039 *

You're My Enemy [EDITED]

Taesil sudah bersiap-siap memakai uniform sekolahnya. Rasa rindu pula dengan uniform ini walaupun baru beberapa hari yang lepas dia pakai sekali. Harap-harap lepas ni dia tak masuk hospital lagi, hospital yang bagaikan rumah keduanya. Hehe. Taesil turun ke bawah dan pergi ke dapur apabila terdengar ommanya sedang berbual dengan seseorang.

"Taesil-ah, betul ke kamu nak pergi ke sekolah ni? Kamu betul-betul larat nak pergi sekolah?" Taesil hanya senyum yakin dan memandang Sehun yang duduk di atas sofa di hadapannya. Rasa pelik pula apabila Sehun ada di rumahnya pagi-pagi ini. Sebab sebelum ni tak pernah langsung.

"Tak perlu risaulah omma, Taesil memang nak pergi sekolah. Asyik tak datang je. Bosanlah duduk rumah" kata Taesil dan duduk di sebelah kiri Sehun.

"Bukan apa, omma risau ni. Mana tau kalau apa-apa jadi nanti?" jawab omma Taesil dengan muka yang menunjukkan dia memang risau.

"Jangan risau ommo-nim, saya boleh jaga dia di sekolah" kata Sehun dan Taesil memandang Sehun. Masih menggunakan nama ommo-nim budak ni. Omma aku tau!

"Kamu jadi bodyguard dia lah ye" gurau omma Taesil dan Sehun mengangguk. Taesil hanya memerhati ommanya dengan Sehun yang sedang ketawa.

"Saya akan lindungi dia dari bahaya"

Taesil rasa tersentuh tetapi jadi keliru apabila memikirkan.. kenapa? Kenapa Sehun kata sebegitu? Apakah dia mengatakan semua ni kerana dia rasa serba salah dengan apa yang berlaku sebelum ni? Semuanya disebabkan rasa serba salah?

Omma Taesil ketawa.

"Baiknya kamu ni. Ommo-nim letakkan kepercayaan ommo-nim pada kamu lah ye, Sehunie. Kamu mesti melindungi dia dari bahaya, okay?"

"Omma~ Taesil boleh jaga diri sendirilah. Tak perlu bodyguard-bodyguard bagai. Taesil dah besar. Sehun-shi, awak tak perlu susah payah lindungi saya macam yang omma cakap tu, ok?"

Sehun diam. Dia rasa kecil hati apabila Taesil memanggilnya dengan panggilan -shi di belakang. Kalau Luhan tak pula. Hm..

"Dah besar apa? Asyik masuk hospital je. Omma risau tau tak. Kalau ada apa-apa terjadi dekat kamu nanti macam mana?" Taesil terdiam dan memandang Sehun yang sedang termenung buat seketika. Dia takut Sehun terasa dan bertambah rasa serba salah pula dengan kata-kata ommanya.

"Yelah. Yelah. Omma tak perlu risau, dekat sekolah kan Taesil ada Exo dengan Youri. Janganlah risau~"


 

Red Velvet - Little Little 

 

Krikk... Krikk...

Sehun dengan Taesil dalam perjalanan nak pergi ke sekolah. Mereka berdua berjalan kaki je selepas naik bas tadi. Dari tadi Sehun senyap sahaja membuatkan Taesil memandang Sehun risau. Sehun rasa serba salah ke?

"Awak terasa ke tadi?" tanya Taesil. Sehun tersentak dan memandang Taesil lalu mengangkat sebelah keningnya tanda dia tak dengar apa yang Taesil kata tadi.

"Awak diam je. Kenapa? Awak terasa dengan apa yang omma saya cakap tadi?" Taesil takut Sehun fikir semuanya salah dia. Sehun hanya diam sahaja ketika sedang berjalan, matanya memandang jalan. 

"Semuanya salah saya. Kalaulah saya percayakan awak semua mesti.. semua ini tak akan terjadi.." dah agak. Sehun salahkan dirinya sendiri.

"Tetapi ianya bukan salah awak sepenuhnya" Sehun ketawa kecil.

"Tak semua maksudnya ada salah saya juga" kata Sehun dan memandang Taesil dengan pandangan sedih dan serba salah.

"Sebab itu saya akan lindungi awak dari bahaya. Ini janji saya" tiba-tiba Taesil teringat akan kata-kata Inna.

Dulu, dia sendiri janji yang dia akan lindungi aku. Jadi tak salah kan kalau aku cakap aku perlukan perlindungannya?

Taesil ketawa kecil. Sehun memandangnya pelik.

"Orang tengah serius boleh pula dia ketawa" Sehun memuncungkan mulutnya kemudian tersenyum kecil. Taesil menggeleng sambil menutup mulutnya dengan sisa-sisa tawa yang masih tidak hilang.

"Awak memang suka berjanji dengan perempuan eh?" Sehun mengerutkan dahinya.

"Maksud awak?"

"Sebelum ni Inna pun pernah cakap yang awak pernah berjanji akan lindungi dia. Sekarang ni awak berjanji akan lindungi saya pula" Sehun memandang Taesil.

"Macam mana awak tau?" tanya Sehun dengan wajah yang serius, terus hilang tawa Taesil. Nak jawab apa ni?

"S-saya.. Saya dengar dari rakaman yang Baekhyun tunjukkan tu" Taesil mengangguk tanda dia pasti manakala Sehun mengangguk tanda dia faham. Taesil lega yang Sehun tak syak apa-apa.

"Saya janji nak lindungi perempuan pun dengan satu sebab. Kalau tak ada sebab tu saya takkan berjanji" Taesil memandang Sehun.

"Apa sebab tu?" 

"Sebabnya... saya-" Sehun terus menutup mulutnya dengan tangan dan berhenti berjalan. Taesil pelik dan berhenti juga.

"Kenap-"

"Apa-apa pun saya tetap akan melindungi awak. Saya janji"

Sehun berdiri di hadapan Taesil menghentikan Taesil dari bertanya dengan lebih lanjut dan memandang tepat ke anak mata Taesil sambil menunjukkan keazamannya. Keyakinannya. Taesil diam membalas pandangan Sehun juga.

Sehun menghembuskan nafasnya mengeluarkan angin musim sejuk. Sehun membetulkan beanie dan mafela yang dipakai Taesil supaya Taesil tidak kesejukan. Taesil diam sahaja. Membiarkan. Nasib baik mafela yang dipakainya menutup sedikit pipinya, tak nampaklah pipinya yang kemerah-merahan itu. Tapi kalau Sehun nampak pun mungkin dia fikir yang Taesil sejuk. Sekarang ni memang sejuk sangat-sangat. Dan pipinya kemerahan.

 

Setibanya di sekolah, semua pelajar memandangnya. Haih, tak habis-habis lagi? Sekarang ni apa pula? Ada berita baru apa tentang dia lagi?

"aaa... terlupa pula. Video tentang kejadian awak pukul kepala awak tu, tersebar dalam laman web sekolah kita" kata Sehun sambil menggaru-garu dahinya yang tak gatal. Oh? Ada orang yang merakam kejadian itu ke? Populariti dia 'menaik' lagi lah nampaknya. Gila

"Yo, Taesil!!" Youri meletakkan tangan kanannya di atas bahu Taesil.

"Baguslah kau datang sekolah hari ni. Bosan aku tak ada kau" kata Youri dengan gembira.

"Youri dah sampai jadi saya masuk kelas dulu lah. bye bye~" kata Sehun sambil melambai ke arah Taesil dengan senyuman yang manis. Kelas Sehun di bangunan yang lain jadi Taesil tak mahu Sehun berjalan jauh.. lagipun Youri dah muncul.

"Hubungan kau dengan Sehun dah semakin baik, kan? Dulu, kau siap rasmikan dekat aku yang dia tu musuh kau tapi sekarang kau rapat dengan dia pula" Youri tersenyum senget. Taesil melihat belakang Sehun yang makin lama makin hilang dari pandangannya. Haih.. bahu yang lebar itu..

"Kau tau tak? Dulu kita pernah stalk Sehun sebab kau cakap kau nak kenal rupa musuh kau macam mana. Tak tahu rupa musuh macam mana, ada hati nak jadikan Sehun sebagai musuh kau" Taesil memandang Youri speechless.

"Chit! Sedap-sedap je kau mengumpat, kan?" Youri hanya ketawa.

"Sudah-sudah lah dengan cerita kau tu" sambung Taesil lagi membuatkan Youri berhenti berjalan. Oleh kerana Youri berhenti berjalan, Taesil pun berhenti. Ni dah kenapa nak berhenti-berhenti ni?

"Kenapa kau tak nak dengar cerita aku pula? Ini semua kisah lama kau. Aku perlu cerita untuk kebaikan kau juga. Mana tau kau boleh ingat apa-apa" Youri memandang Taesil tak percaya dan pelik.

Mungkin dia patut bagitau Youri. Kalau seorang yang tahu buat masa sekarang ni, ok kut.

"Nak cerita apa kalau aku dah ingat semuanya" kata Taesil dan tersengih.

Youri mentafsir semula apa yang Taesil katakan tadi di dalam kepala otaknya. Kenapa rasa macam otaknya lambat bekerja hari ni? Di putar-putarkan apa yang Taesil kata tadi di dalam kepalanya kemudian melopongkan mulutnya.

"K-kau... Kau, d-dah ingat semuanya ke?!" Youri tergagap-gagap sambil jari telunjuknya menunjuk Taesil tak percaya. Taesil mengangguk dan meletakkan jari telunjuk di bibirnya, menyuruh Youri perlahankan suaranya. Dia tahu sangat yang Youri akan menjerit.

"B-bila?! Bila kau dapat memori kau?" soal Youri masih terkejut. Suaranya sedaya upaya diperlahankan.

"Aku tak tau lah. Mungkin sebab video tu aku dapat ingatan aku semula. Sebab bangun-bangun je aku ingat semuanya"

"Jadi.. semalam... patutlah semalam kau tak nampak macam Taesil yang hilang ingatan je" kata Youri dengan nada dia sedang bermimpi kemudian menepuk bahu Taesil.

"Ye ke? Taesil yang hilang ingatan tu macam mana?" Youri berfikir sekejap.

"Taesil yang hilang ingatan tu nampak lebih baik dan matang" kata Youri dengan sengihan.

"Habis aku yang sebenar ni tak baik dan tak matang, ah?" Youri menggeleng kepala sambil tersengih lagi. Keadaan diam seketika.

"Kenapa kau tak nak bagitau yang lain tentang memori kau semalam?" tanya Youri pelik. Kenapa hanya Youri sahaja yang tahu?

"Sebenarnya... Ada banyak sebab tetapi aku tak pasti yang mana satu sebab yang utama. Mulut aku macam tak nak buka bila orang tanya pasal memori aku. Aku beritahu kau pun sebab kau tu kawan baik aku. Aku harap rahsia ni kau tak bagitau sesiapa"

"Sampai bila kau nak simpan rahsia ni?" Taesil terdiam seketika. Sampai bila.. ya? Hm..

"Sampai masanya nanti, aku akan bagitau yang lain. Kau kena janji dengan aku yang kau takkan bagitau sesiapa. Biar aku sendiri yang bagitau" kata Taesil sambil jari telunjuknya menunjuk Youri.

"Okay.. Setiap rahsia kau selamat dengan aku" keadaan senyap seketika.

"Adakah Sehun juga termasuk dalam banyak-banyak sebab tu?" tanya Youri masih memikir tentang sebab-sebab Taesil sembunyikan perkara itu.

Taesil diam dan termenung jauh.

Mungkin...

 

 

"Perempuan tu tak datang sekolah mesti sebab dia tak nak kena buli lagi" cebik Youri.

"Inna tak datang?" tanya Taesil pelik dan Youri mengangguk.

Mereka dalam perjalanan dari kafe sekolah ke kelas mereka. Baru lepas habis rehat mestilah perut kenyang, kan. Taesil rasa kesian dengan Inna kerana Youri kata Inna dibuli dengan pelajar-pelajar sekolah ni.

"Kau nak kesiankan dia buat apa? Dia yang salah, padan muka dia" cebik Youri.

"Bagi aku-" Taesil tidak dapat menyambung kata-katanya kerana ada 3 orang pelajar perempuan berhenti di hadapan mereka. Youri sudah mengambil langkah berjaga-jaga, mana tau ada orang nak cari pasal dengan Taesil lagi.

"Ha, kau orang nak apa?" Youri kenal dengan mereka bertiga. Mereka bertiga perlajar dari kelas Inna dan mereka bertiga juga yang mempertahankan Inna sewaktu kelas pj hari tu, di mana Inna mula mencari pasal dengan Taesil. Taesil menepuk bahu Youri perlahan.

"Kitaorang nak minta maaf" mereka bertiga menunduk malu. Salah seorang dari mereka mengangguk.

"Kenapa kau orang minta maaf?" tanya Taesil pelik. Mereka bertiga ada buat apa-apa salah dekat aku ke?

"Sebenarnya... Kitaorang yang sebarkan berita tentang kau belasah Inna dulu" Taesil meng-o-kan mulutnya. Oh, diaorang ke yang sebarkan? Hm.. Youri mencebik.

"Kitaorang tak sangka yang Inna tu jahat"

"Inna yang suruh kitaorang sebarkan" mereka bertiga mengangguk tanda setuju antara satu sama lain.

"Kitaorang ingat apa yang dia ceritakan tu betul jadi kitaorang percaya dan sebarkan satu sekolah" Taesil ternganga sedikit. Macam tu rupanya.

"Jadi kitaorang datang ni nak minta maaf"

"Tapi dia kan hilang ingatan, mesti dia tak ingat" mereka memandang satu sama lain dan memandang Taesil semula. Taesil tersedar dari lamunan dan terdiam. Ha~ eotteokkaji?

Loceng berbunyi menjadi penyelamat.

"Itu je kan? Kalau tak ada apa-apa kitaorang masuk kelas dulu. Annyeong~" Youri berkata dengan sopan dan menarik Taesil menjauhi mereka bertiga.

"Menyampah pula aku" kata Youri dan mencebik.

"Tak sangka diaorang juga jadi mangsa" kata Taesil perlahan. Taesil dan Youri masuk ke dalam kelas mereka sebelum cikgu masuk.

 

 

"Kau orang mesti datang tau, hari graduasi kita orang nanti" kata Xiumin dengan senyuman

"Dah tentulah. Kau orang berempat kan kawan baik kita orang" kata Luhan dengan sengihan. Mereka sedang berkumpul di bilik khas EXO, kali ini tiada Inna tetapi ada Taesil dan Youri. Mereka berdua buat keputusan untuk rehat bersama-sama dengan EXO hari ni.

"Minggu depan kan, graduasi?" tanya Taesil. Suho mengangguk.

"Tak sabar nak tengok kau orang tamat sekolah" kata Chen sambil tersenyum jahat.

"Nanti aku beli bunga banyak-banyak dan bagi dekat kauorang" Baekhyun juga tersenyum jahat.

"Kita tengok macam mana dia orang nak pegang bunga yang banyak-banyak tu nanti" kata Baekhyun. Suho memandang Chen dengan Baekhyun.

"Haih~ apa nak jadi lah dengan kau orang ni. Ada je benda nak kenakan orang" keluh Suho.

"Mana seronok kalau tak ada apa-apa berlaku pada hari yang penting tu nanti~" kata Chen dengan senyuman nakal.

"Betul kan, Baekhyun?" Baekhyun mengangguk sambil tersenyum jahat.

"Dah tentu"

"Apa-apa pun yang kau orang buat, kau orang guna duit kau orang juga" kata Kris.

"Tak mengapa, duit aku banyak" sampuk Chanyeol. Baekhyun high five dengan Chanyeol.

Taesil tersenyum melihat telatah mereka. Sekarang ini batch Xiumin, Kris, Suho dan Lay akan tamat sekolah. Nanti batch dia dan yang lain pula akan graduate.

Dari tadi Sehun hanya merenung wajah taesil. Perkara yang sama asyik berulang-ulang di dalam fikirannya. Macam mana dia nak beritahu? Bila? Macam mana kalau Taesil tolak? Tapi.. dia..

Luhan pula hanya memerhatikan Sehun yang dari tadi termenung memandang Taesil dan Taesil tak sedar langsung yang dia ditenung oleh Sehun. Luhan tersengih. Sehun... Sehun...


Hello Hello Hello!! Saya sudah kembali selepas... dah setahun ke atau setahun lebih? Tak ingat lah pula Hahaha!! Awak semua boleh nampak saya dah tukar semua tajuk setiap chapter sebab saya rasa lebih senang macam ni. Kan?

Terima kasih sangat-sangat kerana sanggup menunggu lama untuk update chapter yang tak seberapa ni ^o^ 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting