Part 10

Cinta Di Hari Raya...
Please Subscribe to read the full chapter

"Macam mana?" suara Chen kedengaran dan Sehun pun menoleh ke arahnya sambil meletakkan telefon bimbitnya di telinga. Sehun mengelengkan kepalanya.

 

"Dia matikan fon." jawab Sehun lalu merebahkan diri di atas sofa..

 

"Tulah, kan Suho dah cakap makan dekat luar je. Tapi kamu semua degil." sampuk Kris pula sambil memengang perutnya yang sudah kelaparan..

 

"Mana nak tahu yang si budak tu tak datang kerja lagi." jawab Sehun lalu menjeling ke arah Kris.

 

"Jawabnya kita puasalah ye hari ni." sampuk Baekhyun. Wajahnya kelihatan sangat lain daripada yang lain mungkin berang akibat mengikut kata-kata Sehun dan Chen mereka semua kepalaran di rumah ketika itu. Sudahlah letih kerana baru habis latihan tarian makanan untuk dimakan waktu tengah hari pula tiada sewaktu mereka sampai di rumah semua orang serbu ke ruang makan. Buka saja tudung yang menutupi meja wajah mereka terus berkerut seribu kalah nenek kebayan yang sudah tua.

 

Perut masing-masing sudah bernyanyi. Tambah-tambah Xiumin dengan Tao mereka terlalu lapar sehinggakan kaki asyik bergerak ke sana ke sini. Membuatkan ahli Exo yang lain juga tidak senang duduk melihat mereka asyik mundar mandir.

 

 

Selang beberapa minit.

 

Kereta Jr berhenti betul-betul di hadapan rumah yang Lisa memintanya singgah di situ.

 

Jr terjenguk-jenguk rumah tersebut manakala Lisa pula sedang membuka tali pinggang keledarnya.

 

"Rumah awak ke?" tanya Jr hairan.

 

"Tak rumah beruk." jawab Lisa. Jr hanya ketawa geli hati difikirnya Lisa hanya bergurau. Lisa sudah pun keluar dari kereta Jr tanpa mengucapkan terima kasih kepada Jr kerana telah menghantarnya ke rumah Exo itu.

 

"Lisa." panggil Jr. Lisa menoleh ke arah Jr dan mengangkat keningnya apabila melihat Jr tersenggih kepadanya. "Nak ikut." jawab Jr tanpa Lisa bertanyakan soalan. Lisa hanya menjeling ke arah Jr. Penatnya melayan Jr masih belum hilang jikalau dia masuk ke dalam rumah 12 orang ahli Exo tersebut penatnya makin bertambah. Lisa hanya mengelengkan kepalanya.

 

"Yah.. Saya minta nak ikut. Kenapa diam?" jerit Jr seraya langkah laju menyusuri Lisa dari belakang. Lisa masih tidak menjawab soalan itu kerana suaranya seperti tidak mahu keluar dari kerongkong mulutnya.

 

"Hyung, lapar." jerit Sehun sambil berura-ura ingin menangis.

 

"Diamlah bising je tahu." marah Kai lalu menonjol kepala Sehun. Sehun pula hanya mencebik bibirnya.

 

Lisa masuk ke dalam rumah bersama Jr tanpa meminta izin atau bagi hello. Munculnya secara tiba-tiba itu membuatkan beberapa ahli Exo yang tersenyum dan berkerutkan dahinya.

 

"Tengok apa lagi.. ? jom masak." jerit Lisa geram. Jr hanya mengikut langkah Lisa ke ruang dapur membuatkan kumpulan Exo itu memerhati tanpa sebarang langkah.

 

"Tunggu apa lagi? cepat.." marah Lisa. Ke semuanya bingkas bangun menuju ke dapur apabila mendengar Lisa menjerit semakin kuat daripada tadi. Baekhyun hanya membuat endah tidak endah saja akan arahan itu.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
7818ee975d5872eb5749
Dalam satu hari update 2 chapter sekali gus... Haha xD

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
cassey98
#2
Chapter 60: Uwaaa!! Saya suka dgn ending cita ni.. memuaskan!! :)
bae_anna
#3
Chapter 61: TERBAEKLA,AUTHORNIM~
bae_anna
#4
Chapter 38: jujur sye ktekan~ALHAMDULILLAH..INILAH CERITA YANG DINANTI-NANTIKAN
MOGA ISLAM TIDAK DIPANDANG SERONG..
AMINN^_^
Overdose_Kpopers
#5
Chapter 15: Author!! Sila baca apa saya nk ckp ni :3. Kalau saya jadi Lisa. Saya akan bagitau kat dorg yg saya tersilap masuk rumah. Kenapa Lisa x nk bagitau perkara sebenar,author?? Kenapa pakse diri jadi maid kt rumah exo??
xoluxion_ #6
Chapter 60: cayalahh best gilee fanfic ni :)
lisadoojoon #7
Chapter 60: YEAYYYYYY!!!!! memang berharap ada sequel pun sebenarnya..sbb berharap lisa dengan baek..baek bias saya dan nama saya lisa..so..hahahaha
nana_36
#8
Chapter 60: Wahh!!! Ade sequel larhh!!! Cepat tau buat sequel pasal baekhyun dan lisa >_< hope diorang bersama sebab saya expert diorang walaupun baekhyun bias saya forever ^_^ okey tu jer.. harap harap sequel nih best :D