepi jalan dalam kehidupan kau. Kenapa kau tak ambil peluang untuk luahkan sahaja perasaan kau?!

Opps.. Rahsia dah terbongkar.

 

Sehun merenung sahaja Taesil yang tersenyum lebar apabila permainan itu mula berpusing. Mereka bertiga sudah berada di dalam permainan itu.

"Seronok tak Luhan!" Luhan mengangguk dan senyum kecil melihat telatah Taesil yang asyik mengambil selfie dengan telefon bimbitnya. 

"Mana boleh selfie seorang-seorang. Saya nak masuk juga" jerit Luhan.

Sehun yang berada di belakang mereka hanya diam. Taesil ketawa lalu mendekatkan jarak antara dia dan Luhan. Aura di sekeliling Sehun mula gelap. 

"Senyum ye. 1, 2, 3!" Taesil buat peace dan Luhan juga buat peace bersama senyuman yang sampai ke telinga di bibirnya. Diaorang tak sedar yang Sehun juga termasuk dalam gambar tu sedang merenung ke arah mereka dengan aura gelap di sekelilingnya. Kanak-kanak lelaki kecil yang berada di sebelah Sehun asyik merenung sahaja Sehun sambil menjilat lolipop bulatan besarnya.

Sehun menghela nafas menahan rasa cemburu yang menggelegak dalam badan. Hanya tunggu nak meletus je. Sehun memandang ke tempat lain apabila Luhan dan Taesil mula bergelak ketawa melihat gambar yang mereka tangkap tadi. Dia terpandang budak lelaki di sebelah kanannya dan budak itu juga memandangnya dengan matanya yang comel dan innocent. Mereka merenung antara satu sama lain dalam masa hampir 1 minit. Budak itu memandang dengan pandangan mata ingin tahu dan Sehun pula memandang nak tau kenapa budak itu memandangnya. Tiba-tiba budak itu menghulurkan lolipop bulat besar yang baru dia jilat tadi kepada Sehun. Sehun terkesima.

You`re my destiny geudaen~ (Sambung baca dan biarkan lagu ni bermain di minda)
You`re my destiny geudaen~
You`re my everything~
geudae man bomyeonseo~
ireohge sori eobshi bulleo bobnida 

Dia rasa nak nangis. Ada juga yang memahami perasaannya sekarang ini~  Walaupun orang itu ialah seorang budak yang mungkin berumur 4 atau 5 tahun. Dengan muka yang menunjukkan dia nak nangis, tangannya perlahan-lahan mencapai lolipop itu.

Terima kasih budak.. Walaupun aku tak kenal kau.. walaupun lolipop tu kau dah makan tadi.. aku tetap berterima kasih yang...

 

(Keluarkan bunyi kaca pecah)

Budak itu tarik semula lolipopnya dan sambung makan tanpa memandang Sehun. Tangan Sehun berhenti di tengah jalan. Dalam masa beberapa minit dia hanya kaku. Krikk.. Krikk..

Budak.. aku tak sangka ada juga orang yang sekejam macam kau~ Kau jugalah yang aku ingat orang yang faham perasaan aku tadi.. Tak guna kau budak! Aku tarik balik terima kasih aku tadi. Kau ingat aku nak sangat makan lolipop kau tu? Tak hingin aku! Huh!

Sehun terus menarik tangannya yang masih di awangan dan memandang kirinya yang tak ada apa-apa. Nak pandang depan buat sakit hati je. Nak pandang kanannya lagi lah. Dia membebel-bebel dengan kekejaman budak itu tadi.

Permainan itu pun berhenti berpusing.

Sehun turun dengan kaki yang lemah longlai. Tiba-tiba ada seseorang menarik-narik seluarnya (tak ada lah sampai tertanggal seluar yang dia pakai tu) Sehun memandang bawah dan ternampak budak lelaki tadi. Budak itu menghulurkan lolipop bulatan kecil pada Sehun sambil menjilat lolipop bulatan besarnya. Sehun rasa sebak semula.

(Lagu You're My Destiny bemain sebagai bgm)

Terima kasih budak. Sehun pun mencangkung dan ambil lolipop itu lalu mengusap kepala budak itu.

"Gomawo, budak. Mesti kau faham perasaan aku sekarang ni, kan?" budak itu tak cakap apa-apa dan hanya memandang Sehun dengan mata innocentnya sambil memakan lolipop di tangannya.

"Hyujin!" budak lelaki itu memandang tempat lain apabila terdengar namanya dipanggil.

"Omma!" seorang wanita dalam lingkungan 30-an memandang ke arah mereka. Sehun mengusap kepala Hyujin lagi dan bangun.

"Pergilah. Omma kau panggil" kata Sehun. Hyujin memandang Sehun.

"Annyeong hyung" kata Hyujin lalu berlari-lari anak ke arah ommanya. Sehun hanya memerhati. Dari jauh orang lain nampak muka dia tak ada perasaan tapi kalau dari dekat kita boleh nampak dia sedang membuat muka terharu. 

Gembiranya~ Aku dah buat kawan baru~ Aku dah ada kawan baru yang comel~

Beberapa saat kemudian...

Tujuan aku datang sini sebab apa eh??

Aku datang sini sebab nak stalk Taesil dengan Luhan, kan???

"aduh~ aku dah kehilangan dia orang lah pula" Sehun membuka topinya untuk membetulkan rambut dan memakai semula. Dia tercari-cari mana Taesil dan Luhan dah pergi.

 

"Seronokkan naik permainan tadi" kata Taesil dengan ceria. Luhan mengangguk.

"Sekarang apa pula?" tanya Taesil.

"Bumper Car" jawab Luhan dengan teruja. Taesil mengangguk laju-laju. Seronoknya naik bumper car! Boleh lepaskan stres! Tapi yang terkena tempiasnya ialah orang yang kita langgar.

Luhan dan Taesil pergi ke tempat bumper car. Apa yang kita boleh lihat dari janji temu ini.. Tak nampak macam special.. Hanya keluar sebagai kawan je. Tapi pada Sehun mereka berdua seperti sedang dating sebagai pasangan kekasih, sehingga dia terfikir-fikir nak stalk mereka berdua.

 

Sehun ternampak Taesil dan Luhan, terus berhenti untuk melihat permainan apa yang mereka ingin main seterusnya? Apabila menyedari mereka masuk ke dalam permainan bumper car.. terus Sehun smirk dan menurunkan topi bahagian depannya untuk menutup mukanya lagi sehingga hanya menampakkan senyuman jahatnya.

 

 

"Hahahaha"

Taesil ketawa sambil melanggar Luhan. Luhan juga tersenyum lalu mengejar Taesil. Taesil melarikan diri sambil ketawa. Belum sempat Luhan nak langgar Taesil, dia dah dilanggar dulu. Taesil nampak dan ketawa. Sehun tunduk hormat tanda dia meminta maaf tanpa menunjukkan mukanya dan beredar untuk langgar orang lain. Luhan mengangkat bahu dan langgar kereta Taesil. Taesil dan Luhan ketawa. Tiba-tiba Luhan kena langgar lagi.. dan dalangnya adalah..

Sehun.

Selepas Sehun melanggar Luhan, Sehun beredar lagi.. kemudian langgar Luhan lagi. Taesil hanya ketawa. Sehun smirk apabila dia langgar Luhan. Akhirnya dia rasa puas. Dia nak langgar Luhan lagi tapi masa dah habis... Sehun keluar sambil memegang sikunya yang lebam, berpunca daripada Luhan yang melanggarnya tadi. Tak mengapa, tak mengapa, dia pun ada buat lebam pada dahi Luhan. Haha


Akhirnya dapat juga update.. baru sekarang dapat guna laptop.. nak guna telefon susah sedikit jadi saya terpaksa menunggu peluang yang terbaik untuk menggunakan laptop tanpa tuan laptop tu tau *smirk*. Amacam? Ok tak? Chapter ni paling panjang antara semua chapter.. Harap memuaskan

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting