014 *

You're My Enemy [EDITED]

EXO - Growl


 

Luhan tersenyum sinis mendengar kata-kata Sehun dan memandang tepat pada anak mata Sehun. Dia orang berdua macam tengah membuat perlawanan mata. Macam ada aura sedang menyerang antara satu sama lain.

"Kenapa aku kena minta maaf?" Tegangnya keadaan sekarang ni. Membuatkan orang lain jadi tak selesa. Taesil tak faham apa-apa pun. Ahli exo yang lain dah mula mendekati Sehun dan Luhan.

"Yah. Apa ni? Apa yang terjadi?" tanya Suho. Kai pegang bahu Sehun. Sehun pula masih tak lepaskan rentapannya. Pegangan Luhan pada tangan Taesil makin kuat sehingga membuatkan Taesil mengaduh perlahan. Mendengar Taesil mengaduh kecil membuatkan Luhan memandang Taesil maaf lalu melonggarkan pegangannya pada pergelangan tangan Taesil.

"Oppa. Berhenti bergaduh. Inna... Inna yang salah. Inna pasti Inna yang salah. Luhan oppa, kalau memang betul Inna yang salah, Inna minta maaf" kata Inna sambil memegang tangan kiri Luhan. Jadi.. Inna ada kaitan? Taesil nampak air mata Inna menitis. Luhan memandang Inna sekejap lepas tu terus pandang tempat lain. Luhan mengerutkan dahinya.

"Kau tengok. Aku tak tau lah apa salah Inna. Tapi perlu ke sampai tampar dia?! Sekarang ni, dia yang minta maaf dulu... tetapi kau? Lelaki apa kau ni?!" W-wait! W-what? Luhan tampar Inna? Kenapa? Luhan mencemuh mendengar kata-kata Sehun.

"Tak... Luhan oppa tak tampar Inna pun. Inna... Inna yang salah" tak mungkinlah Luhan menampar Inna. Mungkin ada sebabnya tak?

"Kalau awak salah pun, dia tak perlu tampar awak" kata Sehun dan melihat Inna.

"Dah dua kali tapi kau tetap salah. Aku nak tanya, kau percayakan sahabat kau ke atau perempuan ni?" tanya Luhan. Pelajar-pelajar lain berbisik-bisik memerhatikan keadaan tegang antara Sehun dan Luhan.

"Aku tak pastilah kau masih sahabat aku atau-" Loceng sekolah berbunyi, menenggelamkan kata-kata Sehun. Sehun merenung mata Luhan seperti sedang mencari jawapan.

Luhan menolak tangan Inna yang memegang tangannya dan menolak rentapan Sehun dikolernya lalu menarik Taesil menjauhi tempat itu. Taesil memandang belakang sekejap ketika Luhan sedang menariknya pergi. Mata Taesil dan mata Sehun bertembung. Ahli exo yang lain mendekati Sehun untuk menanyakan banyak soalan manakala Inna pula sedang menangis teresak-esak sambil menutup mukanya.

Taesil melarikan pandangannya dan memandang dua orang ahli exo yang masih tak bergerak dari tempat mereka. Seorang tinggi dan seorang lagi rendah. Rasanya nama mereka Kris dan Xiumin. Kris sedang memandangnya dengan muka tiada perasaan tetapi Xiumin pula sedang melambai-lambai ke arahnya sambil tersenyum gembira. Terkejut Taesil buat seketika. Kening Taesil bertaut. Pelik. Wah! Sangat pelik! Kenapa mereka tak mendekati Sehun dan Inna untuk mengetahui hal sebenar? Kenapa Xiumin melambai padanya dengan gembira? Mereka tak risau ke?

Taesil memandang ke arah Inna. Kai, Tao dan Lay sedang memujuk Inna supaya berhenti menangis. Pelajar lain memandang atau patut dikatakan memberi pandangan maut dekat Taesil. Mulut-mulut mereka mulalah nak mereka macam-macam cerita. Taesil mengeluh. Lepas ni mesti banyak cerita yang aku akan dengar.

Mesti dia orang ingat aku lah puncanya' Ah~ Baru je ingat nak jauhkan diri dari Sehun dan Inna tetapi tak sangka pula Sehun akan jadi cikgunya dan Luhan tu sahabat Sehun dan exo. Dan sekarang ini dia macam dah terjebak dalam masalah mereka.

Agak jauh dari tempat tadi, Luhan membawa Taesil pergi ke tempat yang tiada satu pelajar pun. Taesil memandang Luhan yang sedang memandang luar tingkap.

"Pasal tadi tu... Betul ke?" Bukan sebab dia tak percayakan Luhan tetapi kalau betul Luhan tampar Inna mesti ada sebabnya. Dia perlu dengar dari mulut Luhan sendiri baru nak judging. Luhan mesti takkan buat macam tu tanpa bersebab. Mungkin Luhan tak nak beritahu sebab itu pada Sehun. Tetapi apa sebabnya. Luhan memandang Taesil.

"Awak pun tak percayakan saya juga" Luhan memandang mata Taesil.

"Saya percayakan awak. Saya perlu dengar dari mulut awak sendiri. Untuk tahu kebenarannya. Betul ke? Kalau betul... mesti bersebab" Keadaan sunyi seketika. Aduh! Mesti Luhan kecil hati. 

"Ah! Kalau awak tak nak bagitau pun tak ap-"

"Tak" jawab Luhan sepatah.

"Eh?"

"Tak. Saya tak tampar dia. Saya... cuma marah dia je... saya tak sentuh dia pun" Taesil mengangguk perlahan. Baguslah Luhan tak bersalah. Jadi kenapa Sehun cakap Luhan tampar Inna? Inna mereka cerita ke? Mesti tangisan dia tu palsu je. Aku ingat senyuman sinis Inna tadi imaginasi je. Ish... Ish... Ish... Drama Queen betul minah ni.

"Awak percaya? Kata-kata saya?" Taesil mengangguk sambil tersenyum kecil.

"Dah tentulah! Luhan yang saya kenal takkan buat macam tu tanpa sebab, lagi-lagi dengan perempuan. Luhan yang saya kenal, baik, gentleman, manly juga... tetapi... kenapa awak marah Inna?" senyuman Luhan apabila mendengar pujian Taesil menjadi keluhan.

"Kalau awak tak nak cerita tak pelah. Mungkin... hal peribadi..."

"Dia... Inna nak bersama dengan saya semula.."

"Eh?!" W-what?! What the heck!

"Inna nak bersama dengan saya semula. Semalam dia minta saya berjumpa dengan dia untuk bersama semula tetapi saya tak nak!" Adakah Luhan pun tau sifat Inna yang sebenar?

"Kenapa... awak dengan Inna berpisah?" Keadaan sunyi sekejap.

 

 

 

 

"Sebab saya nampak dia bersama dengan lelaki lain. Mereka berpegang tangan. Ketawa. Nampak rapat betul. Setahu saya Inna tiada adik beradik jadi saya pasti lelaki tu bukan adik atau abang Inna. Saya ingat dia betul-betul sayangkan saya... Saya tak tau apa yang dia nak... Kalau nak kata duit, dia memang dah kaya. Selepas itu kami terus berpisah" Jahatnya Inna, dia curang. Rupanya perangai dia ni memang dari dulu lagi. Macam manalah dia orang tak pernah nampak diri Inna yang negatif tu?

"Yang lain tertanya-tanya mengapa kami berpisah. Inna sendiri yang jawab sebab saya tak ada ketika mereka tanya soalan itu. Jawapan Inna lain dari perkara sebenar. Beberapa hari kemudian, Kris cerita apa yang Inna cakap. Inna cakap kami mungkin tiada jodoh sebab saya terlalu baik untuk dia" Luhan terlalu baik untuk dia? Memang betul tu! Kau tu terlalu buruk untuk Luhan, Inna.

"Xiumin pun tak percayakan Inna sebab dia pernah nampak Inna dengan bersama dengan lelaki lain sewaktu kami bersama dulu. Di fikiran yang lain saya dengan Inna berpisah sebab perasaan sayang saya dah hilang dan sekarang jadi kawan biasa tetapi Kris dan Xiumin percayakan saya" Baguslah kalau Kris dengan Xiumin tau perkara sebenar.

"Saya benci dia. Hubungan saya dengan Sehun makin retak disebabkan dia. Dia suka putar belitkan cerita yang sebenar. Kalaulah Sehun tak cintakan Inna mesti dia boleh nampak mana betul dan mana yang salah" Luhan dah tau yang Sehun sukakan Inna?

"Awak berkawan dengan Inna lebih lama ke atau awak dengan exo?"

"Saya... Saya mula berkawan dengan Inna pun sewaktu kita orang berumur 8 tahun tetapi antara saya dengan exo... sejak satu tahun? A'ah sejak kitaorang berumur satu tahun lagi. Omma dengan appa kitaorang berkawan rapat. Kami semua macam adik beradik" Luhan menceritakan tentang persahabatan dia dengan exo. Walaupun mereka bergaduh sebab rebutkan hati Inna sewaktu mereka mula-mula berjumpa dulu tetapi persahabatan mereka tetap kekal sehingga sekarang. Tak sangka dulu hampir kesemua ahli exo sukakan Inna pada waktu yang sama tetapi rasanya tu semua cinta monyet sahaja. Setengah dari mereka sebenarnya perasaan sayang kepada adik sahaja. Cerita punya cerita mereka terlupa tentang kelas. Habislah...

------

"Kau dengan Luhan pergi mana tadi? Cerita sikit. Ada orang cerita, kau yang menyebabkan Sehun dengan Luhan bergaduh. Aku jamin 100% semua tu salah. Sedap-sedap dia orang je reka cerita tanpa selidik dulu" kata Youri setelah cikgu masa ketiga dah keluar.

"Jangan bagitau sesiapa tau" Youri angguk laju dan mendekatikan diri dengan Taesil. Taesil menceritakan segalanya. Kalau dengan Youri, dia boleh ceritakan semuanya kerana Youri tidak akan menceritakan rahsia ini kepada orang lain. Mulut Youri ternganga.

"Betul ke?! Yah! Inna tu memang dah gila agaknya"

"Aku peliklah. Kenapa dia nak bersama dengan Luhan balik? Aku ingat dia sukakan Sehun sebab sebelum ni dia sendiri yang cari pasal dengan aku sebab tengok Sehun. Aku rasa kesian dekat Sehun sebab mungkin nanti Inna akan mempermainkan perasaan dia seperti mana yang dia buat dekat Luhan" luah Taesil kesal. Entah kenapa dia tak mahu melihat Sehun sedih. Dia dapat bayangkan betapa remuknya hati Sehun apabila mengetahui hal sebenar.

"Bukan Sehun tu musuh kau ke?" tanya Youri pelik. Kenapa minah ni macam risau sangat je?

"Memanglah musuh tetapi dalam peperiksaan je lah. Aku rasa aku dah tak boleh membenci dia lagi. Omma aku pun dah tak cakap nama Sehun dekat rumah. Aman sikit" Youri tersengih-sengih mendengar kata-kata Taesil.

"Kau sukakan dia lah tu" Taesil tersentak.

"Heol, mulut kau. Sedap-sedap je mengata" Youri ketawa.

"Tapi kan, kau tak rasa ke Inna tu seorang yang bahaya untuk percintaan antara kau dengan Sehun?"

"Yah! Percintaan aku hanya wujud untuk... Luhan jelah" Nasib baik Taesil sedar yang dia bercakap dengan kuat jadi apabila berkata nama Luhan dia perlahakan suaranya. Hanya Youri je yang dengar.

"Yelah... Aku tau. Aku pun dapat rasakan yang Luhan tu sukakan kau juga" Youri berbisik.

"Betul ke?! Macam mana kau boleh tau?" bisik Taesil teruja.

"Cuma... Entahlah. Aku dapat rasakan je" Youri menjongket bahu. Taesil mengeluh.

"Boleh ke aku berharap?" tanya Taesil tetapi Youri sekadar menjongket bahunya, lagi.

"Hari kau belajar apa?" tanya Youri.

"Belajar? Belajar ap- Oh! Hari ni sains" Youri angguk.

------

Taesil sedang menjawab soalan yang Sehun berikan. Sehun pula sedang berbaring dia atas katilnya, lagi. Apabila Taesil menjawab soalan yang diberikan je mesti Sehun akan berbaring di atas katil Taesil. Suka pula budak tu berbaring atas katil aku. Huh!

"Luhan ada cakap apa-apa dekat kau ke?" tanya Sehun secara tiba-tiba. Taesil berhenti menulis dan mengangkat kepalanya. Dia boleh menganggak yang soalan itu yang Sehun akan menanya. Tapi tak sangkat selambat macam ni. Dia mengajar dulu baru tanya. 

"Cakap apa?" Keadaan sunyi seketika. Taesil tau apa yang Sehun maksudkan tetapi dia pura-pura tak tau. Dia sebenarnya tak nak beritahu Sehun perkara sebenar sebab takut Sehun tak percayakannya lepas tu marah dia dan akhirnya sesi home tutor ni akan tamat dan dia akan gagal. TIDAK!!! Masih banyak lagi yang dia perlu belajar. Dia tak nak benda tu terjadi!

Walhal sebenarnya.. dia takut Sehun tidak akan percayakannya. Biarlah Luhan sendiri yang beritahu jawapan kepada soalan yang Sehun tanyakan.


I'm back! ^o^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting