008 *

You're My Enemy [EDITED]

Akmu - 200%


 

"So, itu yang terjadi?" tanya Youri sambil makan roti yang dia baru beli di kedai runcit sekolah tadi. Taesil hanya mengangguk lemah. Penat betul hari ni. Macam-macam yang terjadi. Itu baru permulaan sekolah.

"Wah! Bagus gila!"

"Aku harap lepas ni aku takkan berjumpa dengan dia orang lagi. Penat aku mengawal mental aku, sakit jugak fizikal aku. Boleh dia tarik tambut aku macam tu je? Aish, perempuan tu... ish, tak guna betul! Kalau bukan sebab kepala aku tengah sakit waktu tu, dah lama dah aku tumbuk muka dia. Lantaklah kalau budak tu nampak ke tak!" Taesil menghirup supnya.

"Tumbuk muka siapa?" Taesil tersedak. Suara itu dekat belakang dia je. Terkejut Taesil.

Sup itu dah lah panas ditambah dengan kepedasan yang berlebihan itu lagilah. Tekak dia rasa macam terbakar. Rasa berpasir pun ada. Taesil batuk dengan kuat. Tangannya tergapai-gapai mencari air. Youri dengan pantas memberikan air masak kepadanya. Muka Taesil dah merah. Orang yang tegur Taesil jadi kalut. Dia terus duduk di sebelah Taesil dan meletakkan dulang makanannya dia atas meja lalu dia menepuk perlahan belakang Taesil.

"Apa ni? Yah! Awak ni terkejutkan saya jelah! Buatnya kalau saya ada penyakit jantung macam mana? Nasib baiklah ni cuma tersedak je. Tapi sakit tau. Nak bercakap pun susah. Aueew!" Taesil batuk-batuk kecil.

"Sorry" Luhan tersengih tapi sengihan dia tu ada juga rasa bersalah tetapi masih mengusap perlahan belakang Taesil. Taesil mengangguk tanda dia maafkan dan tersenyum sebab dia tak mahu Luhan risau atau rasa bersalah lagi. Lepas keadaan sudah reda sedikit, Taesil sambung makan.

"Jadi awak nak tumbuk muka siapa?" Taesil memandang Luhan. Kali ini dah tak terkejut dah.

"Ah~ Tak. Tak ada sesiapa. Gurau je. Haha" Luhan mengangguk dan mula menjamu makananan dia.

"Ok" kata Luhan sepatah.

"Luhan, kenapa hari ni kau makan dengan kita orang? Bukan ke kau selalu rehat dekat tempat lain dengan kawan-kawan kau?" tanya Youri pelik. Luhan hanya tersenyum. Senyuman yang mempunyai maksud.

"Saja? Kenapa? Tak boleh ke kalau aku rehat dengan kau orang?" Luhan mengangkat sebelah keningnya. Ditambah dengan muka sedih sedikit. Cuba nak merajuk.

"Ah. Tak. Tak. Cuma... Pelik je. Yelah, selalunya kau rehat dengan kawan-kawan kau tu" Taesil memandang Youri.

Siapa kawan Luhan? Dia ada geng lain, ke? Sebelum ni pada waktu rehat, aku tak nampak pun Luhan dekat mana-mana sudut kantin ni jadi mesti dia rehat dekat tempat lain tapi dengan siapa? Hish, biarlah dia nak rehat dekat mana-mana atau dengan siapa pun

"Cuma... aku bergaduh dengan kawan aku.. je.." kata Luhan perlahan. Taesil terus memandang Luhan yang berada di kanannya. Waktu itu juga Luhan memandangnya. Mata mereka berdua bertaut.

"Gaduh? Kenapa? Luhan yang saya kenal seorang yang baik hati, tapi gaduh? Awak ada luka ke? Dekat mana?" Taesil mula memeriksa sekeliling wajah Luhan. Luhan ketawa kecil.

"Bukan gaduh tumbuk-tumbuk tu... Cuma saya marah dia sebab dia berpihak pada orang yang salah. Itu je" Luhan melihat mata Taesil.

"Itu je?" tanya Taesil untuk meminta kepastian. Baguslah tak seteruk macam yang dia fikirkan. Luhan menganggukkan kepalanya dan entah kenapa senyumannya bertambah lebar.

"Risau juga awak dekat saya" Taesil tersentak. Nampak sangat ke? Kena fikir alasan ni kalau tak Luhan mesti perasan perasaan dia yang sebenarnya ni. 

"Mes-mestilah! Awakkan kawan saya mestilah saya risau" kata Taesil tergagap-gagap.

"Kawan" Luhan memandang hadapannya sambil menyambung menjamu makanannya. Taesil menjeling Luhan pelik.

Aku salah nampak ke? Kenapa Luhan nampak macam...

kecewa...

je? fikir Taesil


It must be L.O.V.E. La la la la la la. Haha ^o^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting