Part 19

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Di Malaysia...

 

Lily yang sedang sibuk membantu pembantu rumah Puan Lucy tidak menyedari bahawa ibu saudaranya itu sudah bangun untuk bersahur pada pagi itu. Lily menoleh sekilas ke arah Puan Lucy yang seperti sedang menahan kesakitan di dada. Kemudian gadis itu cepat-cepat menghampiri Puan Lucy lalu bertanyakan soalan kepadanya.

 

"Mak Long, mak long okey ke ni?" tanya Lily... Dari nadanya kedengaran agak risau dengan kesihatan ibu saudaranya itu.

 

"Mak Long, okay Lily..." jawab Puan Lucy lalu menarik kerusi meja makan. Tanpa bantuan sesiapa dia terus melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut. Tipu!! jika dia menyatakan tiada apa-apa yang berlaku oleh kerana dadanya ketika ini tersangat sakit seolah-olah dadanya dicucuk-cucuk oleh jarum. 'Sakitnya ya allah.' rintih Puan Lucy di dalam hatinya...

 

Selang beberapa minit , makanan siap terhidang di atas meja makan. Sakit Puan Lucy semakin reda akan tetapi riak wajahnya meninggalkan seribu tanda tanya kepada Lily yang sedang duduk di bahagian hadapannya di meja makan itu.

 

"Mak Long..." panggil Lily perlahan...

 

"Ha?" Puan Lucy terkejut lalu mengankat mukanya memandang Lily.

 

"Mak Long kenapa ni? risau saya, tengok mak long macam ni." kata Lily. Berkerut dahinya melihat Puan Lucy yang seperti mayat hidup. Mukanya kelihatan agak pucat manakala tangannya pula sentiasa mengurut dada dan yang paling membuatkan Lily kerisuaan adalah melihat riak wajah Puan Lucy. Dada sentiasa di urut akan tetapi wajahnya kelihatan tenang setenang air jernih.

 

"Mak Long... mimpi buruk pasal Lisa." jawab Puan Lucy akhirnya dia mengaku apa yang sedang bersarang di hatinya.

 

"Apa yang Mak Long mimpikan?" tanya Lily lagi ingin mengetahui lebih lanjut soal mimpi itu.

 

"Mak Long nampak Lisa kena tikam dengan seseorang tapi Mak Long tak pasti siapa." jawab Puan Lucy lagi ringkas dan padat jawapan yang diberikan membuatkan Lily terdiam seketika. Mungkin terkejut kerana sebelum ini Mak Long nya itu tidak pernah mimpi yang bukan-bukan mahu pun mimpi indah sekali pun. Adakah ini pentanda buruk? fikir Lily sendirian. Dalam masa itu dia cuba memukul-mukul awangan seperti sedang menghalau pemikiran kolotnya itu.

 

"Sudahlah Mak Long... takkan lah mimpi tu betul... mainan tidur je tu." Lily cuba menenangkan hati si tua yang sudah gundah gulana memikirkan anaknya yang berada di rantauan itu.

 

"Hem..." Puan Lucy hanya mengangguk perlahan tanda setuju dengan jawapan yang diberikan oleh anak saudaranya itu. Akan tetapi dia tetap berasa risau dengan keadaan Lisa yang tidak ada di hadapan matanya. Dia sentiasa risau soal itu.

 

"Sudahlah mak long, makanlah tak baik termenung depan rezeki ni. Nanti kita titipkan doa supaya Lisa selamat di sana." kata Lily. Dia yakin dalam keadaan sekarang hanya allah yang akan dapat menjaga Lisa di sana.

 

 

 

Jam 7 pagi...

 

Kelihatan Fiona dan Tirana sedang bersiap-siap di ruang tamu. Kamera di gapai oleh Tirana sebagai seorang mahasiswi bidang Fotographi dan pekerja di syarikat photograpic, membawa kamera ke mana-mana itu memang sudah jadi kebiasaannya, dan mana mungkin dia ingin melepaskan peluang untuk mengambil gambar-gambar yang cantik ketika keluar bersiar-siar nanti. Bagai pucuk di cita ulam yang datang, apa yang dirasakan oleh Tirana ketika itu kerana hari ini adalah hari penyelamat bagi Tirana yang sedang membuat kajian tentang pemandangan indah di negara orang itu. Dia terpaksa mengambil beberapa keping gambar permandangan untuk dijadikan sebagai bukti kerja itu dilakukan di luar rumah.

 

"Lisa..." panggil Fiona yang sedang bergegas masuk ke dalam kamarnya manakala Tirana pula menjengah keluar jendela ingin melihat kicauan burung yang sedang berterbangan melintasi awan biru pagi itu.

 

Ketika sedang asyik Tirana melihat ke langit yang cerah menawan itu, satu kereta yang amat dikenali oleh Tirana menghampiri tiang lampu rumah yang berdekatan dengan apartmen itu. Tirana leka melihat kereta itu terlalu bersinar-sinar baginya. Pemandu kereta itu sedang membetulkan helaian rambutnya di hadapan cermin keretanya lalu dia menyarungkan cermin mata di matanya seraya membuka pintu apabila berasa dirinya sudah melengkapi pelbagai aspek kecantikan yang selalu manusia inginkan.

 

Tirana tidak berkelip melihat jejaka itu. Lelaki itu, hanya memakai seluar jean, baju-T warna putih yang diluar disarungkan baju warna kuning lengan panjang sahaja bagi Tirana lelaki itu pandai berfesyen walaupun gayanya agak simple. Tirana tidak menunggu apa-apa isyarat dia terus mengambil kesempatan itu untuk menangkap gambar mungkin ingin dijadijkan sebagai kenangan. Kamera digitalnya diangkat ke mata lalu beberapa flash dikenakan....

 

Jejaka itu perasan akan Tirana lalu dia melambai-lambaikan tangan ke arah Tirana membuatkan gadis yang mengenakan tudung labuh itu berganjak sedikit dari jendela itu lalu mengalihkan pandangan masuk ke dalam rumah. Setiba sahaja matanya melihat ke dalam rumah ada seorang gadis sedang memerhatinya dari jarak yang dekat sambil bercekak pinggang membuatkan Tirana terkejut besar lalu mengurut dada akibat kejutan yang tidak disangkakan itu. 

 

"You intai apa tu?" tanya Krystal selamba. Ada sebaris senyuman diwajahnya apabila melihat Tirana terkejut..


"You ni Krystal, buat jantung saya berhenti berdegup je tahu tak?" tanya Tirana agak marah dengan kelakuan si teman serumahnya itu.


"Ala, bukan selalu pun.. Hihi..." jawab Krystal seorang mahasiswi dalam bidang perubatan dan juga seorang doktor pakar bedah. Tirana hanya menjeling manja ke arah Krystal.

 

"You ni, intai apa?" tanya Krystal lalu menhendap ke luar tingkap. Dilihatnya seorang jejaka tampan sedang duduk di atas keretanya menunggu seseorang. Mungkin sedang menunggu kekasih hati. Fikir Krystal.

 

Sementara itu, Fiona yang baru memasuki kamarnya terkejut melihat Lisa sedang berbaring di atas katil dengan gaya yang agak pelik ditonjolkan... "Woii.. kau dah kenapa?" tanya Fiona yang terkejut, matanya agak terbeliak melihat ke arah Lisa sebentar tadi. 

 

"Aku mengantuklah.." jawab Lisa tanpa memandang ke arah Fiona ketika itu.

 

"Kau gila? dah pukul 7.15 dah ni.. Entah-entah boss muda kau tu dah sampai cepatlah.." arah Fiona, malas hendak melayan kerenah Lisa yang agak luar biasa dari sebelumnya. Beg galas Lisa digapai Fiona lalu menghampiri Lisa...

 

"Kau orang pergilah aku nak tidur." Lisa mengambil bantal lalu menutupi mukanya, malas hendak bangun dari tilam empuk itu.
 

"Jangan nak mengada-ngadalah.. bangun cepat." marah Fiona lalu menarik tangan Lisa menuruni katil tersebut. Lisa dengan malasnya terpaksa bangun lalu mengapai tudungnya dengan serta merta dia melilit tudung itu ke kepalanya. Baju kurung berwarna pink campuran warna kuning tersarung di tubuhnya. Tudung lilit gaya rama-rama yang berwarna campuran kuning, putih dan pink disarungkan ke kepalanya itu amat sesuai dengan baju kurung tersebut. 

 

Mereka berdua keluar dari kamar lalu menuju ke rak kasut. Tirana dan Krystal mengikuti langkah mereka berdua. 
"Aih, dia paling lambat bangun dia paling bergaya." sampuk Krystal tiba-tiba sambil menjeling ke arah Lisa...
Lisa memegang kepala

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D