Part 54

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

"Kami dah balikkkkk..." jerit Chanyeol keriangan apabila sampai di hadapan pintu rumah mereka. Seorang demi seorang melangkah masuk ke dalam rumah sambil buka jaket tebal mereka dari tubuh badan masing-masing. Bila tiba waktu Baekhyun tiba di ruang tamu ada aura lain datang menerpa ke arahnya. 

 

"Awakk..." satu suara kedengaran belum sempat Baekhyun melabuhkan punggungnya di atas kerusi aura itu datang memeluknya dan perkara itu membuatkan Baekhyun terkesima seketika di tempat ia berdiri. Suho dan Luhan, orang yang terakhir masuk ke dalam rumah hanya mengukirkan senyuman kepada ahli yang lain.

 

"Awak tahu tak saya risaukan awak." kata suara itu membuatkan Baekhyun tidak dapat berkata-kata dengan senangnya apabila berada di dalam pelukan orang itu.

 

"Hai Baek, awek datang takkan kau tak suka kot?" tanya Chen sengaja mengusik Baekhyun.

 

"Hyeri? bukan kita dah tak ada apa-apa ke?" tanya Baekhyun kehairanan melihat gadis itu berada di rumahnya. Ke semua ahli exo.

 

"EH? tak ada apa-apa maksud kau?" tanya Chanyeol yang terkejut apabila mendengarkan ayat Baekhyun sebentar tadi.

 

Baekhyun menolak lembut bahu gadis itu menjauhinya apabila gadis itu langsung tidak melepaskan pelukan itu. "Ye, aku dengan dia dah tak ada apa-apa." jawab Baekhyun dengan tegasnya.

 

"Bila pula kita putus?" tanya Hyeri seperti tidak mengerti akan apa yang Baekhyun katakan itu.

 

"Waktu kau tampar Lisa. Kau sendiri yang kata 'Antara kita, dah tak ada apa-apa.' Jangan bagitahu aku yang kau lupa. Dah jangan ganggu aku lebih baik kau balik dari kau bazir masa dekat sini." Baekhyun mahu meninggalkan kawasan ruang tamu itu dengan segera akan tetapi tangannya ditarik Hyeri menyebabkan dirinya terundur ke belakang sedikit.

 

"Saya minta maaf." ucap Hyeri. Nadanya seperti mahu menangis ketika itu. Baekhyun masih berdiam diri. "Kenapa sebab perempuan tu awak sanggup tepikan saya? kita belum lagi bertunang dan bakal bertunang awak dah keluar dengan perempuan lain. Kalau kita dah kahwin awak nanti macam mana?" tanya Hyeri membuatkan Baekhyun tersentak seketika.

 

"Saya cuma tak suka, perempuan jalang tu rapat dengan awak." kata-kata Hyeri telah menambahkan perisa kari pedas di dalam diri Baekhyun malah bukan Baekhyun saja yang panas membara ketika itu, Luhan, Suho dan Chen juga sudah mulai berasap telinga mendengarkan ayat Hyeri ketika itu.

 

Tangan Hyeri ditepis Baekhyun dan sekali lagi tangannya diangkat ke udara mahu menampar wajah gadis yang pernah dia cintai dahulu membuatkan Sehun , Tao, D.o dan Kris terbeliak mata melihat kejadian itu manakala, Chanyeol bergerak sedikit badan menoleh ke belakang. Kris dan Suho yang duduk di meja makan juga turut menoleh ke arah mereka kecuali Xiumin dan Chen mereka berada di dapur manakala Luhan sedang mengecas telefon di rak telefon.

 

"Kenapa? tamparlah! tampar. Awak cedera pun sebab perempuan tu kan? kalau bukan sebab dia awak takkan cedera macam ni? awak ingat dia tu baik ke? dia pembawa malang awak tahu tak? murahan!" Hyeri mula beremosi apabila melihat tangan Baekhyun ingin menampar dirinya.

 

"Kau! Sekali lagi kau cakap Lisa macam tu, aku tak teragak-agak belasah kau! Sekarang aku nak kau keluar dari rumah aku sekarang." Baekhyun menunjukkan tangannya ke arah pintu utama menyuruh Hyeri keluar dari rumah itu.

 

Hyeri masih duduk tercegat membuatkan Baekhyun naik berang. "KELUAR!!!!" tengking Baekhyun menyebabkan Hyeri terjungkit bahu kerana terkejut akan tengkingan tersebut. "Siapa yang pandai-pandai panggil perempuan ni ke sini?" tanya Baekhyun agak lantang juga suaranya kerana menahan geram. "Erhhh." Baekhyun berasa rimas tanpa sebarang jawapan diterimanya dia terus menaiki anak tangga mahu masuk ke dalam biliknya. Tidak mahu bersemuka dengan Hyeri lagi dirinya rasa meluat melihatkan wajah gadis itu ketika itu... Entah sebab apa pun dia tidak tahu.

 

 

Sementara itu,

 

"Welcome to Korea!" jerit Lily sendirian sambil mendepa tangannya ke udara. Nasib baiklah suasana ketika itu agak bingit dan suara Lily ditengelami oleh kebingitan bandar raya Seoul itu...

 

"Lily angkat bagasi kamu tu. Sekarang ni kita kena cari hotel untuk tidur semalam je. Esok kita geraklah ke rumah Fiona." kata Puan Lucy sambil menarik bagasinya. Lily hanya mengangguk sambil tersenyum riang.

 

"Betul ke bang kita dekat Korea ni?" Mak Jah terasa dirinya bagaikan mimpi sehingga dia berkali-kali bertanyakan soalan yang sama kepada suaminya itu.

 

"Betullah, dah cepat jalan. Awak bawa apa dalam beg ni? sampai nak angkat pun tak boleh! batu ke baju?" perli Pak Man kepada isterinya sendiri kerana beg pakaian mereka berat semacam kalah orang nak berpindah rumah je gayanya.

 

"Baju je bang. Makanan, shampo, sabun, berus gigi, tuala, minuman, ubat gigi." Mak Jah mengira-gira dengan tangannya apa yang disumbatkan ke dalam bagasi mereka.

 

"Ish dah macam nak duduk setahun aje awak ni. Dah jalan cepat, nanti kena tinggal dengan Puan pula." kata Pak Man lalu berjalan ke hadapan mendahului isterinya... 

 

"Yela-yela." Mak Jah hanya akur dan berjalan di belakang suaminya dan matanya melilau melihat sekililing dalam hatinya memanjatkan sujud syukur kerana majikan mereka benar-benar baik hati dengan bawa dirinya bersama suami sekali ke Korea untuk bertemu dengan Lisa Attr

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D