Part 59

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Di rumah Exo...

 

Kelihatan semua ahli Exo pulang dari kerja dengan wajah yang letih. Baekhyun turun dari bilik menuju ke ruang tamu melihat rakan-rakannya sudah pulang dia melabuhkan punggung di atas kerusi.

 

"Berita hangat weiii." jerit Chanyeol sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Dia memang begitu happy terlebih dos katakan memang begitulah. Suho mengangkat kening memandang Chanyeol yang masuk ke dalam rumah.

 

"Seee cepat kau semua tengok..." kata Chanyeol sebaik sahaja dia menekan-nekan punat telefon bimbitnya dan meminta rakan-rakannya tengok sekali.

 

"Kim Young Min di tahan pihak polis? What?" Tao terkejut apabila membaca laman web dari telefon bimbit Chanyeol itu. 

 

"Kim Young Min telah mengupah beberapa orang ahli samseng untuk menghapuskan seorang gadis yang bukan berbangsa korea. Telah ditangkap dan dipenjarakan selama 10 tahun tanpa denda dan ikat jamin ahli keluarga. Sekiranya Kim Young Min iaitu Ceo kepada syarikat terkenal iaitu Sm Entertainment ini disabitkan kesalahan terbabit makan hukuman sebat akan dijalankan mengikut Syeksyen 23 kanun keseksaan wanita ( okay saya hentam yang ni ). Jika tidak dia akan dibebaskan." Kris membaca dengan lantang dan semua mata memandang ke arahnya.

 

"What's mean by that ?" tanya Kyungsoo yang turut melihat ke arah Kris.

 

"Maybe kan... Rancangan perculikkan Lisa tempoh hari di rancang oleh dia?" Xiumin membuat andaiannya. Lay turut mengangguk tanda setuju dengan apa yang Xiumin katakan itu.

 

"Mustahillah! dia nampak macam okay je masa lawat aku hari tu." kata Baekhyun tidak mempercayai Kim Young Min akan sanggup melakukan keganasan tersebut kepada Lisa.

 

"Hello boy! jangan nak percaya sangat dia tu. Penipu!" bentak Suho kerana berang dengan sikap CEO baru mereka itu. Yela, janji manis semanjang tapi bila dah ditunaikan hasratnya gaji pula tidak dibayar. Badan sakit, bahu sakit, semua sakit tetap dikerah buat kerja juga. "Aku benci dia." kata Suho geram sebagai ketua kumpulan nyanyian itu dia nampak saja cute miut tapi sebenarnya kalau marah adoi kalah serigala. Mulut asyik potpetpotpet macam serigala asyik mengaum tak tentu fasal.

 

"Sabar bro... Sabar." sampuk Luhan sambil menepuk-nepuk bahu Suho. "Ini mungkin dia teranaiya. Mana kita tahu." tambah Luhan lagi membuatkan Suho menepis tangan Luhan hampir terjatuh dibuatnya Luhan ketika itu oleh kerana tepisan Suho terlalu kuat. "Eh marah pula." kata Luhan lalu mengunyah snek kegemarannya. Tidak habis dengan makanan aje Luhan ni.

 

"Terainaya apanya? kau ni pun Luhan. Tak ada siapa berani nak sabotaj dialah. Alah sepandai-pandai tumpai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga." sampuk Chen yang tiba-tiba datang dari arah dapur sambil memakan buah epal... Baekhyun hanya menongkat dagu mendengar kawan-kawannya membuat andaian sendiri. Kai dan Sehun sudah lama terbaring di atas sofa panjang, mereka kelihatan begitu letih sekali.

 

"Tapi..." Kris mencelah. Semua mata tertumpu kepadanya semula. "Dalam ni kata dia ada rakan subahat. Namanya Puan Besar Park Jimmi. Macam aku pernah dengar nama ni." kata Kris sambil mengurut dagunya sambil berfikir.

 

"Wait-wait." Tao menepuk dada Kris membuatkan Kris tersentak. 

 

"Kau ni pehal?" marah Kris...

 

"Puan besar park Jimmin?" Tao mengangat tangan ke udara konon-kononnya sedang menyusunkan nama perempuan itu. "Bukan tu nama mak Jr ke? Park Jin Young yang dikatakan boss Lisa tu?" kata Tao teruja apabila dia yakin dengan jawapannya itu...

 

"Wow interisting!" Kyungsoo menepuk-nepuk tangannya seperti orang tak betul...

 

"Ada kaitan ke mereka berdua ni?" tanya Lay kebingunggan.

 

"Entahlah." Baekhyun malas nak ambil tahu sebenarnya otaknya tengah ligat fikirkan untuk hari esok. Esokkan hari raya untuk seluruh umat islam di seluruh dunia. Baekhyun terfikir sama ada dia nak ke rumah Lisa atau tidak? Fiona sudah menjemput Exo datang menjamah makanan sewaktu hari raya. 

 

"Kau fikir apa ni?" tanya Chanyeol sambil memandang ke arah Baekhyun.

 

"Esoklah..." jawab Baekhyun.

 

"Ada apa dengan esok?" tanya Kris blurr...

 

"Esok hari raya." jawab Baekhyun...

 

"Wait..." Chen bangun dan melihat ke arah kalendar rumah mereka. "Yosh! betullah esok raya." kata Chen teruja.

 

"Eleh macam dia pula yang nak sambut." sergah Luhan membuatkan Chen menjeling ke arahnya. 

 

"Kenapa dengan raya? kau nak sambut ke?" tanya Xiumin turut kebinggungan kerana hampir ke semua dari mereka lupa akan siapa yang sambut hari raya itu...

 

"Not me lah! Lisa." jawab Baekhyun dengan kuatnya. Menyebabkan Kai terbangun dari tidur lalu berkata.

 

"Coklatmoise satu..." sambil membuat satu menggunakan jari telunjuknnya setelah itu dia baring semula dan tidur berdengkur. 

 

"Haha..." ke semua ahli exo ketawa geli hati melihat Kai mamai ketika dalam tidurnya entah mimpi makan kek ke apa tah maknae mereka sorang tu.

 

"So apa kau nak buat?" tanya Tao kepada Baekhyun sambil memengang bahu Kris...

 

"Aku tak tahu." jawab Baekhyun ringkas.

 

"Apa kata! kau nyanyikan lagu untuk dia?" tanya Chen tiba-tiba nak buat agenda romantik pula mamat ni. Baekhyun menjeling!

 

"Ingat kapel nak nyanyi bagai? kalau semua nyanyi sekali aku setuju." jawab Baekhyun sambil smirk ke arah mereka semua.

 

"Tak yah nak smirk bagai! kami bukan yeoja. Tak tergoda pun." sampuk Suho.

 

"Eleh siapa suruh tergoda." jawab Baekhyun lalu menghela nafas geram.

 

"Kalau luhan aku rasa di akan cair. Right?" tanya Kris membuatkan Luhan memandangnya tajam. 

 

"Kau ingat aku yeoja? sekeh kepala kejap lagi baru tahu!" marah Luhan dan mereka semua kembali ketawa. Hilang segala benda yang berkaitan dengan Kim Young Min kerana mereka sedang mensasarkan Lisa pula sebagai topik utama dan apa tindakan yang harus mereka lakukan.

 

"Wei kita nyanyi lagu jela untuk dia. Lagi pun mungkin lepas ni kita jarang jumpa dah dengan dia kan kan?" Kyungsoo memberi cadangan kepada kawan-kawannya.

 

"Masalahnya lagu apa? lagu kita? cuba bagi idea?" Suho berkata...

 

"Growl?" Kyungsoo membulatkan matanya sewaktu memberi cadangan tu. Mereka semua mengeleng!

 

"Tu lagu nak mengawan!" Chen menolak kepala Kyungsoo lembut.

 

"Wolf?" Tao membuat bentu wolf di kepalanya. Sekali lagi Exo geleng kepala.

 

"Kau ingat dia serigala?" tanya Kris... Tao hanya tersengih dan mengosok belakang lehernya.

 

"Overdose?" tanya Luhan pula...

 

"Kau sewel ke apa? Overdose tu macam dia tergila-gilakan kita!" kata Chanyeol pula.

 

"Tapi bahagian kau nyanyi rap tu. macam kau yang tergila-gilakan perempuan." sampuk Luhan lalu ketawa kecil apabila melihat wajah Chanyeol menahan geram...

 

"Jap-jap..." Chen teringat akan sesuatu... "Lagu tu lagu tu..." Chen menjerit teruja. semua orang memandangnya hairan...

 

"Kau apasal wei? sakit mental fikir tak lepas?" sindir Xiumin. Chen mengelengkan kepalanya, Sabar jela dapat kawan-kawan suka cakap lepas ni tapi bagus juga dari cakap belakang dia juga yang sakit hai.

 

"BUKANLAHHH. Aku cuma teringat Baekhyun ada cerita yang Lisa pernah bagi dia satu lirik lagu Btob untuk pujuk Hyeri dulu. Apa kata kita nyanyi lagu tu? nak?" tanya Chen sambil tersengih bangga...

 

"Good idea." Kyungsoo menepuk-nepuk tangannya. 

 

"Wonderfull." Suho berkata membuatkan semua orang memandangnya. "Kita nyanyikan lagu tu. Tapi lagu tu tajuk dia apa?" tanya Suho hairan...

 

"Chanyeol membuka telefonnya lalu menyambung rangkaian internet yang telah pun terpadam. Dia mencari-cari lagu btob di Youtube. Setelah di search senarai bermacam-macam lagu dan video terpancul di skrin telefon bimbit Chanyeol. "Lagu mana ni? aku tak tahu." kata Chanyeol lalu telefonnya diserahkan kepada Chen...

 

Banyak lagu yang berasingan di mainkan oleh telefon bimbit Chanyeol tapi satu pun tak sama. Sehinggalah satu lagu terakhir yang liriknya hampir serupanya dengan lirik yang pernah Lisa berikan dulu. Baekhyun tersenyum lebar. "Rupanya ni ke maksud lirik lagu tu? haha." Baekhyun berkata sendirian. 

 

"Yang ni ke?" tanya Chanyeol dan Baekhyun menganggukan kepalanya... Mereka semua tersenyum puas dan mengagih-agihkan posisi nyayian mereka ikut penyanyi asal ada tuju orang...

 

"Jadi macam ni. Chanyeol apa tempat Paniel... Baekhyun tempat Sungjae. Suho tempat Hyunsik. Chen tempat eunkwang sebab kau dia penyayi asal suka hight note right? Luhan tempat Minhyuk. Sehun tempat Ilhoon. Cukup kan?" Kris memberi cadangan sebenarnya dia malas join sebab tu dia buat cadangan ahli exo k semua yang masuk... Cuma Luhan sesat sorang...

 

"Bolehlah!" Baekhyun mengangguk aje sebab dia pun malas juga ingat semua orang rajin ke? Exo ni tahu lepas kerja nak tidur je. Penatlah katakan... Tanpa mereka sedar jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Masing-masing masuk ke bilik mahu bersihkan diri dan mungkin selepas itu mereka tidur berdengkur kalah Sehun dengan Kai dekat ruang tamu tu...

 

"Okaylah awak semua, saya ada hal nak keluar kejap." kata Krystal lalu langkahnya menuju ke arah pintu. Ketika itu ke semua orang senang enak menonton televisyen sambil berbual-bual kosong. Krystal pula siap memakai kasut sandalnya dan menuju ke arah lift. Dia menekan punat lift dan menunggu dengan sabar Lift tersebut setelah itu pintu Lift terbuka dan krystal masuk ke dalamnya... Sampai di bawah krystal menunggu di lobi apartment tersebut. Selang beberapa minit kereta sport merah milik Jr tiba.

 

"Are you ready?" tanya Jr sambil memakai baju melayu berwarna unggu. Nampak smart seperti selalu. Krsystal masuk ke dalam kereta dan tersenyum mesra. "Semuanya akan okay. Just yakin dengan diri sendiri." kata jr lalu keretanya meluncur laju di jalan raya meninggalkan kawasan apartment itu...

 

Jam tepat menunjukkan pukul 10 malam. Lisa dan ahli keluarganya pulang ke rumah dari masjid dengan berjalan kaki. Hari terakhir melakukan qiamullai bersama ahli keluarga adalah suasana yang amat bermakna bagi Lisa. Mereka berjalan pulang sewaktu tiba di ruang apartment lift. Kereta merah milik Jr tiba...

 

Taufiq juga berada bersama mereka ketika itu kerana sewaktu mereka keluar dari masjid tadi Taufir turut berada di situ... Lisa, Fiona, Tirana dan semua orang berada di situ terkejut melihat Krystal yang sedang berdiri di depan mereka. Lain sangat sewaktu dia keluar rumah tadi petang dengan dia yang berada di hadapan mereka semua waktu itu... Jr keluar dari kereta membuatkan Taufiq melopong melihat baju melayu warna unggu yang dipakai oleh Jr... serius memang terkejut gila. Dengan Lily, Puan Lucy , Mak Jah dan juga Pak Man pun terkesima melihat perubahan tersebut. 

 

Lily apa lagi mulalah cair tengok lelaki kacak berada di hadapannya. Jr sudah banyak kali berlatih sewaktu dia berada di rumah atau di tempat lain. Begitu juga Krystal dalam diam dia juga turut berlatih cuma mengenakan tudung dan sebagainya. Dia tidak tunjuk di hadapan kawan-kawannya. Hanya sewaktu dia keluar rumah seorang diri saja dia memakai baju kurung dan tudung. Dia takut suprise yang jr harapkan itu tak menjadi kerana dia gagal menyembunyikannya...

 

"Wow... You look so beautiful Krystal." kata Lisa teruja melihat kecantikkan Krystal ketika itu...

 

"No... I'm Not Krystal anymore." kata Krystal sambil mengelengkan kepalanya...

 

"What do you mean?" tanya Fiona terkejut.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D