016 *

You're My Enemy [EDITED]

Nine Muses - Ticket


 

Setiap kali ada orang buka pintu kelas, mesti mata Taesil akan terarah ke pintu tetapi hampa kerana setiap kali orang yang membuka pintu tadi, masuk bukanlah orang yang dia tertunggu-tunggu.

Mana Luhan ni? Kata lepas luka dah dirawat dia akan masuk kelas tapi dia tak masuk pun. Taesil melihat tempat duduk Luhan yang kosong. Dia mengeluh. Youri sudah pergi ke kantin dulu. Hanya tinggal dia yang masih berada di dalam kelas. Akhirnya dia mengalah. Dia bangun dari duduknya dan keluar dari kelas. Belum sempat dia melangkah pergi, ada satu suara memanggilnya. Taesil pun pusing belakang. Seorang lelaki yang dia tak kenali mendekatinya.

"Apa?" Taesil keliru. Siapa pula budak ni? Rasanya macam pernah nampak tetapi dekat mana, ek?

"Awak Choi Tae Sil, bukan?" Taesil mengangguk perlahan.

"Ya saya, ada apa?" lelaki itu tersenyum dan memberi satu sampul surat kepada Taesil. Taesil mengambil surat itu secara teragak-agak dan meneliti sampul surat yang berwarna putih tu. Apa benda pula dengan surat bagai ni? Dia mengerutkan dahinya. Sejak bila budak sekolah ni berbalas surat? Hm.. Taesil memandang lelaki tadi untuk meminta penjelasan.

"Tadi ada orang bagi saya surat ni dan suruh saya bagi dekat awak. Tu yang saya tercari-cari awak dari tadi tapi tak jumpa" Taesil memandang sampul surat itu semula. Siapa yang bagi aku surat ni?

"Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu" Taesil memandang lelaki tadi yang mula berjalan pergi.

Setelah lelaki itu hilang dari pandangan, Taesil memerhati surat itu semula. Siapa pula yang memberi dia surat itu kepadanya? Sebelum ni tak pernah-pernah dia dapat surat apatah lagi surat cinta tapi sekarang tiba-tiba dia dapat satu.

Taesil membuka sampul surat itu dengan berhati-hati. Dia keluarkan isinya. Kandungan sampul surat itu terdapat satu kertaas yang berwarna biru cair yang dilipat kepada tiga bahagian. Taesil membaca tulisan yang tertulis di surat itu.

 

Jumpa saya di kelas 7. Ada benda penting yang saya nak cakap

- Luhan

 

"Luhan?" Taesil pelik. Kenapa Luhan nak berjumpa dengannya di situ? Bukan ke tu kelas yang dah tak digunakan lagi? Taesil jongket bahu.

"Mungkin ada benda penting yang dia nak cakap dekat aku kot" tetapi kenapa perlu guna orang lain untuk menghantar surat ni kepadanya? Kenapa Luhan tak berjumpa dengannya sahaja. Tak pun mesej? Auee! Terlupa pula yang mereka tak bertukar-tukar nombor lagi. Apa ni Taesil?! Banyak peluang ada, satu peluang pun kau tak ambil untuk mendapatkan nombor telefon dia??

Ugh! *Sila letakkan emoji rolled eyes*

"Mungkin dia sibuk? Tak pun dia berada dalam keadaan yang bahaya. Tadi dia tak masuk ke kelas pun" Kenapa nak guna kertas yang besar-besar semata nak tulis 13 perkataan tu je. Pelik lah Luhan ni.

Taesil berjalan mendekati kelas itu. Dia sudah memegang tombol pintu kelas itu tetapi masih belum memusingkan lagi. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati. Jantungnya berdegup dengan kencang. Luhan memang berada dalam keadaan bahaya ke? Taesil memusing tombol pintu kelas itu dan masuk ke dalamnya.

"Luhan!"


Jutaan terima kasih kepada BaekkieAsya sebab dah buat poster yang cantik di atas tu. Terima kasih banyak-banyak. Saya akan guna sebaik mungkin. ^o^

Luhan dalam bahaya ke? 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting