Part 53

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Keadaan semakin menjadi serba serbi tidak kena apabila orang-orangnya sudah ditangkap oleh polis. Dengan kadar segera dia mengemas pakaiannya untuk keluar negara semula. Sehingga tidak perasan yang dirinya telah diperhatikan oleh anak kandungnya sendiri. Dari tadi anaknya melihat tanpa sebarang perasaan menyebabkan kehadirannya langsung tidak dirasai oleh ibunya sendiri.

 

"Mama..." akhirnya terletus juga panggilan itu dari mulutnya menyebabkan ibunya menoleh dengan kadar segera kerana terkejut. "What are you doing?" tanya Jr dengan wajah yang berkerut kerana tidak faham dengan wajah cemas ibunya itu. Tiada sebarang jawapan... "What's going on?" Jr mendepakan tangannya mahukan jawapan dari mulut ibunya.

 

"Mama kena keluar negara, ada hal mustahak." jawab Puan Besar Park dalam keadaan cemas... Barang-barangnya disumbatkan ke dalam beg, baju tidak berlipat terus dimasukkan ke dalam beg bajunya.

 

"Tapi kenapa?" tanya Jr masih tidak mengerti dengan keadaan ibunya yang semakin cemas.

 

"Kamu diamlah, jangan nak serabutkan lagi kepala mama." marah Puan Besar Park sambil memundar-mandir mencari barang-barangnya yang lain.

 

"Kenapa terburu-buru?" tanya Jr lagi masih tidak berpuas hati dengan ibunya yang dari tadi cemas saja. Langsung tidak fokus dengan soalan yang diajukan sebentar tadi.

 

"Kamu nak ikut cepat kemas barang dan kita pergi bersama. Kalau tak nak kamu boleh tinggal dekat sini. Mama nak pergi." jerkah Puan Jimi membuatkan anak tunggalnya terkedu seketika.

 

"Mama ada buat apa-apa kesalahan ke? sampai mama nak lari dari korea?" entah mengapa pertanyaan itu yang terpancul dari mulutnya. Akan tetapi hatinya kuat menyatakan bahawa ibunya itu telah melakukan satu kesalahan besar kerana itu ibunya cemas dan resah sehingga tidak mempedulikan soalan-soalannya.

 

Dalam waktu yang sama, loceng rumah mereka berbunyi kerana ada orang yang menekannya. Jr yang sedang menyilangkan tangannya sambil bersandar di dinding menghadap kamar ibunya menoleh ke arah bunyi loceng tersebut. Langkahnya laju menuju ke arah pintu utama rumahnya. Perlahan-lahan tombol dipulas dan pintu dikuak. Jr terkejut seketika melihat orang yang berdiri di hadapannya itu.

 

 

"Wae?" Lisa bertanyakan soalan kepada Baekhyun yang dari tadi asyik memerhati gadis itu tanpa sebarang kata. 

 

"Kalau aku tak jumpa kau kan, mesti aku tak duduk dalam wad ni." Baekhyun bersuara sambil menongkat dagu memandang ke arah Lisa yang sedang berguling-guling di atas katilnya akibat tidak dapat melelapkan matanya. 

 

"Jom keluar nak?" Lisa bangun dari pembaringannya lalu memandang ke arah Baekhyun secara spontan membuatkan Baekhyun terkejut mendengarkan ajakan itu. 

 

"Ke mana?" tanya Baekhyun yang agak hairan dengan perlakuan gadis itu. 

 

"Tengok bintang." jawab Lisa sambil tangan menunjuk ke arah tingkap. 

 

"Tengok jela dekat situ. Macam tak boleh!" perli Baekhyun lalu membaringkan dirinya konon-kononnya nak tidurlah tu.

 

"Tak apalah, aku pergi sendiri." jawab Lisa lalu menyelak selimutnya. Perlahan-lahan dia meletakkan kaki di atas lantai. Walaupun sakit akan tetapi dia mahu melawan kesakitan itu. 

 

"Dah lewat malam ni. Nurse nampak nanti tak pasal-pasal kena marah!" halang Baekhyun apabila dilihatnya Lisa sudah memulas tombol pintu wad mereka.

 

"Ada aku kesah? kalau kau tak nak ikut, baik kau diam. Aku nak pergi tengok bintang." jawab Lisa berdegil lalu dia keluar dari wad sambil memberikan jelingan tajam ke arah Baekhyun.

 

"ISH! Budak ni." akhirnya Baekhyun mengalah, dia turut keluar dari wad mengikuti langkah Lisa yang berada di sebelahnya. Sekali sakala dia melihat sekeliling, sunyi sepi membuatkan suasana ketika itu seram sejuk sehingga Baekhyun menelan air liurnya sendirian. Dia menoleh ke arah Lisa yang masih berjalan elok seperti tidak sakit langsung kakinya yang ditembak perluru itu.

 

"Kaki kau dah elok ke?" tanya Baekhyun apabila dia perasan akan perubahan mendadak Lisa ketika itu. 

 

"Hm? aku? okay je kenapa?" tanya Lisa kembali walaupun jawapan itu agak menyeramkan Baekhyun tapi dia tetap tunjuk cool depan gadis melayu itu.

 

"Tak ada apa-apa. Jauh lagi ke?" tanya Baekhyun kepada Lisa. Akan tetapi Lisa tiada di sebelahnya seperti tadi membuatkan Baekhyun terkejut dan mencari-cari kelibat Lisa...

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D