Part 45

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Sudah 4 jam mereka semua berada di dalam keadaan kerisauan. Dari pukul 4 sehingga 7 malam. Tirana terpaksa belikan air mineral di kantin hospital untuk berbuka puasa. Di hospital itu tiada langsung makanan yang bertandakan halal oleh kerana itulah Tirana hanya membelikan air untuk dirinya dan juga Fiona... Selesai membeli dia bergegas menuju ke tempat mereka semua berkumpul tadi.

 

"Fiona..." Tirana terkejut apabila melihat Fiona sedang menahan sakit di dadanya... Entah mengapa wajah Fiona semakin pucat, mungkin kerana puasa atau sebaliknya? 

 

"Saya takut..." kata Fiona yang sedang mengeletar tangannya. Perasaan takut terlalu menghantui dirinya sehingga mengeletar teruk sekali...

 

"Fi... bawa mengucap... tak akan ada apa-apa yang berlaku, kuatkan semangat sentiasa berdoa. Allah nampak Fi... setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Marilah kita berbuka puasa dulu, nanti perut masuk angin lambat-lambatkan berbuka pun nanti makruh." ajak Tirana sambil menghulurkan air mineral yang dia baru beli tadi...

 

"Assalamualaikum." suara Taufiq menyapa telinga mereka semua. 

 

"Waalaikumusalam..." Tirana dan Fiona menjawab serentak...

 

"Awak berdua dah berbuka belum? saya ada belikan nasi ni tadi sebelum singgah sini. Ada empat bungkus, satu lagi tu untuk Lisa." kata Taufiq membuatkan Tirana dan Fiona berkerutkan dahi mereka.

 

"Bagaimana adik tahu Lisa berada di hospital?" tanya Tirana hairan...

 

"Lah, Jr kan ada... Dialah yang telefon minta belikan nasi sekali. Akak dengan Fiona kan puasa? Lisa pun jadi saya belikan empat untuk kita berbuka sekali." kata Taufiq jujur. Jr pula hanya mengukirkan senyuman ternyata dia pun prihatin dengan ketiga-tiga gadis itu. Sudahlah berpuasa terpaksa tempuhi pelbagai cabaran pula. Kini mereka semua hanya risaukan Krystal yang masih tidak dapat dikesan lagi...

 

Selesai pembedahan, Lisa tersedar dari lenannya yang panjang. Dia melihat silauan cahaya membuatkan dia mengecilkan anak matanya. Dia memusingkan kepalake kiri dan ke kanan. Sewaktu memusingkan kepalanya lagi dia melihat Baekhyun sedang berbaring di atas katil di sebalah hanya beberapa jarak saja katil mereka. Kepala Baekhyun dibalutkan dengan kain anduh, tangannya juga turut berbalut.

 

"Baekhyun?" panggil Lisa perlahan... Baekhyun membukakan matanya dan melihat ke arah kiri. Dia mengukirkan senyuman.

 

"Sedar juga kau." kata Baekhyun tenang... Dia masih lagi tersenyum apabila melihat Lisa yang sudah mula mencelikkan matanya...

 

"Aku dekat mana ni?" tanya Lisa yang pasti wajahnya mahukan kepastian tentang di mana dia berada sekarang ini. Kenapa kawasan itu terlalu aneh bagi dirinya?

 

"Kau dengan aku dekat hospital... Kau kena tembak, kau lupa?" tanya Baekhyun dan membuatkan Lisa cuba bangkit dari pembaringannya... "Jangan paksa diri, kaki kau belum pulih sepenuhnya lagi..." sambung Baekhyun membuatkan Lisa membaringkan dirinya semula. 

 

"Kenapa dengan kepala kau?" tanya Lisa lemah... 

 

"Kepala aku? huh ini, jangan risau tak ada apa-apa pun." jawab Baekhyun juga turut lemah.

 

"Tapi kenapa?" tanya Lisa lagi mahukan jawapan. Degil sungguh sudah dibilang tidak ada apa-apa dia masih tanyakan soalan yang sama...

 

"Haih, aku kena ketuk dekat kepala tu je." jawab Baekhyun perlahan sambil melihat ke arah syiling dalam wad tersebut...

 

Lisa hanya mengangguk sambil mengikuti langkah Baekhyun yang melihat ke arah syiling tersebut. 

 

"Aku tak sangka, akan berlaku macam ni." kata Baekhyun perlahan akan tetapi masih boleh didengari Lisa... "Semuanya berlaku secara tiba-tiba, aku tak kenal kau pun. Tapi kenapa semua ini berlaku?" tanya Baekhyun seperti sedang mencari kebenaran di sebalik semua yang berlaku...

 

"Kau nak tahu?" Lisa bertanyakan soalan...

 

"Apa dia?" tanya Baekhyun ketika ini mereka seperti sedang melakukan sesi soal jawab dengan tenang di dalam bilik wad. Mahu luahkan perasaan masing-masing yang tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Adakah mereka sedang mengikut arus kehidupan yang dipanggil takdir?

 

"Sebenarnya, semua ini takdir... Setiap yang berlaku adalah ujian, mungkin selama ini kita terlalu gembira dengan kehidupan kita yang tak kekal ni. Oleh itu, Allah mahu menguji kita... Menguji hambanya yang sentiasa leka. Mahu menguji iman hambanya yang sentiasa turun naik. Aku pasti kau mesti tak faham apa yang cuba aku sampaikan tapi satu je aku nak kau tahu semua ini takdir... Tiada apa yang boleh mengubah takdir, jika maha Esa berkata ia berlaku maka berlakulah ia. Tidak kira di mana, tempat, dan masa." terang Lisa... Dia mahu cuba menyampaikan dakwah islam tapi dia tidak pasti adakah caranya itu betul. Mungkin jika dia terlajak kata akan ditanya pelbagai soalan oleh Baekhyun. Mungkin Baekhyun yang berlainan agama akan memandang pelik ke arahnya...

 

"Aku tahu." dalam asyik Lisa memikir yang tidak-tidak dengan apa yang bakal dijawab Baekhyun itu. Baekhy

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D