Part 12

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

 

Keesokkannya~


Langsir jendela diselak. Tingkap dibuka, Fiona menghirup udara segar yang memasuki rumahnya. "Ahh.. nyamannya." kata Fiona sendirian. Tiba-tiba anak matanya berlegar ke arah seorang namja yang sedang duduk di atas bumbung keretanya. Fiona tersenyum seorang dirinya. Tanpa dia sedari Tirana dan Krystal sedang mengintainya lalu melangkahkan kaki mereka ke arah Fiona dengan berhati-hati setelah pastikan Fiona tidak sedar akan kehadiran mereka barulah mereka...

 

"Boomm." mengejutkannya. Fiona tersentak dengan kejutan itu membuatkan kertas design yang dipegang oleh Fiona terlepas dari tangannya lalu dibawa oleh angin ... 

 

"Ha.. buat apa tu? senyum sorang-sorang." tanya Krystal sambil mengintai keluar jendela.


"Ish awak berdua ni buat saya terkejut saja. Dah siap ke?" tanya Fiona tidak mahu menjawab soalan Krystal itu.


"Sudah.. awak saja yang lambat." kata Tirana pula.


"Lisa dah bangun?" tanya Fiona lagi yang sedang mengambil kunci keretanya.


"Belum." jawab Krystal dan Tirana serentak...

 

"Eh..." tiba-tiba Fiona teringatkan kertas design yang baru disiapkan malam tadi untuk ditunjukkan kepada pensyarahnya di U pagi ini. Walalupun Fiona dianggap pekerja pereka design baju yang berjenama akan tetapi dia juga masih dalam proses pembelajaran seperti Lisa bukan hanya dia malah Tirana dan Krystal juga sama mereka bekerja sambil belajar dan wang belanja akan diterima setiap bulan sebagai elaun pelajar.


"Wae?" Krystal yang sedang memakai kasut bertanyakan soalan kepada Fiona. Mata Fiona di kuak seluas-luasnya..


"Awak kenapa ni Fi" tanya Tirana pula..


"Ala..." Fiona mengeluh lalu melihat ke luar jendela. Kertas tadi berada di tangan lelaki yang sedang duduk di atas bumbung keretanyanya itu. Fiona kelam kabut keluar daripada rumah. 


"Kenapa tu?" tanya Krystal hairan... Tirana hanya mengangkat bahunya...

 

 

Jr pov.


Aku tiba di apartman Lisa tepat jam 7:30 pagi. Aku menunggunya di luar bangunan tersebut akan tetapi bayangnya langsung tidak kelihatan ketika itu. Aku bermain dengan telefon bimbitku. Mengapa setiap kali aku memikirkan Lisa hati aku berdegup begitu kencang? 


"Lamanya minah ni.." rungutku sendirian apabila aku melihat jam di tanganku sudah pukul 8:00 pagi. Aku melambung-lambung telefon bimbitku untuk menghilangkan rasa bosanku. Kebosanan telah menyelubungi seluruh jiwa ragaku dan akhirnya aku keluar daripada kereta.

 

Aku mula melakukan kerja gila. Biar orang semua lihat ke arah aku yang sedang kebosan menunggu. Tie yang berada di leherku di longgarkan sedikit. Aku memanjat keretaku dan aku duduk di atas bumbung keretaku itu. Baju aku yang berlengan panjang disetengkan sehingga ke lenggan. "Panas juga tunggu si gadis ni. Bilalah dia nak keluar?" bisikku sendirian. 

 

Dalam pada aku sedang menghirup angin yang segar pada pagi itu satu kertas terbang ke arahku lalu menutupi seluruh wajahku. Hampir tidak bernafas aku dibuatnya. Aku mengambil kertas tersebut. Terdapat beberapa nama terukir di atas kertas itu dan mulutku menguncapkan nama yang aku kenali. "Lisa Attryshaa. Sedap nama tu." pujiku sendirian. Entah mengapa setiap kali aku cuba menyebut nama itu hatiku begitu gembira seolah-olah ada kuasa magis sedang merasuki diriku yang agak nakal dengan tuan punya nama itu. Dalam aku kusyuk memerhati design baju yang cantik dan kreatif serta diwarnai dengan pelbagai warna itu membuatkan aku terpesona untuk seketika waktu. Tiba-tiba ada satu suara menengurku dari belakang. 

 

End pov.

 

 

"Hei awak.." jerit satu suara membuatkan Jr memalingkan dirinya ke arah suara itu. Nafas suara itu termengah-mengah seperti baru saja dikejar anjing. Jr hanya mengerutkan dahinya memandang gadis itu. Gadis itu presis seperti Lisa. Gaya pemakaiannya tidak ubah seperti Lisa Attryshaa. Memakai tudung berwarna biru cair, baju muslimah yang lebar berwarna biru tua dan seluar slat hitam yang agak besar dari kakinya. 

 

"Saya nak kertas saya." kata Fiona kepada Jr... Jr tidak berkata sepatah pun dia hanya memerhati Fiona dari atas sehingga ke bawah. "Hello, dengar tak? saya nak kertas saya balik." kata Fiona lagi apabila Jr langsung tidak mengelipkan matanya.

 

"Ini kertas awak?" tanya Jr sambil mengangkat kertas tersebut. Fiona terpaksa mendongakkan kepalanya sedikit akibat Jr berada di atas bumbung kereta sambil bersila. 

 

"Ye, itu kertas saya." balas Fiona sambil mengerutkan dahinya apabila melihat Jr hanya tersengih memandang dirinya. Jr lompat turun dari bumbung keretanya lalu menghampiri gadis yang agak rendah darinya itu. 'Mak ai tinggi lampai mamat ni.' bisik Fiona di dalam hatinya. 

 

"Mana Lisa?" tanya Jr secara spontan. Fiona hampir tersedak mendengar soalan itu akan tetapi ditahannya untuk batuk di situ. 


"Awak kenal Lisa kan?" tanya Jr lagi sengaja mendekatkan diri ke arah Fiona. Gadis itu mula gerun lalu berundur ke belakang setapk demi setapak. Jr hanya tersengih melihat wajah Fiona yang seankan-akan takut kepadanya. 

 

"Erk." Fiona terkedu fikirannya ligat melayang memikirkan siapakah nam

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D