037 *

You're My Enemy [EDITED]

I.O.I - I Love You, I Remember You


 

Taesil mencelik matanya perlahan-lahan. Terasa seperti deja vu, melihat dinding yang berwarna putih itu. Dia mula merasakan kesakitan di kepala. Kepalanya sudah berbalut dengan kain pembalut yang baru dan bukan yang dipenuhi dengan darah lagi. Taesil mengeluh. Baru je tak sampai beberapa hari dah kena masuk hospital semula. Termasuk kali ni... agaknya dah berapa kali dia masuk hospital yang sama? 3 kali agaknya. semuanya dalam masa 1 bulan?! Agak-agaknya jururawat-jururawat dan doktor-doktor yang bekerja di hospital ini mungkin sudah bosan melihat wajah dia tak pun fikir dia ni seorang gangster. Datang hospital dengan badan yang luka-luka. Lagipun mula-mula masuk hospital ni pun sebab dia bergaduh. Ish Ish Ish.

Taesil dengan perlahan-lahan menurunkan kakinya ke lantai. Rasa pening-pening juga pada mulanya tetapi dia boleh bertahan. Dia berjalan keluar dari bilik wadnya untuk mengambil angin. Bosan duduk seorang diri dalam bilik wadnya. Dia pergi ke taman yang berada bersebelahan dengan hospital. Kawasan itu memang ada ramai pesakit duduk mengambil angin. Udara segar menusuk ke dalam hidungnya.

Mesti sekarang ini yang lain berada di sekolah lagi. Taesil duduk di salah satu bangku yang tidak berpenghuni. Taesil menghela nafas dan menutup mata, memikirkan tentang kisah silamnya. Semua memori tentang dia dengan yang lain sebelum ni berpusing di mindanya. Ya.. dia dah ingat semuanya. Mungkin rakaman itu membantu dia mengingat semuanya. Dia tak tahu lah. Mungkin juga sebab dia ketuk kepala dia kuat semalam. Entahlah.

Dia ingat tentang kemalangan itu, Inna, Sehun, Youri dan kesemuanya. Luahan perasaannya dan dia mendapat nombor 6. Taesil mencelik matanya semula dan tersenyum gembira. 

"Woohoo! Tak sangka aku yang selalu dapat nombor terakhir ni dapat nombor 6 kali ni! Aku tak sangka aku seorang yang genius? Nampaknya usaha aku berjaya. Senyap omma tanpa aku dengar nama Sehun dekat rumah lagi" Taesil ketawa seorang diri. Semua itu juga berkat usaha 'cikgu-cikgu' dia. Kalau dia tak sedut kepandaian mereka, dia mungkin tak akan jadi genius macam ni. Hehe.

Setelah beberapa minit duduk di tempat yang sama, Taesil pun berjalan masuk ke dalam semula. Mungkin sudah terlalu lama dia berada di luar. Dah lah dia keluar main keluar je. Tak cakap dengan jururawat dekat situ pun. Jururawat yang berada di belakang kaunter tingkat wadnya memandang ke arahnya.

"Oh! Taesil-shi, awak sudah sedar?" tanya jururawat itu sedikit terkejut. Taesil mengangguk dan tersenyum.

"Baru tadi. Jadi saya keluar sekejap ambil angin. Sorry!" seorang jururawat yang baru tiba di kaunter itu memandang ke arah Taesil juga.

"Oh! Taesil-shi?" tanya jururawat yang baru tiba itu. Taesil memandang jururawat itu pelik.

"Ya?"

"Tadi teman lelaki awak datang. Dia terkejut tengok katil awak kosong. Dia ingat awak dah meninggal. Nasib baik saya sempat masuk dan bagitau dia yang awak mungkin dah bangun dan pergi jalan-jalan dekat luar. Saya tengok dia risau je" Taesil terpinga-pinga.

"Teman lelaki? Siapa pula?" tanya jururawat yang berada di bahagian dalam kaunter itu.

"Alah, yang datang dengan kawan-kawan Taesil sekali tu. Tapi ni kali pertama aku nampak dia datang bersama. Muka dia kacak pula tu. Bertuah awak dapat dia Taesil" Taesil pelik.

Teman lelaki? Ada lagi memori dia yang tercicir tak masuk dalam otak dia ke? Setahu dia, dia mana ada teman lelaki. Dia forever alone, kan? Tang mananya muncul teman lelaki dia ni? Luhan? Mana lah tahu jururawat tu salah anggap Luhan sebagai teman lelakinya. Tapi tak mungkinlah.. Luhan selalu datang ke hospital ni, melawatnya. Tak mungkin mereka tak kenal muka Luhan? Mungkin jururawat ni tersilap. Mungkin Luhan yang datang. Tapi bukan ke sekarang ni waktu sekolah?

"Oh ya, awak ada ingat apa-apa tak? Memori awak dah kembali?" tanya jururawat yang berada di sebelah Taesil itu. Taesil terdiam sekejap. Jururawat yang berada di bahagian dalam kaunter tu menjeling jururawat di sebelah Taesil. Fikir yang topik itu sensitif. Tetapi entahlah. Taesil tak pasti sama ada nak beritahu jururawat-jururawat yang menjaga dia itu ke tidak.

"Tak lama lagi pasti awak akan dapat memori awak semula. Kawan-kawan awak akan selalu bantu awak dapat memori awak semula. Jangan sedih-sedih, ya?" kata jururawat itu dengan senyuman. Taesil hanya tersenyum kecil.

"Saya minta diri dulu" kata Taesil sambil menunduk hormat sedikit. 

"Deh~ Jangan buat teman lelaki awak tertunggu-tunggu. Dia mesti tengah risau sekarang ni" Taesil hanya memberikan senyuman.

Dia berjalan ke bilik wadnya, masih pelik tentang identiti 'teman lelaki'nya itu. Ada lubang dalam memorinya ke? Tangannya dengan perlahan-lahan mencapai pemegang pintu lalu menolak pintu bilik wadnya ke tepi. Taesil berjalan masuk ke dalam dengan berhati-hati. Bagaikan ada orang akan menyerangnya secara tiba-tiba pula. Dia berasa lega kerana nampak seorang sahaja yang berada di dalam bilik itu. Dia hanya nampak belakang lelaki yang sedang duduk di atas katilnya.

Lelaki itu bukan Luhan. Rambutnya warna lain dari Luhan. Kalau bukan Luhan, habis tu siapa?

Lelaki itu memusingkan badannya ke belakang apabila terdengar bunyi tapak kaki Taesil. Dia terus bangun dari duduk di atas katil itu dengan riak yang terkejut. Taesil pun agak terkejut.

Dia? Sehun? Mereka sangka Sehun adalah teman lelaki aku? Tetapi apa yang Sehun buat di sini? Di dalam bilik wadnya? Sehun.. Adakah Sehun percayakannya? Adakah Sehun sudah tahu kebenarannya? Mana mungkin dia tak tahu kalau radio itu satu sekolah boleh dengar. Tapi.. dia masih rasa tak percaya.. yang Sehun berada di sini. Di hadapannya..

 Apabila Taesil tersedar dari lamunan, Sehun sudah pun berdiri di hadapannya dan sedang merenung ke arahnya. Memang terkejunglah Taesil di buatnya. Renungan mendalam Sehun itu membuatkan dia tak senang duduk. 

"S-sehun-shi, a-aawak buat apa dekat sini? S-sekola-oftt" Taesil membesarkan matanya. Terkejut yang Sehun memeluknya erat, menyebabkan percakapannya terhenti.

"S-sehun-shi..."

"Awak okay.. Awak okay.. Awak dah sedar.." bisik Sehun perlahan di telinganya, masih memeluknya erat. Taesil menyedarkan diri dari keadaan kaku itu lalu perlahan-lahan mengusap belakang Sehun.

------

Taesil menunduk memandang tangannya. Dia sudah duduk bersandar di atas katilnya. Kejadian tadi masih segar di fikiran membuatkan keadaan sekarang jadi awkward. Sehun yang duduk di atas kerusi sebelah katilnya juga rasa kekok. Sekejap pandang sana, sekejap pandang tempat lain. Taesil berdehem dan memulakan perbualan untuk menghilang keadaan yang janggal ini.

"Awak tak pergi sekolah ke, Sehun?" 

"Eh? Oh.. tak. Saya masih tak bersedia nak berjumpa dengan semua orang lagi" kata Sehun perlahan masih menunduk.

Taesil faham kenapa tetapi dia tak cakap apa-apa. Sekarang ini kan, tak ada sesiapa yang tahu tentang memorinya sudah kembali. Taesil hanya menganggukkan kepalanya. Dah? Tu je ke? Tak ada apa-apa benda lain yang nak dicakapkan?

"Awak... Awak ada ingat.. apa-apa?" tanya Sehun secara teragak-agak. Semua orang menganggap topik ini sensitif baginya. Well, mula-mula memang macam tu. Tapi selepas memorinya sudah kembali..

Taesil diam. Patutkah dia jujur tentang memorinya sudah kembali? Atau.. Patutkah dia diamkan sahaja?

Sebenarnya.. Dia tak nak Sehun tahu yang memorinya sudah kembali.. sebab dia takut Sehun akan menolak perasaannya. Well, dia sudah luahkan perasaan dia. Dia rasa insecure, dah tentu. Lelaki itu.. walaupun dia tahu yang dia sudah dikhianati.. mungkin perempuan itu masih berada di dalam hatinya. Jadi dia takut. Untuk menjawab soalan Sehun itu.. Taesil menggeleng kepala perlahan. Menidakkannya. Membohong. Kenyataan ini.. biarlah hanya dia seorang yang tahu. Riak kecewa jelas terpancar di wajah Sehun tetapi hilang dengan senyuman kecilnya. 

"Tak mengapalah. Saya.. umm... kitaorang akan berusaha tolong awak ingat semula" Taesil hanya merenung wajah Sehun. Kenapa lelaki itu kelihatan sangat kecewa? Dia tak faham. Tapi ayat ini berada dalam fikirannya.

"Maaf kalau saya kecewakan awak" Sehun geleng-geleng kepala. Dia memang rasa serba salah. 

"Sebelum ni saya tak membantu apa-apa pun.. jadi sekarang ni saya nak membantu awak ingat segala-galanya" kata Sehun dengan yakin.

Diam. Taesil rasa keliru dengan perubahan layanan Sehun padanya. Adakah Sehun berbuat baik dengannya hanya kerana dia cedera teruk disebabkan Inna? Atau Sehun rasa bersalah sebab fikir dia penyebab Taesil jadi macam ni? Kenapa Sehun baik sangat dengannya? Apa maksudnya semua ini? Sehun berdehem membuatkan Taesil tersedar dari lamunannya.

"Umm... Awak nak makan? Nak saya belikan awak makanan?" Taesil mengangguk kemudian tersenyum kecil. Sehun bangun dari duduknya.

"Okay. Awak nak makan apa? Saya belikan" kata Sehun.

"Apa-apa je. Saya tak kisah" balas Taesil pula. Sehun mengangguk lalu keluar dari bilik wad Taesil.

Taesil mendapat mesej dari ommanya bahawa dia dengan appanya akan datang malam nanti. Taesil bangun dari duduk di atas katil dan melangkah perlahan ke hadapan tingkap. Dia membuka tingkap, membiarkan udara luar masuk ke dalam biliknya yang sejuk itu.

Apa yang Sehun rasa sekarang ni? Adakah dia rasa bersalah disebabkan perkara yang lepas? Aku takut nak mengaku yang aku dah dapat memori aku semula sebab aku takut Sehun akan menolak perasaan aku lagi sekali. Aku masih tak bersedia untuk ditolak dua kali. Walaupun kali ni aku boleh rasa lega kerana masa depan Sehun bukan berada di tangan Inna lagi tetapi aku tetap takut untuk mendengar penolakan dia. Dia tak mungkin akan sukakan aku. Mungkin ada lagi perempuan yang lebih baik dari aku untuk Sehun. Mungkin aku bukan untuk dia. Patutkah aku putus asa dan lupakan dia?

------

Pintu wad dibuka, masuk Youri dan yang lain-lain. Semua yang rancak berbual tadi, seorang demi seorang terdiam apabila melihat Taesil sedang makan di atas katilnya bersama Sehun di sisi. Youri orang pertama yang berlari-lari mendekati Taesil dengan muka gembira lalu memeluk Taesil.

"Ufff!"

"Taesil-ah, kau dah bangun! Bosan kau tak ada dekat sekolah!" kata Youri ceria.

"Kau ni cakap macam aku sakit teruk je" jawab Taesil, ketawa kecil. Youri melepaskan pelukannya dan bercekak pinggang.

"Hey! Kau memang sakit teruk okay!" Youri menghentakkan kakinya.

"Aku ok lah" jawab Taesil dengan muka yang dia okay. Well, ubat tahan sakit sedang membuat kerjanya, jadi rasa sakit tu tak rasa sangat.

"Siapa suruh kau pergi gosok luka kau tu dengan kuat, lepas tu pukul-pukul kepala kau tu. Bertambah sakitlah! Habis tangan aku pun terkena darah kau sebab nak tahan kau dari pukul kepala kau tu. Kau tau kan yang aku takut darah. Trauma tau dak? Ugh! Nasib baik aku tak pengsan dekat situ nanti susahkan Luhan pulak nak angkat kita berdua" bebel Youri.

"Cukup-cukuplah, kau ni menambahkan rasa sakit kepala aku je" Youri terdiam.

"Kenapa aku rasa pelik, eh?" Youri mengangkat sebelah keningnya.

"Pelik yang macam mana?" Taesil jadi gelabah. Lah, dia ni boleh hidu ke?

Lay menangkap gambar Taesil dengan kameranya. Entah kenapa lelaki itu menjadi jurugambar tak berbayar pula sekarang ini.

"Kau macam lain... Kau dah dapat memori kau ke?" Taesil gugup. Ish, dia ni kan. Semua memandang Taesil berharap. Sorey guys.. Aku masih nak simpan rahsia ni lagi. Taesil menggeleng kepala perlahan-lahan, buat muka sedih. Lakonan kena mantap.

"Tak. Aku pun tertunggu-tunggu nak dapat memori aku balik. Aku nak ingat semuanya. Aku nak ingat kau orang, kawan-kawan aku, kawan-kawan sekelas kita" Youri menepuk-nepuk bahu Taesil perlahan-lahan. Ini bermakna lakonannya mantap.

"Tak perlu risau. Kita orang jamin, kau akan ingat semuanya. Tak lama lagi. Tunggu je lah"

Sekali lagi.. Aku minta maaf. kata hati Taesil.

"Kalau kau nak tau. Kau kacau aku nak makan. Dah shuh! Shuh! Nak makan pun tak senang" Taesil mengusir Youri yang berubah riak lagi sekali. Dia kelihatan pelik.

Taesil sambung makan. Yang lain ada yang ketawa memerhati. Lay masih dengan kameranya.

"Aku nak tangkap gambar kita semua. Cepat berkumpul dekat katil Taesil" kata Lay.

Semua kecoh dan mencari tempat masing-masing. Sehun yang masih berada di tempatnya duduk di sebelah kiri Taesil manakala Luhan di sebelah kanan Taesil dan yang lain memilih tempat-tempat yang berdekatan. Lay set masa 15 saat selepas sudah menyusun kamera itu di arah yang sesuai dan berlari-lari mengambil tempatnya iaitu di sebelah Xiumin dan semua tersenyum gembira. Walaupun berada di hospital, dengan kawan mereka yang sedang sakit. But, moment ni happy. Kenapa tak senyum pula, kan?

Taesil membuat peace di tangannya dan tersenyum menampakkan gigi. Hanya dia dan Sehun yang berbeza di situ kerana Sehun memakai baju biasa dan Taesil memakai baju pesakit, yang lain semua pakai uniform sekolah. Taesil suka keadaan yang macam ni. Rasa happening je. Ni rupanya perasaan ada geng ada banyak ahli. Hahaha.

"Wah! Cantiknya gambar ni" puji Tao.

"Walaupun aku tengah sakit, kau cakap cantik" Taesil mencebik.

Apa agaknya yang akan terjadi esok? Adakah senyuman ini akan sentiasa terukir di bibir mereka? Taesil tersenyum melihat gambar yang baru ditangkap tadi. Dia suka gambar yang di tangkap ini sewaktu ingatannnya sudah pulih. Dia berharap dia boleh sentiasa ingat hari ini. 


Taesil tak bagitau yang lain pun dia dah dapat memori dia. *geleng kepala* Kenapa kau tak nak bagitau Taesil?

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting