Part 58

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Jam menunjukkan tepat 8 pagi. Krystal tersedar dari tidurnya. Dia melihat ke arah jam di sebelah katilnya... Dia memisat-misat matanya yang gatal... Setelah itu dia mengeliatkan diri dengan begitu kuat sekali lalu dia bingkas bangun dari katil dan mengapai tualanya di tempat penyakut baju. Langkahnya menuju ke luar pintu bilik mahu menggunakan bilik mandi untuk membersihkan dirinya sambil mengosok-gosok kepalanya yang tidak gatal. Jelas kelihatan rambutnya serabut akibat digosok beberapa katil. Matanya terlihat ke arah kamar Fiona...

 

Pintu yang terbuka luas membuatkan Krystal mengundurkan diri ke belakang semula. Didengarnya suara ketiga-tiga orang sedang membaca ayat tapi Krystal tidak tahu apa ayat itu. Krystal menjengah ke pintu bilik itu cuba mengintai akan tetapi aksinya itu tiada siapa pun yang perasan kerana tiga orang gadis yang sedang membaca itu sedang kusyuk membaca dan menghafaz al-quran.

 

Krystal duduk bersandar di dinding. Merdu je dia dengar suara mereka semua tu membuatkan hatinya tenang dan dia kembali tersenyum. Dia tak tahu apa yang dibaca oleh ketiga-tiga gadis melayu itu tapi dia rasa sebab itulah kot dia suka dengan mereka bertiga dan mungkin Jr juga begitu sukakan personaliti Taufiq iaitu adik kepada Tirana...

 

"Sadakallahuazim..." Krystal kedengaran ayat terakhir dari mereka bertiga. Tirana bingkas bangun dan keluar dari bilik Tirana. Sewaktu keluar dia terkejut melihat Krystal berada di luar bilik Fiona disertai dengan tuala yang berada di atas bahunya. Tirana memengang dadanya. 

 

"Aih awak ni Krystal terkejut saya. Kenapa awak ada dekat sini?" tanya Tirana hairan melihat gadis itu tercegat di situ.

 

"Saya nak pergi mandi." wajah krystal mulai cuak apabila aktivitinya bakal terbongkar jika tirana banyak tanya soalan...

 

"Ouh..." Tirana hanya membunyikan itu saja lalu melangkah ke arah biliknya. Krystal dengan kadar segera meninggalkan kawasan itu dan menuju ke kamar mandi. Bayangnya dinampak oleh Lisa dan Fiona yang masing-masing sedang menggantikan kain telekung dengan tudung sarung.

 

"Kau merajuk lagi dengan dia?" tanya Fiona apabila melihat Lisa hanya mencebik bibir memandang ke arah tubub Krystal yang kelam kabut masuk ke dalam kamar mandi. 

 

"Ani..." jawab Lisa ringkas... Fiona bangun dari bersila. Telekung yang sudah siap dimasukkan hanger disimpan dalam almari. Lisa melihat ke arah cermin belek-belek wajahnya sendiri... "Ahhh..." Lisa melepaskan keluhan beratnya mungkin dia juga rasa bersalah kerana bertindak bodoh sebelum subuh tadi... 

 

"Jomlah..." ajak Tirana yang tiba-tiba muncul di pintu, kepalanya ditutupi dengan tudung syiria. Nampak bulat muka gadis di itu... Fiona yang sedang membetulkan tudungnya turut melangkah keluar bilik diikuti Lisa...

 

"Nak buat apa?" tanya Lisa dengan perasaan janggal. Mereka berdua ni semua benda yang nak buat diam je. Dah melopong macam orang tak betul baru nak bagi tahu. Rungut Lisa sendirian di dalam hatinya. "Kita belum mandi kan? awak berdua nak keluar ke?" tanya Lisa hairan dengan sikap kedua-dua rakan housemate nya itu.

 

"Kami nak buat kek memandangkan hari ni tak ada buat apa. Rumah pun dah siap kemas... Saya dengan Fiona nak keluar beli barang buat kek. Awak nak ikut?" tanya Tirana lalu memusingkan badannya ke arah pintu selepas mengambil beg tangannya di atas meja makan.

 

"Owh... Saya tak mandi lagi." jawab Lisa alasan yang dia tidak mahu keluar. Memang dia belum mandi pun... 

 

"Alright. Jaga rumah elok-elok, 15 minit dari sekarang kami baliklah bukan jauh pun kedai nak pergi hujung selekoh nak masuk sini juga." kata Fiona lalu menepuk-nepuk perlahan kepala Lisa...

 

"Ne..." Lisa hanya mengangguk sebenarnya bukan bahan kek je yang dia orang nak beli tapi nak jemput seseorang yang akan tiba tak lama lagi...

 

Pintu rumah ditutup setelah Fiona dan Tirana keluar. Lisa memusingkan badannya mahu masuk ke dalam bilik hendak mengambil tuala selepas Krystal habis mandi dia pula yang mahu bersihkan diri. Tapi berlaku sebaliknya, sewaktu Lisa memandang ke arah ruang tamu muncul Krystal yang sedang basah rambutnya dan pandangan bertembung membuatkan Lisa tersentak seketika. Krystal juga kekok tiba-tiba dah nampak macam pasangan suami isteri yang baru berkahwin tanpa rela hati mereka saja Lisa dan krystal ketika itu...

 

"Yosh..." Lisa menengur lalu dia berlari anak masuk ke dalam bilik. Krystal yang memakai seluar pendek dan panjang t-shirt kelabu lengan pendek hanya memerhatikan tingkah Lisa yang agak pelik itu. Setelah masuk ke dalam bilik Lisa keluar semula sambil membawa tuala bersama hendak bersihkan dirinya...

 

Krystal masih tercegat di tempat ia berdiri. Keadaan mereka ketika itu seperti orang asing saja. Masing-masing ego tidak mahu direndahkan. Krystal mengeringkan rambutnya dengan tuala yang dipegang kemudian dia berlalu masuk ke dalam kamar. Pengering rambut elektrik digapai lalu mengidupkan suisnya. Dengan sekelip mata rambutnya kering dan tualanya disangkutkan di atas penyidai di dalam biliknya. Dia mahu melangkah keluar semula hendak ke ruang tamu dan tiba-tiba telefonnya berdering kuat menyebabkan niatnya hendak keluar bilik terbantut.

 

Krystal mengapai telefon bimbitnya yang sedang berbunyi nyaring itu. Nama Jr tertera di skrin telefon. Dengan segera gadis itu menjawab panggilan tersebut.

 

"Yosh!" tegur Jr yang seperti kekok hendak berbual-bual...

 

"Oo..." hanya itu saja yang keluar dari mulut Krystal.

 

"Awak dah bagi tahu Lisa?" tanya Jr 

 

"Belum lagi."

 

"Hem saya agak risau juga kalau dia tahu siapa dalang di sebalik semua ni." 

 

"Don't worry! saya takkan bagitahu dia lagi, kami sekarang dalam mod tak baik so nanti-nanti jela saya bagitahu." jawab Krystal rasa rimas pula bila lelaki itu mengungkit hal semalam.

 

"Okay, saya pun tak berani nak hadap kalau dia marah. Tahu-tahu jela sikap dia tu pelik sikit." balas Jr... "Oh ye! bila awak free?" tambah Jr membuatkan Krystal terkejut sektika.

 

"Ha?" 

 

"Bila awak free?" tanya Jr sekali lagi...

 

"Kenapa?" tanya Krystal yang sudah berkerut dahinya.

 

"Kita kena pergi jumpa ustaz dan ustazah dekat Itaewon. Sebab tu saya tanya awak bila free nak buat temu janji dengan dia orang." kata jr dengan terujanya apabila sebut ustaz dan ustazah itu...

 

"Jr." perlahan suara Krystal menutur panggilan itu.

 

"Yep?" Jr menyahut lembut.

 

"Betul ke apa kita buat? kita buat ni macam nak sorokkan dari semua orang lagi pun saya tak sure dengan perkara ni dan takut sangat-sangat." kata Krystal akhirnya dia meluahkan perasaan takut itu...

 

"Awak ingat saya tak takut? benda yang kita nak buat memanglah nampak macam pentingkan diri. Tapi untuk benda-benda macam ni saya tak suka diheboh-hebohkan. Kenapa awak dah cerita dekat kawan-kawan serumah awak ke pasal ni?" tanya Jr yang juga turut rasakan ketakutan yang dialami Krystal itu. 

 

"Belum, saya malu nak cerita dekat dia orang..." jawab Krystal membuatkan senyuman Jr melebar di hujung talian.

 

"Tak apa! kita buatlah suprise untuk dia orang semua." kata Jr membuatkan Krystal rasa janggal dengan suprise yang bakal mereka berikan kepada rakan-rakan mereka itu.

 

"Suprise? apa yang akan jadi suprise? kita kahwin atau ?" Krystal masih tidak mengerti dengan maksud suprise Jr itu.

 

"Kedua-duanya. Mereka akan gembira percayalah kata saya." jawab jr dengan yakin. "Esok hari raya untuk mereka. Awak dah berlatihkan ayat-ayat yang ustazah tu suruh hafal?" tanya Jr...

 

"Dah! dalam proses nak lancarkan bacaan. Bila tarikhnya?" tanya Krystal yang masih kebingungan. Rupanya dalam diam dua orang pasangan yang tiada cinta antara satu sama lain sudah merancang sesuatu...

 

"Sebenarnya hari ni. But if you busy it's okay we will pospone next time." kata Jr lalu tersenyum kecil.

 

"Pospone? bila?" tanya krystal agak terkejut.

 

"Entahlah kenapa?" tanya Jr agak terkejut mendengar Krystal terkejut.

 

"Kenapa tak bagitahu hari tu hari ni?" tanya Krystal menahan geram.

 

"Well, semalam awak letih. Tangan awak pun luka nampak macam tak cukup rehat. Ayah awak pun tak kasi sesiapa ganggu awak so saya senyap jela." kata Jr berterus terang sememangnya selepas Presiden Lee keluar dari bilik rehat di balai polis semalam Krystal sambung tidur kerana letihnya masih belum reda. Apabila tersedar semula jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi dan ketika itu dia melihat Jr sedang menanti di luar bilik rehat dengan kadar segera dia meminta hantarkan dirinya pulang dan sewaktu dalam kereta pun dia tertidur... Krystal menepuk dahinya berkali-kali apabila teringatkan kejadian semalam.

 

"Tak apa ke pospone?" tanya Krystal resah gelisah.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D