Part 52

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

Jungkook di arahkan Shin untuk bawa Ryu masuk semula ke dalam hospital memandangkan di luar itu ramai fans Baekhyun yang sedang dihalang oleh hampir 30 orang pegawai polis supaya mereka semua tidak dapat masuk ke dalam. Jungkook hanya mengikut arahan...

 

"Aku tak nak, aku nak balik ke pejabat." Ryu cuba menolak tangan Jungkook yang sedang memapahnya itu akan tetapi Jungkook tidak mahu melepaskan tangannya dari terus memapah Ryu menyebabkan tangan Jungkook ditepis kuat oleh Ryu. "Kau tak faham bahasa ke ha? Aku cakap, aku nak balik ke pejabat! kau dengar tak?" marah Ryu kepada Jungkook yang dari tadi hanya mendiamkan dirinya...

 

"Tapi Ryu badan kau luka teruk. Serpihan kaca pun masih melekat dekat tubuh kau? Aku rasa lebih baik kau terima rawatan dulu baru balik ke pejabat." pujuk Jungkook yang masih memengang tangan Ryu agar lelaki itu tidak jatuh ke lantai akibat tubuh badan yang tak seimbang.

 

Setelah bergelut di antara dua orang pegawai polis itu. Oleh kerana, Ryu masih berdegil tidak mahu dirawat dan Jungkook pula tetap dengan pendiriannya mahu Ryu dirawat akhirnya merek bergaduh dan bertumbuk sesama sendiri. Bahagian perut Jungkook ditumbuk beberapa kali oleh Ryu. "Jangan halang aku." kata Ryu kepada Jungkook yang sudah lemah longlai di lantai...

 

Ryu bergegas keluar dari hospital diikuti Jungkook dari belakang... Keadaan mereka sekarang sudah tidak seperti waktu mereka masuk ke dalam hospital tadi. Waktu masuk wajah Jungkook masih dapat lihat ketampanannya akan tetapi setelah keluar wajahnya sudah lebam sana-sini jalan pun tidak betul kerana perutnya terasa senak ditumbuk Ryu...

 

Shin dan Leo sudah pun ke balai polis untuk menyoal siasat lelaki yang memakai kod kelabu tersebut. Ada sesuatu yang tidak kena yang Ryu dapat hidu tentang lelaki itu. Adakah benar lelaki itu yang merancang ke semuanya? Lelaki yang mengenali Lisa dan juga Baekhyun. 

 

 

Di balai polis...

 

Lelaki tadi di bawa masuk ke dalam bilik soal selidik... Shin dan Leo adalah orang yang akan menyoal lelaki tersebut... Tangan lelaki itu digari sewaktu dia ditangkap... Wajahnya ditundukkan. Takut? barangkali ya...

 

"Apa sebenarnya yang berlaku?" tanya Shin apabila dia sendiri tidak pasti mengapa Ryu mengejar orang yang mempunyai pangkat CEO di hadapannya ini. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Shin perlukan Ryu untuk penjelasan dengan lebih mendalam supaya dia dapat menyoal lelaki itu dengan senangnya. Tapi... Bagaimana dia mahu meminta Ryu terangkan semuanya jika Ryu tiada di situ? 

 

Shin menumbuk dinding kerana geram. Dia harus tanyakan soalan demi soalan sebelum menyuruh Jungkook membawa Ryu masuk ke dalam hospital tadi... "Kenapa awak dikejar?" tanya Leo yang sedang duduk berhadapan dengan lelaki itu. DI tangannya tersedia sebuah pen dan juga buku nota. Dia mahu mencatit segala jawapan yang diberikan...

 

"Saya tak tahu kenapa pegawai tu kejar saya." kata lelaki itu cuba berdalih...

 

"Kalau tak tahu kenapa awak lari dari dia?" tanya Shin pula 

 

"Dah orang kejar, takkan nak duduk jadi tunggul dekat situ?" dengan selambanya lelaki itu menjawab soalan tersebut membuatkan Shin memandang ke arah Leo... Mereka buntu soalan apa lagi yang akan mereka tanya? "Saya tak buat salah apa-apa pun, jadi lepaskan saya." kata lelaki itu lagi...

 

Shin masih berdiam diri... "Leo kita keluar kejap." arah Shin dan Leo bingkas bangun mengikut langkah Shin... Sewaktu mereka keluar dari bilik soal selidik itu Ryu dan Jungkook sampai dalam keadaan tercugap-cugap... "Ryu?" Shin terkejut melihat Ryu berada di situ...

 

"Hyung." Begitu juga dengan Leo... 

 

"Aku nak cakap dengan kau." kata Ryu lalu menarik tangan Shin mendekatinya. "Aku dengar perbualan dia dengan salah seorang rakannya, aku tak pasti siapa tapi aku dengar dia libatkan nama Mark. Sebab itu aku kejar dia dan aku pasti dia terlibat dalam kes penculikkan dua gadis tu." kata Ryu dengan panjang lebarnya...

 

Shin hanya mengangguk sekarang dia pasti kenapa Ryu mengejar lelaki itu... Shin memasuki semula bilik tersebut dan cuba menyoal semula lelaki itu...

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D