020 *

You're My Enemy [EDITED]

Boa - Spring Rain


Seminggu telah pun berlalu... Dia tak pergi mana-mana pun. Duduk rumah je. Berehat. Agak bosan juga kerana tak ada banyak benda yang dia boleh buat. Bosan. Tetapi apa boleh dibuat? Omma dia memaksa dia duduk rumah dan berehat sahaja. Hari selasa nanti dia akan datang sekolah semula. Waktu ini dia rasa rindu dengan sekolah. Haha. Perasaan tak nak tertinggal banyak pelajaran lagi, muncul dalam dirinya. Tiba-tiba nak jadi pelajar yang rajin ke? Lagipun Sehun sudah tidak mengajarnya lagi, peperiksaan akhir tahun pula hampir tiba.. 

Terus terangnya lah...

Dia...

Dia rasa yang dia...

Mula...

Rindukan...

Sehun...

Dalam seminggu itu dia asyik terfikirkan Sehun. Macam mana keadaan dia sekarang ni? Masih marahkah dia? Mestilah marah lagi... Lagipun lelaki itu sudah tidak mempercayainya lagi. Haih.. Taesil berharap sangat yang Inna tidak pernah memasang perangkap itu.. sebab dia rindukan masa-masa mereka bersama dulu. Masa Sehun masih menjadi musuhnya. Taesil tersenyum kecil teringat akan kenangan lama. Walaupun kenangan itu sekejap sahaja, dia rasa kenangan itu sangat penting buatnya. Perasaan apakah ini?

Lagipun Sehun masih tak tahu kenyataan yang sebenarnya. Mungkin sekarang ni dia sedang seronok bersama Inna, orang yang dia sayangi dan cintai. Entah mengapa memikirkan yang Sehun sebenarnya sayangkan Inna sangat-sangat, membuatkan dia rasa sakit hati. Rasa macam nak menangis je. Hatinya sakit.

Taesil masih ingat lagi waktu-waktu mereka bersama sebelum ni. Sewaktu Sehun masih mengajarnya. Dia masih ingat lagi kali pertama Sehun datang ke rumahnya pada hari sabtu dengan memakai baju biasa tanpa pakai baju seragam sekolah. Sehun nampak kacak dengan seluar jean dan baju t-shirt lengan pandang yang berwarna putih. Like a boyfriend material. Dia pula memakai seluar jean pendek dengan baju t-shirt yang berwarna hitam. Mereka berdua kelihatan macam berjanji untuk memakai baju warna yang secocok sebegitu. Hitam dan putih. Sangat serasi Mereka nampak macam pasangan kekasih.

Dia tak sangka Sehun akan mengajarnya pada hari minggu jadi rambutnya diikat dua di tepi. Omma dia mengusik mereka mengatakan yang mereka berdua sesuai bersama dan menyuruh mereka bercouple sahaja. Tapi Taesil sendiri sedar yang kenyataan itu takkan pernah terjadi kerana Sehun sukakan orang lain. Hati Sehun pada orang lain.

 

Hari itu mereka belajar bahasa inggeris. Seperti biasa lepas belajar mesti Sehun akan sediakan 10 soalan atau lebih kepada Taesil tapi kali ni dia tak boleh guna kamus. Sehun pula berjalan-jalan di sekitar bilik Taesil. Taesil rasa terganggu.

"Yah! Oh Sehun! Boleh tak kalau kau berhenti bergerak. Aku rasa terganggulah" kata Taesil tanpa mengalihkan pandangannya dari kertas soalan. Ish! Mengganggu ketenteraman jelah budak seorang ni!

Sehun memerhatikan Taesil. Entah kenapa dia rasa geli hati melihat Taesil yang bersungguh-sungguh menjawab soalan itu. Taesil membetulkan cermin matanya yang hampir melurut ke hujung batang hidung. Setiap kali dia menggerakkan kepalanya mesti rambutnya yang diikat dua tu akan turut bergerak. Tiba-tiba ada satu tangan memegang ikatan rambutnya di sebelah kanan. Taesil berhenti menulis. Dia menggerakkan kepalanya ke kiri tapi dia rasa berat sebelah kanan.

"Jangan bergerak" Taesil rasa bulu romanya meremang apabila terdengar suara Sehun berada sangat dekat dengan pada. Sejak bila Sehun berada di sisinya pun dia tak tau. Sehun mula bermain-main dengan rambutnya yang lembut itu. Sehun merapatkan dirinya lagi pada Taesil.

"Y-Y-Yah! K-k-au n-nak buat apa dengan rambut aku tu?" Taesil tidak berani nak melihat wajah Sehun sebab dia rasa muka dia tengah merah sekarang ni. Tak pernah ada lelaki yang duduk rapat dengannya sebegini sebelum ni. Almaklumnya dia itu sentiasa solo je. Walaupun crush dia Luhan.

Hatinya pula sudah memulakan debaran yang laju seperti selalu. Berbeza dengan ketika bersama Luhan. Sehun tidak menjawab. Dia seperti sedang membuat pemeriksaan pada rambut Taesil. Jarinya asyik menyentuh rambut Taesil yang lembut di jarinya itu.

"Lembut... Cantik..." bisik Sehun perlahan tetapi Taesil masih boleh mendengarnya kerana jarak mereka berdua sangat rapat. Taesil rasa jantungnya bertambah debarannya. Taesil memusingkan kepalanya ke kanan untuk menyuruh Sehun berhenti mengusik rambutnya tapi terdiam apabila melihat Sehun mencium rambutnya.

"Dan wangi..." bisik Sehun lagi. Taesil dah ternganga sedikit tapi tiada suara yang keluar. Dia terpaku. Anak mata Sehun merenung Taesil tanpa bibirnya menjauhi rambut Taesil bagaikan dia tidak mahu melepaskannya.

"Kau pakai syampu apa? Rambut kau wangilah" Akhirnya bibir Sehun menjauhi rambut Taesil tapi pegangannya pada rambut Taesil masih tidak dilepaskan lagi. Taesil rasa malu sebab renungan yang Sehun berikan tadi macam ada sesuatu. Taesil jauhkan rambutnya dari pegangan Sehun.

"A-ad-ada-adalah. Yang kau sibuk kenapa?" Taesil memandang hadapan balik. Cuba mengawal degupan jantungnya yang berdegup sangat laju itu. Berharap yang Sehun tidak sedar yang dia gugup dan malu.

Sehun mengjongket bahunya. Dia pergi ke rak buku Taesil yang ada banyak buku tersusun di situ. 

Taesil merasakan jantungnya macam nak meletup. Dia rasa panas dan tak cukup nafas. Tak boleh jadi ni. Dia perlu keluar! Oksigen dalam biliknya ini seperti sangat nipis! Mana pergi oksigen di dalam biliknya ini? Kenapa rasa macam panas je. Dia bangun dan terus keluar dari biliknya. Sehun memandang ke arah pintu yang sudah tertutup rapat. Sehun pelik.

"Aku ada tanya soalan yang salah ke tadi?" Sehun memegang dadanya yang berdegup dengan laju.

"Kenapa jantung aku berdegup dengan kencang ni?!" Sehun ambil satu buku yang berada di rak itu dan berbaring di katil Taesil untuk mula membaca.

Beberapa minit kemudian, Taesil masuk ke dalam biliknya semula. Dia terus duduk dan sambung menjawab soalan yang tertinggal tadi. Sunyi sahaja bilik itu macam selalu. Sehun tengah serius membaca manakala Taesil sedang sedang khusyuk menjawab soalan yang masih tak berjawab.

"SIAP!!" jerit Taesil bangga. Sehun tersentak. Dia menjeling Taesil yang menunjukkan kertasnya yang penuh dengan jawapan dengan senyuman sangat bangga.

"Yah! Terkejut aku tau tak! Perlu ke kau nak jerit macam tu?! Ah!" Sehun memegang dadanya. Taesil memandang Sehun pelik. Padan muka! Tadi kau buat hati aku berdegup dengan laju juga tau? Ni balasannya!

"Nah, dah siap! Cepat tanda. Palli palli" Sehun duduk di bawah manakala Taesil pergi ke katilnya. Dia melihat buku yang Sehun baca tadi.

"Oh~ Patutlah kau terkejut beruk. Kau baca buku cerita hantu rupanya. Aku tak sangka yang kau suka membaca" Taesil menggeleng kepala. Sehun menanda kertas Taesil.

"Aku yang sepatutnya tak sangka kau membaca. Bukan kau tak suka baca buku ke? Jadi macam mana ada banyak buku dekat rak tu?" tanya Sehun pelik.

"Buku pelajaran je yang aku tak minat baca sangat. Kalau buku cerita tu minat lah" Taesil duduk di sebelah Sehun.

"Berapa markah?" tanya Taesil teruja.

"9/10. 1 soalan je yang salah" Taesil menjerit kegembiraan.

"Yeah!"

"Keputusan bahasa inggeris kau lagi baik dari keputusan yang lain" kata Sehun. Taesil melihat kertas soalan bahasa inggeris dengan senyuman.

"Tak pelah" kata Taesil tanpa melihat Sehun. Masih bangga yang dia jawab 9 betul. Soalan susah tu. Sehun mengeluarkan sesuatu dari beg sekolahnya.

"Math 2/10. Sains 6/10. Geografi 4/10. Sejarah 1/10" Sehun melihat satu-satu kertas soalan pelajaran Taesil yang lepas. Sehun melihat jam tangannya.

"Oleh sebab masih ada banyak masa lagi, aku ulang semua pelajaran yang lepas dan esok aku akan bagi setiap pelajaran 20 soalan. Lebih kurang macam periksa lah. Jadi bersiap sedia lah ye" Sehun tersenyum sinis. Taesil mengeluh berat.

"Ahh~ Maksudnya aku kena dengar kau membebel pasal sejarah tu lagi ke? Ala~ Baru je ingat rehatkan otak lepas ni~"

Lepas itu Sehun asyik mengajar je. Waktu sejarah Taesil akan tersengguk-sengguk menahan ngantuk.

 

Taesil tersenyum mengingatkan memori yang lepas. Ya, dia rindu Sehun. Rindu sangat-sangat. Yang peliknya dia tak pasti dia rindu Sehun sebab apa? Kawan atau...? Musuh boleh rindukan satu sama lain ke? Hish! Dia sedang duduk di hadapan televisyen. Ommanya sedang memasak di dapur. 

Kau sedang buat apa sekarang ni Sehun?

Adakah kau dapat rasakan yang aku rindukan kau sekarang ni?

Bukan kau seorang sahaja yang keliru...

Aku pun sama juga...

Aku keliru dengan perasaan aku...

Aku sukakan Luhan..

Tapi kenapa aku asyik fikirkan tentang kau?


Lepas ni apa pula?...

Tak sangka dah 1000 lebih yang view... First time macam ni... Wah, terima kasih ^o^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ArissGemini
Update! Siap edit semua. Kalau masih berminat, boleh baca semula :3

Comments

You must be logged in to comment
Baeksehunnie-0494
#1
plzzz make it English sub
KiNhAn88Wolf #2
Chapter 50: Wah!!! Bestnya fanfic ni!! Tpi saya rasa pelik sbb lepas baca fanfic ni mood saya nak belajar on XD Saya macm Taesil slalu dpt terakhir dlm kelas and klau x silap saya Taesil kelas 4 kan sbb saya klas 4 jgk XD!! Daebak authornim!! Saya mengambil masa 4 jam lebih tuk cerita ni skng dh kul 1:23 pgi XD!!
June93
#3
Chapter 50: OMO AUTHOR-NIM!!! FINALLYY SEMUANYA DAH TAMAT!! LAMA SAYA TUNGGU!! HAPPY BELATED DAY AUTHOR-NIM!!! SAYA AKAN TUNGGU CERITA YANG BARU!! Saya dalam 169 subcribers tu tau. Pembaca setia. Lol. Tahniah! Dah ada First Completed Story in here!!
pxstellxx
#4
remember me? BaekkieAsya? burupiku who the one made a poster for you before?
June93
#5
Chapter 49: Welcome back author-nim.. semoga cepat sembuh.. saya pun sedih dengan berita kai tu.. tapi sedang menerima ia.. sedang..
yme_xiu #6
Chapter 42: Chapter 42: trigt ot 12..huhuhuhu
yme_xiu #7
Chapter 7: Chapter 7: tsk tsk..dri tdi x benti senyum..
yme_xiu #8
Whaoo...author nim... Daebak!!! 1st time bce cite malay [account ni la..]...updated soon... Ouke?...sehun!!
princea2899 #9
Chapter 48: Wuuu~ ~~ Sehun jeles. .. Luhan cp dngn Jin Yun ker? ?? Jjang. .. ♡♥♡♥
Keep update. .. update soon. .. palli update. .. ♡♥♡♥
Sehunie237
#10
Chapter 48: Woooo..sehun jealous.haha.X baik tau sehun tumbuk luhan he your best hyung ever.ahh..luhan..pls couple sedihla tgk die ni.Update soon~~hwaiting