040 *

You're My Enemy [EDITED]

EXO - Love Me Right


"Awak tak nak beli bunga sekali ke, Sehun-shi?" tanya Taesil sambil melihat seorang ahjumma yang sibuk membalut (?) bunga-bunga pilihannya. Dia beli 4 jambak bunga yang ada pelbagai jenis bunga pilihan di dalamnya. Sehun menemaninya pergi ke kedai bunga sebelum pergi ke hari graduasi senior mereka hari ini.

Sehun menggelengkan kepalanya. Dia melihat sekeliling kedai bunga tersebut. Ada beberapa orang pelanggan sedang memilih bunga untuk dibeli. Mungkin untuk rakan-rakan atau ahli keluarga yang tamat sekolah hari ni atau untuk saudara mara yang sakit atau untuk peringatan ahli keluarga yang sudah meninggal atau.. entahlah.

"Baekhyun tak suruh beli. Kalau beli membazir duit je. Dia, Chen dengan Chanyeol tu, mesti ada je rancangan pelik yang dia orang nak kenakan Suho hyung, Lay hyung, Kris hyung dengan Xiumin hyung" Taesil tersenyum apabila teringat tentang Chen, Baekhyun dan Chanyeol yang tersenyum jahat memikirkan rancangan mereka. Taesil dapat rasakan hari ni akan jadi hari yang meriah.

Taesil menyusun kesemua jambak bunga yang dia beli tadi ke dalam beg kertas yang dia bawa dengan cermat. Taesil mengucapkan terima kasih selepas membayar bunga itu dan keluar dari kedai bersama Sehun di sebelah.

"Apa agaknya rancangan mereka bertiga tu?" fikir Taesil. Sehun memandang Taesil dan membuat muka dia sedang berfikir.

"Umm... sama ada dia orang letak lebah dalam bunga.. bagi bunga taik ayam.. atau.. letak semburan air masin dalam bunga tu, macam bila ada orang bau bunga tu diaorang akan terkena semburan air masin atau mungkin diletakkan semburan air masam.. atau.. entahlah. Rancangan dia orang tu kebanyakannya tak masuk akal. Macam-macam diaorang pernah buat. Semuanya pelik-pelik"

Mereka berdua berborak sambil ketawa sehinggalah bangunan sekolah berada dalam penglihatan mereka.

Di luar perkarangan sekolah mereka ada banyak kereta. Walaupun bukan mereka yang ambil sijil tamat sekolah hari ni tapi mereka tetap pakai baju sekolah sebab Exo, Youri dan Taesil dah janji nak pakai uniform sekolah bila datang majlis graduasi hari ni. Sehun hanya diam memandang Taesil yang tersenyum sambil melihat bunga yang dia beli tadi.

Kalaulah dia tak hilang ingatan adakah.. kami boleh bersama? Bahagia bersama?

Taesil memandang Sehun dan tersenyum manis. Sehun rasa nafasnya seperti ditarik. Tersekat-sekat dia cuba bernafas. Jantung.. Taesil memandang depan semula. Walaupun keadaan senyap antara mereka berdua sekarang ini tetapi ianya tak awkward.

Sehun melihat tangan kiri Taesil yang berada di sisi Taesil. Sehun cuba merapatkan tangan kanannya lagi. Dia nak pegang tangan Taesil. Sikit je lagi hampir menyentuh tangan perempuan itu tetapi hampa kerana Taesil mengangkat tangan kirinya dan menunjuk sesuatu di hadapan mereka.

"Nampaknya kita yang terakhir sampai, yang lain semua dah tunggu dekat depan tu" Sehun menggigit bawah bibirnya. Dia gagal pula.

Sehun memandang hadapan, tak sedar yang mereka berdua sudah sampai di depan pintu pagar sekolah. Di depan mereka berdua ada Exo dan Youri tetapi bayang Chen, Chanyeol dan Baekhyun tak ada pun. Taesil melambai pada mereka dengan teruja. Sehun menggenggam tangan kanannya menjadi penumbuk.

"Semua dah sampai?" tanya Taesil teruja apabila mendekati mereka semua.

"Dah. Awak dengan Sehun yang terakhir" jawab Luhan dengan senyuman.

"Tapi Chen, Chanyeol dan Baekhyun pergi mana pula, kita orang tak tau" jawab Suho melihatkan Taesil mula mencari-cari kelibat mereka.

"Mesti dengan rancangan dia orang tu" kata Kai dengan nada bosan.

"Habislah hyung, entah apa yang dia orang nak buat dekat kau orang" kata Tao kemudian ketawa.

"Tak sabar nak tengok reaksi kau orang" kata Sehun pula dengan senyuman.

Kris dan Suho mengeluh. Suho meletakkan ibu jari dan jari telunjuknya pada atas hidungnya.

"Mesti gempak nanti1" kata Youri pula. Taesil berdiri di hadapan Xiumin sambil mengeluarkan sejambak bunga dari beg yang dibawanya.

"Nah, bunga. Tahniah, Kim Min Seok sunbae-nim!" kata Taesil sambil tersenyum manis. Kemudian dia pergi ke hadapan Kris pula dan memberi sejambak bunga. Begitu juga dengan Lay dan Suho.

"Kau tak bagi bunga?" tanya Taesil pelik pada Youri apabila mereka semua mula berjalan masuk ke dalam bangunan sekolah. Youri menggeleng-geleng.

"Aku tau akan jadi macam tu, jadi aku tak bagi" kata Youri sambil memuncungkan mulutnya ke arah Kris, Xiumin, Suho dan Lay yang dikerumuni pelajar perempuan yang ingin memberikan bunga kepada mereka.

"Kesian aku tengok diaorang kena pegang banyak bunga tu nanti" Youri membuat muka simpati sambil memeluk tubuhnya. Mereka berdua hanya memerhati sahaja di tepi.

Sehun dan Kai ketawakan hyung mereka. Youri kemudian senyum dengan ceria. Hilang riak simpati diwajahnya sebentar tadi

"Jadi.. aku hadiahkan beg kertas yang besar gedabak ni untuk mereka berempat. Seorang dapat satu" kata Youri sambil mengeluarkan 4 beg kertas dan menyerahkan kepada Xiumin, Kris, Suho dan Lay yang mendekati mereka dengan susah payah.

"Tahun depan pun kita terpaksa melalui keadaan macam ni juga ke!!?" jerit Tao sambil menunjukkan muka yang dia ketakutan.

Taesil dan Youri membantu Xiumin, Kris, Suho dan Lay memasukkan bunga-bunga serta hadiah-hadiah yang diberikan peminat-peminat mereka ke dalam beg kertas yang besar gedabak, hadiah pemberian Youri.

"Tengoklah tahun depan, kau orang pun akan kena macam kitaorang juga" kata Kris sambil flip rambut dia.

Sehun dan Kai pandang satu sama lain dan buat muka nak muntah. Luhan melihat sekeliling.

"Yah.. Mana D.O pergi? Aku tak nampak dia pun" tanya Luhan pelik.

Youri pun melihat sekeliling. Betul lah kata Luhan, D.O tak ada. Sebelum ni dia ada sahaja masa mereka berkumpul tadi. Tapi.. Dia tetiba hilang masa sesi 'peminat-peminat memberi hadiah tadi'.

 

 

Ada seseorang menutup mulut D.O . D.O cuba menjerit tapi tangan orang yang menutup mulutnya itu besar sangat.  Dia macam kenal tangan yang besar ini. Selepas mereka berada di tempat yang sunyi sedikit baru orang yang 'menculik' nya lepaskan dia. Tak sangka ada yang berani menculiknya dalam keadaan yang sesak dengan peminat tadi.

"D.O!! Akhirnya kau sampai juga!" D.O melihat 3 orang yang berdiri di hadapannya.

"Apa yang kau orang buat ni?!! Perlu ke kau orang culik aku!!? Nasib baik aku tak ada penyakit jantung, kalau tak kau jawablah dengan omma dengan appa aku nanti!" D.O mengangkat tangan nak memukul orang yang 'menculik' nya tadi tapi orang itu terus mengelak dari serangan tangan berbisa D.O.

"Sekarang bukan masanya. Kau kena tolong kita orang kalau tak rancangan ni tak berjaya!" jerit Chen perlahan sambil menggoncang-gpncang bahu D.O . Chanyeol yang takut dengan tangan berbisa D.O terus berdiri di belakang Baekhyun. Walaupun lelaki itu lebih besar badannya daripada Baekhyun.

"Apa bendanya?" Baekhyun menarik D.O untuk berjalan menuju ke destinasi mereka.

"Untuk menjayakan rancangan kita ni, kita kena guna dewan untuk hari graduasi tu. Kita orang dah minta kerjasama Ahn Ssaem tapi dia tak nak beri kerjasama. Ugh! Cikgu tu.." kata Baekhyun kemudian menggulingkan anak matanya. Chen ketawa dengan reaksi Baekhyun dan Chanyeol menyampuk.

"Kita orang dapat tau yang Ahn Songsaenim ni peminat kau jadi kitaorang perlukan pertolongan kau untuk bercakap dengan dia..."

"Supaya dia setuju untuk bekerjasama dengan kita" Chen mengakhiri kata-kata Chanyeol.

"Kau kan pandai menggunakan kata-kata jadi mesti kau boleh men'cair'kan hati dia!" sambung Baekhyun lagi kemudian Chanyeol pula yang ketawa. D.O sedang memikirkan jawapan.

"Please~~" Baekhyun dan Chen mula buat aegyo tetapi D.O tak pandang langsung.

"Apa rancangan kau orang tu?" soalan D.O itu membuatkan Chen dan Baekhyun tersenyum jahat.

"Kau tengok je lah nanti. Kalau kau tak membantu, kau tak kan dapat tau apa yang akan terjadi nanti" Chanyeol melihat jam tangannya.

"Okay.."

"Wowwww!! Akhirnya ada juga yang sudi membantu!" jerit Chen dengan gembira sampai mengalirkan 'air mata'.

"Kau buat lah apa-apa pun, D.O . Kau nak goda dia ke apa ke asalkan dia bersetuju untuk beri kerjasama" kata Chanyeol. Baekhyun ketawa pula.

D.O memberi pandangan menakutkan pada Chanyeol. Chanyeol hanya tersengih-sengih lalu bersembunyi di belakang Baekhyun semula.

"Cepatlah, kita tak ada masa ni!" gesa Baekhyun apabila melihat jam tangan Chanyeol.

 

 

Xiumin, Kris, Suho dan Lay dah duduk di tempat mereka. Yang lain berdiri di tepi menjadi penonton. Ramai ibu bapa datang melihat anak-anak mereka mengambil sijil tamat sekolah di atas pentas. Nama-nama pelajar dipanggil seorang demi seorang dan mereka bangun dari tempat duduk mereka untuk naik ke atas pentas.

"Yah, mana Baekhyun, Chen, Chanyeol dengan D.O? Tak nampak pun" tanya Kai melihat sekeliling apabila kelibat mereka yang disebut itu tidak nampak. Youri, Taesil dan Luhan melihat sekeliling.

Tao memadang atas. Bahagian atas mereka ada beberapa pelajar berdiri melihat orang mengambil sijil di bawah. Nanti dulu... bukan beberapa tapi hampir tiada bahagian kosong di atas mereka. Rasanya kebanyakan mereka pelajar-pelajar junior mereka. Ada juga muka-muka yang Tao kenal sebagai 'fans' EXO. Mereka semua berbaris di belakang pemegang besi dan melihat orang bawah. Pelik.

Luhan, Sehun, Kai, Tao, Youri dan Taesil berdiri berdiri di tempat yang berhampiran dengan pintu masuk dewan, flash dari kamera bercahaya banyak kali di dalam dewan itu. Pintu dewan disebelah mereka dibuka dari luar, masuk Chanyeol yang tercungap-cungap. Chanyeol memandang ke atas pentas.

"Nasib baik.. sempat" Taesil dan Youri memandang Chanyeol pelik. Chanyeol senyum menampakkan giginya yang putih dan berdiri di sebelah Taesil.

"Mana Baekhyun, Chen dengan D.O?" tanya Luhan pada Chanyeol.

"Dalam operasi meneruskan rancangan. Kejutan yang ditunggu-tunggu mesti akan jadi sejarah pertama di sekolah kita ni" jelas Chanyeol dengan bangga. Well, dia pun sebahagian dari rancangan ni mestilah bangga.

Chanyeol memandang atas, mencari seseorang. Luhan, Sehun, Taesil dan Youri memandang atas. Chanyeol memandang salah seorang dari pelajar di atas yang juga memandangnya lalu mengenyitkan mata kirinya dan pelajar itu membuat tanda 'ok' kemudian berbual dengan teruja bersama kawan di sebelahnya. Mungkin peminat Chanyeol.

"Tu satu signal ke?" tanya Youri pelik memandang Chanyeol. Chanyeol memandang Youri dan meletakkan jari telunjuk pada bibirnya. Taesil mengangkat sebelah keningnya dan memandang depan semula apabila nama Xiumin mula dipanggil.

"Pelajar yang terakhir apabila nama dipanggil sila datang ke depan. Kim Min Seok, Wu Yi Fan, Kim Joon Myeon dan Zhang Yi Xing" Youri yang sudah tersedia kamera Lay di tangannya mula merakam. Lay yang suruh.

Mereka berempat mula naik tangga ke pentas. Ramai pelajar bersorak. Chanyeol sudah bersedia. Seorang demi seorang mengambil sijil mereka dan tangkap satu gambar dengan pengetua untuk majalah sekolah. Mereka berempat pusing menghadap orang ramai yang duduk di atas kerusi dan tunduk hormat bersama dengan bunga dan sijil di tangan. Chanyeol memandang kirinya dan mengangguk pada seseorang.

"Oppa!! Tahniah!!"

"Tahniah!!"

"Oppa saranghae!!"

"Hyung!! Saranghae!!" 0-0 Jerita itu paling kuat. Daripada siapa agaknya..

Pfft...

Mereka berempat berdiri tegak semula dan ingin bergerak menuruni pentas tetapi tiba-tiba ada letupan di atas mereka. Semua terkejut. Kris terlompat kecil. Lay, Suho dan Xiumin memandang atas mereka. Hujan kelopak bunga warna putih mula turun dari atas mereka. Banyak kelopak bunga warna putih berterbangan dari atas pentas. Lay menghulurkan tangannya untuk menangkap satu kelopak bunga di depannya.

Chanyeol mengangguk pada pelajar perempuan di atasnya pula. Pelajar-pelajar di bawah yang tak faham apa-apa mula teruja.

"Wahhh!!"

"Cantiknya!!"

Guru-guru hanya duduk memandang dari tempat mereka. Dari awal lagi Baekhyun dah beritahu rancangan dia. Dia siap guna ayat yang manis-manis untuk mencairkan hati cikgu-cikgu dia supaya bersetuju. Guru-guru pun nak buat buat macam mana, keluarga Baekhyun, Chen, Chanyeol tu salah seorang daripada penderma terbesar di sekolah ni. Lagipun, bukannya mereka rugi pun kalau rancangan ini diteruskan, kan?

"Sekarang!!" satu jeritan daripada pelajar di atas dan banyak letupan berbunyi. Semua pelajar di atas menggunakan Confetti Shooter / Party Poppers membuatkan ada banyak bunyi letupan di atas mereka. Sekarang pula hujan kertas warna warni yang turun. Youri ternganga. Luhan, Sehun, Kai dan Tao terpegun.

"Sekarang, plan yang terakhir" Taesil memandang Chanyeol apabila terdengar suara lelaki itu berbisik di telinganya kerana keadaan sekarang sangat riuh.

Di kalangan pelajar-pelajar yang ada di atas ada Baekhyun, Chen dan D.O yang memegang mikrofon. Chanyeol melihat Cikgu Ahn yang memandang D.O dengan muka bangga bersama air mata yang mengalir lalu ketawa. 

D.O mula menyanyi lagu hari graduasi. Dia menyanyi satu part sahaja tanpa muzik, diikuti pula dengan Baekhyun dan Chen yang menyanyi tanpa muzik. Selepas tamat nyanyian Chen semua pelajar yang berkumpul di atas itu mula menyanyi bersama-sama disertakan dengan muzik sebagai latar belakang. Tao mula menangis. Luhan mengusap belakang Tao. Chanyeol mengajak mereka berenam pergi ke atas pentas.

Youri merakam semuanya termasuk Kris dan Suho yang sudah menangis teresak-esak di atas pentas. Xiumin senyum dan menggerakkan badannya ke kiri dan kanan mengikut rentak nyanyian pelajar di atas. Lay mengusap belakang Kris dengan hidungnya yang sudah kemerah-merahan. Pelajar-pelajar yang dah tamat sekolah juga ada yang menangis.

Tak ada sesiapa nampak Chen dan Baekhyun yang tersenyum jahat sambil memandang yang lain yang berada di atas pentas. Youri tergelak memandang muka Suho seperti dia sedang menahan diri daripada menangis walaupun air matanya sudah mengalir. D.O sudah mencari jalan untuk turun ke bawah.

Hari graduasi tahun ni penuh dengan tangisan dan ketawa. Sungguh meriah dan sungguh gempak sehingga akan menjadi tajuk utama untuk majalah sekolah nanti. Taesil memberikan tisu kepada Tao yang mukanya sudah merah sebab menangis.

"Bukan dia yang tamat sekolah tapi dia yang melebih-lebih menangis macam dia yang tamat sekolah" cebik Baekhyun.

"Haih, Tao.. Tao.." kata Chen. Baekhyun tersengih memandang Chen dan Chen juga tersenyum senget pada Baekhyun. Mereka berdua masih berada di bahagian atas, tidak turun lagi.

"Rancangan kita berjaya, kan?" tanya Baekhyun sambil mengangkat sebelah keningnya. Chen high five dengan Baekhyun.

"Semua ingat ni penamatnya tapi ini bukan rancangan sebenar kita" kata Chen sambil memeluk tubuhnya dengan muka yang bongkak.

"Mana seronok kalau tamat macam ni je, kan?" sambung Chen lagi dan mereka berdua memandang bawah semula. Macam kembar pula, tapi tak serupa. Trouble maker sentiasa.

 

Lovelyz - Delight (Yoo Ji Ae solo)

Taesil merasa getaran pada poket skirt uniformnya. Dia pun mengeluarkan telefon bimbit nya lalu membaca mesej yang baru dia dapat itu. Taesil mengangkat kepala untuk mencari Luhan di kawasan yang masih riuh itu. Luhan juga memandangnya dan tersenyum manis. Taesil kembali memandang telefon bimbitnya.

 

        Lepas ni jumpa saya dekat taman bunga belakang sekolah - Luhan

 

Kenapa Luhan nak berjumpa dengannya pula?

 

 

Taesil berjalan pergi ke taman bunga sekolah selepas majlis graduasi itu mula surut. Dalam perjalanan, dia terserempak dengan pelajar-pelajar sekolah atau orang luar sekolah. Makin lama dan jauh dia berjalan, makin berkurang orang yang dia nampak. Mungkin semuanya masih berada berdekatan dengan dewan tempat majlis graduasi itu berjalan. Taesil membelok ke kiri dan berdiri di hadapan pintu nak masuk ke taman bunga sekolah.

Taesil mengambil nafas. Kenapa agaknya Luhan ingin berjumpa dengannya? Taesil mencari Luhan di taman bunga yang besar itu. Akhirnya dia nampak Luhan sedang berdiri membelakanginya. Taesil mendekati Luhan. Luhan yang sedar akan kehadiran Taesil terus pusing dan senyum. Senyuman Luhan sangat manis.

"Hi, Taesil" Luhan melambai kecil. Taesil mengangguk sambil tersenyum kecil melihat Luhan yang ceria.

"Kenapa awak nak berjumpa dengan saya?" tanya Taesil pelik.

Luhan menunduk lalu mengambil satu langkah ke hadapan mendekati Taesil. Taesil ingin ke belakang tetapi kakinya seperti di gam. Luhan masukkan tangan kanannya ke dalam poket seluar. 

"Awak ingat lagi tak tentang permintaan saya tu?" permintaan? Permintaan.. permintaan.. ah, dah ingat. Luhan masih tak beritahu lagi permintaan dia. Taesil mengangguk. Luhan senyum lagi lalu keluarkan sesuatu dari poket seluar sekolahnya.

"Bagus! Saya dah tau nak minta apa. Taesil, pergi date dengan saya! Kita pergi Lotte World! Saya dah sediakan dua tiket dah!" kata Luhan dengan teruja dan ceria sambil menunjukkan dua tiket di tangannya.

"Awak tak boleh menolak sebab ni permintaan saya dan awak kena patuhinya sebab awak dah janji yang awak akan buat apa sahaja permintaan saya" belum sempat Taesil nak jawab apa-apa Luhan sudah memotong. Taesil menghela nafas.

"Okay. Betul cakap awak. Saya dah janji. Janji tak boleh tak ditepati. Tetapi.. ni patut dipanggil date ke?"

"Saya tak kisah awak nak anggap ianya date atau keluar dengan kawan. Mana-mana pun boleh. Apa-apa pun jumpa saya depan Lotte World hari ahad pukul 3 petang nanti, okay?" Taesil mengangguk setuju dengan senyuman.

Boleh lah. Lagipun dah lama tak pergi Lotte World. Tiket dia makin mahal sebab tempat tu besar dan makin terkenal. Kalau Luhan mengajaknya pergi, dia akan setuju. Uish! Tak sabarnya nak pergi!

Luhan tersenyum gembira yang Taesil menerima permintaannya.


Chapter ini panjang juga.. Tempat hari graduasi itu macam sekolah SOPA (School Of Performing Arts) punya dewan. Dewan rasanya. Ada dalam video Sehun graduasi tu.. Tunggu chapter seterusnya ye!! ^o^ Kalau ada perkataan yang salah ke apa, abaikan.. Hehe.. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting