018 *

You're My Enemy [EDITED]

Younha - Umbrella


 

Beberapa minit sebelum ini...

Sehun masih lagi keliru. Dia tak dapat tanya Inna apa yang terbuku di dalam fikirannya kerana Inna tak datang bersama dengannya tadi jadi dia buat keputusan untuk berjumpa dengan Luhan. Belum sempat dia nak pergi ke kelas Luhan, Luhan dah melalui kelasnya. Sehun terus mendekati Luhan.

"Luhan... Aku.. Aku sebenarnya nak tanya pasal.." Luhan hanya memandang Sehun tanpa berkata apa-apa. Dia baru balik dari bilik kesihatan. Dia ingat lepas luka dia dah dirawat, dia boleh balik ke kelas semula tetapi cikgu yang merawatnya suruh dia berehat pulak. Jadi dia tidur sampai dia sedar waktu rehat dah tiba.

"L-luka kau macam mana?" tanya Sehun gagap. Luhan memandang tempat lain.

"Dah ok" Sehun mengangguk. Kekok.. Keadaan sekarang ini sangat kekok.. Macam mana persahabatan mereka jadi sebegini?

"Tak sangka Kai tumbuk kau pagi tadi" Busted! Yang tumbuk Luhan bukan Sehun tapi Kai. Waktu datang sekolah tadi mereka 12 orang datang bersama-sama.

 

"Luhan, apa yang terjadi sebenarnya?" tanya Tao.

"Kau orang tanyalah perempuan tak guna tu. Kau orang lebih percayakan dia lebih dari aku kan? Dia lah penyebab kita jadi macam ni. Tak guna punya pe-"

"Perempuan tak guna? Siapa?" tanya Baekhyun tak faham. Atau mungkin dia pura-pura tak faham.

"Dia? Aish, perempuan tak guna tu, Inna lah. Aku tak tau lah apa motif dia bu-" Sehun rasa marah. Dia hanya diam mendengar Luhan bercakap tapi apabila Luhan memanggil Inna perempuan tak guna. Ish. Belum sempat Sehun berbuat apa-apa, Kai dah meluru ke arah Luhan dan menumbuknya. Kris, Tao dan Chanyeol menahan Kai dari mendekati Luhan. Xiumin mendekati Luhan yang terjatuh disebabkan tumbukan Kai.

"Siapa tak guna? Kau ke Inna? Aku rasa kau yang tak guna. Kau buat Inna menangis!" marah Kai.

Tengok, cakap pasal Inna je dah buat mereka bergaduh. Kuasa perempuan yang bernama Inna.

 

Sehun ingin membuka mulut untuk bertanya tapi terdiam apabila terdengar perbualan sekumpulan pelajar lelaki dari kelasnya.

"Banyak duit yang kau dapat?" Lelaki yang menghantar surat dekat Inna tadi tersengih sambil mengira duitnya.

"Mana kau dapat?"

"Tadi, Inna suruh hantar surat dekat Taesil jadi aku minta lah upah untuk menghantar surat tu. Tak sangka dia bagi banyak ni. Kerja aku bagi surat tu je dah dapat banyak" dia menyimpan semula duit tadi didalam poket seluarnya.

"Surat? Surat apa?"

"Entah, dia suruh hantar dekat Taesil je"

"Kau tak rasa macam... dia orang... bergaduh ke?"

"Gaduh?"

"Aish, tak mungkin lah"

"Mungkin Inna nak berbincang dengan Taesil je kot. Yelah, Inna tu kan budak baik, takkan lah dia nak bergaduh dengan Taesil pulak. Kalau dia orang bergaduh mungkin Taesil yang mulakan dulu" Luhan terus merentap koler uniform lelaki yang bercakap tadi. Lelaki itu tersentak.

"Lu-Lu-Luhan"

"Mana dia orang?" tanya Luhan marah.

"Ap-ap-apa?"

"Mana Inna dengan Taesil?!" Luhan hampir jerit dengan kuat.

"Ke-ke-kelas 7, bangunan lama" Luhan terus melepaskan koler dia dan berlari ke bangunan satu lagi dimana terletaknya kelas 7 yang lama. Sehun turut ikut sama. Mereka berada di bangunan lama itu. Nafas mereka tercungap-cungap. Luhan rasa tak sedap hati. Tiba-tiba mereka terdengar jeritan seseorang.

"TOLONG!! TOLONG SAYA!! TOLONG!! SESIAPA TOLONG SAYA!! ADA ORANG NAK BUNUH SAYA!! TOLONG!! CHOI TAE SIL NAK BUNUH SAYA!!" Sehun terus memanjat anak tangga apabila terdengar jeritan Inna. Luhan berada di belakang. Sehun menendang pintu kelas 7 dengan kuat dan terlihat Taesil yang sedang mengepal penumbuknya ingin menumbuk Inna.

"Inna!" jerit Sehun. Dia terus meluru ke arah mereka dan menolak Taesil ke tepi. Inna pengsan. Taesil rasa sakit akibat Sehun menolaknya dengan kuat. Tenaga lelaki jangan dibuat main-main. Luhan mendekati Taesil.

"Yah! Inna! Sedarlah! Jangan pengsan lagi!" Sehun menepuk lembut pipi Inna tapi masih tiada reaksi. Taesil rasa tak percaya. Masih nak berlakon lagi?!

"Yah! Yoo In Na! Berhentilah buat benda ni! Jangan berpura-pura lagi lah! Aku akan pastikan kau sendiri yang tertangkap dengan apa yang kau buat! Aku akan buktikan yang aku tak bersalah! Auw! Uhukk!" Taesil memegang perutnya yang terasa senak sebabkan sepakan dan tendangan Inna di dalam pergaduhan Inna tadi. Sehun memberi pandangan maut pada Taesil. Luhan mendekati Inna manakala Sehun mendekati Taesil yang duduk bersandar di dinding.

"Kau kata kau tak bersalah?!" Taesil memandang Sehun dengan pandangan sedihnya.

"Sehun-ah!"

"Tak bersalah apa?! Kau hampir bunuh Inna! Aku baru je nak cuba percayakan kau tapi dengan keadaan sekarang ni... Aku rasa aku tak patut percayakan kau lagi dah" Taesil merenung anak mata Sehun. Dia ingin beritahu perkara sebenar pada Sehun. Dia takkan benarkan Sehun terperangkap antara kebenaran dan penipuan lagi. Air mata Taesil mengalir bercampur dengan darah yang menitis dari kepalanya.

"Sehun. Oh Sehun. Ini semua perangkap. Inna sendiri yang pasang perangkap ni untuk perangkap aku. Inna yang suruh aku datang sini" Taesil cuba untuk menyentuh Sehun tetapi tangan Sehun menepis tangan Taesil. Sehun rasa dia dikianati. 

"Aku tak rasa Inna panggil kau untuk bergaduh. Kau yang mulakan pergaduhan ni dan kau kata tak bersalah?" Taesil rasa sakit. Sakit sangat. Hatinya, badannya, semuanya sakit.

"Aku takkan percayakan kau lagi selepas apa yang kau dah buat dekat Inna" Luhan yang baru lepas menelefon exo yang lain untuk datang ke bangunan kelas 7 dengan cepat, rasa marah dekat Sehun. Luhan terus menangkap koler Sehun dan menumbuknya Sehun.

"Luhan!" Tiba-tiba datang ahli exo yang lain. Mereka pisahkan Luhan dan Sehun yang sedang bergelut itu. Xiumin mendekati Taesil. Masing-masing, muka Luhan dan Sehun mempunyai luka. Sehun lepaskan diri dari pegangan Tao dan Kai dan memberi pandangan maut pada Luhan lalu pergi ke arah Inna yang masih terbaring di atas lantai.

"Aku benci kau, Taesil, sebab dah buat hidup aku dengan Inna macam ni" kata Sehun tanpa memandang Taesil yang sedang menangis di belakangnya. Diluar kelas 7, ada banyak pelajar berkumpul melihat kejadian itu.

"S-Se-Sehun" Sehun mengangkat Inna, bride stail dan pergi ke arah pintu. Xiumin mengelap muka Taesil yang berdarah dengan sapu tangan.

"Yah! Yoo In Na! Aku tau kau boleh dengar! Aku akan pastikan hidup kau merana sebab kau dah hancurkan hidup orang lain! Kau dah hancurkan persahabatan dia orang! Aku takkan benarkan rancangan kau berjaya! Tak akan! Orang yang akan hancurkan rancangan kau adalah aku! Ah!" Taesil memegang perutnya, sakitnya. Dia tak kisah kalau orang lain tersilap menafsir kata-katanya. Inna mesti tau apa maksud kata-katanya. Kepalanya mula berpusing-pusing. Dia rasa tenaga dia dah tinggal 1%, dunia dia mulai gelap.

"Yah! Yah!" Xiumin menangkap Taesil sebelum dia jatuh ke lantai. Luhan berlari ke arah Taesil. Sehun yang berhenti sebab ingin mendengar kata-kata Taesil pusing belakang sekejap untuk melihat Taesil yang dipegang oleh Xiumin dengan matanya tertutup.

Kenapa dia rasa macam kakinya ingin berlari ke Taesil? Ada rasa sedikit risau di dalam hatinya melihat Taesil sebegitu. Benarkah ianya sedikit sahaja? Badannya seperti menyuruhnya memeluk Taesil tetapi apabila dia teringat tentang apa yang terjadi sekarang ni, dia terus pusing depan semula dan keluar dari kelas. Pelajar lain memberi laluan. Youri yang baru datang masuk ke dalam kelas itu mendekati Taesil dengan riaksi terkejut. Kris menepuk bahu Suho dan D.O.

"Yang tu baru pengsan yang sebenar" kata Kris dan mendekati Taesil yang diangkat secara bride stail oleh Luhan. Suho dan D.O memandang satu sama lain dengan muka blur. Tao baru masuk ke dalam kelas melihat sekeliling.

"Apa yang terjadi ni?! Yah! Choi Tae Sil, kenapa kau pukul Inna" tanya Tao. Kris memandang Tao, bengang.

"Kau ingat dia boleh jawab ke? Dia dah pengsanlah. Lagipun Inna pun pukul dia. Aku nampak dia asyik pegang perut dia. Tak tahu lah ada orang tu tendang dia ke apa. Jangan berat sebelah, please" kata Kris.

"Tendang? Di perut?" tanya Tao tak percaya. Kai mencemuh kata-kata Kris.

"Entah-entah Inna buat macam tu sebab nak mempertahankan dirinya. Entah-entah Taesil yang mulakan dulu" kata Kai.

"Kalau kau orang nak tau jawapannya kena tanya Taesil bila dia dah bangun nanti" kata Kris. Youri sudah mengikuti Luhan yang membawa Taesil keluar dari kelas.

"Kenapa Taesil? Macam mana kalau dia mereka-reka cerita?" tanya Kai tak puas hati. Xiumin menepuk bahu Kai. Kai memandang Xiumin.

"Belajarlah untuk menerima kenyataan. Aku, Kris dengan Luhan dah bagi banyak petunjuk, dulu" muka Tao, Kai, Chanyeol, Baekhyun dan Chen blur. Suho dan D.O sudah mendekati Kris untuk membincangkan sesuatu. Lay mendekati satu-satunya meja pelajar yang berada di situ dan mengambil sesuatu yang berada di laci meja itu.

"Dekat sini rupanya ia" Dia melihat benda itu sambil tersenyum gembira dan menyimpan benda itu di dalam poket uniformnya. 

"Lay, jom pergi. Luhan dengan Taesil bersama Youri ada dekat hospital" Xiumin mendekati Lay dan menarik Lay keluar dari kelas itu.


Hello, I'm back!! Sorry dah lama tak update..

Ada sebab mengapa Inna jadi macam tu tapi sekarang ni ianya masih secret lagi ^_^ tunggu chapter yang lain baru akan muncul sebabnya... dan segala-galanya. 

Tunggu chapter seterusnya ^o^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting