038 *

You're My Enemy [EDITED]

Exo - December 2014 (The winter's Tale)


 

Keesokkan harinya Taesil sudah boleh keluar dari hospital dan lusa Taesil akan hadir ke sekolah seperti biasa. Semuanya atas permintaan dia juga. Dia pun dah rasa bosan asyik masuk hospital je. Hospital itu seperti sudah menjadi rumah kedua dia pula.

Dengar cerita dari Youri, Inna sekarang ni selalu kena buli dengan pelajar-pelajar lain di sekolah. Taesil rasa simpati apabila mendengar cerita itu. Memang Inna banyak buat salah tetapi kenapa mereka nak membuli Inna? Bukannya mereka yang pernah kena buli dengan Inna sebelum ini. Rasanya Inna menunjukkan sikap baiknya pada semua orang. Inna tidak pernah buat apa-apa salah kepada mereka yang lain, hanya pada dia dan exo sahaja, Inna pernah melakukan kesalahan yang berat tetapi Taesil tak pernah terfikir ingin membalas semua yang Inna lakukan. Dia mahu tamatkan pergaduhan kebudak-budakkan itu.

Taesil fikir apabila mendengar luahan Inna sewaktu mereka bergaduh hari itu Inna seperti menyembunyikan sesuatu. Apa maksud kata-kata Inna dengan dunia yang dia bencikan itu? Taesil mengusutkan rambutnya dan melihat ke luar tingkap.

Pintu bilik wadnya dibuka dan masuk ommanya bersama Sehun di belakang. Semenjak dua menjak ini, lelaki itu selalu datang melawatnya.

"Taesil, kamu dah siap belum? Kereta dah tersedia dekat bawah" kata omma Taesil. Taesil angguk dan memberi senyuman kecil. Sehun mengambil beg baju Taesil.

"Tak mengapa. Saya boleh bawa sendiri" Taesil ingin menghalang tetapi Sehun tetap mahu membawa beg itu.

"No. Saya kena bawa. Awak masih belum sembuh lagi" Taesil keliru dan hanya membiarkan Sehun mengambil beg bajunya. Sehun tersenyum gembira kerana dia menang dalam perbalahan kecil mereka. Taesil keluar dari wad bersama Sehun di sisinya. Taesil menyarungkan beanie warna merah di kepalanya. Beanie warna kelabu yang dulu itu dah dibuang agaknya.

"Awak dah makan?" tanya Sehun sambil menjeling Taesil di sebelahnya. Taesil mengangguk.

"Dah" Sehun tak tahu nak cakap apa lagi.

"Awak datang sekolah tadi?" tanya Taesil pula. Sehun menggeleng.

"Saya tunggu awak" jawab Sehun.

"Kenapa nak tunggu saya?" Sehun kelihatan gugup. Membuatkan Taesil bertambah keliru dengan perbualan mereka. Hmm..

"Taesil, Sehunnie, cepat masuk dalam kereta ni" suara omma Taesil mengganggu perbualan mereka. Sehun dengan perasaan lega cepat-cepat menyuruh Taesil masuk ke dalam kereta. 

 

------

 

Taesil bermundar-mandir di dalam biliknya. Dia sedang memikirkan apa yang sepatutnya dia lakukan sekarang ini. Semua orang fikir memorinya belum kembali lagi... jadi apa yang dia perlu buat?

"Esok aku datang sekolah seperti mana aku datang sebelum ni. Aku kena berlakon yang aku tak ingat apa-apa. Aish, kenapalah susah sangat mulut ni nak cakap yang memori aku dah datang balik?" Taesil melabuhkan punggung di atas katil, penat bermundar-mandir.

"Apa susah, kalau dia orang tanya aku jawab jelah yang memori aku masih belum pulih lagi"

Taesil berdiri semula dan pergi ke sliding door untuk keluar ke balkoni bilik. Di hadapannya ada sebuah rumah yang dinding rumahnya di cat dengan warna maroon dan sebelah kiri rumah itu -sebelah kanan Taesil- adalah rumah Sehun. Sehun sendiri memberitahu rumahnya di situ. Taesil melihat pintu balkoni bilik Sehun yang tertutup rapat.

"Apa yang Sehun tengah fikir sekarang ni agaknya?" Taesil memangku kepalanya dengan tapak tangan kanannya dan merenung ke pintu sliding bilik Sehun yang ditutup rapat dengan langsir. Tiba-tiba Taesil teringat akan kata-kata Youri.

"Tadi dekat sekolah aku nampak Inna kena buli. Orang baling tepung dan telur dekat dia. Haha. Kelakar aku tengok muka dia" kata Youri semasa sedang memotong buat epal untuk Taesil. Taesil mengetuk kepala Youri.

"Kau suka? Sepatutnya kau kesian dekat dia. Bukan ketawa di belakang dia. Dia orang tu pula, buli Inna kenapa? Inna tak buat salah dekat dia orang pun" kata Taesil. Youri menggosok kepalanya yang terasa sengal sebab pukulan Taesil.

"Aish, yang kau menyebelahi dia kenapa? Dia paling banyak buat salah dekat kau sampai hantar kau ke hospital banyak kali. Entah-entah dia yang langgar kau" Taesil ketuk kepala Youri lagi.

"Aish, janganlah kau menuduh dia. Aku rasa mungkin pakcik-pakcik yang mabuk tu yang langgar aku. Takkan dia sanggup nak langgar aku. Lagipun dia masih muda mana boleh bawak kereta"

"Yah! Perlu ke kau ketuk kepala aku! sakit tau tak!"

"Siapa suruh kau main tuduh je. Tak baik tau" balas Taesil

"Kau ni.. baik sangat lah!" Youri sambung memotong buat epal sambil memuncungkan bibirnya.

"Kesian Inna" gumam Taesil dan termenung ke arah balkoni bilik Sehun. Dia tak sedar lampu bilik Sehun sudah terbuka dan Sehun sudah menyelak langsir biliknya ke tepi. Sehun melihat Taesil yang sedang termenung itu dari dalam biliknya.

Walaupun banyak yang dia buat dekat aku.. aku tetap rasa simpati pada dia. Aku ni baik sangat macam yang Youri cakap ke? Hmm.. Mungkin Inna ada masalah tak? Mesti sekarang ni dia rasa sunyi. Dia masih budak lagi. fikir Taesil.

Walaupun dia selalu bergaduh dan rasa marah gila-gila pada Inna sebelum ini.. dia tetap rasa simpati pada Inna. Dia pun tak tahu lah kenapa dia nak rasa simpati dengan budak itu.

Taesil tersedar dari lamunan apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring dari dalam bilik. Taesil masuk ke dalam biliknya semula dan terus mencapai telefon di atas meja.

"Nombor tidak dikenali?" Taesil menjawab panggilan itu.

"Hello?" Taesil berjalan keluar ke balkoni dia semula dan melihat langit yang gelap itu. 

"Hellooo~?" masih tiada jawapan. Taesil melihat skrin telefon untuk melihat sama ada panggilan itu sudah diletak atau tidak. Ish! Siapa pula yang main-main dengan aku ni?

"Siapa ni? Kalau awak main-main dengan saya, saya letak" Taesil terdengar ketawa kecil di sebalik panggilan.

"Cuba tengok kanan" Dia mendengar suara seorang lelaki dari dalam panggilan.

Taesil yang mendongak melihat langit malam melihat kanan dengan keningnya yang bertaut. Siapa pula yang main-main dengan aku ni? Taesil melihat Sehun sedang lambai-lambai padanya dengan telefon diletakkan di telinga kirinya.

"Oh Sehun?" tanya Taesil pelik. Oh Sehun yang sedang telefon aku ke sekarang ni?

"Ya, saya" jawab Sehun dengan suara lunaknya. Walaupun jarak mereka jauh, Taesil dapat melihat sedikit senyuman yang terukir di bibir lelaki itu.

"Kenapa awak telefon saya malam-malam ni? Awak tak tidur lagi?" tanya Taesil prihatin. Taesil mendengar tawa Sehun.

"Awak tak ada nombor saya, kan? Nanti simpan nombor ni, tau" Taesil mengangguk. Masing-masing menghadap untuk memandang satu sama lain, walaupun jarak mereka jauh.

"Macam mana awak tau nombor saya?"

"Omma awak dah lama bagi nombor awak pada saya. Awak tak dapat tidur?" Taesil menggeleng.

"Saya sedang memikirkan sesuatu dan tak rasa ngantuk" Taesil memegang dahinya yang berbalut itu lalu memandang ke bawah.

"Awak nak dengar cerita saya tak?" Taesil mengangkat kepalanya dan memandang Sehun semula.

"Saya nak tolong awak ingat semula. Saya nak awak ingat masa kita bersama" Taesil ketawa kecil.

"Kita pernah bersama ke?" tanya Taesil dengan nada sedikit ceria. 

"Bukan ke masa saya mengajar awak itu masa kita bersama?" ohhh~ Masa tu~ Taesil mengangguk tanda faham.

"Cerita lah. Saya dengar" 

"Saya mengajar awak pelajaran math dan awak tak tau tentang pai..." Taesil hanya melihat wajah Sehun. Dia tak hadam butir percakapan Sehun tetapi dia fokus mendengar suara Sehun yang sedang bersemangat bercerita itu. Banyak yang Sehun ceritakan. Tentang kisah masa dulu-dulu.

"Saya rasa pertama kali saya tengok awak pakai baju biasa tanpa pakai baju uniform sekolah itu... um... comel. Yelah, sebab asyik tengok awak pakai uniform sekolah je. Saya rasa ikatan rambut awak mata tu pun comel. Saya suka... uhh.. saya suka tengok awak pakai cermin mata... sebab saya rasa awak comel" Sehun jadi gelabah. 

"Jadi awak rasa saya comel?" soal Taesil sambil menyembunyikan senyumannya. Sehun malu dan menunduk.

"Terima kasih. Saya rasa awak kacak juga" Sehun mengangkat kepalanya semula.

"Tak kira pakaian apa yang awak pakai, semuanya sesuai dengan awak. Sekarang ni pun" kata Taesil sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah pakaian yang Sehun sedang pakai malam itu. Benda gila apa yang kau tengah cakap ni Taesil?! Tiba-tiba je kau berani cakap macam-macam macam tu!

"Esok awak datang ke sekolah ke?" tanya Sehun. Mungkin cuba mengubah topik. Taesil mengangguk.

"Dah lama saya tak datang ke sekolah. Sekali je datang lepas tu masuk hospital balik"

"Tapi awak masih belum sembuh lagi"

"Saya sihat je. Kalau saya tak sentuh luka ni saya akan ok jadi awak tak perlu risau. Keputusan saya muktamad. Saya nak pergi sekolah juga"

"Awak ni degil juga, kan" Taesil ketawa kecil.

"Baru nak sedar yang saya ni seorang yang degil" Sehun melihat senyuman Taesil kemudian tersenyum juga.

"Saya suka senyuman awak" Hilang senyuman Taesil. Oh? Sehun tersedar apa yang cakap dan jadi gelabah.

"Okaylah, hari dah malam. Saya rasa mengantuk lah pulak" Sehun menguap. Taesil boleh mendengar bunyi Sehun menguap di telinganya.

"Esok awak nak pergi sekolah kan? Jadi pergilah masuk tidur nanti tak boleh bangun pagi pulak" sambung Sehun lagi. Taesil mengangguk.

"Oh ok" Taesil ingin meletak panggilan tetapi berhenti apabila terdengar Sehun berkata sambil tersenyum. "Selamat malam" dengan suara yang sweet. Taesil rasa mukanya jadi merah.

"O-oh, s-selamat malam" Taesil masuk ke dalam biliknya dan meletak panggilan. Apabila sliding door ditutup, Taesil bersandar ke dinding dan meletakkan tangan ke dada. Jantungnya berdegup dengan laju.

"Sehun, kau buat aku makin bertambah jatuh cinta dengan kau. Aku tak sepatutnya rasa macam ni.." Taesil menepuk-nepuk dadanya kerana jantungnya berdegup dengan laju. Dia terus menghenyakkan badannya di atas katil.

"Kenapa kau buat aku macam ni, Oh Sehun?"

 

Sehun berbaring di atas katil dengan senyuman yang lebar terukir di bibirnya.

Dia suka.. Dia suka dengan keadaan macam ni. Dia rasa gembira. Ini kali pertama dia rasa macam ni. Ketika bersama dengan Inna, dia tak pernah rasa macam ini. Rasa seperti.. dia memiliki segalanya..

Sehun meletakkan tangan di dadanya, mendengar degupan jantungnya yang berdegup dengan laju. Akhirnya dia dapat berbual dengan Taesil macam ni tanpa rasa keliru. Dia dah faham. Dia dah tahu. Dia dah sedar..

"Aku... suka... senyuman dia" Sehun tersengih-sengih seorang diri di atas katilnya. 


Sehun... Sehun.. Tersengih-sengih pula dia. Hahaha...

^o^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting